Ulasan penulis kontroversi Mingguan Malaysia dan editor majalah al-Islam, Astora Jabat, tentang penulis dan dua lagi temannya (sedutan artikel Mengawasi, menilai dan meluruskan kerajaan, 16 Februari 2003)
Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam Fiqh al-Ikhtilaf (muka surat 181) merumuskan bahawa pembangkang Islam itu mesti ikhlas kerana Allah dan untuk kepentingan umat dan bangsa, meninggalkan kefanatikan terhadap individu dan parti, berprasangka baik terhadap orang lain, tidak menyakiti dan mencela, menjauhi debat mengutuk, dialog dengan cara sebaik-baiknya, bersikap adil dalam menilai dan bersikap, memberi perhatian kepada apa yang dianggap utama, memakai fiqh muwazanah (pertimbangan yang matang antara yang tidak penting, penting dan lebih penting), mengutamakan perpaduan dan menjauhi perpecahan, matang dan bijaksana serta mampu mengawal emosi.
Pembangkang dengan ciri-ciri tersebut di atas tidak wujud di kalangan ahli politik pembangkang tanah air sekurang-kurangnya pada waktu sekarang.
Cuma terdapat beberapa penulis politik yang dipandang sebagai pro pembangkang agak rasional seperti Fathi Aris Omar, Mohd. Sayuti Omar dan Ahmad Lutfi Othman.
Ketiga-tiga penulis ini walaupun sangat kritis terhadap kerajaan dan kadang-kadang kritikan mereka sampai ke tahap tidak masuk akal, tetapi mereka juga kritis terhadap pembangkang terutama Pas.
Dengan itu tidak hairan jika ketiga-tiga penulis ini bukan saja dibenci oleh orang UMNO dan BN, tetapi juga oleh orang Pas. Penulis mengikuti tulisan penulis-penulis politik ini dalam akhbar, majalah dan Internet.
Dan didapati mereka dalam keadaan tersepit dan ruang untuk berkarya semakin tidak ada.
Saturday, April 16, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment