Sunday, April 30, 2006

Pram

Salut untuk Bung Pram
-- kehilangan yang abadi dari bumi Indonesia.
Salut buat Bung, selama-lamanya!

Beberapa sumber rujukan tentang tokoh besar ini boleh diperolehi di sini: Pramoedya Ananta Toer (i), Pramoedya Ananta Toer (ii), Tokoh Indonesia.com, dan Answers.com dan tiga buah bukunya (terjemahan bahasa Inggeris) yang diterbitkan kumpulan Penguin.

Jiraf

Anak zirafah, 9 bulan, bermanja dengan ibunya di sebuah zoo di Jerman

Friday, April 28, 2006

Fikir

Selain perkataan fikir, yang tentunya dipengaruhi konsep Arab (dan Islam?), apakah kata yang "lebih Melayu" untuk menggambarkan kegiatan, gejala, kerja buat, proses dan tabie "fikir" itu sendiri?

Tentunya sebelum datangnya Islam, atau singgahnya orang Timur Tengah, ke alam Melayu, orang di sebelah sini sudah berfikir.

Apakah perkataan yang mereka gunakan untuk menjelaskan atau menggambarkan kegiatan, gejala, kerja buat, proses dan tabie fikir?

(Nota: Tidak ada perkataan tidak pula bermakna tidak ada hakikat, gejala atau objek. Sementara adanya hakikat, gejala atau objek tidak pula bererti adanya perkataan)

Ada sesiapa yang pernah membaca, atau mendengar, kajian atau analisa dalam persoalan ini? Tolong jawab ... terima kasih

+ * + * +

Beberapa tulisan saya terkini, yang dirasakan semakin tidak menarik, boleh dicapai di sini Pojok -- antaranya tentang 'Pemuzik tempatan tidak kompetitif' (26 April), 'Nasib lepasan SPM, pusat latihan (swasta) dan MLVK' (18 April) dan 'Bercium di taman: Sopan atau tidak?' (14 April).

Nampaknya kena kerja lebih keras; ertinya menghidu dan terus hidu -- dan inilah jenis kerja kewartawanan yang tidak kunjung selesai, melelahkan dan mengasyikkan (semuanya sekali gus!).

Juga, ada waktunya (jika tidak berhati-hati) boleh pula membodohkan!**

** Cuba tanya pada wartawan sama dia sedar atau tidak hal ini

Tuesday, April 18, 2006

Amaran!

Lagi: Amaran keras!

Kepada teman-teman pembaca, khususnya yang muda-muda, bahan-bahan yang disediakan di sini tidak dimaksudkan untuk disalin bulat-bulat atau ditelan mentah-mentah.

Tujuannya sama dengan catatan-catatan saya sebelumnya -- semata-mata sebagai masukan (in-put) mencari sisi-sisi lain idea/persoalan.

Saya semakin kurang senang dengan beberapa teman pembaca (sama ada saya kenali atau tidak) yang mengutip beberapa ungkapan dan idea saya. Yang, sebahagian petikan yang dipinjam itu pula masih lagi lemah, separuh masak dan memerlukan semakan lanjut.

Semakin hari, semakin kurang selesa saya rasakan kerana rupa-rupanya budaya yang saya (dan beberapa teman, khususnya di Jalan Telawi) cuba perangi selama ini -- suka menceduk, bertaklid (termasuk jenis celik!), dogmatik, 'berguru' (pada seseorang yang dianggap 'dihormati'), suka menciplak (salin kembali), tidak berfikir kritis -- masih lagi berleluasa dalam masyarakat kita.

Kepada pembaca-pembaca Patah Balek: Catatan terpenting reformasi pula, mereka boleh membaca 'jihad' saya ini di sepanjang tema-tema utama buku ini. Sejak di halaman 'Pasca-tulis' hinggalah ke halaman terakhir, semangat anti-taklid ini telah cuba saya sampaikan dengan jelas dan lantang.

Di halaman-halaman utama untuk anak muda (hal. 46, khususnya), di sini saya jelaskan betapa pentingnya wacana yang serius, yang 'real' (bukan fesyen dan lagak), yang asli daripada produk berfikir sendiri (bukan datang dari ludah orang lain atau diceduk dari buku-buku tebal), penting dihayati sebagai disiplin kehidupan. Ulang: disiplin kehidupan, bukan disiplin saat berfikir semata-mata.

Kita harus menentang sekuat-kuat tenaga percubaan-percubaan indoktrinasi politik, agama, ideologi, ilmu, nilai orang tua (termasuk ibu bapa sendiri) dan tradisi. Kita harus tidak disebut kal an'am, balhum adall (seperti binatang ternak, malah lebih bebal lagi!) kerana gagal mengoptimumkan pancaindera dan akal.

Dan, bagaimana mereka tidak mengambil persoalan ini?

Sunday, April 16, 2006

Saja2.com

Saya temui satu laman web baru, Saja-saja.com dari Tokyo. Untuk foto yang lebih mengancam, klik di sini Amaran: Untuk lelaki sahaja. Amaran lagi: Khususnya yang belum berkahwin!

