Sunday, February 25, 2007

Rosnah

Bagi kebanyakan orang, apatah lagi organisasi Islam, dramatis Rosnah Mat Aris telah dianggap menghina isteri Nabi.

Mungkin bagi Rosnah sendiri, dia sudah terlanjur kata, dan kerana itu dia memohon maaf berkali-kali.

Bagi kerajaan pula -- melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) -- bukan sahaja pelakon ini "bersalah" tetapi stesen TV yang menerbitkan 'Sensasi' wajar dihukum.

Bagi saya, pertubuhan Islam dan SKMM salah dalam penilaian mereka dan terburu-buru. Malah, bagi saya Rosnah sudah berlebih-lebih memohon maaf atau mengaku bersalah.

Bagi saya, Rosnah "tidak menghina Nabi" dan "tidak menghina Islam".

Samalah sikap saya dalam kontroversi kartun hasil tangan Wiley di akhbar New Straits Times, kira-kira setahun lalu. (Baca juga Otaku, 24 Feb 2006).

Atau bantahan kami (teman-teman dan saya) pada langkah menggam Wan Nor Azlin beberapa tahun lalu selepas tersebar rakaman video intimnya.

Bagaimanapun, tidaklah saya berpendapat bahawa kenyataan ringkas, seimbas lalu, itu tidak menyinggung perasaan sejumlah orang Islam.

Tetapi untuk merumuskan kenyataan Rosnah itu dengan sengaja, terancang, padu, padat dan konsisten "menghina Nabi" -- bagi penilaian saya -- sudah tersasar jauh daripada akal sihat dan penghakiman yang waras, wajar dan adil.

Kita nampaknya tidak menghakiminya, kita telah menghukumnya! Jadi apalah lagi yang boleh kita katakan kalau niat kita memang untuk menghukumnya "bersalah".

Hairan ya, dalam isu-isu kontroversi begini dan tidak jelas hitam putihnya, kita dengan penuh emosi (kita sebut keyakinan atau iman) boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang atas nama agama, Nabi dan Tuhan.

Kita enggan menghalusi persoalannya lagi, konteks, susun atur kata-kata Rosnah.

Wah, demi Tuhan, wallahi janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum menjadikan kamu tidak adil, dan berlaku adillah, sesungguhnya ...

TEKS TAMBAHAN 27 Feb jam 12:20 pagi
(rasional saya kenapa Rosnah tidak boleh dianggap "menghina isteri Nabi")

Bolehkah kita menganggap ucapan seimbas lalu Rosnah itu menghina isteri Nabi?

Berdasarkan klip video program itu seperti yang disebarkan di Internet, Rosnah berkata: "Tua ke muda tu? Dah nak mampus ke tidak tu?"

Sebelumnya pelakon awal berusia 50-an itu bertanya penonton, khususnya yang berada di studio: "Zaman nabi (Muhammad) bercinta dan kahwin dengan Khadijah dulu, umur Nabi berapa? Berapa umur Siti Khadijah?"

Dalam kenyataan Rosnah di atas, perkataan yang sukar diterima ramai "mampus" dan dikaitkan pula dengan isteri ikon paling suci umat Islam.

Hakikatnya, perkataan "mampus" itu sendiri sukar digunakan dalam perbualan rasmi, ia sering dimasukkan dalam drama, novel dan perbualan harian (tidak rasmi dan bersifat peribadi di kalangan teman dekat).

Umumnya masyarakat menerima perkataan "mampus" sebagai penuturan yang kasar atau kurang adab, walaupun maksudnya sama sahaja dengan mati, meninggal dunia atau mangkat, tetapi darjah ketertiban penggunaannya berbeza-beza.

Barangkali hujah yang lebih sesuai, kata-kata Rosnah itu boleh dianggap "celupar" atau boleh "mengguris perasaan umat Islam".

Tetapi sukar dirumuskan dengan mudah kenyataan tersebut "menghina isteri Nabi" kerana ia disampaikan dalam konteks yang ringkas (sepintas lalu), dan dibandingkan pula konteks itu dengan gaya kehidupan peribadinya.

Kira-kira separuh maksud "mampus" dalam kenyataan Rosnah itu merujuk pada dirinya sendiri, bukan sepenuhnya menghujahkan bahawa usia isteri Nabi tersebut.

