Friday, February 16, 2007

Ustaz bahlol

Kita baru sahaja melewati sambutan Hari Kekasih, atau Valentine's Day, yang pernah disebut oleh mufti Perak sebagai "boleh jatuh murtad" jika "tiru tradisi Kristian".

Saya anggap hujahnya itu terlontar dari si bahlol -- ringkasnya, saya jawab di sini.

Dan hari ini, seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia, begini pula pendapat seorang lagi ustaz:

Pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol yang semakin berleluasa, kata tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Sama ada kenyataannya bahlol atau tidak, anda analisalah sendiri ...

Dua kenyataan ini, dua tokoh agamawan yang dihormati di negara kita, mengingatkan saya pada Yusuf al-Qaradhawi.

Seorang teman saya baru-baru ini menceritakan tentang suatu klip video (atau filem) rakaman wawancara al-Qaradhawi dan ada sari katanya dalam bahasa Inggeris.

Saya tidak ingat sepenuhnya perbualan kami di pagi itu, tetapi kesimpulannya pandangan ustaz besar ini -- lagi disanjung tinggi dan dibesar-besarkan di negara kita -- masih sangat mentah, naif, ortodoks, ketinggalan zaman dan tidak relevan.

al-Qaradhawi mengupas soal wanita dan dara. Tetapi hujahnya, kata teman saya itu, pastilah tidak mengikut perkembangan ilmu perubatan yang terkini, misalnya beberapa pakar sakit tuan/puan di negara kita.

Saya terkejut besar dengan kebahlolan ini. Tetapi oleh kerana saya belum menontonnya sendiri dan gagal mengutip sumbernya yang tepat (kecuali melalui mulut teman saya yang masih berusrah), saya tidaklah dapat mengupas panjang di sini.

Tetapi sewaktu saya membaca analisa dan pandangan al-Qaradhawi tentang demokrasi, dan hubungannya dengan Islam, saya tahu yang disebut "ulama besar" ini rupa-rupanya seorang yang tidak mendalam kajian, renungan dan pembacaannya!

Betullah kata orang: Dalam masyarakat buta, seorang yang celik sebelah mata akan disanjung sebagai ulama besar!

29 comments:

Aqil Fithri said...

salaam,

apa, pakai cawat? di negara Islam (hadhari!)? untuk elak jenayah rogol? aduh, sudahlah kuasa undang2 lebih dominan daripada dorongan moral individu, nah kini perlu langkah keselamatan peribadi pulak?

jika ada ustaz2 yang bilang tindakan tersebut sebagai keputusan dan kehendak agama, maka saya pastinya takkan menganut 'agama ustaz' tersebut. tentunya saya akan mencari agama lain yang lebih bernas!

Anonymous said...

ko sorang je yg tak bahlol

Anonymous said...

Hanya sekadar idea, yang penting praktikal atau tidak. Bukan bahlol atau cerdik.

Anonymous said...

Kawan2,

Jangan lupa satu hal.

Sekarang semua benda yang ada nilai besi, tembaga dan logam (misalnya, kabel telefon, meter air), akan dicuri dan dijual di kedai besi buruk.

Bayangkan, terselamat daripada dirogol, tiba-tiba wanita & gadis terpaksa dibogelkan cawatnya kerana cawat itu untuk dijual di kedai besi buruk!

Tidak selamat juga, bukan? Hahaha!

Nota: Macam mana ustaz ini fikir? Macam tak habis jer fikir.

Anonymous said...

sebenarnya korang sumer yg bahlol!!
jgn sedap2 kata kat ustaz tu bahlol ke..apa ke...terutama kat sheikh yusof qardhawi..ulama' besar tuh!!masya Allah..!!istighfar bebanyak...allah ya'fu anna wa ankum...
kalau kita kata kat ustaz dan ulama' yg alim dr kita bahlol,kita apa plak..?yg tak der ilmu ni..??
ha..jawab..jawab...kalau tak jawab,bahlol..kalau jawab,bodoh...

Anonymous said...

Anonymous, kadang-kadang ustaz pun terperangkap dalam falacy tau. Eh korang pakat-pakat beli buku kemahiran berfikir krikal oleh Ainon dan Abdullah boleh tak.

Kita tak bole tengok label je, asal ustaz, betullah tu. Syaitan ini pandai senentiasa memperdaya manusia yang ikutkan sangat sakit hati dan marah. Nabi tak ajar kita hina agama orang lain.

