Mardhiah, saya tidak faham dengan komentar ringkas Sdri di bawah, di kaki coretan Novo.
Tetapi saya ambil kesempatan ini untuk menghuraikan lagi apa maksud, dan motivasi, saya menulis perkara tersebut seperti berikut ini:
Dalam analisa lebih mutakhir, berdepan dengan kelemahan modernity dan pengkhususan sains, ramai pemikir dan intelektual abad ke-20 mencadangkan pendekatan multidisciplinary (pelbagai bidang). Misalnya sains tulen dicantumkan dengan perspektif/teori sastera.
Dalam perjalanan panjang perdebatan itu, beberapa pemikir membahaskan dikotomi, konflik, rekahan dan interaksi antara dunia fizik dengan dunia metafizik.
Lalu muncul beberapa perbahasan yang digelar brain-culture co-evolution (evolusi bersama antara otak dan budaya). Kadang-kadang disebut juga mind-culture co-evolution (evolusi bagaimana otak, yang jasmaniah, menghasilkan fikiran, yang abstrak).
Satu tulisan seumpama ini dihasilkan oleh Edward O. Wilson, dalam bukunya Consilience: The unity of knowledge (seperti nota kaki 1). Beliau menyebut gene-culture coevolution. Rujukan tentang teori boleh kita googlekan.
Dengan kata lain, bagi pemikir-pemikir ini, rumusan dan rahsia besar manusia terbongkar dalam otak --- tempat persimpangan dan pertemuan antara alam benda (matter, materalism) dengan alam bukan benda (metaphysics, knowledge, culture, religion).
Sewaktu cuba memahami dan mendalami persoalan ini, dan dikaitkan dengan Islam, saya perasan bahawa persimpangan dan pertemuan paling mendasar dua alam ini (benda dengan bukan benda) terjadi sewaktu alam benda (benih lelaki menerobos benih wanita) selepas/ketika bersenggama.
Otak terbentuk paling awal, kemudian kepala, dan anggota-anggota badan yang makin jauh dari kepala (otak). Otak mengambil sebahagian besar proses awal ini kerana ia kemudiannya yang akan mengawal organ-organ kita yang lain.
Kita tahu ruh tidak singgah bertempel pada jasad pada saat pertama, minit pertama atau jam pertama pertemuan benih. Ruh datang kemudian. Selepas proses janin terbentuk.
Sebelum datang ruh, janin semata-mata seketul alam benda (waktu itu, kita samalah dengan seketul batu atau semangkuk makanan).
Sebab itulah ketika saya memikirkan lebih panjang persimpangan dan pertemuan alam benda dengan alam bukan benda, persimpangan dan pertemuan otak dengan fikiran, persimpangan dan pertemuan otak dengan pengetahuan/budaya/agama/idea menjadikan saya cenderung merumus ---> semua persoalan rupa-rupanya bermula di celah dua wanita, sewaktu buat pertama kali rahim ibu kita diami ....
Nota: Tidak semua wanita itu kekasih atau kupu-kupu malam, ada seorang di celah-celah kerumunan wanita itu, ibu kita!
Tuesday, February 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Semasa kecil, kita diajar: Apakah bukti atau tanda wujudnya Tuhan? Kita pun diajar menjawab: Wujudnya alam ini.
Sekarang, jika ditanya "Apakah bukti atau tanda wujudnya Tuhan?", kita boleh menjawab "adanya dua paha wanita"!!!
(jangan marah...)
Oit! tolong jgn jaja nama saya please, saya cuma orang bingung yang tak marah dengan orang yang marah sangat dengan Islam Hadhari dan Nikah Misyar.
Saya faham akan kemarahan mereka, tapi marah aje tanpa altenatif adalah sesuatu yang tak mendatangkan manfaat langung. eih, marah sampai melabelkan bangsa sendiri sesat. Nori Bt Abdullah, Rafidah binti Aziz, Zainah binti Anwar, patutkah mereka dicemuh macam sampah just mereka ini Sister In Islam.
Kalau dah perasan ada tinta sakti kenapa tak buat magik agar pompuan-pompuan ini bertukar jadi Aisyah ka, Fatimah ka, Zainab al Kubra ka? Tinta tu Allah bagi untuk hukum orang humbankan orang dalam neraka ka, untuk ajak orang ramai-ramai masuk syurga. Sendat dada saya menaip tau!!!!
opss yang marah, bukan tak marah. Iya saya marah dengan orang yang suka marah-marah dengan ayat "kamu orang tak tau agama" "kamu orang yang suka menghalang jalan agam"
Kenapa dia ckp macam itu sebab kita potong milage dia untuk hadiri majlis keagamaan. Dah peraturan kewangan ckp macam tu.
jom tengok video..
http://www.youtube.com/watch?v=v3p51MBKMLk
salaam,
najwan, inikah si mardhiah yang Fathi mau berdating tu? hahaha :-) nampak gayanya dah clash dah...
salaam,
aqil, tak berani la nak komen apa2..nanti kena tibai dgn fathi mcm hari tu..hehe :p
ingat tak filem "KLIK" dia dibawa ke masa lalu saat dia dah nak dilahirkan.. tempat tu gelap dan semacam berbecak..rupa2nya tempat tu didalam rahim ibunya tidak lama sebelum dia keluar melihat dunia, kelakat tapi menyentuh perasaan..
- akhdan
Nota: Tidak semua wanita itu kekasih atau kupu-kupu malam, ada seorang di celah-celah kerumunan wanita itu, ibu kita!
Namun ibu kita suatu ketika dulu juga seorang kekasih kepada seorang bapa.....
Post a Comment