Thursday, June 15, 2006

Bannnnned

Updated For the English version of this news story, please click here. You may get more complete list of the 18 banned books, with the names of the authors and publishers.

Sebanyak 18 penerbitan dari dalam dan luar negara telah diharamkan secara mutlak di seluruh negara kerana boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Senarai penerbitan yang diharamkan itu terkandung dalam Warta Kerajaan bertarikh 8 Jun iaitu di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tak Diingini) 2006, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Salinan Warta Kerajaan tersebut diedarkan kepada Bernama oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini.

Larangan itu adalah untuk pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil pengeluaran yang diperihalkan dalam jadual.

Enam daripada penerbitan itu adalah dalam Bahasa Malaysia manakala selebihnya dalam Bahasa Inggeris.

Antara penerbitan tempatan yang diharamkan ialah "Kontroversi Hukum Hudud" dan "Risalah No.2 Dilema Umat Islam - Antara Hadis dan Quran" yang dihasilkan oleh Kassim Ahmad. Bernama

Tajuk-tajuk penerbitan yang diharamkan ialah (nama pengarang disediakan oleh berita Bernama edisi Inggeris baca di sini bagi edisi Bahasa Malaysia; dan di sini bagi edisi Inggeris):

1. The Bargaining for Israel: In the Shadow of Armageddon (Mona Johnian)
2. Islam (Mathew S Gordon)
3. Lifting the Veil: A handbook for building bridges across the cultural chasm (Trudie Crawford)
4. A Fundamental Fear: Eurocentrism and the Emergence of Islamism (Bobby S Sayyid)
5. Islam Revealed: A Christian Arab's view of Islam (Anis A Shorrosh)
6. What Everyone Needs to Know About Islam (John L Esposito)
7. Mini Skirts, Mothers & Muslims (Christine Mallouhi)
8. The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam (Karen Armstrong)
9. Kundalini For Beginners (Ravindra Kumar)
10. Sacred Books of the East (Epiphanius Wilson)
11. Sharing Your Faith with a Muslim (Abdiyah Akbar Abdul-Haqq)
12. Cults, World Religions and the Occult (Kenneth Boa)
13. Petua dan Doa: Pendinding, penawar, penyembuh penyakit (Awang Mohd Yahaya)
14. Hakikat & Hikmah 7 Hari Dalam Seminggu (Abu Nashr Al-Hamdaniy)
15. Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi (Abu Muhammad Atta)
16. Kontroversi Hukum Hudud (Kassim Ahmad)
17. Risalah No. 2 Dilema Umat Islam - Antara Hadis dan Quran (Kassim Ahmad)
18. Siri 7 Amalan-amalan Bid'ah Pada Bulan Syaban (Rasul Dahri)

4 comments:

Anonymous said...

Arus perdana telah merantai pandangan matahati mereka yang ingin mencaari kebenaran. Kalau ada sapa2 yang punya buku2 tersebut,cepat2 jadikan ia e-book.free e-book.tq banyak2.

Andin Salleh said...

Saya belum sempat melihat mana-mana buku yang diharamkan itu. Jadi saya tidak tahu sama ada pengharaman itu wajar atau tidak.

Akan tetapi, tentang buku Kassim Ahmad, saya tertanya-tanya juga adakah buku itu diharamkan kerana isinya betul-betul "berbahaya", atau pun semata-mata kerana penulisnya sudah lama dicap sebagai seorang "antihadis".

MidlifeCrisisDolmat said...

Tuan Fathi,

Thank you for taking the time to leave a comment on my blog regarding this matter.

Segala apa yang Tuan Fathi ingin sampaikan sama ada di sini ataupun secara komen di blog saya, adalah amat dialu-alukan.

Have a nice day.

rastom said...

sudahlah rakyat malas membaca, menerbitkan buku melayu pun kurang, sekarang kerja ban buku pula. sama budaya dengan rejim pembakar buku zaman dulu.