Wednesday, May 02, 2007

Progresif

Kemas kini Berikut wawancara saya dengan The Reading Group, Singapura seperti diterbitkan di laman web mereka.

Judulnya 'Intelektualisme Melayu, pertarungan wacana agama dan budaya politik Malaysia' [format PDF]. Jika ada sebarang ulasan, sila tinggalkan di kaki coretan ini.

Dalam wawancara ini, antaranya, saya menyatakan:

" Saya tidak menganggap Islam Liberal itu sebagai produk terakhir perjalanan masyarakat Islam, sama ada di dunia pemikiran Islam di Malaysia ataupun umat Islam di dunia seluruhnya.

Tetapi, perkembangan ini [Islam Liberal] adalah sebagai satu assault (serangan) terhadap konservatisme yang sedia ada di dalam pendekatan-pendekatan terhadap masalah yang belum dapat kita selesaikan.

Jadi, saya sebenarnya menunggu by-product atau sintesisnya (pertembungan ‘Islam Liberal’ dengan idea-idea arus perdana Islam). Oleh itu, Islam Liberal ini saya anggap sebagai anti-thesis kepada mainstream Islam. Jadi, kita harapkan adanya reaksi-reaksi yang positif daripada masyarakat Islam untuk merenung kembali persoalan-persoalan yang dibangkitkan. ......

Jadi, kritik-kritik ini (Islam Liberal) harus dibenarkan berkembang."

[Teks di bawah asalnya terbit 16 April 2007]

Sekumpulan anak muda dari Singapura datang ke Kuala Lumpur hujung minggu lalu -- dan kami membincangkan soal-soal yang menyentuh isu agama, Melayu, pembangunan intelektual-budaya, dan isu-isu semasa.

Mereka ini tidak ubah kumpulan diskusi buku yang pernah cuba dihidupkan di beberapa tempat dan di kalangan anak muda Malaysia, misalnya (antaranya) Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT).

Mereka memperkenalkan diri sebagai Reading Group, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku bunga rampai tentang Islam, Religion and Progress: Critical Perspectives.

Kata pengantar buku ini oleh Azhar Ibrahim Alwee -- bagi saya menarik dan jelas wawasannya. Ia boleh dijadikan "semangat" serta "garis panduan psikologi" untuk meneruskan wawasan mencari agama (dan Islam) yang progresif.

Saya kira perkumpulan yang didirikan pada 2000 ini ada sedikit sebanyak persamaan dengan KsJT, berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain di Kuala Lumpur yang sempat saya kenali dan ketahui. Bezanya, mereka dianggotai oleh tidak sedikit wanita, sementara KsJT gagal memikat keanggotaannya di kalangan wanita (kecuali seorang atau dua).

Tetapi, yang lebih penting, tenaga ghairah mereka itulah yang menarik perhatian saya, yakni: Untuk menjadi anggota kumpulan itu seseorang mestilah menghasilkan tulisan.

5 comments:

Anonymous said...

blog ko ni frankly speaking aarr...makin lama makin bosan tahap cipan. maklum laa nak kahwin...

Anonymous said...

Makin bosan? Hehehe ... maaf! Takde benda baru nak difikirkan atau ditulis ...

Najwan Halimi said...

sabar je la bro..hahaha!

ada org tu asyik mimpi nombor 7 je tiap kali dia tidur malam..hehe!

Anonymous said...

Is there a way of making contact with these people, please?

Farouk

www.peru.name

Anonymous said...

Fathi, kenapa di arkib ditulis April 2009?. Ada nombor naik ke....