Old Garden

Sebuah taman lama, The Old Garden, kini difilemkan di Korea Selatan. Arahan Im Sang-Soo, filem yang diadaptasi daripada novel menarik karya tokoh sasterawan negara itu, Hwang Suk-Young.

Novel ini The Old Garden diterbitkan pada 2000 dengan sambutan meluas rakyat negara itu, khususnya di kalangan generasi yang terlibat dalam kebangkitan siswa (dan rakyat) Kwangju pada 1980 dan generasi yang terkesan dengan peristiwa politik yang menyayat hati ini.

Novel ini memenangi anugerah-anugerah Danjae dan Sastera Yi san.

Bagaimana Hwang boleh menulis karya ini dengan baik? Saya petik sedikit lagi info tentang dirinya di laman Institute of East Asian Studies di Universiti California, Berkeley:

"Hwang Sok-Yong also wrote for the theater, and several members of a company were killed for performing one of his plays during the 1980 Kwangju uprising. During this time Hwang Sok-Yong went from being just a writer revered by students and intellectuals to becoming a political activist. As he says:

I fought Park Chung-hee's dictatorship. I worked in the factories and farms of Cholla, and I took part in the movements of the masses throughout the country [...] In 1980, I took part in the Kwangju uprising. I improvised plays, wrote pamphlets and songs, coordinated a group of writers against the dictatorship, and started a clandestine radio station called 'The Voice of Free Kwangju.'

(Terjemahan: Saya menentang pemerintahan diktator Park Chung-hee. Saya bekerja di kilang-kilang dan ladang-ladang Cholla, dan saya melibatkan diri dalam pergerakan rakyat di seluruh negara [...] Pada 1980, saya terbabit dalam Kebangkitan Kwangju. Saya menerbitkan lakon-lakon, menulis samizat-samizat dan lagu-lagu, menyusun sekumpulan penulis untuk menentang pemimpin diktator itu, dan membangunkan sebuah stesen radio rahsia yang dipanggil 'Suara Kwangju Bebas')

Novelis ini memang tokoh yang penuh warna di Korea Selatan [sila baca di link di atas] dan pengarah filemnya pula Im juga tokoh seni yang semakin terkenal dan berjaya, juga penuh warna-warni.

Dalam wawancara dengan Im Sang-Soo di sini, saya tertarik pada kata-katanya ini: "... when history plays a bad joke on you, what else can you live off?"

Filem ini dilakonkan oleh aktres yang berperan sebagai ibu tiri dalam A Tale of Two Sisters, Yeom Jeong-Ah.

Wednesday, April 12, 2006

Negroponte

Beberapa tahun lepas, saya pernah berkongsi esei panjang ini dengan teman-teman. Waktu itu kami sedang mengerjakan majalah seni budaya, Siasah (2002-2003), di Jalan Telawi.

Artikel di majalah WiReD (sebut betul-betul, bukan Weird, ya!), sebuah majalah IT yang dianggap paling berprestij di dunia dan pernah di halaman belakangnya memuatkan catatan Nicholas Negroponte (dah baca bukunya, Being Digital ?), menarik bukan kerana kisah 'pahlawan' September 11 yang ditangkap akibat memuat turun foto porno kanak-kanak.

Saya tidak tahu sejauh mana kepekaan kita tentang porno kanak-kanak. Tidak kedengaran kempen tentang itu atau tulisan-tulisan yang mengupas isu ini.

Tidak pasti sejauh mana bahan-bahan porno ini dilanggan atau dimuat turun, dan (tidak salah ingatan saya) belum ada kes tangkapan (atau nasihat oleh 'polis-polis moral') berhubung isu ini. Tetapi di beberapa negara Barat, porno kanak-kanak dipandang sangat serius dan kesalahannya berat sekali.

Memang, latar cerita ini tentang seorang wira Amerika Syarikat tetapi pertikaian isu tersebut jauh lebih serius daripada persoalan keperwiraan, misalnya (a) soal empat pengkategorian dalam kesalahan ini, (b) operasi jerangkap samar (sting operation) yang digunakan oleh FBI untuk menangkap rangkaian pengedar dan pengguna bahan-bahan porno kanan-kanak, child pornography.

Awas, artikel yang disarankan ini sedikit panjang, lapan halaman semuanya di laman web Wired dan boleh dibaca dengan percuma, 'Caught in the Kid Porn Crusade' atau 'The United States of America v. Adam Vaughn' (edisi 10.10 Wired Oktober 2002).

Jika malas membaca dalam talian, elok cetakkan sahaja. Boleh membacanya dengan lebih santai.

Oh ya, kepada mereka yang belum berkenalan dengan Being Digital (terbitan Vintage Books) karya Nicholas Negroponte, elok cuba dapatkan di pasaran.

Ya, ini cerita 10 tahun lepas. Saya juga membaca edisi kulit lembut ini, sama seperti foto kulit buku di atas. Tetapi menarik, jika pernah membacanya.

