Kampus -- kita ghairah membincangkan pilihan raya kampus, adil atau tidak ia dikendalikan. Kenapa calon-calon kelompok siswa yang pro-pembangkang atau pro-NGO tidak dibiarkan bergerak bebas.
Bagi menggantikan label pro-pembangkang, kita cipta istilah pro-mahasiswa atau calon bebas (independen) bagi mengalih perhatian daripada label "pro-Aspirasi."
Kita kehilangan perspektif besar, tenggelam dalam isu 'kecil'. Perspektif luasnya, dan lebih fundamental, bukan pilihan raya MPP, bodoh!
Isunya "kebebasan akademik" dan kualiti pengajaran. Faham!?
Tuesday, October 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Takla sampai bodoh..
Demokrasi itu kan tertunjuk dengan 2 bentuk iaitu dengan adanya Pilihan Raya di mana kita bebas memilih perwakilan dan keduanya soal Ruang mencakupi kebebasan akademik dan kualiti pembelajaran.
Apa bisa ia tercapai dengan ketempangan Pilihan Raya dan diamnya manusia akademik?
Umum cuba lari dari berbincang soal Pilihan Raya kerana Pilihan Raya menyangkut soal pilih..maka yang terpilih mungkin lega dan tak terpilih mungkin kecewa..jadi kerana ramai yang tak mahu kecewa barangkali..
bangang!
kalau pemimpin tertinggi universiti sibuk untuk buat poster, banting dan billboard yang ada gambar mereka dengan pimpinan negara, apacerita sebenarnya?
ceritanya ialah tentang kebodohan. kebodohan acapkali akan menerbitkan kesombongan dan kesombongan seringkali akan menimbulkan sikap untuk menekan.
siapa yang prihatin dengan universiti? ini bukan soal pilihanraya kampus, 'ini soal "kebebasan akademik" dan kualiti pengajaran. Faham!?'
kalau mahasiswa 'pro-pembangkang' dan mentor-mentor mereka tak faham isu dan takut dengan perkataan 'kebebasan' adakah kita nak berharap dengan mahasiswa 'pro-Aspirasi'? lagi sakit ni!
Amin, sahlah kau ni pun produk dunia kampus yang tidak bebas. Sampai tidak boleh berfikir lebih kritikal, analitikal & kreatif.
Pergilah ke www.google.com.my & fahami dulu makna kebebasan akademik ATAU cuba timbang-timbangkan duduk perkara sebenar isu ini (isu yang aku tulis ini) dalam konteks AUKU dan sejarah pemandulan dunia akademia/kampus kita.
Kau pernah ikuti ke isu-isu kebebasan akademik ini?
Aku fikir perkataan "bodoh" ini sudah layak & sesuai untuk kita semua.
Malah, mungkin "bodoh" satu kata yang masih sopan dengan ketololan orang ramai (termasuk kawan2 aku, khususnya yang tak berapa dekat) berbincang pasal isu ini.
Saudara sifu,
Pada saya demokrasi kampus ini harus dilihat lebih luas dan jauh bukan hanya tertumpu pada pilihanraya kampus. Ia sebenarnya adalah cerminan pada otonomi universiti itu sendiri yang bebas dan tidak wujud unsur-unsur yang mengikat dari menjalankan pentadbirannya. Juga mungkin lebih luas ia tidak terikat kepada tekanan luar samada dari sudut ekonomi atau politik dalam mempengaruhi tuntutan akademik sesebuah universiti itu.
Namun pada pihak kerajaan pula berpandangan bahawa universiti seharusnya menjadi agen dalam melahirkan masyarakat yang mengikut corak yang dicorak oleh dasar pemerintahan, amat rugi jika pelaburan yang besar dalam membina dan mengurus universiti ini tidak mampu melahirkan pelajar yang boleh diguna pakai dalam espek pembangunan dasar pemerintahan juga mengisi sektor ekonomi negara. Maka alasan ini dijadikan sebab untuk campur tangan.
