Friday, November 10, 2006

Otak biskut

Alahaiiii, nasib kaulah biskut!

Hari ini saya terkejut apabila membaca berita, terbitan Bernama, yang menyebut sebuah NGO pengguna Islam membuat laporan polis berhubung (kononnya) ada biskut mempunyai lambang salib.

Tidak lama dulu, saya terserempak di sebuah forum web, foto biskut berwarna gelap (perang) yang kononnya mempunyai lambang "salib" tersebut.

Saya fikir foto di forum web itu cuma/cuba melawak dan bermain-main ... sehinggalah saya sendiri membaca berita ini!

Fuh .... mujurlah kita semua tidak dilahirkan sebagai biskut!

25 comments:

Amin Ahmad said...

cerita biskut ni dah lama berlegar dalam internet..

aku pun dah makin tak faham..

Anonymous said...

Mengapa orang Islam terlalu takut dengan salib (atau apa-apa yang menyerupainya)? Atau mereka sebenarnya mahu menjauhkan diri daripada al-Masih?

Anonymous said...

sentimen umat islam hari ini terlalu mudah disentuh..dan itu ada pro dan kontranya.

kerana dlm ajaran islam..diajar concern dan hidup sbg 1 tubuh.

cuma yg kontranya bila sentimen ditiup dan hati terus meradang tanpa akal fikir.

Najwan Halimi said...

biskut pun jadi mangsa...entah-entah kat celah-celah corak kon aiskrim tu pun ada jugak tak?? hehe

Anonymous said...

Hi Fa*hi,

lama *ak jumpa!
Selama* Ha*i Raya Aidil*i**i!
Maa* Zahi* & Ba*in!

Anonymous said...

this issue is down right stupid.

the same issue as
"Coca-cola logo and reversed will become the word Allah-Muhammad"

ridiculous!

will eating the biscuit make us christians? no! so, we muslims should really stop making a fuss about it...

Amin Ahmad said...

moga Allah s.w.t. bagi kita kefahaman

Anonymous said...

OK. If they put ALLAH there, u all get angry because kononnya insult Islam.

And if they put SALIB there, u all get angry oso sebab kononnya nak kristian kan orang? WHAT THE HELL?????

Muslims should really stop all these nonsense accusations and nonsenses and start focusing on important issues!

Anonymous said...

Bukan nak kata yg orang pakai baju jersey england tu bukan main besaq salik kat bahu baju, sapa pun tak kata apa.

Anonymous said...

Ulasan di bawah saya ambil dari blog Jeff Ooi (disampaikan oleh Kelangman88) kerana ada isi yang menarik (sila baca -- fathi, faomar@yahoo.com):

Perbuatan sesetengah pihak seperti kes di Langkawi dan roti/biskut PPIM semakin melucukan. Rasanya, mungkin terlalu bosan ataupun terpaksa mendapat publisiti dengan cara sebegitu (yang melucukan).

Mungkin lepas ini, PPIM akan menyatakan pendiriannya untuk mengharamkan huruf 't' kerana ianya seperti lambang salib. Nama penuh PPIM akan bertukar menjadi "Persauan Pengguna Islam Malaysia".

Posted by: kelangman88 | November 12, 2006 11:52 AM

Anonymous said...

Kah kah kah what a laugh. To these puny minds good luck in surviving the real world.

Najwan Halimi said...

Joker..i* suppose *o sound like *his :

Kah kah kah wha* a laugh. To *hese puny minds good luck in surviving *he real world.

Jom makan bisku*!

ariapertama said...

hindarkan diri anda dari isu-isu sebegini..ini penyakit berjangkit..

abiumar said...

Assalamuaalikum...

Begitulah nasib biskut yer.. Kalau salibpun apa salahnya telan berak jadi najis je hehe ( maaf bahasa kotor )maka berkumpullah salib dalam lobang najis...

Terima kasih

abiumar said...

Assalamuaalikum...

