Cendekiawan gagal memainkan peranan menjelaskan inti pati utama agama sehingga masyarakat lebih cenderung melihat Islam sebagai amalan ibadat dan kurang menghargai tradisi intelektual, jelas seorang pemikir Turki.
"(Sebahagian kegagalan itu) kerana tidak ada kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," kata Profesor Dr Murat Cizakca kepada wartawan selepas menyampaikan ceramahnya 'The Correlation between Democracy and Economic Development' di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam.
Edisi lengkap di mStar Online Cendekiawan Islam gagal suburkan tradisi intelektual (7 April)

+ * + * +
Saya sudah sering diwawancara BBC, baik dari pejabat mereka di London atau pejabat edisi Melayu di Jakarta, tetapi belum pernah -- seingat saya -- keudara di radio Jerman.
Sejak bertugas dengan Malaysiakini.com pada 2000 dan 2001, saya sudah agak kerap keudara walau beberapa minit, termasuk sewaktu 10 aktivis Gerakan Reformasi dan parti Keadilan ditahan mengikut akta ISA pada 10 April lima tahun lalu.
Sampai sekarang, cek (dalam pound sterling) sebagai bayaran saguhati tidak saya tukar-tukar lagi!
Isnin lepas, 3 April, stesen Deutsche Welle (DW)-World (edisi Indonesia) mewawancara tentang rancangan al-Jazeera membuka kantor beritanya di Kuala Lumpur.
Saya juga tidak menyedari teman wartawan Dina Zaman, wartawan 'Rentakini' di Malaysiakini.com, pernah menyebut sebaris nama penulis, termasuk saya, dalam artikelnya 'Living Islam II' (2 Mac).
Tidak sangka, wartawan juga -- selain menulis berita -- boleh menjadi sumber dan bahan berita.
Tetapi saya paling tertarik dengan warna-warna pengalaman Kee Thuan Chye seperti luahan fikiran (hati?) kepada Jacqueline Ann Surin, penulis kanan The Sun.
Lihat wawancaranya 'Kee-ping the faith' (16 September 2005). Sungguh warna-warni dan boleh menyebabkan kita cemburu...

6 comments:
Apa istimewanya cek dalam pound sterling tu?
Atau nak buat ibu duit!!!!
Hehehe! faomar@yahoo.com
hang tak cashkan lagi?
sikit sgt kot... hehehe
buat menyusah org buat pelarasan akaun tiap bulan..
Sekali interbiu 30 pound, untuk 5-10 minit, ok lah kot! Hehehe
Dah lebih mahal daripada menulis rencana di akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu (atau menulis kolum di akhbar berbahasa Mandarin dan juga media dalam talian) faomar@yahoo.com
Aku. Terima SMS dari Fathi, "boleh aku interview kau?" Belum sempat reply, Fathi sudah telefon.
Ha ha.
Sinaganaga, di Malaysia, tidak ada bayaran untuk wawancara ya? Hehehe faomar@yahoo.com
Post a Comment