Lagipun, sesuatu tindakan yang dianggap menghina Nabi mestilah datang secara tekal (consistent) dan berdasarkan keyakinan penuturnya.

Misalnya novel tebal 'Satanic Verses' karangan Salman Rushdie yang diolah dan dirancang begitu lama, berdasarkan renungan dan penelitian, dan diambil berasaskan sikap yang sengaja dan bersungguh-sungguh.

Ucapan Rosnah tersebut -- walaupun beliau sendiri mengaku "bersalah" -- tidaklah boleh dikatakan dilafazkan dengan keyakinan dan kesungguhan.

Ia dituturkan sepintas lalu sahaja, tidak diulang-ulangkan semula, dan tidak merujuk seratus peratus (membahaskan) tentang usia isteri Nabi (sebagai satu topik dan penekanan khusus).
Ia tidak dilafazkan dengan niat dan perancangan.

Pendek kata, kelihatan ucapan itu dibuat secara melatah atau tidak sengaja.

Secara simbolik, ungkapan "tua ke muda tu? Dah nak mampus ke tidak tu?" merujuk pada diri pelakon itu sendiri yang diasak oleh persoalan kenapa beliau berminat pada lelaki lebih muda berbanding usianya yang relatifnya lebih lanjut.

Kebetulan perbandingan tersebut disandarkan pada usia isteri Nabi, dan barangkali ia sukar diterima ramai, khususnya penonton Islam.

Jika perbandingan itu dibuat dengan pelakon Barat, misalnya Elizabeth Taylor, barangkali penonton tidak perasan perkataan "mampus" itu sendiri kasar atau sejenis istilah bahasa pasar.

Jika kita yakin Rosnah "melatah" dan tidak bermaksud menghina isteri Nabi, maka apakah pula bentuk tindakan yang wajar dikenakan padanya, dan juga pada rancangan Sensasi?

23 comments:

Najwan Halimi said...

fathi,

bagi aku, kenyataan Rosnah tempoh hari mmg agak sensitif dan menyinggung ditambah dgn cara dan penggunaan ayat yg dia pakai.

dan aku setuju dgn kau, rosnah dah pun minta maaf berkali-kali. dia siap mengaku yg dia terlanjur mengeluarkan kenyataan tu tanpa memikirkan kesannya.

dan berhubung dgn isu pengharaman rancangan Sensasi oleh SKMM, alasan mereka ialah rancangan tu tak membangun dan tak selari dgn inspirasi nasional.

apapun fathi, manusia mmg begitu..suka jual nama Tuhan dan Nabi atas segala benda.

menghukum,menghukum dan terus menghukum..

Anonymous said...

Fathi,

Pada aku ko ni kena penyakit 'tak-suka-ikut-arus'. Maksud aku, tabiat kau akan cuba lari dari pendapat majority. Kalau kau tengok bola dikalangan penyokong Man Utd, kau akan sokong team lawan. Betul tak? kalau salah sorry la..

Dari isu Ustaz Bahlol dan isu Rosnah ini kau cuba lari dari arus. Tgk dari sudut lain konon. By the way, Sensasi tak dibanned, tapi di arah tukar format ke 'record'. Tolong buat homework betul2 lain kali.

Aqil Fithri said...

salaam,

tidak timbul soal melawan arus atau menurut arus. yang penting, arus harus mengikut kebenaran. dan, kebenaran di sini adalah dalam tafsiran ia tidak bercanggah dengan mantik. itu pada saya sudah memadai! jangan harapkan lebih dari yang perlu.

manakala, rancangan Sensasi bukan sepatutnya diharam, sebalik patut dibatalkan terus penerbitannya. bukan kerana iu kontroversi dramatis tersebut, tetapi kerana ia langsung tidak mengalakkan pembinaan mantik yang berkualiti.

Tv3, sila tawarkan rancangan yang lebih bermutu.

Najwan Halimi said...

sensasi,melodi dan seangkatan dgnnya wajar dikaji balik penyiarannya..

apa kena mengena mengikut arus atau melawan arus?

mr right,
selalunya org yang mengikut arus ni hanyut terus..!!

Anonymous said...

