Friday, February 02, 2007

Novo

Tertarik dengan poster filem ini, maka saya terus memuatturunkannya di sini. Sekali imbas fabrik dan gubahan corak, warnanya juga, pada badan si pemakai memang memikat.

Mungkin ada lagi yang lebih menarik daripada itu. Tetapi biarlah kita tangguhkan dulu pembicaraannya.

Yang pasti kita tidak mengenali wajahnya. Ya, kalau kita nampak mukanya sekali pun, apakah ia membawa makna?

Andaikan tidak ada teks bertulis di sini. Yang ada hanya teks fotonya sahaja, apakah mungkin kita dapat membayangkan mukanya?

Tidak!

Sesuatu yang tersembunyi, tersorok di celah-celah misteri, mungkin terus menjadi inspirasi, atau sebut sahaja imaginasi, yang menyasaukan diri.

Imej ini terlalu bertenaga sehingga tidak membayangkannya menjadi mustahil.

Namun bukan semua misteri di celah dua peha dapat diterokai. Ia malah terus lari menyorok diri. Membiarkan kita tergapai-gapai mencari.

Aneh, manusia terus-terusan mencarinya --- dengan bermacam-macam nama, kitab suci, idea, Tuhan, ideologi, seks, atom dan juga kata-kata.

Sehinggakan, suatu hari saya selalu percaya keagungan Tuhan yang paling puncak bukannya tersimpan di sela-sela halaman kitab suci. Tuhan yang paling mengkagumkan sebenarnya (ulang: sebenarnya) tersimpan di celah dua peha seorang wanita!

Apakah anda boleh bersetuju dengan pernyataan ini?


Nota kaki:
1. Charles C. Gillispie, E. O. Wilson's Consilience: A Noble, Unifying Vision, Grandly Expressed (American Scientist, Mei-Jun 1998)
2. Blake Gopnik, 'Science, Trying to Pick Our Brains About Art' (Washington Post, 25 Jan, 2004)
3. Fathi Aris Omar, 'Salib di biskut: Faith, plurality and freedom' (Jalantelawi.com, 5 Dis 2006)

14 comments:

Najwan Halimi said...

poster ini masih belum bisa buat aku berahi..tapi mindaku sudah melonjak2 ingin cari di mana boleh dapatkan cerita ini!

Anonymous said...

Berat

Anonymous said...

Kenapa pulak "berat"? Betul apa? Di celah dua peha kita nenemui Tuhan, kan?

"Telah sempurnalah separuh agamanya (lelaki) apabila dia bernikah. Dan separuh lagi takwa." (mafhum hadis).

Jadi, kalau dia kahwin dua, agamanya akan jadi lengkap, tidak perlu takwa dah! Hehehehe

Aqil Fithri said...

salaam,
Tuhan ada di luar segala sesuatu, tetapi tidak terpisah daripadanya; Tuhan juga ada di dalam segala sesuatu, tetapi tidak terlekat dengannya!

Najwan Halimi said...

Ibnu Taimiyyah pernah cakap:

"Tuhan itu ada di dalam jubahku!"

Anonymous said...

bagaimana pula dengan Al- Hallaj?
:)

Anonymous said...

Mugkin agaknya sebab tu ada sesetengah tarekat meyakini bahawa mengucup di celah dua peha wanita itu, umpama mengucup Hajaratul- Aswad??

Amiruddin Karim said...

Antara tuhan wang dan tuhan celah peha wanita.. aku rasa tuhan celah peha yang paling berkuasa.. Wang tak dapat mempengaruhi celah peha.. celah peha boleh pengaruhi wang..\

Fathi.. JOM MINUM!!

Anonymous said...

boss, your last para was the clincher...many of us are looking at the wrong place then huh?

Anonymous said...

Ya-lah Kabi, ramai orang melihat peha wanita sebagai sumber keghairahan, sampai tak sempat nak berfikir!

Lagi pun, fikir lama2 pun apa gunanya, kan?! Hahaha ....

Dalam Al-Quran ada dinyatakan (kurang lebih): Aku (Tuhan) jadikan kau (manusia) daripada air mani (sperm) yang hina ....! Adakah engkau mahu berlagak dengan Aku (tuhan)? ....

Anonymous said...

Hinduism percaya itulah dia tuhan. Alah bukankan menjaga butuh itu satu keutamaan?

Abang Fathi saya nak tanya, apa pasai adik abang yang sorang tu? dia pernah frust ka tak dapat tuuttutut? Habis Abang Asri pun nak dia lutu? Wat past is pastla dah nak masuk 5 tokong kuar dah.

Tolonglah bang, masalah korang jangan babitkan kita orang sekolah sains. Tolongla...kami, buat bomb pandaila, buat tokong kami tak pandai... Biar orang KISAS jah buat tokong ok.

Anonymous said...

Mardhiah, saya tidak faham dengan komentar ringkas Sdri di atas.

Tetapi saya ambil kesempatan untuk menghuraikan lagi apa maksud, dan motivasi, saya menulis perkara ini:

Dalam analisa lebih mutakhir, berdepan dengan kelemahan modernity dan pengkhususan sains, ramai pemikir dan intelektual abad ke-20 mencadangkan pendekatan multidisciplinary (pelbagai bidang).

Misalnya sains tulen dicantumkan dengan perspektif/teori sastera.