Hah, kalau ustaz tu dah mengajar dan mengajak kepada menghina orang lain tu...jaga-jagalah ye. Semua orang mencari TUHAN, tapi tersilap hari bulan termelatah, ta wau ha nun akan bertukar jadi ha nun ta wau.

Mardhiah

Anonymous said...

Kita manusia biasa memang mudah terperangkap dengan falacy, tapi untuk mengatakan Qardhawi tidak mendalam pembacaannya itu tak betul. Dosa, baik cepat-cepat bertaubat. Saya sudah baca pandangan beliau mengenai wanita. dan beliau seorang yang sangat mendalam pemahamannya dengan masalah kegawatan wanita pada hari ini.

Cuma bila bercakap pasal Yahudi dan Nasrani itu ada sikit bias, tapi tak pe, penulis kita sendiri , Wan apa namanya tu lupalah, sudah perbetulkan kecacatan yang sikit tu.

Sapa kita nak menghentam tokoh hebat itu? Lagi pula dia memang patut bias pun sebab keadaan sekeliling dia dibesarkan macam mana pula. Syukurlah pemikir Malaysia dah perbetulkan falacy tu. Kira OKlah tu. Nak mengata dia mentah itu kurang ajar namanya. Jangan kita jadi orang yang melampaui batas

Anonymous said...

Beginilah kalau manusia ni sombong dgn ilmu yang sedukit yg ada pd dirinya.Mudah membahlolkan orang lain.Dia tak baca apa yg ko tulis kat sini.Ko umpama anjing yang menyalak bukit - saya tak maksudkan youre the anjing - cuma pepatah org Melayu.Why not you approach the Mufti and have a mutual intelect discussion with him?Itulah cara untuk membuktikan bahawa diri kau sendiri bukan dari kalangan yang hanya pandai menghentam alim ulama' sendiri.

Anonymous said...

fathi,

chill man..! jgn keras sangat..mcm emosional je bunyinya.

Anonymous said...

Satu ketika, nabi saw pernah memberikan cadangan 'begini dan begini' kepada seorang sahabat yang merupakan seorang petani. Namun sahabat itu, yang ariff perihal pertanian, berkata kembali kepada nabi, memberitahu bahawa cadangan nabi itu tidak sesuai untuk pertanniannya. Maka nabi pun berkata kembali, "sesungguhnya engkau lebih arif dariku tentang soal pertanian."

Moral ceritanya? Nabi pun, apabila masuk bab yang bukan kemahirannya, mengakui keterbatasan pengetahuan. Habis tu kita nak kata nabi tu bahlol sebab beri cadangan yang tak sesuai? Nauzubillah, jangan sekali-kali! Samalah juga apabila ulamak memberikan pandangan. Jangan kita kata mereka bahlol. Sebab nampak benar bahlolnya kita apabila berbuat begitu.

Anonymous said...

fathi dan kawan-kawan,

video tersebut merupakan rakaman sebuah program Qatar TV dan kemudiannya diterjemah oleh The Middle East Media Research Institute TV Monitor Project.

website tersebut sangat bagus dan autoritatif untuk mereka yang berminat dengan isu-isu di Timur Tengah.

anda mungkin mengalami masalah untuk menonton video tersebut jika tidak memuat turun perisian yang sewajarnya.

pun begitu, jangan gundah gulana kerana ada transkrip yang disediakan.

ini adalah alamatnya (sila copy dan paste- video itu bernombor #1308):

http://www.memritv.org/Search.asp?ACT=S5&P1=77

p/s: saya berharap Pakar Perbidanan dan Sakit Tuan yang kita kasihi, Dr. Ismail Thambi tidak marah dengan kenyataan itu ;-)

Anonymous said...

takde adab punya org...fathi,watch ur words ok!!!

Anonymous said...

Kepada teman2 yang menulis reaksi di sini, terima kasih.

Kepada yang marah2, saya tiada jawapan panjang.

Jawapan ringkas saya: Betullah kata orang: Dalam masyarakat buta, seorang yang celik sebelah mata akan disanjung sebagai ulama besar!

Anonymous said...

bahlol ni perkataan yang cukup sensitif.aku rasa si penulis ni memang cukup bahlol kot sebab dia tahu bahawa benda ni adalah benda yang sensitif. bukan maksud aku kita tak boleh bincang, tetapi perlu dikaji dengan ilmu, bukan sekadar hanya dengan rasional akal yang dangkal

Anonymous said...

Bincng pasal penulis bahlol smpai kita jd bahlol huhuhu..

Yang kata ustaz n ulama besar bahlol dia y sebenrny lbh bahlol dr y bahlol..

Anonymous said...

payah sangat nak bagi faham..

