Thursday, February 08, 2007

Huruf 'besar'

Kawan saya, seorang penyelidik di sebuah universiti di Jerman memberitahu saya (kurang lebih begini):

Dalam abjad awal Arab Jahiliyyah, kira-kira 100 tahun sebelum Muhammad dilahirkan dan sebelum evolusi huruf dan bahasa ini seperti yang kita kenal sekarang, memang terhadap sistem huruf besar (capital letter) seperti pada huruf Roman yang kita gunakan sekarang.

Jadi, orang Arab pada waktu itu menulis 'Tuhan' bagi menunjukkan tuhan yang maha esa, dan 'tuhan' bagi menunjukkan tuhan-tuhan selain 'Tuhan'.

>> Itu menurut pendapat teman saya itu, seorang Yahudi yang mendalami sejarah Arab tua.

[ii]

Seorang wartawan Utusan Malaysia menulis berita, sambil memetik kenyataan Ketua Polis Negara, seperti berikut:

Hukum juga ‘si bapa’ -- Cadangan KPN bagi membendung perbuatan buang bayi

KUALA LUMPUR 6 Feb. – ‘Bapa’ kepada bayi yang dibuang perlu dikenakan hukuman setimpal sama seperti wanita yang melakukan kesalahan itu sebagai usaha membendung perbuatan kejam tersebut.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mencadangkan perkara itu menegaskan, untuk itu Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi yang diguna pakai sekarang perlu dilihat dan dikaji semula.

>> Isu yang saya mahu timbulkan, dengan huruf yang bertanda 'merah' di atas, kenapa dieja 'bapa' dan bukan bapa tanpa perlu tanda petik itu? Mungkinkah 'dia' (dan 'penyuntingnya') 'tidak tahu', 'jahil' atau 'bodoh'?

[iii]

Semasa saya kecil-kecil dulu, atau 'lebih tepat' semasa di 'sekolah menengah', kami (atau lebih tepat 'kawan-kawan' satu usrah) berhujah tentang (a) sembahyang atau solat, bilik sembahyang atau musolla, (b) apakah layak kuil, gereja atau tokpekong disebut 'rumah ibadat bukan Islam'? Bukankah mereka tidak beribadat?

>> Sekarang saya perhatikan semakin ramai orang solat, sudah tidak ramai orang Sembah Hyang. Dan orang Islam sahaja yang beribadat dengan cara-caranya, sementara bukan Islam melakukan upacara-upacara agama (ingat: agama, bukan ad-din!) konon ad-din itu hanya terkhusus dan paling khusus untuk Islam.

Saya tak sempat tulis panjang, tetapi kurang lebih di sela-sela carut-marut teks ini, beginilah maksud saya sewaktu menulis komentar di kaki artikel Pak Abu.

4 comments:

Najwan Halimi said...

patahbalekologist?

revolusi mental ke apa ni?haha

Anonymous said...

patahbalekologist?

revolusi mental ke apa ni?haha

Jawapannya ada di sini:

Salam Pak Abu,

Gerakan Islam kadang-kadang suka "gempar". Sesuatu yang tidak sama sekali baru tetapi dibalut semula dengan pakaian wacana yang baru supaya kelihatan baru.

Sementara yang menganggap wacana ini "baru" pula, sama ada menolaknya mentah2, ragu2 atau terpegun dengan kebaruannya.

Tetapi hal di atas bukanlah isu yang saya nak bawa di sini.

Saya berminat menyebut kenapa persoalan waqi' atau analisa realiti tidak menjadi persoalan penting atau utama dalam "paradigma" amal Islami...

Saya ulang: "paradigma" amal Islami ... maksud saya tidak menjadi body of knowledge yang diperhalusi dan diperkayakan dalam kerja2 dakwah.

Hakikatnya, tanpa memperkenalkan perkataan, konsep dan teori fiqh a-waqi', seseorang Muslim itu mengaplikasikannya setiap hari dan ketika.

Jadi, mahu atau tidak, gerakan Islam dan pekerja Islam itu memang mempraktikkan semacam "fiqh waqi".

Cuma, mungkin praktisnya (mereka) itu tidak dibangunkan menjadi satu rumusan dan kumpulan pengetahuan.

Jadi, apa yang Sdr sebut di atas dianggap baru.

Satu sahaja isu yang saya nak bawa di sini kenapa tidak terbangun himpunan pengetahuan tentang hal ini, tentang analisa realiti ini dalam konteks amal Islami, ialah kejahilan pendakwah tentang perkaitan/perceraian antara:

- nature & nurture,
- nature & culture,
- body & mind,
- matter (benda) & mind (akal)
- jasad & ruh,
- objek & subjek,
- objektiviti (luar diri) & subjektiviti (dalam diri),
- alam fizik & pengetahuan.

Pendakwah, walau mengambil bidang2 profesional atau mendalami cabang2 pengetauan Islam, tidak memiliki falsafah tentang dualisme/interaksi kreatif dikotomi tersebut.

Dunia Barat sejak ribuan tahun dulu bergelut dengan dunia ini. Bermacam-macam mazhab berfikir muncul bagi menjawabnya.