Gue tidak tersusun mengikuti jalan cerita Rosnah. Tidak melihat sendiri segmen 'live' itu menambah lagi gue tidak layak mengulas panjang tentangnya.
Hanya ini buat merai perbincangan:
Setelah stesan TV berkenaan memilih nama segmen itu 'sensasi', pada gue apa yang ribut-ribut sekarang menepati sekali nama sensasi.

Balikin kebebasan - Che Nik

matalebam said...

Syabas Fathi.

Mr Right menuduh anda 'tidak ikut arus' dan memilih pendapat semata-mata nak jadi 'different'.

Tapi saya rasa setelah meneliti balik post-post di blog anda ini, anda tak nampak seperti seseorang yang menjana pendapat tanpa ada sebab-sebab muhasabah untuk menyokong kedudukan anda.

Dan pada isu ini, memang saya amat setuju dengan anda. Kita sudah sampai ke tahap di mana kita tidak mengkaji sesebuah isu itu dengan adil dan rasional, sebaliknya terus melompat masuk dan 'menghukum' dengan penuh emosi.

Percakapan Rosnah itu mungkin kurang sensitif, saya setuju. Tapi itu satu kesilapan manusia yang patut dimaafkan. Beliau sewaktu itu cukup bersemangat untuk mengemukakan hujahnya bahawa tiada salahnya wanita tua mengahwini lelaki muda.

A slip of the tongue. Nothing to get excited about. Be calm, be rational. It was an HONEST mistake. Saling bermaafan itu penting dalam agama kita.

Anonymous said...

Dear Fathi

For me, kesian Rosnah tersalah cakap, tapi yang memesongkan nya lah situkang tanya si Suraya/Awal dan penerbitnya. Agaknya mereka suka kalau tetamu yang diundang melatah.

Tapi aku suka rancangan 2 minggu lalu dimana Asyiah jadi tetamu, Suraya seperti menghina katanya Asyiah tak menari lagi sebab badannya -lalu dijawab oleh Aisyah - kerana pulut santan binasa, ni yang dimaksudkan -orang macam suraya yang patut dihukum kerana suka mengenakan orang, macam kata asyiah, nanyian dan gayanya sesuai dengan usia, if I may add tak macam suraya tu dah tua tu tapi lagak muda macam remaja tak sesuaillah. Bertaubatlah, peragai biar elok sikit, kalau cari makan pun tak kanlah tak pakai akaii, pls do not blame your panel of advisors, use your own judgement.

So saya rasa patut di bankan saje racangan seperti sesasi-yang cuba merosakkan minda penonton.

Anonymous said...

Bolehkah kita menganggap ucapan seimbas lalu Rosnah itu menghina isteri Nabi?

Berdasarkan klip video program itu seperti yang disebarkan di Internet, Rosnah berkata: "Tua ke muda tu? Dah nak mampus ke tidak tu?"

Sebelumnya pelakon awal berusia 50-an itu bertanya penonton, khususnya yang berada di studio: "Zaman nabi (Muhammad) bercinta dan kahwin dengan Khadijah dulu, umur Nabi berapa? Berapa umur Siti Khadijah?"

Dalam kenyataan Rosnah di atas, perkataan yang sukar diterima ramai "mampus" dan dikaitkan pula dengan isteri ikon paling suci umat Islam.

Hakikatnya, perkataan "mampus" itu sendiri sukar digunakan dalam perbualan rasmi, ia sering dimasukkan dalam drama, novel dan perbualan harian (tidak rasmi dan bersifat peribadi di kalangan teman dekat).

Umumnya masyarakat menerima perkataan "mampus" sebagai penuturan yang kasar atau kurang adab, walaupun maksudnya sama sahaja dengan mati, meninggal dunia atau mangkat, tetapi darjah ketertiban penggunaannya berbeza-beza.

Barangkali hujah yang lebih sesuai, kata-kata Rosnah itu boleh dianggap "celupar" atau boleh "mengguris perasaan umat Islam".

Tetapi sukar dirumuskan dengan mudah kenyataan tersebut "menghina isteri Nabi" kerana ia disampaikan dalam konteks yang ringkas (sepintas lalu), dan dibandingkan pula konteks itu dengan gaya kehidupan peribadinya.

