Beberapa tahun lepas, saya pernah berkongsi esei panjang ini dengan teman-teman. Waktu itu kami sedang mengerjakan majalah seni budaya, Siasah (2002-2003), di Jalan Telawi.
Artikel di majalah WiReD (sebut betul-betul, bukan Weird, ya!), sebuah majalah IT yang dianggap paling berprestij di dunia dan pernah di halaman belakangnya memuatkan catatan Nicholas Negroponte (dah baca bukunya, Being Digital ?), menarik bukan kerana kisah 'pahlawan' September 11 yang ditangkap akibat memuat turun foto porno kanak-kanak.
Saya tidak tahu sejauh mana kepekaan kita tentang porno kanak-kanak. Tidak kedengaran kempen tentang itu atau tulisan-tulisan yang mengupas isu ini.
Tidak pasti sejauh mana bahan-bahan porno ini dilanggan atau dimuat turun, dan (tidak salah ingatan saya) belum ada kes tangkapan (atau nasihat oleh 'polis-polis moral') berhubung isu ini. Tetapi di beberapa negara Barat, porno kanak-kanak dipandang sangat serius dan kesalahannya berat sekali.
Memang, latar cerita ini tentang seorang wira Amerika Syarikat tetapi pertikaian isu tersebut jauh lebih serius daripada persoalan keperwiraan, misalnya (a) soal empat pengkategorian dalam kesalahan ini, (b) operasi jerangkap samar (sting operation) yang digunakan oleh FBI untuk menangkap rangkaian pengedar dan pengguna bahan-bahan porno kanan-kanak, child pornography.
Awas, artikel yang disarankan ini sedikit panjang, lapan halaman semuanya di laman web Wired dan boleh dibaca dengan percuma, 'Caught in the Kid Porn Crusade' atau 'The United States of America v. Adam Vaughn' (edisi 10.10 Wired Oktober 2002).
Jika malas membaca dalam talian, elok cetakkan sahaja. Boleh membacanya dengan lebih santai.
Oh ya, kepada mereka yang belum berkenalan dengan Being Digital (terbitan Vintage Books) karya Nicholas Negroponte, elok cuba dapatkan di pasaran.
Ya, ini cerita 10 tahun lepas. Saya juga membaca edisi kulit lembut ini, sama seperti foto kulit buku di atas. Tetapi menarik, jika pernah membacanya.
Tidak sempurna ke alam digital** (tidak guna ada blog!) jika belum membaca Being Digital atau sewaktu membacanya tidak tersenyum (atau ketawa terbahak-bahak!)
** ada sebuah buku lagi yang menarik tentang dunia IT ini, juga sebuah buku lama, Cuckoo's Eggs: Tracking a spy through the maze of computer espionage karya Clifford Stoll. Khabarnya dari pengalaman sebenar penulis ini menjejak penggodam (hacker), dari sebuah negara di Eropah, laman-laman web di Amerika Syarikat. Di lain waktu, ada kesempatan, kita membaca ulasan buku (novel?) menarik ini ...
Wednesday, April 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Fathi,
menariknya, aku ada buku Being Digital (terjemahan Indon) yg ku beli 2 tahun lepas. tapi belum habis baca. sekarang aku mahu cari balik, entah dimana sudah...
Tetapi elok baca edisi asal, nipis dan tidak susah memahaminya. Saya beberapa tempat (dalam artikel sejak tamat membacanya) sering mempromosikannya, termasuk di Harakah, Utusan Malaysia dan Tamadun. faomar@yahoo.com
aku telah mendapatkannya di payless book store di Amcorp mall 2 pekan yang lalu. murah sahaja tak sampai rm20. ada dua buah buku tersebut di kedai itu. setelah aku beli tinggal satu. siapa nak beli dan kalau rajin pergi la tengok kat kedai tu, kalau-kalau ada lagi.
saya rasa porno, walaupun memang wujud di Malaysia, kurang berleluasa atas beberapa sebab
1. Tidak begitu senang mendapat bahan porno, kecuali melalui saluran "tertentu".
2. Internet tidak lagi berleluasa di seluruh Malaysia, terutamanya rangkaian peribadi. Bayangkan apa tanggapan orang jika melihat kamu melayari laman porno kanak2 di tempat awam atau tempat kerja ? :D
3. Kita nak cakap pasal seksualiti pun dah merah padam, apatah lagi yang berkaitan dengan seks dan seksualiti. Isu rogol kanak2 dan sumbang muhrim pun belum lagi mendapat perhatian yang meluas. Tapi I rasa, kalau bukan kerana sekatan agama yang agak kuat, mungkin gejala porno akan lebih berleluasa. Dah kena imposisi pihak kuasa maka kenalah guna "pintu belakang"
Di sesetengah negeri di US, nak letak gambar anak2 u, samada bogel atau separa bogel, atau dalam "post" yang dianggap akan menghairahkan boleh dikenakan
Lupa kata yg I ada buku Clifford Stoll tu, yg I beli I think around 1996 atau 1995, dah lupa. Memang menarik ceritanya, macam cerita "adventure", seorang ahli astronomi yang entah apa sebabnya (I lupa) telah menjadi "system administrator" dan kemudian kena mengejar seorang "cracker" yang telah menembusi sekuriti sistemnya. Masa tu I masih remaja dan ia merupakan sebahagian drp satu subculture yg I pernah terlibat. Cuba bayangkan kebudayaan sekitar kumpulan hackers yg pernah menjadi "anak emas" filem Hollywood pada 1990an (filem "Hackers" yang pernah menampilkan Angelina Jolie, yang diinspirasi oleh filem lebih awal yang bernama "Sneakers") dan juga menjadi bahan cerita Pengarang seperti Bruce Sterling dan William Gibson. Mereka mempunyai slanga bahasa sendiri, muzik2 dan karya-karya yang digemari.
Misalan, terdapat pelbagai cara untuk menamakan sesuatu "virus" yang digunakan untuk memecah network security (ICE), memecah encryption, DoS dan sebagainya. Kemudian kena bezakan pula antara "crackers" dan "hackers". "L33t" dan "lamer". Cuba tengok New Hacker's Dictionary
tidak silap saya, dunia seni sekarang, utamanya seni media, sangat tertarik untuk melewati isu2 kedigitalan dalam karya-karya seni mereka. Wujud banyak "fellowship" dan art residency, dan juga program2 akademik ttg tu
Btw, hacker ialah penggodam ke? Kali pertama I dengar, heh
Penggodam? Sekurang-kurangnya tujuh atau lapan tahun (mungkin lebih lama) perkataan ini dimasukkan dalam pasaran bahasa utama di Malaysia.
Tidak tahu? Sebab tidak pernah ambil peduli.
Cuba cari di www.google.com.my Ada 29 halaman (1 halaman = 10 entry/posting)
faomar@yahoo.com
Post a Comment