Begitulah nasib biskut yer.. Kalau salibpun apa salahnya telan berak jadi najis je hehe maka berkumpullah salib dalam lobang najis... bersama dengan mereka yang setaraf dengannya. Huhu ( kalau sensitif padam je )

Terima kasih

kuss indarto said...

Yah, cukup lucu, funny enough, tetapi terkadang kita jadi over-theorizing ya hehehehe. Salam (kuss-indarto.blogspot.com)

Anonymous said...

nih dah ada email org sebar!
kononnya bumbung kustem mcm salib

http://img165.imageshack.us/img165/5872/4ig5.jpg

Anonymous said...

I guess its best for us Muslims to focus all of our attention on a silly piece of cookie and ignore ALL the big issues concerning Islam these days such as poverty in Muslim countries and Palestine.

Heh, I don't think that it'll be a big surprise that the Jews and the Westerners, our supposed 'immortal enemies' would have themselves one blast of a picnic conquering our economy because we're too distracted with issues that they probably have nothing to do with in the first place.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dalam kita memperlekehkan segolongan org Islam yg cuba mengetengahkan isu ini, pernah kita terfikir apakah relevannya Unilever meletakkan simbol seakan salib itu pada product mereka?

pernah dengar ttg "subliminal message/advertising"?

pernah dengar ttg "subconcious mind"?

Anonymous said...

weii fathi, bawak-bawak lah sembahyang.

menulis macam ulama besar, sembahyang malas.

Anonymous said...

tokeakok:
Pernahkah saudara menggunakan fungsi 'search'?

http://www.unilever.com.my/ourbrands/foods/moo.asp

Tak hairanlah kenapa kita umat Islam terpinggir dalam kemajuan pemikiran: terlalu asyik mencipta konspirasi yang bukan-bukan sehingga terlupa untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mampu menyaingi dan mengalahkan penguasaan Yahudi dan Barat dalam pasaran dunia.

anonymous:
Apa yang awak buat jam 1:58AM di pagi yang buta tu? Jangan lupa sembahyang subuh ya!

royal king kong:
Hanya kerana Fathi tidak setuju dengan isu biskut, dia dianggap menghina agama Islam? Lebih jahil lagi umat Islam yang suka menelan 'corporate blackmailing' secara bulat-bulat. Tidakkah ada seorangpun Muslim yang perasaan bahawa umat Islam amat digemari oleh penyebar fitnah yang tidak bertanggungjawab kerana sikap mereka yang cepat naik angin terhadap isu remeh yang diperbesar-besarkan melalui e-mel?

PS: Internet merupakan ciptaan orang kafir, maka haramlah penggunaannya. Cepat sebarkan berita ini melalui e-mel kepada Muslimin dan Muslimat sekalian!

Amin Ahmad said...

Hangmen,

"Tidakkah ada seorangpun Muslim yang perasaan bahawa umat Islam amat digemari oleh penyebar fitnah yang tidak bertanggungjawab kerana sikap mereka yang cepat naik angin terhadap isu remeh yang diperbesar-besarkan melalui e-mel?"

bukan e-mel saja..tapi juga sms..

masa saya terima sms tu..jawab saya..maxis kaya lagi!

Anonymous said...

Abg Fathi, thanks alot dengan entri yang ada artikel kurus tu..artikel yang lagi satu tu really help me dalam masa saya down dan berdukacita yang teramat Ramadhan yang lepas.

Terima kasih sekali lagi, rasanya walau dakwat selaut, seluruh pokok di muka bumi ini dijadikan tinta untuk menulis perasaan gratitude saya terhadap entri itu, masih tak kecukupan. Moga Allah jua membalas jasa baik abang.

Salam
Mardhiah

Anonymous said...

Mardhiah, sama-sama. Kenapa pulak down masa Ramadhan?

Najwan Halimi said...

amboi..mardhiah punya komen ada je respon iye...hehehe :p