Kira-kira separuh maksud "mampus" dalam kenyataan Rosnah itu merujuk pada dirinya sendiri, bukan sepenuhnya menghujahkan bahawa usia isteri Nabi tersebut.

Lagipun, sesuatu tindakan yang dianggap menghina Nabi mestilah datang secara tekal (consistent) dan berdasarkan keyakinan penuturnya.

Misalnya novel tebal 'Satanic Verses' karangan Salman Rushdie yang diolah dan dirancang begitu lama, berdasarkan renungan dan penelitian, dan diambil berasaskan sikap yang sengaja dan bersungguh-sungguh.

Ucapan Rosnah tersebut -- walaupun beliau sendiri mengaku "bersalah" -- tidaklah boleh dikatakan dilafazkan dengan keyakinan dan kesungguhan.

Ia dituturkan sepintas lalu sahaja, tidak diulang-ulangkan semula, dan tidak merujuk seratus peratus (membahaskan) tentang usia isteri Nabi (sebagai satu topik dan penekanan khusus).

Ia tidak dilafazkan dengan niat dan perancangan.

Pendek kata, kelihatan ucapan itu dibuat secara melatah atau tidak sengaja.

Secara simbolik, ungkapan "tua ke muda tu? Dah nak mampus ke tidak tu?" merujuk pada diri pelakon itu sendiri yang diasak oleh persoalan kenapa beliau berminat pada lelaki lebih muda berbanding usianya yang relatifnya lebih lanjut.

Kebetulan perbandingan tersebut disandarkan pada usia isteri Nabi, dan barangkali ia sukar diterima ramai, khususnya penonton Islam.

Jika perbandingan itu dibuat dengan pelakon Barat, misalnya Elizabeth Taylor, barangkali penonton tidak perasan perkataan "mampus" itu sendiri kasar atau sejenis istilah bahasa pasar.

Jika kita yakin Rosnah "melatah" dan tidak bermaksud menghina isteri Nabi, maka apakah pula bentuk tindakan yang wajar dikenakan padanya, dan juga pada rancangan Sensasi?

Unknown said...

Fathi,

Hairan saya. Dalam kes Rosnah, beria-ria mahu dipertahankan.

Kenapa hujah yang sama tidak digunakan bila memberi gelaran `bahalol' kepada ustaz di posting sebelum ini.

Kenapa kenyataan ustaz tersebut tidak diambil secara verbatim dan dikaji dahulu pokok pangkalnya sebelum dihukum bahalol?

`Kita nampaknya tidak menghakiminya, kita telah menghukumnya! Jadi apalah lagi yang boleh kita katakan kalau niat kita memang untuk menghukumnya "bersalah".'

`Kita enggan menghalusi persoalannya lagi, konteks, susun atur kata-kata...'

Jangan nanti ada yang menyangka sdr bertindak `dengan sengaja, terancang, padu, padat dan konsisten' menolak apa sahaja kenyataan dari ulamak dan ahli agama?

Anonymous said...

Jiwa Rasa,

Saya memang dengan sengaja, terancang, konsisten menolak beberapa kes (dan kenyataan ulama).

Saya tidak perlu rasa bersalah.

Dalam posting dulu (Ustaz Bahlol), saya sebutkan tiga kes.

Saya memang dengan sengaja, terancang, konsisten berbuat demikian.

Setelah berfikir dan seperti yang saya nyatakan.

Anonymous said...

alah... takkan tak kenal kot dgn rosnah mat aris.. mmg camtu mulut dia..

betul kata fathi, "Uumnya masyarakat menerima perkataan "mampus" sebagai penuturan yang kasar atau kurang adab, walaupun maksudnya sama sahaja dengan mati, meninggal dunia atau mangkat, tetapi darjah ketertiban penggunaannya berbeza-beza."

umur masa siti khadijah kahwen dgn nabi pun mmg betul dah dekat nak mati, meninggal dunia, mangkat dan juga mampus.

takde salah apa yang dikatakan oleh rosnah mat aris. cuma dlm konteks negara kita, msrkt kita, nampak sedikit celupar alias menghina islam.

lgpun rosnah dah byk kali dh mintak maap. nak apa lagi?

isi bual forum tu tanak pula kita tengok. rosnah cuba nak tepis kenyataan yg katakan dia ada anak ikan.

