Tuesday, April 18, 2006

Amaran!

Lagi: Amaran keras!

Kepada teman-teman pembaca, khususnya yang muda-muda, bahan-bahan yang disediakan di sini tidak dimaksudkan untuk disalin bulat-bulat atau ditelan mentah-mentah.

Tujuannya sama dengan catatan-catatan saya sebelumnya -- semata-mata sebagai masukan (in-put) mencari sisi-sisi lain idea/persoalan.

Saya semakin kurang senang dengan beberapa teman pembaca (sama ada saya kenali atau tidak) yang mengutip beberapa ungkapan dan idea saya. Yang, sebahagian petikan yang dipinjam itu pula masih lagi lemah, separuh masak dan memerlukan semakan lanjut.

Semakin hari, semakin kurang selesa saya rasakan kerana rupa-rupanya budaya yang saya (dan beberapa teman, khususnya di Jalan Telawi) cuba perangi selama ini -- suka menceduk, bertaklid (termasuk jenis celik!), dogmatik, 'berguru' (pada seseorang yang dianggap 'dihormati'), suka menciplak (salin kembali), tidak berfikir kritis -- masih lagi berleluasa dalam masyarakat kita.

Kepada pembaca-pembaca Patah Balek: Catatan terpenting reformasi pula, mereka boleh membaca 'jihad' saya ini di sepanjang tema-tema utama buku ini. Sejak di halaman 'Pasca-tulis' hinggalah ke halaman terakhir, semangat anti-taklid ini telah cuba saya sampaikan dengan jelas dan lantang.

Di halaman-halaman utama untuk anak muda (hal. 46, khususnya), di sini saya jelaskan betapa pentingnya wacana yang serius, yang 'real' (bukan fesyen dan lagak), yang asli daripada produk berfikir sendiri (bukan datang dari ludah orang lain atau diceduk dari buku-buku tebal), penting dihayati sebagai disiplin kehidupan. Ulang: disiplin kehidupan, bukan disiplin saat berfikir semata-mata.

Kita harus menentang sekuat-kuat tenaga percubaan-percubaan indoktrinasi politik, agama, ideologi, ilmu, nilai orang tua (termasuk ibu bapa sendiri) dan tradisi. Kita harus tidak disebut kal an'am, balhum adall (seperti binatang ternak, malah lebih bebal lagi!) kerana gagal mengoptimumkan pancaindera dan akal.

Dan, bagaimana mereka tidak mengambil persoalan ini?

28 comments:

Anonymous said...

Fathi,
Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil pada masa akan datang?

Setiap artikel perlu disertakan dengan "Disclaimer"?

Anonymous said...

Fathi, tidak semua orang jadi pemikir. ada juga yang sekadar bawa bas sekolah...

Haris Zalkapli said...

Memang default setting sebahagian besar orang Malaysia macam tu agaknya. Cuma ada dua: sokong atau tak sokong, suka ke tak suka, setuju sepenuhnya atau setuju dengan reservation.

Perkataan macam mungkin, ada kecenderungan, dan sebagainya yang berkaitan, selalu akan terlepas dari pandangan. Mereka hanya nak reduce satu artikel tu kepada satu point simplistik: kau sokong mana?

Kalau mcm ni, baik jangan kempen baca buku, nanti baca Fathi jd pendukung Fathi, baca Huntington jd penyokong (atau penghentam) Huntington.

Aqil Fithri said...

salaam,

ya haris, fikiran rakyat malaysia memang hanya terbelah pada dua sisi saja; ya atau tidak, ikut kerajaan atau anti-kerajaan, maksiat atau anti-maksiat, hitam atau putih, dll. takda alternatif?

namun, untuk peringkat awal, terutamanya mereka yang baru bertatih dalam pemikiran, hal ini tidak dapat ditolak. pemikiran kita bukannya terus sempurna! malah, barnagkali takda yang sempurna pun! menjadi pengikut atau penentang sesuatu idea adalah langkah awal bagi mereka membentuk idea sendiri kelak.

justeru, saya kira tidak salah untuk bersikap pro atau mengutip sesuatu idea seseorang, asalkan ia mengerti kenapa ia pro terhadap idea tersebut!

saya percaya, cara terbaik untuk mula2 membentuk fikiran ialah dengan mengutip fikiran orang lain terlebih dahulu, sebelum ia merumuskan fikirannya sendiri pula.

sekian, itu saja catatan saya.