Dalam perjalanan panjang perdebatan itu, beberapa pemikir membahaskan dikotomi, konflik, rekahan dan interaksi antara dunia fizik dengan dunia metafizik.

Lalu muncul beberapa perbahasan yang digelar brain-culture co-evolution (evolusi bersama antara fikiran dan budaya). Kadang-kadang disebut juga mind-culture co-evolution (evolusi bagaimana otak, yang jasmaniah, menghasilkan fikiran, yang abstrak).

Satu tulisan seumpama ini dihasilkan oleh Wilson, dalam bukunya Consilience (seperti nota kaki 1).

Dengan kata lain, bagi pemikir-pemikir ini, rumusan dan rahsia besar manusia terbongkar dalam otak --- tempat persimpangan dan pertemuan antara alam benda (matter, materalism) dengan alam bukan benda (metaphysics, knowledge, culture, religion)

Sewaktu cuba memahami dan mendalami persoalan ini, dan dikaitkan dengan Islam, saya perasan bahawa persimpangan dan pertemuan paling mendasar dua alam ini (benda dengan bukan benda) terjadi sewaktu alam benda (benih lelaki menerobos benih wanita) selepas/ketika bersenggama.

Otak terbentuk paling awal, kemudian kepala, dan anggota-anggota badan yang makin jauh dari kepala (otak). Otak mengambil sebahagian besar proses awal ini kerana ia kemudiannya yang akan mengawal organ-organ kita yang lain.

Kita tahu ruh tidak singgah bertempel pada jasad pada saat pertama, minit pertama atau jam pertama pertemuan benih. Ruh datang kemudian. Selepas proses janin terbentuk.

Sebelum datang ruh, janin semata-mata seketul alam benda (waktu itu, kita samalah dengan seketul batu atau semangkuk makanan).

Sebab itulah ketika saya memikirkan lebih panjang persimpangan dan pertemuan alam benda dengan alam bukan benda, persimpangan dan pertemuan otak dengan fikiran, persimpangan dan pertemuan otak dengan pengetahuan/budaya/agama/idea menjadikan saya cenderung merumus ---> semua persoalan rupa-rupanya bermula di celah dua wanita, sewaktu buat pertama kali menunjukkan keagungan-Nya yang tidak terfikirkan sampai saat ini....

Anonymous said...

It's about the obsession, well sekadar menelusuri surat-surat cinta budak-budak KISAS...I know orang mace kita ni tak laku, tak de orang nak kirim surat cinta. I'm talking about those yang glemer dan jadi rebutanlahkan.

Seriously, bah as if cara nak mencapai rakyat madani ialah melalui proses memilih keturunan yang baik-baik. Saya tidak setuju sama sekali, cara terbaik ialah outreached, kita keluar beramai-ramai dakwah, bukan menarik masuk langsung menghukum mereka yang di luar.

Maksud saya begini, saya tonton fear factor celebriti. Last tinggal Jehan & Hana. Memang nampak they all sosial gitu, non Islamik. Tapi Saya admire Hana the most. Reaksi sepatutnya wish dia dapat hidayah, ini tak, reaksi kita, mybe kita ludah skrin tv dan menyumpah, dan menghukum, "ini pompuan syaitani, aku punya Marghib pun tertangguh sampai pukul 8" Sapa suruh kau tengok?

Seriuoslyla bang saya lebih suka kawan sama pompuan-pompuan seksi dari pompuan-pompuan tudung labuh ni. Senang nak berunding, dan very supportive to the less fortunate, tak banyak cekadak. I don't mind if they all lambat nak bersiap, iyalahkan baju je berlapis-lapis, orang 5 minit dah siap, dia? Aduh...I don't mind waiting. Tapi percakapan mereka tu, nauzibillah, Monyetlah, ada ka dia kata Nori-Khairy alhamdullilah Allah tak kasi anak bla bla bla... Aku taula tokong kau dah bersusun paku. Tak baikkan wish yg bukan-bukan untuk Nori-Khairy. Islam ajar macam tu ka. Yg saya tau suka memandulkan non-member ialah zionis, la ni depa tuduh Doktor Hindu pulak. Sapa yang suka tengok orang mandul sebenarnya?

Hah lagi satu, orang Arab jutawan minyak nak nikah musim panas, biarlah, dia banyak duit. Contoh jika ada gadis kita yang sama banyak duitnya dan kepingin nak menimang cahaya mata, dari mereka ambil anak angkat, apa salahnya mereka nikah dengan pak-pak Arab ni? Saya tak fahamlah. Bukan ka itu lebih baik. Ada hukum yang mengharamkan nikah untuk seks dan mendapat zuriat semata?

Don't get me wrong ye, saya tak macam tu, sebab saya sengkek dan otak masih tepu dengan duit, duit, duit. Kita cakap pasal orang banyak duit. Dia dah banyak duitkan apa dia nak fikir lagi kalau tak hok yang tu? Dari dia buat maksiat, atau bela anak yang tak tau asal usul, haram ka nikah misyar untuk mereka?

Alah dia jeles dengan abang Asri yang hensem dan glemer tu, sampai budak pompuan sekolah sains pun kenal & cair, ceh ceh ceh.

Anonymous said...

Mardiah,
actually you're narrow minded person, xde fikrah, saya bertudung labuh tapi berkawan juga dengan yang seksi.