MDM FARAH FAIZURA said...

yang menghina pada aku,

buka pada perkataan 'mampus' itu,

tapi menghina kerana pada andaian Rosnah yang Khadijah bercinta dahulu dengan nabi sebelum bernikah. (nada kata 'cinta' itu menghukum Khadijah bahawa dia itu gatal, jika gatal pasti Khadijah tidak menolak puluhan pinangan yang dia peroleh)

padahal,

Khadijah dengan nabi tidak pernah bercinta sebelum bernikah.

segalanya dibuat tertib.

Khadijah mengetahui nabi melalui hambanya Sarah,

merisik nabi melalaui pamannya

dan meminang nabi melalaui Nafisa.

Jadi bila waktu mereka bercinta?

hanya bernikah terus.

titik

Anonymous said...

Ya Dingin, kata "bercinta" boleh juga dianalisa. Tetapi ia juga boleh bermakna "suka, jatuh hati", tidak semestinya bercinta "maut" ala budak2 zaman sekarang. Good point!

Anonymous said...

menarik! anda bercakap pasal konsistensi tapi tidak menyedarinya, apakah mungkin sebab anda tidak menonton keseluruhan program itu secara berulang-ulang kali. memang terdapat konsistensi atau corak dalam jawapan Rosnah Mat Aris. contoh jawapan seolah tudung itu tak sesuai dengan kehidupan moden beliau sebagai artis dan wanita berkerjaya yang luas perjalanan (memperlekehkan busana muslimah), perbandingan Islam dan dunia artis sebagai minyak dan air yang tidak boleh bercampur, balik dari umrah tapi tetap dengan kehidupan yang ranggi (rambut kuning)dsb adalah atas sebab tak mau hipokrit. penggunaan perkataan tak sopan lain seperti "gila babi ke apa!". penggunaan "tua nak mampus" terhadap Siti Khadijah klimaks dari jawapan2 awal yang memang tak beradab dan berpaksikan seorang muslimah. memang ada build-up dalam keceluparan beliau, bukannya sepintas lalu. saya hairan komen beliau yang lain tidak di sentuh langsung jadi saya nak mengungkitnya agar ia lebih adil menggambarkan keadaan sebenar.

Anonymous said...

Bahagian pertama artikel ni, ok. Munasabah dan saya pun setuju. Tapi bila Fathi dah masuk bab 'dalil dan hujah' untuk mengatakan bahawa kata-kata Rosnah tu tak 'menghina Nabi' -- itu dah melalut merapik.

Fathi ni memang ada idealogi 'terbalik' dan 'patah'. Dari segi pemikiran. Dia suka menangguk di air keruh. Suka sangat menegakkan rambut yang basah -- kerana itu membikin hujah dan pendapatnya 'stand out'. Iyalah, kalau sekadar nak tegak rambut kering -- ribuan orang dah buat. So, Fathi dengan mentaliti 'terbalik' dan 'patahnya' mula berfikir: apa kata kalau aku bagi hujah yang 'lain dari yang lain' -- mesti aku akan glamour, kan?

Yes, Fathi.. niat kamu dah tercapai. Ko telah berjaya menjadi ikon 'patah' dan 'terbalik' (dari segi dalil penghujahan tentang moral) yang paling tersohor di Malaya. Sampai kata-kata biasa seorang Pope pun kau agungkan sebagai penuh dengan falsafah dan harus ditilik dengan penuh rasional oleh seluruh umat Islam global. Walhal, apa yang diungkap oleh Pope itu sudah kilse dan sudah dibangkitkan RATUSAN KALI oleh ramai sarjana Islam yang lain. Tapi sebab kali ini, sejemput falsafah ciput itu keluar dari mulut Pope -- maka Fathi yang selalu patah dan terbalik itu mula menangguk di air keruh.

Kata-kata Rosnah tu memang menghina. In the first place, dia TAK PATUT PUN masukkan sebarang unsur agama dalam kata-katanya. Di mana wajarnya dia nak guna dalil dan justifikasi agama (tak perlu pun sentuh sama ada kenyataan dia tu menghina atau tidak) -- bila dia dalam keadaan 'terdesak' sedangkan gaya dia sendiri dalam tu langsung tak menggambarkan dia tu patut bercakap tentang agama.

