Tuesday, June 27, 2006

Jawab

Semalam, Nazri menghentam Dr Mahathir. Hari ini, bekas perdana menteri menjawab. Nazri jawab lagi!

Semua peringkat pemimpin negara/Umno mula bersuara. Adnan (MB Pahang), Azalina dan Ali Rustam. Jawab menjawab, ada yang ingatkan Nazri, ada yang nasihatkan Tun.

Isu Dr Mahathir-Nazri menjadi isu baru, bukan lagi isu Dr M-Pak Lah.

Di mana pula Anwar Ibrahim? Semakin terpinggir? Tidakkkkkk, "jangan salah baca: Anwar tetap bersama rakyat."

Dr Mahathir 'sudah sedikit melampau': Muhyiddin (mStar Online)
Dr Mahathir telah tetapkan pendiriannya: Zainuddin (mStar Online)

Dr M jawab: Saya tidak akan tinggalkan Umno (Malaysiakini.com)
Nazri nafi jadi 'hulubalang' Perdana Menteri (Malaysiakini.com)

Kritikan Dr M tidak jejas keyakinan pelabur - Najib (Bernama)

6 comments:

Anonymous said...

Dr M jawab: Saya tidak akan tinggalkan Umno (Malaysiakini.com)

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bercadang untuk keluar dari Umno walaupun beliau percaya ada usaha untuk memecatnya daripada parti tersebut.

Katanya, beliau menyedari wujud usaha untuk memburuk-burukkannya agar beliau dibenci oleh Umno.

Dr Mahathir berkata, mereka tidak boleh berbuat demikian sekarang tetapi ketika itu, mereka akan mengambil tindakan untuk memecatnya dari Umno.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur pagi ini, Dr Mahathir berkata, usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui akhbar-akhbar yang menunjukkkan gambar beliau bersama pemimpin PAS.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengkritik Dr Mahathir dan menggesa bekas Perdana Menteri itu supaya meninggalkan Umno kerana didakwanya telah ‘berkongsi satu platform’ dengan pemimpim pembangkang dalam satu ceramah umum Sabtu lalu.

Bekas presiden Umno itu menyifatkan Nazri sebagai seorang ‘hulubalang’ yang sedang mempertahankan pentadbiran sekarang, sambil menambah beliau tidak peduli dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir menegaskan bahawa Umno bukan milik Nazri tetapi milik semua orang Melayu dan oleh itu, Nazri tidak ada hak untuk menggesa orang itu dan ini keluar daripada parti itu.

“Saya menjadi ahli Umno sebelum dia dilahirkan lagi,” tegas Dr Mahathir.

Lagi pula, tambahnya, beliau tidak melanggarkan perlembagaan Umno apabila mengkritik para pemimpin parti.

‘Kami bukan berperang’

Mengenai gambar yang menunjukkan beliau bersama beberapa pemimpin utama PAS, yang disiarkan secara meluas oleh akhbar-akhbar harian hari ini, bekas Presiden Umno itu mengulangi bahawa beliau tiada kaitan dengan pihak pembangkang.

Dr Mahathir menafikan dakwaan yang berkongsi platform dengan orang PAS sambil menambah “jika mereka hendak datang, saya tidak boleh berkata jangan”.

“Saya memberi ceramah kepada NGO (badan bukan kerajaan) dan mereka datang. Ia bukan dianjurkan oleh saya. Saya pergi ke situ dan mereka berada di sana...,” katanya.

Lengkap ke www.malaysiakini.com

Anonymous said...

Nazri nafi jadi 'hulubalang' Perdana Menteri (Malaysiakini.com)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dilabel sebagai 'hulubalang' bagi pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau ditugaskan untuk menyerang bekas 'bos'nya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tidak...Perdana Menteri tidak memanggil atau mengarahkan saya untuk bertindak begitu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Nazri merujuk kepada tindakannya mengeluarkan kenyataan keras terhadap Dr Mahathir semalam yang antara lain meminta bekas Perdana Menteri itu bertindak 'jantan' dengan meninggalkan Umno berikutan serangan terbaru Dr Mahathir terhadap kepimpinan Abdullah Sabtu lalu.

Menteri itu juga menyifatkan Dr Mahathir tidak menyayangi parti dan negara kerana tidak bercakap benar.

Bercakap kepada pemberita selepas satu majlis forum di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir menyangkal semua dakwaan Nazri itu, sambil menyifatkannya sebagai 'hulubalang' kerajaan Abdullah.

Beliau juga mendakwa beberapa percubaan sedang dibuat untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya dalam usaha untuk memecat beliau dari Umno.

Lengkap www.malaysiakini.com

Andin Salleh said...

Kalau orang Melayu masih sayangkan UMNO dan masih mahu terus bergantung kepada UMNO, mereka agaknya tidak ada jalan lain, selain daripada meneruskan amalan mereka selama ini, iaitu terus menyokong pihak yang sedang berkuasa, dan ketepikan orang yang mahu "buat kacau", walau betapa agungnya pun tokoh tersebut.

Dahulu orang UMNO pernah ketepikan pemimpin agong mereka, Dato' Onn dan Tunku Ab.Rahman. Sekarang sampailah masanya mereka menyingkirkan Mahathir pula.

Dhani said...

bung fathi. budhi hikayat tak antar lagi kata pengantar nih. tanya dia bila nak antar. gue udah malu utk bertanya lagi.hehe.

Anonymous said...

Tak sangka pulak zaman millenium ni pasir berharga tinggi dan ruang udara juga bernilai.

emmm boleh kaya tak, kalau jual pasir dan ruang udara?

Anonymous said...

Tengok Husam Musa kena kecam dalam:

www.partiislam.blogspot.com