Persoalan yang lebih besar adalah pula adalah kepentingan demokrasi ini, apa yang boleh kita harapkan pada demokrasi ini jika tidak untuk membangunkan negara dan mengurus ekonomi negara secara mampan? Semua ini kadangkala karut untuk kita luangkan jika natijah yang buruk hasil dari idea yang lunak dan muluk ini. Oleh itu pada saya mahasiswa harus berhati-hati dalam berwacana dengan segala doktrin dan slogan yang dihemburkan kadangkala ianya lunak pada zahir namun kelat dan pahit bila ia benar-benar dilaksanakan. Saya bukan musuh demokrasi namun bertanya lebih jauh tentang demokrasi yang tidak ‘maksum’ ini.
Sekian, mohon tunjuk ajar sifu....
Zarul, tunjuk ajar yang pertama: JANGAN sebut lagi perkata "sifu" untuk aku.
Apa? Kau ingat aku 'ni M. Nasir ke? Atau, budak2 realiti TV 'Mentor' ke?
Hallamak ai, Zarul. Aku suruh kau baca artikel-artikel aku, kau tak baca habis. Atau, baca tak faham?
Aku memang anti pantun Melayu "buah cempedak di luar pagar; ambil galah, tolong jolokkan; saya budak baru belajar; mana yang salah, tolong tunjukkan."
Kau tak baca ke yang aku cukup anti (sejak bertahun-tahun, faham!) dengan ungkapan "saya budak baru belajar; mana yang salah, tolong tunjukkan" <--- sebab aku rasa kata-kata ini membawa nilai, maksud, dan replika jiwa "terjajah", "feudal", "inferiority complex", "patron-client mentality".
Kau faham tak maksud istilah-istilah ini dan kenapa aku sampai kepada kesimpulan/analisa ini, Zarul?!?
Itu tunjuk ajar yang pertama! Parah kawan2 aku, 'ni Aminnnnn! Tolonggggglah!
Ya sifu…sifu tetap sifu dan selamanya akan sifu…saya telah membaca dan memahami artikel-artikel itu juga pantun itu dan istilah-istilah itu juga saya fahami setelah 5 hari 5 malam 5 biji kamus saya selak ….
Dan pada saya, perkataan itu tidak salah saya pakai. Perkataan sifu, guru, pendeta, naqib, kita pakai asalkan kita tidak terlalu taksub, saya juga tidak mahu sifu menjadi seperti ayah pin dengan ketaksuban pengikutnya dan kini semua pin telah yatim kerana sikap taksub pengikut ayah pin itu … kesian…
Saya mengkelaskan orang yang saya jumpa dengan perkataan sebagai adab oleh itu sungguhpun saya memanggil sifu tetapi tidak terlalu taksud atau dengan sifat-sifat terlalu rendah diri atau hanya bersikap ‘pembeli idea’ serta menjadikan sifu maksum, tetapi ia tidak lebih sebagai beradap sopan.
Kritikan dan bencinya sifu dalam tulisan sifu itu juga sebenarnya bukan pada perkataan itu tetapi pada pemikiran orang yang menggunakan perkataan itu…itulah kefahaman saya oleh itu sifu tetap sifu…jika hujah lain boleh saya pertimbangkan…
hehehe...
....
Fathi,
Aku rasa kau baca tulisan aku sepenuhnya dengan nada sekata.
Kalau kau faham dlm perenggan 1 aku sekadar nyatakan faham aku pada demokrasi. Dan faham ini harus tertunjuk dlm demokrasi kampus.
Perenggan seterusnya adalah kritik.
Kebebasan akademik sudah tentu satu konsep yg lebih besar. Tapi bila ahli akademik diam dengan Pilihan Raya kampus yang tempang, meski ia hanya secebis sahaja..maka jelaslah kebebasan akademik itu tidak wujud dan jika ada sekalipun kebebasan akademik tapi pensyarah2 ni diam kepada segala yang bejat, yang tertunjuk dalam Pilihan Raya Kampus, maka kepandaian mereka dalam bidang pengkhususan mereka mungkin hanya kepandiran dalam hidup (aku tak maksud nak menghina dan tak hormat guru).
Sudah tentu big picturenya soal kebebasan akademik dan kualiti pengajaran..cuma aku cuba nyatakan bagaimana Pilihan Raya, soal pilih memilih, dan tendang menendang ni jadi ketakutan di universiti.
Pensyarah pun berpolitik juga! Kissinger pernah kata dia telah survive dalam politik kampus, maka dia boleh survive dalam politik!