Amin Ahmad said...

bagi aku orang kita bukan tak berfikir cuma kadang-kadang (mungkin kebanyakan kali) orang kita tidak punya bahasa yang tepat untuk itu.

Anonymous said...

Penulis mati... mana nak letak?

Risiko itu sentiasa ada.

Kecuali kita letakkan amaran "SETIAP PERKATAAN YANG SAYA TULIS ADALAH HAK SAYA DAN TIDAK BOLEH DIPETIK WALAU SATU PERKATAANPUN KECUALI DENGAN KEBENARAN SAYA."

atau

Tuliskan perkataan "DRAF sahaja" pada akhir setiap perenggan.

Tapi nanti orang kata kedekut nak mampus. Atau orang kata macamlah bagus sangat tulisan dia... heheheh

Anggap saja apabila orang ambil tulisan kita bererti orang membacanya. Orang setuju tak setuju lumrah. Itu sudah cukup baik bagi seorang penulis.

Penulis tetap mati (KECUALI dia isytihar awal2 dia masih hidup!)

- mile

Aqil Fithri said...

mile, ke mana anda menghilang? saya curi petikan anda dalam ummahonline. itu kira 'penulis mati' juga ker? hahaha :-)

Anonymous said...

aqil,
anggap saja dah mati... hahaha

Anonymous said...

Kawan2, persoalannya bukan ciplak karya. Isunya ciplak idea -- menjadi 'pak angguk' pada sesuatu fikiran, sama ada dengan sedar atau tidak.

Gaya berfikir tidak kritis, termasuk di kalangan kita, tidak wajar dibiarkan.

INI AMARAN saya -- yang juga telah sering pula disampaikan di warung-warung. Orang muda, atau yang baru terdedah kepada sesuatu aliran/idea, harus belajar bertanya, mengkaji dan mempersoalkan.

Saya (secara peribadi) bukan pelacur idea dan saya tidak mahu mengundang pelanggan idea ke warung saya (atau blog saya).

"Subscribe idea", kata kawan saya Buddhi, sehingga dipindah ulang frasa kata, jargon, dan lawak jenaka untuk bergaya sahaja -- sejenis budaya ketertundukan akal atau conformity (dan uniformity?).

Ini bukan kerja/kerjaya kita. Ia juga bukan watak kita dan bukan pula perwatakan manusia yang cuba kita munculkan.

Kerja/kerjaya kita menjanakan idea, membiakkan idea, membuka sawah & ladang idea.

Bukan curi benih di tapak orang lain atau berebut tanah pusaka!

Setiap orang harus meneroka. Siapa yang rajin, luaslah daerah penerokaannya!

Kita semua kumpulan kecil (bilangan) dalam masyarakat kita dan cara mengembangkannya ialah meluaskan daerah penerokaan idea.

Tetapi kaedah "melanggan" atau menciplak idea bersifat antithetical kepada hasrat pengembangan (kumpulan manusia sefikiran) kita ini.

Malah, ia boleh melemahkan kita perlahan-lahan dan diam-diam. Perkara inilah yang saya minta dipertimbangkan dalam amaran yang kasar dan berterus-terang seperti di atas tadi.
faomar@yahoo.com

Anonymous said...

"....Kita harus menentang sekuat-kuat tenaga percubaan-percubaan indoktrinasi politik, agama, ideologi, ilmu, nilai orang tua (termasuk ibu bapa sendiri) dan tradisi...."

This I think is also not a new idea!

_______________________________
I think I heard a similar phrase by Charleston Heston .. he said it almost the same.... in the original Planet of the Apes movie! He said it towards the last quarter of the movie... and guess what.. he said that to an ape-boy... he encouraged the ape-boy to question evrything, especially his adults!

Of course, one must first think that Planet of the Apes is a parody...satirizing the American society in the late 60s.....
_______________________________

So.... do you think Malaysian society is more like the "apes".... very good in imitating but very bad in understanding?

Anonymous said...

Fathi,
if it is in that sense, then I concur.

some/many may have high regards on you, thus the flattery.

sometimes we need to excuse naiveity.

Anonymous said...

