Friday, April 28, 2006

Fikir

Selain perkataan fikir, yang tentunya dipengaruhi konsep Arab (dan Islam?), apakah kata yang "lebih Melayu" untuk menggambarkan kegiatan, gejala, kerja buat, proses dan tabie "fikir" itu sendiri?

Tentunya sebelum datangnya Islam, atau singgahnya orang Timur Tengah, ke alam Melayu, orang di sebelah sini sudah berfikir.

Apakah perkataan yang mereka gunakan untuk menjelaskan atau menggambarkan kegiatan, gejala, kerja buat, proses dan tabie fikir?

(Nota: Tidak ada perkataan tidak pula bermakna tidak ada hakikat, gejala atau objek. Sementara adanya hakikat, gejala atau objek tidak pula bererti adanya perkataan)

Ada sesiapa yang pernah membaca, atau mendengar, kajian atau analisa dalam persoalan ini? Tolong jawab ... terima kasih

+ * + * +

Beberapa tulisan saya terkini, yang dirasakan semakin tidak menarik, boleh dicapai di sini Pojok -- antaranya tentang 'Pemuzik tempatan tidak kompetitif' (26 April), 'Nasib lepasan SPM, pusat latihan (swasta) dan MLVK' (18 April) dan 'Bercium di taman: Sopan atau tidak?' (14 April).

Nampaknya kena kerja lebih keras; ertinya menghidu dan terus hidu -- dan inilah jenis kerja kewartawanan yang tidak kunjung selesai, melelahkan dan mengasyikkan (semuanya sekali gus!).

Juga, ada waktunya (jika tidak berhati-hati) boleh pula membodohkan!**

** Cuba tanya pada wartawan sama dia sedar atau tidak hal ini

5 comments:

Anonymous said...

Fathi, mungkin perkataan "Ingat" untuk ganti fikir.

Anonymous said...

wartawan untuk lelaki, perempuan wartawati!!!

Anonymous said...

Mat Arau, dah lupa pula. Tetapi masa aku sekolah rendah dulu macam itulah (kata berlawanan jenis) -- olahragawan <---> olahragawati; cawan <---> cawati; setiawan <---> setiawati!

Anonymous said...

Apakah perkataan yang mereka gunakan untuk menjelaskan atau menggambarkan kegiatan, gejala, kerja buat, proses dan tabie fikir?

Hey.... this is a difficult question....

Maybe historians or historical anthropologists are better disposed in answering this question....

I wonder what is the equivalent of the word "fikir" in Sankrit.....?

Anonymous said...

Saya cuba menggagau dalam Google.com.my (saya fikir kalau mahu adakan enjin pencari, elok juga kita namakan www.Gagau.com.my):

(1) Manye:
http://www.vedabase.net/m/manye

(2) Manyase:
http://www.vedabase.net/m/manyase

(3) kamus dalam talian di URL berikut http://www.dicts.info/dictionary.php?k1=1&k2=262

saya temui koleksi kata-kata ini (dari English ke Sanskrit), (klik method 'full text'):

(10 up) to think = chintayati
(4 ap) to think, to believe = manyate
(causative of cit) to think = chintaya
abiding in Me, always thinking of Me = madgatena
always thinking of Me = manmanaaH
always thinks of = anusmaret.h
constantly thinking of = anuchintayan.h
having thought ,thinking that = matvaa
meditate or think = dhyaaya.nti
of all great thinkers = kaviinaaM
should think of = chintayet.h
think = chint.h
think = man.h
think = manyante
think = manye
think = vi+chint.h
think = vichar.h
think well = vichintaya
think, to contemplate = aalochate
thinking of = gatachintaa
thinking of = parichintayan.h
thinking of = smaran.h
thinking you dear to Me = priiyamaaNaaya
thinks = manyeta
you so think = manyase

atau (klik method 'exact')....

think = chint.h
think = man.h
think = manyante
think = manye
think = vi+chint.h
think = vichar.h

atau (klik method 'beginning').....

think = chint.h
think = man.h
think = manyante
think = manye
think = vi+chint.h
think = vichar.h
think well = vichintaya
think, to contemplate = aalochate
thinking of = gatachintaa
thinking of = parichintayan.h
thinking of = smaran.h
thinking you dear to Me = priiyamaaNaaya
thinks = manyeta