Kenapa aku tidak setuju dengan kata bodoh (meskipun ia mungkin maksud tepat), kerana manusia tidak mungkin belajar bila telah disembur begitu..
kebebasan akademik itu tak wujud maksud aku kerana ada culture of fear.
Ya Zarul,
Demokrasi harus dilihat dengan lebih luas. Ini termasuklah anda harus memberikan hak sewajarnya kepada orang lain.
Jadi bukankah memanggil seseorang dengan panggilan yang digemarinya itu termasuk sebagai salah satu dalam sendi demokrasi?
Jika tidak, demokrasi fahaman anda adalah begitu sempit bila memasuki ruang praktikal! Sila baca semula As-Saff: 2-3 yang saudara tekuni ketika usrah itu!
Zarul tulis: Kritikan dan bencinya sifu dalam tulisan sifu itu juga sebenarnya bukan pada perkataan itu tetapi pada pemikiran orang yang menggunakan perkataan itu…itulah kefahaman saya oleh itu sifu tetap sifu…jika hujah lain boleh saya pertimbangkan…
Fathi tulis: Saya tidak dapat menangkap maksud perenggan ini. Jadi, harap dapat jelaskan, Zarul.
Atau, dalam bahasa lain, saya berasa sedikit terganggu dengan perkataan "benci". Saya memang tidak faham. Siapa benci siapa? Siapa benci apa?
Kepada Amin: Aku dah tak boleh nak kata apa-apa lagi, Min. Kau memang boleh menulis dan boleh bercakap.
Tapi cuba fokuskan apa yang dilontarkan di peringkat awal. Bukan hanya meluahkan apa yang hang fikir hang nak luahkan.
Aku ulang di sini: Kenapa kita beri perhatian yang "terlampau serius" (melampau-lampau seriusnya) kepada isu pilihan raya kampus (sama ada bebas atau tak, sama ada demokrasi atau tak) tetapi kita melupakan, mengabaikan atau tidak menfokuskan tenaga fikiran untuk bincang isu pokok "kebebasan akademik".
Maksud aku Min, Zarul & Tenuk: Kenapa kita berangan nak raba-raba (dengan jari) kalau satu lengan memang sudah tidak ada, sudah kudung!
Kalau satu atau dua jari sahaja kudung, boleh kita meraba-raba (raba apa sahaja, tidak mestinya jasad manusia) dengan jari yang masih kekal.
Tetapi kalau satu lengan (ulang: lengan) sudah tidak ada, kenapa kita berangan dan gatal nak bincang pasal "raba-raba" lagi?
Maksud lain, Min, kebebasan akademik itu ibarat lengan kita. Politik siswa itu hanya satu atau dua jari sahaja.
Kita hadapi masalah kudung lengan, bukan kudung jari!
Boleh faham?
Amin tulis: Kenapa aku tidak setuju dengan kata bodoh (meskipun ia mungkin maksud tepat), kerana manusia tidak mungkin belajar bila telah disembur begitu..
Fathi tulis: Kau fikir manusia di sini (maksud aku manusia Melayu yang kita kenal-kenal ini) malas baca buku, lembab berfikir, enggan mengkaji itu & ini disebabkan mereka telah dikatakan "bodoh" oleh orang lain?
Boleh kau jelaskan ketiadaan minat ini semua dengan penjelasan kau itu?
Aku tidak dapat diyakinkan dengan alasan/jawapan ringkas kau. Dan aku tidak bersetuju.
Kau tau Min, orang bodoh memang "sensitif" disebut, digelar dan diherdik dengan perkataan "bodoh" sebab dia/mereka perasan dia/mereka sudah cerdik!
Orang Melayu (lagi sekali, Melayu yang kita kenal-kenal itu) cukup pantang dikatakan "bodoh".
Padahal, kalau kita katakan mereka bodoh, kita hanya menjelaskan sahaja apa yang memang sudah ada dalam diri mereka.
Orang cerdik tidak akan tersinggung dengan perkataan "bodoh"; malah boleh menjadi motivasi kepadanya untuk membaiki diri.
Sebab tanpa orang lain mengherdik "bodoh" padanya/ pada mereka, mereka sudah berusaha meningkatkan diri mereka -- membaca, mengkaji, berdiskusi, menulis, merenung, bertanya ... sebab pencarian ilmu untuk mengatasi kebodohan itu tidak terbatas, malah berlanjutan sepanjang masa.....
