Sunday, October 08, 2006

Kritik agama

Ada dua topik diskusi yang saya berminat untuk lanjutkan. Dan dimasukkan di web Ummahonline.com, satu daripadanya sudah agak lama tetapi akhir-akhir ini semacam ada minat baru untuk membicarakannya.

Satu, Agama wajib dikritik habis-habisan (31 Januari). Asalnya artikel lengkap saya tahun lalu di akhbar web Malaysiakini.com.

Jadi, tanpa mengupas banyak, saya kira saya telah membentangkan sebahagian besar premis, tujuan dan ruang lingkup yang dimaksudkan 'kritik agama'.

Antaranya: Kritik bertujuan mendorong pemahaman kritis (mempertikai) dan reflektif (renungan) terhadap asas-asas anutan agama tersedia ada (kukuh) yang bergerak dalam masyarakat, yang seolah-olah muncul secara semula jadi, dan akibatnya tidak dipermasalahkan atau dipertikaikan lagi. Atas sifatnya yang berinteraksi atau terjaring dengan kepentingan modal, kuasa dan tradisi, kritik agama bertujuan membongkar selimut ideologi atau selubung wacana dalam hubungan kepentingan itu (juga, konteks dan sejarahnya) yang tidak selalu telus, dan malah sering mengendong dakwaan kekudusan agama.

Topik kedua, tidak jauh daripada topik pertama Analisa 'Islam sebagai ad-din' (3 Oktober).

Jadi, kepada teman-teman yang berminat mendiskusikan dua topik ini, bolehlah ke sana.

Atau, kalau malas mendaftar sebagai peserta forum web Ummahonline, bolehlah idea-idea itu dilontarkan di kaki (ruangan komentar pembaca) artikel ini. Saya akan salin semula dan tampal sepenuhnya ke forum tersebut.

Kepada yang berminat, berikut beberapa sumber bacaan menarik:
1. The political economy of of women's support for fundamentalist Islam
2. The political economy of Middle East terrorism
3. Arab and Muslim political attitudes: Stereotypes and evidence from survey research
4. The basis of Islamic fundamentalism (bab 5, teks lengkap di sini)
5. Mirror reflections: Fundamentalism and the market economy
6. Understanding Islamic fundamentalism: A politico-legal analysis
7. Islam, Islamists, and democracy

4 comments:

mundarmandir said...

Untuk lebih adil, elok juga di tambah bahan-bahan bacaan karangan orang-orang alim yang menekuni agama dan falsafah islam yang mendalam seperti HAMKA lewat bukunya seperti Falsafah Hidup, Tasawuf Moden, Pelajaran Agama Islam dan rubrik Dari Hati Ke Hati serta puluhan lagi tulisan beliau yang terang-terangan mengikut jalan salafusolleh terdahulu.
Dok gitu sedare Ambe fathiarisomar?

mundarmandir said...

tambahan, rubrik Dari Hati Ke Hati tu dalam majalah Panji Masyarakat terbitan tahun 50-60 an dahulu. Kat indon ada yg dijilid kot, di Malaysia ada dalam Koleksi Asia Tenggara PTSL-UKM.

Anonymous said...

Persoalan yang anda kemukakan adalah sesuatu yang boleh dianggap serius kepada mereka yang memahami kebenaran agama Islam.
Secara ringkas tulisan anda menjuruskan persoalan "adakah Islam agama yang dianugerah Allah kepada Manusia" atau " Adakah Islam agama manusia".
Persoalan ini mungkin dikemukakan oleh tiga kelompok.
1- Orang bukan Islam yang ingin mengenali Islam.
2- Orang Islam yang masih hendak mengenali Agama.
3- Kelompok atheis dan komunis yang tidak percaya kepada agama.

fathi aris omar said...

Kepada Anon: Jangan cepat menulis tidak tentu pasal, baca dulu link2 yang disediakan... faomar@yahoo.com