Tetapi hal ini tidak dititik-beratkan oleh kita. Malah, kita "tidak mempunyai bahasa" untuk menggambarkannya kerana pengetahuan tentang pokok persoalan ini di luar pengalaman ilmu kita.

Maksud ringkas saya ialah: Pendakwah atau seseorang Muslim itu "keliru" (atau khayal?) bahawa wahyu itu bukan pasti/objektif seperti seketul batu atau matahari.

Tetapi mereka meletakkan wahyu dalam hirarki yang lebih tinggi daripada batu & matahari, Pak Abu!

Mereka menyusunnya begini:

(1) Wahyu,
(2) Akalnya sendiri.
(3) Alam benda,

Sedangkan hirarki itu sepatutnya begini:

(1) wahyu,
(2) akal dan ... di sebelah dua hirarki ini ada ruang benda, jasad, alam objek.

Wahyu = 2nd floor, akal = 1st floor tetapi alam objek berada di lot sebelah, bukan ground floor (di lot yang sama)!

Lalu, dengan keyakinan (fanatik buta?) pada kekudusan wahyu, pendakwah fikir mereka boleh terapkan kesucian, kebenarannya itu atas alam manusia, alam benda.

Hakikatnya tidak. Ini bukan projek membuat batik!

Namun Pak Abu, saya tidak samakan realiti sosial dengan ekologi sebuah hutan dara di Taman Negara.

Realiti sosial bukan himpunan batu-batu tetapi realiti sosial bukan pula sejumlah ayat-ayat al-Qur'an yang boleh ditampal di dinding.

Realiti sosial lebih anjal daripada batu, lebih subjektif daripada batu, lebih cair daripada wahyu itu sendiri.

Seorang manusia lelaki boleh mengadakan hubungan seks (maksud saya, penetratif) dengan ibu dan adik perempuannya. Dan boleh melahirkan anak, dan boleh membina keluarga dan kumpulan masyarakat.

Hukum biologi mengizinkan proses alam ini tetapi wahyu (atau, sesuatu sistem nilai) melarangnya.

Kekekokan (kejanggalan) kita, "rasa nak muntah" kita, untuk melakukan hubungan seks dengan ibu kita sendiri bukan dorongan alam, bukan dorongan biologi, bukan dorongan alam benda, tetapi akibat dorongan pengetahuan, nilai, pengetahuan dan "budaya".

Proses pembudayaan inilah yang mencetak kesannya pada biologi manusia, mencipta kesan placebo (placebo effect) atau kesan psikosomatik.

Tetapi Pak Abu, anak-anak usrah kita tidak diajar akan hal ini. Yang kita ajarkan pada mereka dogma.

Kita telah memasukkan ketulan-ketulan dogma (yang keras macam batu) dalam otak (dan akal) mereka sehingga ia menjadi lebih keras daripada batu!

Dan inilah celakanya menjadi seorang Muslim dan inilah celakanya terlibat dengan usrah, Pak Abu!

Anonymous said...

The Centre for Independent Journalism is working with independent bloggers to set up of an information clearing house
and information exchange centre. The objectives of the
group are;

-.To provide information for bloggers to protect themselves against infringements of Freedom of Expression (FOE) and to keep up-to-date with the latest developments

-.To provide an avenue for bloggers to access information of public
interest which is not available in or sufficiently covered by the mass
media.


The information exchange will be moderated, and will work through an e-group.

The proposed e-group will be based on the following regulations;

1. All posts have to be concerned with the public interest

2. Contributors can ask for an explanation if their post is rejected

3. The CIJ code of ethics will serve as the guidelines for publishing postings

4. Priority will be given to issues that are not given space in the mass
media

5. Opinion will be published at the discretion of the Secretariat

"A council of elders", numbering less than 10 bloggers and comprising
among others, the group owners,will be established either by election or
appointment. CIJ proposes the council members will serve for four years, whereby the
after two years, the post Chairman and Vice Chairman have to be filled
in by new members.

Council members can appoint successors for their respective post whereby
the list of nominees will be publicized. A candidate will be appointed
if he/she receives a majority support from the members.

Membership is by application to the group owners.

CIJ volunteers to be the Secretariat of the e-group.

For more info email waifong@cijmalaysia.org or visit http://tech.groups.yahoo.com/group/mybloggers/

Anonymous said...

Kenapa ditulis 'bapa' dan bukan bapa? Sebab kalau ditulis bapa sahaja (tanpa koma atas), ia bawa pengertian konvensional. Dalam definisi budaya Malaysia, yang dikata bapa itu dirujuk kepada lelaki yang menjadi ayah kepada seorang anak, yang terhasil menerusi institusi ikatan yang sah. Pendek kata, konotasi bapa memang agung dan terhormat.

Dalam kes buang bayi ini, 'bapa' diguna dengan konotasi tersirat bahawa konteks penggunaannya bukan konvensional. Mungkin 'bapa' kepada si bayi yang dibuang itu merupakan seorang penzina dan perogol. Sebab itu istilah bapa diguna dengan 'nada hipotetikal' (atau nada mengejek -- lebih tepat lagi).

Saya tak nampak apa isu yang cuba dibangkitkan di sini -- sama ada dari segi nahu mahupun semantik. Saya fikir tak ada pelanggaran langsung.