Tidak sempurna ke alam digital** (tidak guna ada blog!) jika belum membaca Being Digital atau sewaktu membacanya tidak tersenyum (atau ketawa terbahak-bahak!)

** ada sebuah buku lagi yang menarik tentang dunia IT ini, juga sebuah buku lama, Cuckoo's Eggs: Tracking a spy through the maze of computer espionage karya Clifford Stoll. Khabarnya dari pengalaman sebenar penulis ini menjejak penggodam (hacker), dari sebuah negara di Eropah, laman-laman web di Amerika Syarikat. Di lain waktu, ada kesempatan, kita membaca ulasan buku (novel?) menarik ini ...

Monday, April 10, 2006

Camus

Saya belum sempat menghabiskan Plague walau The Outsider, sebuah novel nipis, senang dihadam. Di awal dan hujung buku ini (sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu), walau ada sisi-sisi menarik, tetapi tetap membosan. Lebih asyik membaca Jean Paul Sartre The Age of Reason.

Dengan segala kesuntukan masa saya, di sini saya turunkan sedikit wawancara dengan anak Camus, Catherine, berhubung manuskrip novel beliau The First Man yang gagal disiapkan menjelang kematian tokoh pemikir politik dan sasterawan ini dalam satu kecelakaan jalan raya.

Soalan (majalah Spike): Since The First Man deals with Camus' birth and childhood in Algeria, it seems strange that Camus' deep personal involvement with the Algerian nationalist crisis tends to get overlooked in the traditional portrayal of him as a French writer. Do you think The First Man will re-emphasise the importance of Algeria in our consideration of Camus?

Catherine: I hope so. Camus' was born in Algeria of French nationality, and was assimilated into the French colony, although the French colonists rejected him absolutely because of his poverty. Politically, he was in favour of a federation, and effectively he considered that like South Africa today (or as they are trying to do), there should be a mixed population with equal rights, the same rights for the Arab and the French populations, as well as all the other races living there.

Teks lengkap di sini.

Thursday, April 06, 2006

Media

Cendekiawan gagal memainkan peranan menjelaskan inti pati utama agama sehingga masyarakat lebih cenderung melihat Islam sebagai amalan ibadat dan kurang menghargai tradisi intelektual, jelas seorang pemikir Turki.

"(Sebahagian kegagalan itu) kerana tidak ada kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," kata Profesor Dr Murat Cizakca kepada wartawan selepas menyampaikan ceramahnya 'The Correlation between Democracy and Economic Development' di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam.

Edisi lengkap di mStar Online Cendekiawan Islam gagal suburkan tradisi intelektual (7 April)
+ * + * +

Saya sudah sering diwawancara BBC, baik dari pejabat mereka di London atau pejabat edisi Melayu di Jakarta, tetapi belum pernah -- seingat saya -- keudara di radio Jerman.

Sejak bertugas dengan Malaysiakini.com pada 2000 dan 2001, saya sudah agak kerap keudara walau beberapa minit, termasuk sewaktu 10 aktivis Gerakan Reformasi dan parti Keadilan ditahan mengikut akta ISA pada 10 April lima tahun lalu.

Sampai sekarang, cek (dalam pound sterling) sebagai bayaran saguhati tidak saya tukar-tukar lagi!

Isnin lepas, 3 April, stesen Deutsche Welle (DW)-World (edisi Indonesia) mewawancara tentang rancangan al-Jazeera membuka kantor beritanya di Kuala Lumpur.

Saya juga tidak menyedari teman wartawan Dina Zaman, wartawan 'Rentakini' di Malaysiakini.com, pernah menyebut sebaris nama penulis, termasuk saya, dalam artikelnya 'Living Islam II' (2 Mac).

Tidak sangka, wartawan juga -- selain menulis berita -- boleh menjadi sumber dan bahan berita.

Tetapi saya paling tertarik dengan warna-warna pengalaman Kee Thuan Chye seperti luahan fikiran (hati?) kepada Jacqueline Ann Surin, penulis kanan The Sun.

Lihat wawancaranya 'Kee-ping the faith' (16 September 2005). Sungguh warna-warni dan boleh menyebabkan kita cemburu...

Monday, April 03, 2006

Blook

Hari ini, buat pertama kali dalam sejarah dunia, tiga buah blook diisytiharkan pemenang anugerah Lulu Blooker Prize.

Tiga pemenang untuk tiga kategori buku: bukan fiksyen dimenangi oleh Julie & Julia, kreatif Four and twenty blackbirds dan komik Totally boned.

Untuk mengetahui erti 'blook', sila baca catatan awal saya 'Dua lagi blook Melayu diterbitkan' (mStar Online, 31 Mac 2006).

Sementara hari ini, isu VCD yang diterbitkan dan diedarkan oleh jaringan gerakan 'pengganas' al-Qaeda, 'VCD terbitan al-Qaeda dijual terbuka' (mStar Online, 3 April 2006).

Edisi bahasa Inggeris boleh dicapai di sini, Osama VCD urging use of force on sale (The Star, p. 6)

Maaf, sambungan internet tidak selalu dapat dicapai akhir-akhir ini