Akhirnya buku Islam dan Pluralisme diharamkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).
Buku yang disusun sahabat saya MR al-Mustaqeem menjadi kontroversi seawal perhimpunan Pemuda Umno pada 2006, tidak lama selepas diterbitkan.
al-Mustaqeem, yang memimpin organisasi penerbitan, penterjemahan dan penulisan yang mula bertapak Middle Eastern Graduate Centre (MEGC atau sebutannya MEG-Si), bermula sebagao seorang calon graduan syariah di Jordan dan berakhir sebagai seorang liberal di Jalan Telawi.
al-Mustaqeem, seorang sahabat, juga editor buku saya Patah Balek; Catatan terpenting reformasi.
Hari ini saya boleh berbangga, kerana buku seorang teman dekat saya akhirnya diharamkan oleh kerajaan setelah beberapa lama penerbitan yang saya pernah terlibat, atau menyumbang rencana, ditarik permitnya oleh KKDN.
Saya masih menunggu-nunggu bila pula buku-buku seperti Islam dan Dasar Pemerintahan (karya Ali Abdul Raziq, terjemahan al-Mustaqeem, terbitan Institut Kajian Dasar) atau Pengalaman Bertuhan (kumpulan esei pelbagai agama, suntingan al-Mustaqeem, terbitan terbaru MEGC) diharamkan!
Thursday, January 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kenapa perlu berbangga?..bukan bersyukur?
happy blogging
Malaysiaku masih tidur..
Post a Comment