DENGAN KATA LAIN: Hanya orang bodoh sahaja yang tersinggung apabila kita sebutkan pada dirinya "bodoh"!
Fathi,
kau ada hak untuk tidak bersetuju dengan pandangan aku.
tentang lengan dan jari itu aku faham. aku cuba maksudkan hari ni kebanyakan pensyarah berjiwa penindas menganggap pr kampus penting kerana ia dipaksakan dari kelompok atasan.
dan ia jadi penting kerana ada parti yg melihat sokongan atau simbol kemenangan di kampus adalah simbol sokongan kepada perjuangan parti politik di luar kampus. dan jangan lupa bahawa kebebasan akademik ini nafasnya ditentukan oleh orang2 politik ini meski pada satu tahap yg lain self censorship itu wujud.
tentang orang bodoh itu aku rasa buku2 psikologi dan self improvement yg pernah aku baca ada nyatakan begitu. aku tak fikir org mahu mendengar percakapan kita jika kita sejak mula melabelkan label negatif kepada mereka meski ia tepat.
mereka bodoh menurut kau kerana tidak melakukan pembacaan, analisa dan sbgnya..dan tohmahan bodoh ini bukanlah penyebab mereka terus begitu. tetapi ia tidak bersifat mencerahkan, itu maksud aku.
Zarul tulis: Kritikan dan bencinya sifu dalam tulisan sifu itu juga sebenarnya bukan pada perkataan itu tetapi pada pemikiran orang yang menggunakan perkataan itu…itulah kefahaman saya oleh itu sifu tetap sifu…jika hujah lain boleh saya pertimbangkan…
Fathi tulis: Saya tidak dapat menangkap maksud perenggan ini. Jadi, harap dapat jelaskan, Zarul.
Atau, dalam bahasa lain, saya berasa sedikit terganggu dengan perkataan "benci". Saya memang tidak faham. Siapa benci siapa? Siapa benci apa?
Jawapan saya: "Benci" yang saya maksudkan itu adalah kritikan sifu pada perkataan yang memgambarkan 'itu'-->membawa nilai, maksud, dan replika jiwa "terjajah", "feudal", "inferiority complex", "patron-client mentality".
Oleh itu, maksud saya sifu bukan benci pada perkataan itu tetapi pada orang memakai perkataan itu sehingga dia membentuk dirinya dan pemikiran menjadi "terjajah", "feudal", "inferiority complex", "patron-client mentality". Sehingga menjadikan mentornya itu 'maksum', semua yang sifunya perkatakan adalah betul, apa yang keluar dari mulut gurunya tidak ada salahnya dan apa yang dilontarkan oleh ulamanya itu benar-benar suci.
Jadi pada saya perkataan itu dan menggunakan perkataan itu tidak salah yang salah adalah pemikiran orang yang menggunakan perkataan itu sehingga dia terjajah.
akhirnya, saya tidak mempunyai masalah untuk tidak menggunakan perkataan sifu tetapi saya rasa mudah untuk saya berkomunikasi dengan sdr.fathi bila menggunakan perkataan itu, tidak terlalu janggal dari saya menyebut sdr fathi, atau abg fathi atau fathi sahaja. Ini ada kata ganti diri yang paling sesuai untuk saya gunakan bila berhubungan melalui tulisan ini, jika kita berdepan saya tidak menggunakan perkataan sifu itu, bukan?
Mungkin adab ketimuran saya masih tebal, dan sdr. fathi benar-benar telah banyak memberi saya satu demensi dalam menulis dan berfikir walau kita hanya dapat bertemu beberapa ketika sahaja di ODC dan Jalan Telawi, jika ada masa saya mahu lagi tetapi beberapa waktu ini saya masih terkejar-kejar dengan beberapa perkara dan perkara yang ingin saya bincangkan dengan sdr.fathi dahulu juga masih tergendala.
Oleh itu sifu hanya ganti diri seperti saya dan awak. Tidak lebih dari itu. namun ia boleh menggambarkan adab ketimuran yang lebih halus dan lembut dalam tutur kata.
Jawapan pada tenuk: suruh as-saff ayat 2 dan 3 bererti begini:
Ayat 2:Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Ayat 3:Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Sekian,
Assalamualikum w.r.t
Post a Comment