Wednesday, November 29, 2006

Maaf

Sebuah laman web memohon maaf kepada JAIS kerana mengaitkan klip video khalwat dengan jabatan agama tersebut.

Lihat berita ini di mStar Online.com (dan baca juga beberapa berita di hujungnya)

Tetapi laman web itu hanya memuatkan beberapa klip sahaja ... sedangkan ada kurang lebih 20 klip seumpamanya (mengikut satu semakan kawan saya). Persoalan ini tidak selesai dengan penafian JAIS dan pemohonan maaf.

Jawapannya: Laporan polis! Apakah JAIS akan sanggup melaporkannya kepada polis? Dan laporan polis itu terhadap siapa? Kita lihat nanti ...

Siapa yang bertanggungjawab merakamkannya (di taman awam), menyebarkannya (kepada pihak lain) dan memuat-naikkan di Internet?

Siapa yang akan mendedahkan hal ini kepada orang ramai dan pihak berwajib? Saya fikir individu (atau individu-individu?) ini berhak dihukum ...

Anda fikir bagaimana pula?

3 comments:

Anonymous said...

tak habih2 dgn tulisan menghasut ko.... suka ati mak bapak depa lah nak repot polis atau tidak. Yang hang nak dok menyebok pasai apa? Mentang2 tak kena kat hang.Sikit2 polis. Sikit2 polis. Hang ingat ni negara polis ka? Macam baguih sangat. Piiii raaa mabukkk!

Anonymous said...

Ya,saya setuju! Mereka perlu dihakimi, mengikut undang-undang dan kemudian seharusnya mereka yang merakam dan menyebarkan video bertaubat...
"Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya semua dosa dan fitnah anak-anak manusia akan diampuni, ya, semua fitnah yang mereka ucapkan"
Markus 3:28

Anonymous said...

bagus sangat la tu . mengaku islam, upload video orang kat web, konon konon nak bagi pengajaran untuk orang lain jangan buat maksiat. padahal nak dapat hit sebab nak dapatkan duit dari adsense. kaut untung.

kalau betul nak buat pengajaran, edit la video tu. tutup mata kasi hitam. takde otak ke? tuhan pun bagi can suruh manusia bertaubat. satu malaya kenal muka mamat & minah tu beromen. mana nak letak muka? macam mana life dia lepas ni? trauma punya... sekali dia convert agama lain baru tau...

tak habis2 memalukan orang, menganiaya... cuba jadi kat adik ko baru ko tau mana mak bapak ko nak letak muka. bodo punya orang islam. ini la contoh orang islam yang nama islam tapi hati kafir.

kalau nak sangat kaut duit adsense ke duit apa ke dari web, buat web porn melayu terus. cari talent porn melayu yang rela nak jadi porn star. baru macho. ni content curi pastu nak amik duit. lenkali belajar internet policy & privacy. jgn amik kesempatan atas orang lain.

ni la dia contoh kerana duit, sanggup berselindung disebalik nama islam.

semoga selamat dunia akhirat la untuk ko. ( mamat admin mykakis )