Kepada Amin: Malam tadi kami bertemu dua teman muda di Telawi. Dan dalam perbualan panjang itu, tersentuh isu awek, kebetulan seseorang yang dipandang itu badannya berisi.

Lalu di celah-celah perbualan, termuncul ungkapan "orang gemuk banyak air." Bagaimana dia tahu begitu? Tidakkah ia (phrase) hanya satu klise (cliche) yang membosan? Aduh, klise!

Jadi, selain tidak menemukan bahasa (seperti kau cakap di atas), memang tidak ada sisi pandang lain untuk merumus wanita, kegemukan, keindahan, rasa ingin, kecaman dan pujian.

Itu makanya (ini agakan aku saja), kegagalan menemukan bahasa ada kaitannya juga dengan kegagalan menjana idea/rumusan/analisa baru dan kegagalan menjungkir-balik ruang fikir.

Setuju, Amin?

Kepada Mile: Ya, saya hargai dan sanjung tinggi rasa hormat teman-teman, kenalan-kenalan dan pembaca-pembaca pada artikel dan idea saya.

Saya tidak berniat untuk merendah-rendahkan pula penghargaan mereka.

Kepada semua pembaca: Sekali lagi, yang saya mahu kejutkan di sini, isunya tetap pada penjanaan idea; bukan sahaja salinan kembali (imitation @ photocopy) dan penyebaran idea yang sedia ada.

Tidak cukup dengan fotokopi buku dan menjual buku tetapi harus utamakan/tekankan pada pembacaan, penulisan dan kritik buku. Ibaratnya begitu. Walau semua orang tahu menyalin buku dan menjualnya tidak kurang penting dalam bidang pemikiran dan kebudayaan.

Tetapi inti pati penyalinan dan penjualan buku TETAP terletak pada langkah/usaha "pembacaan, penulisan dan kritik buku."

Jika tidak, kita hanya menyebar beberapa jenis buku sahaja; gagal menghasilkan ragam-ragam buku yang hebat.

Begitulah ibaratnya orang yang menyalin kembali buah fikiran orang, kemudian seperti 'pak angguk' mengitar-kembali (re-cycle) kepada individu, kumpulan, dan warung yang lain.

Orang yang menfotokopi idea sebenarnya "mencuri" sumur idea. Mata (sumber) air tidak dipam kembali masuk ke takungan (sumur, tangki) tetapi hanya tahu menghabiskan apa yang sedia ada.

Ia suatu bentuk "jenayah" intelektual dalam kempen kita (teman-teman sefikiran) membangkitkan Pencerahan dan keghairan berfikir, mempersoalkan.

Ia mencipta kitaran tertutup (close loop), bukannya kitaran (idea) yang terbuka, open loop, yang berinteraksi dengan pluralisme alam di sekeliling buah-buah fikiran.

Dengan bahasa yang mudah, proses ini akan kembali membekukan kita, kembali mendangkalkan kita, kembali melemahkan bangsa Melayu, kembali menghancurkan semangat juang (intelektual) Islam ... ya, begitulah bunyi retorikanya jika saya berdiri sebagai seorang penceramah politik. Hehehe ...

Anonymous said...

ya, kita hendaklah mengubah cara kita berfikir. Cara pemikiran lama patut kita tinggalkan dalam menghadapi era globalisasi, era tanpa sempadan ini. Dunia berkembang dengan cepat maka jika kita tidak bersedia kita akan ketinggalan. Kita perlu komited dengan prinsip dan matlamat Islam Hadhari, sesuai dengan wawasan 2020. Semuanya demi agama, bangsa dan negara.

hehehehe....

Anonymous said...

"mimesis" adalah kaedah mana-mana seniman sebelum bertahun-tahun selepas itu, dia berjaya keluar dengan cetusan ide yang segar bugar. anda, Fathi, mahu saya bertanya, mula-mula menulis dulu tak pernah cedok ide orang lain ka? atau2 lahir2 je terus jadi genius...?

Anonymous said...

Pada dekad mendatang kita bakal melihat kasus-kasus perlanggaran hak cipta intelektual dan penyusupan ke dalam privasi kita.

