Monday, December 25, 2006

Taun

Ada atau tidak kes taun di kawasan banjir di Johor?

mStar Online (23 Dis) melaporkan terdapat tiga kes taun di Segamat, memetik berita Bernama pada hari itu yang mendapat sumber daripada seorang pegawai kanan kesihatan.

Tetapi isu ini seolah-olah tidak diberikan perhatian berat, malah seolah-olah tidak wujud.

Semalam (24 Dis), Bernama memetik kenyataan wakil rakyat Segamat seperti berikut:

Tiada risiko taun di Segamat

SEGAMAT, 24 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Segamat Datuk Dr S. Subramaniam hari Ahad menafikan khabar angin terdapat tiga kes taun di Segamat, menyatakan penduduk bandar itu tidak terdedah kepada risiko penyakit itu.

Beliau berkata walaupun bekalan air paip terputus, ia hanya bersifat sementara.

"Bekalan air dan sistem sanitasi di sini adalah baik. Orang ramai tidak perlu panik," katanya.

Hari ini (25 Dis) New Straits Times (muka 6, "Concern over disease outbreak", para 3), memetik kenyataan Menteri Kesihatan, melaporkan seperti berikut:

Although there are no reports of typhoid and cholera at the moment, he said government medical team members would give food handlers a jab of vaccine as a preventive measure.

The Star (muka 4, "Enough vaccines for typhoid and cholera"), juga memetik kenyataan Chua Soi Lek, hanya menyebut dua para paling atas seperti berikut:

There are enough vaccines for typhoid and cholera in Johor, said Health Minister Datuk Seri Chua Soi Lek.

He said typhoid jabs would only be given to food handlers at flood relief centres while cholera vaccinations were not normally given.

Untuk rujukan semua, diterbitkan kembali sepenuhnya di sini berita asal Bernama yang mengambil kenyataan pegawai kanan kesihatan Segamat:

SEGAMAT, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Kesihatan dalam keadaan berjaga-jaga bagi kemungkinan merebaknya wabak penyakit seperti denggi dan taun di Segamat, daerah yang paling teruk dilanda banjir di Johor.

Pegawai Kanan Kesihatan Segamat Dr Zaharah Mohd Salleh berkata sejak lima hari lepas, tiga kes taun dikesan dan jabatan itu bersiap sedia menghadapi merebaknya wabak tersebut.

"Sejak lima hari lepas (sejak banjir mula) jabatan itu telah merawat 156 pesakit yang mengalami pelbagai penyakit. Kita ada 10 klinik kesihatan di daerah ini. Kita juga telah memasukkan 30 orang ke hospital untuk rawatan sebelum bersalin, jaundis dan penyakit berjangkit lain," katanya memberitahu Bernama.

Beliau berkata tiga kes taun dikesan di Sekolah Menengah Tinggi Segamat, yang kini digunakan sebagai pusat pemindahan banjir.

Menurutnya sesetengah mangsa itu terpaksa diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Segamat dari Sekolah Menengah Tinggi Segamat, yang jaraknya hanya lima kilometer, kerana air banjir menyebabkan jalan yang menghubungkan sekolah itu dan hospital tersebut tidak dapat dilalui.

Dr Zaharah berkata selepas menemubual mangsa taun itu, jabatan tersebut mendapati bahawa mereka dijangkiti penyakit tersebut selepas minum air yang tidak dirawat.

"Kita juga menguji sampel darah daripada mangsa banjir itu di pusat pemindahan bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit. Kita menasihati bahawa sesiapa yang demam, terus mendapatkan rawatan dari klinik yang berhampiran," tambah beliau.

Jabatan itu juga telah menubuhkan 60 pasukan bagi memastikan tidak ada wabak denggi selepas air banjir surut.

"Semasa banjir, denggi yang dibawa nyamuk mungkin telah menetaskan telurnya selepas air surut, telur ini boleh menetas. Apa yang kita kehendaki ialah menyembur semua kawasan yang dilanda banjir selepas air surut.

"Kita juga telah memberitahu majlis tempatan utnuk memulakan langkah pengasapan selepas air surut. Kita tidak mengambil ringan bagi sebarang perkara. Kita mahu mengambil semua langkah tindakan berjaga-jaga bagi memastikan tidak ada wabak penyakit itu semasa dan selepas banjir," tambah beliau.

(huruf tebal atau bold oleh saya)

Sekarang, isunya: Siapa bercakap benar? Siapa yang mendapat maklumat terkini? Dan ... laporan media manakah yang lebih tepat?

1 comment:

Anonymous said...

Jgn tau salah kerajaan saja.

Org PAS pun sama aje!

Lihat http://forum.mykmu.net/

TajuK: BANJIR: Harakah tarik balik (kill) statement Presiden PAS???

Kenapa nak tarik balik?

Sebab:

'Banjir murtad' lebih bahaya – Presiden PAS
Maslan Yusoh
Sat | Dec 23, 06 | 08:26:39 AM

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan mengapa media lebih mengutamakan berita puluhan ribu penduduk berpindah kerana banjir, sedangkan ribuan mangsa murtad didiamkan.

Katanya, ratusan ribu menjadi mangsa murtad, dadah dan kemungkaran dibiarkan dibawa arus tanpa didedah kepada rakyat secara meluas.

“Seramai 60,000 orang yang dilaporkan menjadi mangsa banjir hanya bersifat sementara, sedangkan banjir kesesatan seperti gejala murtad dan keruntuhan moral terus berlaku tanpa hak masa,” katanya pada Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006 di sini, petang ini.