Tuesday, October 31, 2006

Indeks

Menurut kumpulan pendukung kebebasan media yang berpangkalan di Paris, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), indeks kebebasan media Malaysia naik sedikit kepada 92 anak tangga tahun ini daripada 113 tahun lepas.

Satu peningkatan yang boleh dibanggakan?

The Sun mengulas begini: We note with optimism that by and large Malaysians have been able to handle the new openness with maturity and balance, even though some quarters have felt threatened by the discussion of the so-called "sensitive" issues.

Sememangnya The Sun satu-satunya akhbar yang semakin berani mengambil peluang era keterbukaan yang wujud bawah perdana menteri baru yang memerintah ala "negara polis", kata bekas perdana menteri yang empat kali berturut-turut diisytiharkan "musuh utama kebebasan akhbar", enemy of the press, oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dan RSF. Untuk lebih lanjut, sila ke laman web IFeX.

Akhbar dalam talian berbahasa Cina Merdeka Review juga telah mengulasnya, termasuk mengutip pandangan saya ... Anda pula bagaimana? Setuju dengan indeks RSF ini... ?

2 comments:

che'GuBard said...

Apa yang pastinyer semua ini bakal digunakan oleh regim ini kononya membuktikan pertambahbaikan keadaan negara.....apa kaitannya dgn rakyat ?

perbalahan Mahathir dan Abdullah pula telah memecahkan kumpulan progresif yang selama ini mampu bersatu demi rakyat terbanyak....

entahlah lah.....tapi fikir - fikirkan lah/..............

Anonymous said...

Fathi, hang baca tak artikel Lutfi kat column dia di Harakah Daily?

Dan peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Abdullah langsung tidak memberi impak positif kepada kualiti kebebasan media kita, malah makin menggelapkan lagi. Dasar mengongkong dan mengikat diteruskan tanpa sebarang ruang selesa untuk mengamalkan hak kebebasan bersuara yang diiktiraf dunia.

Yang terbaru, beberapa hari lepas, saya menerima satu teguran
bertulis daripada Abu Bakar Ahmad, bagi pihak Ketua Setiausaha KKDN,
bertarikh 29 September 2006, yang memperakukan bahawa Harakah di
bawah penyeliaan saya "telah melakukan kesalahan mengenai isi
kandungan dan konsep penerbitan Harakah yang tidak mematuhi
permohonan asal yang diluluskan oleh Kementerian."

Oleh kerana saya berazam untuk menahan diri daripada terbabit dalam hal-hal yang tidak berkaitan dengan sambutan Aidilfitri dalam
artikel ini, maka kupasan lanjut mengenai teguran KKDN itu juga
terpaksa saya tangguhkan dulu walaupun saya cukup memandang serius hal berkenaan.

Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin. -- Jam 1.20 pagi, Isnin 23
Oktober, 30 Ramadan, Jalan Pahang Barat.