Wednesday, November 22, 2006

Diari

Dugaan saya, tidak ramai anak muda sekarang yang mengetahui, apatah lagi membaca, Secret Diary of Adrian Mole yang dikarang oleh Sue Townsend.

Konon ceritanya cerita rahsia seorang budak lelaki dalam sebuah diari tetapi rupa-rupanya dikarang oleh seorang novelis wanita. Sebuah novel yang lucu, pintar dan nakal -- sekurang-kurangnya kenakalan seorang budak lelaki.

Townsend kini sedang menempuh era seorang buta. Simpati saya untuknya, Hear my voice.

Lagi tentang dunia buku dan pengarangnya. Jane Austen, pengarang Sense and Sensibility yang telah difilemkan kira-kira sedekad lalu, dipercayai mengadakan hubungan sejenis dengan kakaknya sendiri, Cassandra!

Berita ini mengingatkan saya pada hubungan sejenis seorang pengarang kreatif Melayu yang kini outwardly sudah insaf dan berkhutbah panjang tentang moral, agama dan budaya, kononnya .... Siapakah pengarang lelaki yang melakukan "gangguan" kepada teman lelakinya sendiri? Opsss, tersasul pula....

Kita kembali kepada Jane Austen, cerita disebarkan di sini Just their type (Times Online, 19 Nov)

Tetapi ada lagi yang lebih menarik, yang mungkin orang seperti Amin, Amy, Amir, Amrul & Amar minat membacanya. Bagaimana siswa menjadi "the young authoritarian"?

Atau cuba baca dulu dua perenggan ini:

As Frank Furedi has argued on spiked, such illiberal policies are not ‘simply the handiwork of a few philistine zealots. [They are] the inexorable consequence of an academic culture that is increasingly prepared to censor itself and others.’

Then there are students. Once seen as being among the most progressive, or certainly the most open-minded members of society, today more and more of them are increasingly ban-happy, responding to controversy not by having the argument out – by ‘questioning things vigorously’, as Kaminer puts it – but by demanding censorship, silence, an end to words or images that might potentially upset fragile members of the student body.

Untuk lebih panjang, sila selak artikel ‘The left has been infected by the disease of intolerance’ oleh Brendan O’Neill.

6 comments:

Najwan Halimi said...

aku pernah jumpa buku secret diary of adrian mole ni masa kerja kat mph dulu tp tak tergerak nak baca. memandangkan kau dah rekemen, kena cari la balik la buku tu pasni..

membaca artikel Brendan O’Neill ni mengingatkan aku pada novel Animal Farm karya George Orwell!

Anonymous said...

Basically you can tell penulis itu menjalani kehidupan yg lurus atau tidak atau skru mereka longgar dengan membaca karya-karya mereka.

Saya tidak banyak baca novel Inggeris, tapi amat berminat membaca karya kreatif tempatan. Saya lihat kelompok yang muda2 seangkatan dengan Faisal Tehrani dan Nisah Haron memang ada mengalami sedikit ganguan psychology.

Nisah secara berterus-terang mengaku melalui emel yang dia pernah mengalami kemurungan atau depression.

Manakala Lutfi dan Faisal pula mengalami masalah bypolar disorder.

Mardhiah? Mardhiah dia mengalami skizofrenia sama seperti Rene Descarte, tapi bezanya dia suka bekerja in group, where as Rene suka bekerja secara sendirian.

Mardhiah

Anonymous said...

Mardhiah,

Saya tidak tahu sejauh mana pengarang2 muda yang awak sebut itu mengalami "masalah psikologi" walau mereka (kecuali Nisah) saya kenal secara peribadi. Tidak pula saya perasan mereka mengalami masalah2 seperti yang disebutkan.

Tetapi kemurungan, atau depression, atau tekanan (stress) gejala yang dialami oleh orang ramai; semua orang boleh dikatakan berada dalam keadaan itu dalam waktu-waktu tertentu.

Jadi, sama ada pengarang (kreatif atau bukan kreatif) atau bukan pengarang, "gangguan psikologi" atau kemurungan, saya anggap gejala yang lumrah.

Namun begitu, jika kita semak pengarang-pengarang (termasuk pemikir, seniman, ahli falsafah dan intelektual) di Barat, memang tidak kurang juga yang mengalami gejala-gejala mental yang pelik2.

Sekali lagi, saya anggap, ia suatu gejala yang "biasa", kalaupun bukan lumrah.

Kita bercakap di sini soal tekanan mental, bukan psychosis.

Oleh kerana pengarang berdepan dengan pelbagai watak ciptaan (walau mungkin dipinjam, diangkat daripada model sebenar) dan keperluan untuk menyiapkan projek penulisan (misalnya, bagi seorang wartawan, keperluan deadline), maka tekanan memang suatu yang tidak terelakkan lagi.

faomar@yahoo.com

Anonymous said...

Najwan, kau dah baca Orwell's "1984" atau Nineteen Eighty Four?

Kalau belum, elok baca, khasnya babak-babak percintaan, pengkhianatan dan tekanan kerajaan. Sungguh menyayat hati.

Saya pernah cadangkan pada seorang teman kreatif agar dia memindahkan karya itu kepada teater tetapi nampak gayanya dia belum membacanya.

Mungkin payah nak faham bahasa Inggeris, kot!

Anonymous said...

huh, siapakah pengarang itu?

haha... nampaknya aku lebih berminat dgn gosip berbanding capaian young authoritarian yg kau berikan... hehe

Najwan Halimi said...

ok.nanti aku cari buku tu.

rekemenla lagi 2,3 tajuk pasal aku nak ke mph minggu depan.mungkin dapat borong beberapa buku yang menarik.

terima kasih.