Kita bakal mengalami vandalisme digital, pembajakan software, dan pencurian data. Yang paling menyedihkan, kita bakal menyaksikan hilangnya beberapa pekerjaan, lantaran sistem-sistem otomitas bakal segera mengubah tatanan kerja "kerah putih" sejalan dengan perubahan yang dialami perusahaan. (dirampok dari 'being digital' atas ketidakbenaran sang penulis

Fathi, mungkin ini yang kau maksudkan?

Amin Ahmad said...

Buat Fathi,

Sejak aku boleh sedikit berfikir, isu bahasa jadi pertikaian aku fikir kepentingan bahasa satu hal relevan, SANGAT RELEVAN kepada hubungan manusia dalam menangani isu-isu kehidupan. Tapi tak mungkin semua manusia akan menganggap ia penting kerana itu, hanya sebatas dengan keperluan menjawab soalan peperiksaan sahaja aku fikir!

Maka, bagi aku, seorang pemikir bukan tugasnya memarahi khalayak kerana 'GAGAL' berfikir (dengan beberapa perlakuan yang menunjukkan ke arah itu - antaranya mencedok bulat2 idea orang lain). Seorang pemikir, harus tanpa jemu menunjukkan jalan kepada orang lain untuk itu. Sikap mahu orang lain SEMUANYA mengerti hal ini bukankah satu pemaksaan ruang personal kepada ruang awam?

Anonymous said...

Kita anggap saja ini sebagai satu proses perjalanan kepada si pencedok, perjalanan daripada seorang yang tiada kepada ada.. sekian terima kasih

Anonymous said...

ooii fathi...
ko tengok kawan lama ko punye komen..

http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/04/gubra-yang-sesat-lagi-menyesatkan.html

http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/04/mengapa-saya-cemuh-gubra.html

Anonymous said...

Aduh, rupa-rupanya susah juga teman2 & pembaca2 memahami persoalan yang saya bangkitkan ini? Atau, sengaja buat-buat tidak faham?

Kita tidak perlu banyak teori, alasan, justifikasi dan sejumlah kosa kata (klasik, moden atau pasca-moden) untuk menyatakan "bahaya" atau "kesan buruk" jika idea hanya dipindah-pindahkan tanpa memberikan nilai produktif pada idea.

Kita ambil satu sisi asas saja, input ---> proses ---> output

Kepada mereka yang menciplak idea, input = (atau hampir = ) dengan output.

Katakan kes ini terjadi pada seorang individu.

Bayangkan jika beberapa individu mengalami proses ini, input A ---> proses ---> output (= input A).

Dengan kata lain, orang ini tidak berfikir! Jadi, jangan kita bangga berkawan dengan orang-orang bodoh yang tidak lama lagi akan "menyokong anda membawa rebah"

Amin Ahmad said...

Fathi,

Aku rasa soal bangga berkawan dengan orang bodoh satu hal yang berbeza dengan hal cedok mencedok idea ini.

Aku rasa pemikir bukan mencari solidariti terhadap dirinya tetapi terhadap idea.

Manusia mencipta peta setelah puas menjelajah. Bukankah sebahagian perjalanan jajahannya itu juga pernah diterokai oleh orang lain? Idea bagi aku berdiri kerana pelbagai faktor.

Anonymous said...

aku berfikir kerana aku 'ada'

Amin Ahmad said...

http://www.pentagonstrike.co.uk/flash.htm#Main

Aqil Fithri said...

aku melawan bererti aku ada -- camus!

Amin Ahmad said...

haha..aku melawan eh?

nanti aku mencedok beerti aku ada?

Anonymous said...

Kawan2, kita kembali kepada tema pokok.

Yakni, apakah kita bersetuju bahawa dalam kita berkumpulan (secara dekat atau jauh) kita harus "memproduktifkan" idea?

Yakni, apakah kita bersetuju bahawa sesuatu kelompok sosial (kecil atau besar) akan mengalami kelemahan, keburukan atau risiko jika idea yang berlegar-legar dalam kelompok itu sudah tidak produktif, sudah "mandom" atau telah mandul?

Yakni, apakah kita bersetuju bahawa usaha "mencerahkan akal" seperti katanya Kant itu haruslah menjadi semangat (jiwa, spirit) kumpulan manusia yang dianugerahkan akal untuk berfikir?

Kau orang 'ni, kalau bersembang sering nak off-track, macam duduk warung juga! Bawak perangai selekeh sampai ke dalam blog! :(

faomar@yahoo.com

Anonymous said...

