Walau sudah agak lama saya mewawancara (rasmi) Amir Muhammad, tetapi hanya hari ini artikel saya tentang filem terbarunya Apa Khabar Orang Kampung? berjaya ditulis dan diterbitkan di mStar Online.
Filem ini sequel Lelaki Komunis Terakhir, telah diluluskan LPF tetapi tiba-tiba menjadi isu yang cukup menggelegak pertengahan tahun ini.
Sequel ini, tentunya, masih lagi tentang komunis tetapi kali ini tentang gerakan komunis Melayu -- Rejimen ke-10 PKM.
Selalunya imej gerakan gerila ini sebagai gerakan orang Cina untuk kepentingan China atau/dan kaum Cina di sini.
>> Untuk melihat foto, sila ke laman ini, di sini dan juga laman ini.
>> Artikel lama saya tentang Rejimen ke-10 PKM, selepas lawatan ke perkampungan mereka pada 2002, khususnya bersandarkan catatan Abu Samah, baca di sini.
Tuesday, October 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hi nice reeading your blog
Post a Comment