Friday, November 24, 2006

Video

kemas kini JAIS hari ini menjelaskan isu panas ini di sini JAIS kenal pasti pihak rakam video khalwat (27 Nov)

Siapa yang tidak bertanggungjawab, memalukan budak-budak yang disoal siasat selepas didapati berkhalwat?

Kenapa kita (yang memasukkan klip video di Internet) tidak ada asas moral dan etikanya? Atas nama Islamkah kita lakukan ini semua?

Lapor mStar Online hari ini, Video khalwat milik JAIS terbocor di Internet?

Hairannya, untuk apalah kita berbuat begitu?

Ya-lah, kalau foto punggung-punggung perempuan pun boleh dirakam dan diedarkan bersama-sama dengan klip video yang didakwa milik JAIS ini, alamat sakit juga mamat yang menyebarkannya di Internet ...

NOTA: Penulis blog terkenal Jeff Ooi menyiarkan foto-foto yang lebih menggoda ... baca di sini JAIS video clips... licked and leaked? (25 Nov)

>> foto di atas diambil daripada blog Jeff Ooi.

8 comments:

Amin Ahmad said...

Salam sdr Fathi,

Video ni sbnrnya agak lama juga..cuma baru tersebar. Aku curiga juga sama ada video ini betul dari fail JAIS atau bagaimana? Sebab cara pertanyaan itu dibuat semacam je.

Sudah tentu penyebaran video ini satu tanda pendek akal. Tak silap aku kawasan tu pernah di'rush' oleh geng2 Mastika..tak tahu la sama ada video ini mereka ada terlibat atau tidak.

Fathi, dulu pun ada juga geng pencegah maksiat yang akhirnya ikut sama 'balun'..

Kita bicara soal manusia..dalam konteks, bukan teks..

Najwan Halimi said...

fathi,
aku dah tgok semua video2 ni..ada kat satu website.tp aku taknak bagi link dia kat sini sebab memamg memalukan anak bangsa.siap nampak muka diorang lagi.

video ni seolah2 dibikin oleh mat-mat skodeng.tp yg sebenarnya penguatkuasa agama (baca: polis agama). lokasi rakaman kebanyakannya di sekitar sebuah taman tasik di bandar baru bangi.

Anonymous said...

Kawan2, cegah maksiat satu hal. Tetapi yang mahu sebar rata-rata kat Internet 'ni buat apa? Bukankah kena tutup aib orang -- satu ajaran moral/etika dalam agama. Malah, dalam ajaran Barat sekali pun!

Jadi, macam mana boleh tersebar di Internet? Atas nama agama dan Tuhan? Atau atas nama "syok"?

Saya simpati kerana mereka ini golongan muda, paling2 tua pun awal 20-an.

Belum tentu mereka kahwin. Bagaimana kalau mak bapak, orang kampung dan kawan2 mereka tengok? tentulah mengaibkan.

Mereka buat tersorok2, jauh dan terpencil daripada pandangan umum walau tempat itu tempat awam. Jadi, eloklah ditutup aib mereka.

CUMA ... Najwan, Amin, aku tak faham kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS kepada mStar Online.

Cuba kau orang baca semula story tu kat section "Eksklusif".

Pegawai JAIS itu kata:

Akmal Senin berkata JAIS merakam adegan-adegan seperti itu sebagai bahan bukti dalam sesetengah kes khalwat yang dibicarakan di mahkamah syariah negeri itu.

"Tapi tidak semua video yang dirakam digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan, hanya kadang-kadang saja digunakan dalam kes tertentu.

"Apabila selesai perbicaraan, pihak peguam bela boleh mohon untuk lupuskan bahan bukti, tetapi ada juga yang kita simpan," katanya.

Ini apa jenis polisi ni? Simpan video orang?

Apa? JAIS nak bawa ke Padang Mahsyar -- sebagai bukti? Shit! Sakit la mamat JAIS pun ... sakittttt!

Anonymous said...

ya Fathi, sakit..

sebahagian 'bukti' ini kalau kita tgk cara rakamannya ya Allah..bukan cara nak cegah maksiat pun!

dan cara menyoal pun..

kalau ghairah kepada agama pun ada caranya..

Anonymous said...

bila jadi macam ni, aku bukak Yohanes, aku kenang pesan al-Masih:

"Barangsiapa di antara kamu tiada berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu."
Yohanes 8:7

Anonymous said...

Irg Abdullah, aku berdosa... dan aku tida layak melemparkan batu pada mereka!

Anonymous said...

smlm aku dgn member aku sorang lepak kat satu taman kat shah alam waktu malam,saja amik angin sambil2 borak2..dtg ntah sapa dgn takde pengenalan diri sergah aku tny apa buat dua2 orang kat taman tgh2 malam..haha.padahal aku dgn member aku tu dua2 jantan..ingat kami ni songsang ke apa.

mungkin geng2 ni time sekolah dulu kuat skodeng asrama perempuan kot! tu yg mai ke besaq syok duk skodeng rakam gambaq org tu!

Anonymous said...

yup..kalau tidak di rakam lagi bagus..senang sket nak buat projek..hehe. huih..nasib baik bukan gmba aku yg kuar. lepas ni kena hati-hati atau tak buat langsung. ok juga.tak berrdosa aku.