Aku bersetuju bahawa sesuatu bangsa akan menjadi lemah (malah mungkin pupus) kiranya tiada cetusan idea baru.

Betapa pun, penting juga adanya orang2 yang melelehkan idea (populizer) yang kau anggap sebagai pencedok itu.

Orang2 ini berada dibawah sedikit kastanya ketimbang kamu wahai ahlil fiqir. Setidaknya, mereka dapat membantu merebakkan lelehan idea kamu!

Anonymous said...

Anda di atas berkata: Betapa pun, penting juga adanya orang2 yang melelehkan idea (populizer) yang kau anggap sebagai pencedok itu.

Orang2 ini berada dibawah sedikit kastanya ketimbang kamu wahai ahlil fiqir. Setidaknya, mereka dapat membantu merebakkan lelehan idea kamu!

Saya di bawah berkata: Ya, saya setuju dengan dua perenggan anda ini.

Tetapi topik yang saya bawa ini tidak kena-mengena dengan maksud/taktik/strategi yang anda maksudkan.

Ia (yang saya cuba bawa di sini) dikategorikan dalam satu kelas yang lain (daripada yang anda niatkan).

Cuba tanggapi maksud saya dengan lebih jelas, bermula dari awal, seawal-awalnya.

Misalnya saya menyebut begini (posting pertama): "Di halaman-halaman utama untuk anak muda (hal. 46, khususnya), di sini saya jelaskan betapa pentingnya wacana yang serius, yang 'real' (bukan fesyen dan lagak), yang asli daripada produk berfikir sendiri (bukan datang dari ludah orang lain atau diceduk dari buku-buku tebal), penting dihayati sebagai disiplin kehidupan. Ulang: disiplin kehidupan, bukan disiplin saat berfikir semata-mata."

Orang yang memperlekehkan idea utama, penentang idea arus utama, tukang lekeh idea tertentu, saya tidak alami masalah (dengan watak ini) kerana sering mereka yang berwatak begini (termasuk yang sinis) berfikiran kritis/sedar.

Ada perwatakan kritis/berfikiran bernas yang mendorong mereka bertindak/berkelakuan seperti yang anda tanggap:

Betapa pun, penting juga adanya orang2 yang melelehkan idea (populizer) yang kau anggap sebagai pencedok itu.

Orang2 ini berada dibawah sedikit kastanya ketimbang kamu wahai ahlil fiqir. Setidaknya, mereka dapat membantu merebakkan lelehan idea kamu!


Jenis ini (jenis yang anda cuba jelaskan, saya faham & saya setuju).

Yang saya marah/maki/serang habis-habisan ini ialah "taklid buta", orang yang tidak/enggan berfikir, yang tidak memproses, yang saya sebut di awal tadi input dan outputnya (fikirannya) hampir-hampir sama.

Dia baru jilat dan masukkan jari, tetapi dia sudah perasan kena kemut! Ini masalah yang saya cuba sampaikan! Yang kena kemut jari dan psikologi dia sahaja!
faomar@yahoo.com

Amin Ahmad said...

Fathi,

Tidak ada mereka yang mahu berfikir suka akan Taqlid buta. Itu aku rasa semua patut jelas.

Cuma dalam hal idea..ia bergerak. Jika sepanjang masa manusia punya idea baru (ia tak mustahil), maka sebenarnya tak wujud apa yang kita namakan Dark Ages dan keruntuhan Khalifah Uthmaniyyah.

Kerana adanya manusia jenis ini maka idea boleh terus dijana. Dinamika insan itu merangsang..moga-moga.

Bagaimana jika mereka bersetuju dengan seluruh idea kau?

Ini bukan satu justifikasi cedokan.

Kadang ada idea yang mahu dibantah, tetapi tak semua manusia punya bakat itu..ia mungkin perlu diasuh.

Maka;

1. Sikap taqlid ditolak.
2. Cedokan tak wujud kerana sebab
taqlid semata.
3. Tidak semua cedokan boleh dikata
taqlid.
4. Cedokan dibolehkan tetapi tidak
digalakkan tanpa bahas.

Hehe..ni bukan versi warung, ini versi seminar yang tamat di dalam dewan dan dibukukan.