Jikalau orang bahlol dapat mengerti, maka anak keldai liarpun dapat lahir sebagai manusia. Ayub 11:12

Solaris Marx said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ulama besar, ulama kecil, ulama antara besar dan kecil, 'tidakkah itu semua gelaran semata? yang memberi gelarnya manusia juga.
Malah meletak nama 'ulama' di depan nama seseorang itu pun gelaran. Tidak pelik. Kita di sini pun pun boleh meletakkan gelar 'Al Ustaz Fathi ka, Toko Guru Fathi ka seperti gelar Tok Guru Nik aziz, Mahaguru ka, semua boleh jika kita mabuk pada nama bergelar itu, bergelar ini.
Apa yang signifikan di sini ialah karya. Karya boleh berbentuk lisan, boleh berbentuk tulis. Cuma karya lisan sangat 'vulnerable'. Sangat mudah ditokok tambah. Sangat senang juga ditiup angin.
Saya suka bertanya teman-teman, 'bila lagi kita mahu bebas menilai sesiapa bukan duduk pada gelaran dipacak depan nama? Marilah kita menilai sesiapa-siapa pada karya, pada pemikirannya. Setuju tak setuju, itukan hal kita. Peduli apa serban yang dia pakai mengalahkan saiz kubah masjid Putrajaya, misalnya.
Balikin kebebasan - Che Nik

Anonymous said...

Aku rasa syeikh Fathi teruk kena tocer masa usrah di SMS Trg dulu. Sebab tu tersasar dia jadinya.
Please la syeikh Fathi... Jangan sebab hangpa marah kat naqib, habis orang lain pun diangkut sama.
Jangan terlalu guna otak hang saja sangat. Kadang-kadang hang kena dengat hujah orang lain jugak. Hang kena balik kat nawaitu. Kena ikhlas syeikh dalam perbuatan kita ni.
Aku tak le setuju dengan cawat besi tu. Tapi tak le sampai hati aku nak kata ustaz bahlol.

Anonymous said...

Tentang usrah di SMS T'ganu (1983-85), kena tanya teman2 saya dan juga junior2 saya. Saya tak mahu ulas, sama ada baik atau buruk.

It is historically recorded (in one's memory, I mean) & cannot be erased anymore.

Anonymous said...

ade gak org yg super bahlol tak cermin diri . ( owner blog nih la)

Anonymous said...

salamz..
saudara tdk sepatutnye menghina datuk abu hassan din sedemikian rupa...dia hanya memberikan pendapat...and its up to us utk menilai tp bkn menghentam menggunakan penggunaan bahasa yang kasar.u as a educated person should know that and saudara pun bkn perfect!!

Anonymous said...

i am a woman and i agree with the blog owner. i wouldnt say he is bahlol, but i wouldnt trust his reasoning on anything else anytime soon.

ada ka, orang lain yang kaki merogol, orang lain pulak kena pakai cawat. yang merogol tu la yang sepatutnya dipakaikan cawat yang tidak selesa dan mungkin tidak hygienic and tidak selamat dari segi kesihatan.

sama seperti kes rosnah dan kes rasuah aca, sekarang macam menjadi trend untuk menghukum mereka yang lebih lemah, dalam kes ini perempuan.

memang la lebih senang nak suruh seluruh perempuan dalam malaysia ni dipakaikan cawat berbanding tangkap beberapa manusia jahanam yang merogol, kan? kan? kan?

susah sangat ke nak fikirkan penyelesaian yang lebih logik?

Mawardi said...

Super Bahalol!!

Anonymous said...

blog porn paling best aku penah surf ini lerrr dia.... paling lucah bahlollll...

Anonymous said...

semoga ALLAH membawa dirimu balik ke pangkal jalan amin...

Anonymous said...

tidak bersetuju itu perkara biasa..

Sama juga dengan saya. Mengkritik dengan rasional itu yg perlu

Anonymous said...

sila baca di sini wahai wanita2 di luar sana.. Artikel yg mengatakan tidak setju dengan cara yg rasional. Alasan berfikir kritis bukan satu hujah untuk memlabelkan secara melulu kepada ilmuan Islam.

-->http://elmafraqi.blogdrive.com/
ada di sini satu artikel tentang pemakaian cawat besi

SyukraNs said...

MasyaALLAH, main tuduh2 je..entah2 hanya transkip je anda baca, anda jangan sembarang tibai Dr Yusof Al Qardhawi...beliau tu Arif dan diiktiraf,malah tokoh Ulama kurun ini...anda ?????siapa?