Dahlah tak pakai tudung. Rambut kuning kemnuning pula. Belum lagi masuk mulut besar dia yang dok cup cip cup cip macam sundal bolong. Lepas tu tiba-tiba nak cakap pasal agama. What the hell?

OK, jangan salah sangka. Bukan saya kata agama ini ekslusif hanya untuk orang yang berperawakan mulia macam alim ulama. Tidak. Rosnah dan siapa saja (hatta pelacur sekalipun) berhak untuk amalkan agamanya. Itu adalah hubungan manusia dan tuhan.

Tapi kita ni logiklah sikit. Kalau penampilan dan gaya kita tak sesuai, janganlah cuba nak jadi 'duta agama' kat siaran langsung di tv yang disaksikan jutaan orang. Itu mengelirukan orang. Seolah-olah.. agama ini hanya diguna untuk 'mempertahankan diri' bila kita terdesak. Pandai dia nak banding diri dia dengan Khadijah. Kenapa nak banding tentang umur -- kenapa tak banding yang Khadijah tu janda yang ada pekerti dan susila yang baik-baik. Taat pada agama dan cuba gatal miang sundal nak tunjukkan imej diri yang ntah apa-apa.

Apa imej dan perwatakan yang Rosnah nak aplikasikan untuk dirinya -- itu saya tak campur. Itu hak personal dia, dan saya tak mahu mengadili atau menghukumnya secara moral. Tapi saya tak suka bila dia cuba nak jadi 'duta agama' dengan tiba-tiba berhujah atas alasan agama dengan soalan remeh yang begitu. Ada banyak lagi hujah lain yang dia boleh pakai tentang persoalan umur itu. Kenapa perlu dalil agama?

Anonymous said...

Wow Dr Ram, interesting point of view, tapi saya rasa "menghina isteri nabi itu is too muchlah"

Kalau macam tu peminat Sydney Sheldon dan karya-karya yang Dr kelaskan sebagai frinjan, tak layak bercakap pasal agamalah ye?

Dr sendiripun saintis bukan sasterawan, saya pun tak tau basis apa yang Dr gunakan bila mengelaskan satu-satu karya kreatif. Harap dapat maklumbalas dari tuan.

Anonymous said...

Mardhiah, ilmu agama dan ilmu dunia lain. Ilmu dunia -- kita boleh kuasai dengan pembacaan dan pengalaman peribadi saja. Sedangkan ilmu agama -- tak boleh 'didalami' semata-mata dengan membaca atau pengalaman-pengalaman sendiri. Kena berguru dengan Tok Alim yang betul.

Lagipun bercakap tentang hal dunia -- salah atau betul -- itu perkara subjektif. Kenapa? Kerana ilmu dunia sifatnya bukan mutlak. Tapi bercakap tentang hal agama -- kenalah hati-hati. Sebab ilmu agama ini 'nurnya' datang dari langit. Ia adalah pesoalan spiritual dan akal sekaligus -- bukan persoalan akal semata-mata.

Saya tak kata orang yang tak mendalami ilmu agama tak boleh bercakap pasal agama. Boleh. Tapi tengoklah pula konteks, situasi dan tempatnya. Pegangan personal, itu hak diri dan individu. Tapi bila pegangan personal dijual kepada 'khalayak' menerusi sumber media yang terbuka seluruh negara -- itu tak wajar.

Lagipun, saya tak suka tengok orang yang mengambil agama sekerat-kerat dengan begitu tersurat sekali. Tambah lagi depan seluruh negara. Kalau Rosnah nak cakap gitu dengan kawan-kawan dia -- itu hak dia. Itu pertimbangan antara dia dan Tuhan. Tapi perlu ke buat cam gitu depan jutaan manusia lain? Seolah-olah nak jadi duta agama.

Dia nak banding diri dia dengan Khadijah hanya menerusi perkiraan umur. Wah, banyak cantik! Habis elemen-elemen lain cam mana? Dari segi latar ketika itu, dari segi nilai kehormatan Khadijah dan dari segi 'metod' percintaan? Adakah sama? Banyak contoh lain yang Rosnah boleh cakap kalau dia dah terdesak sangat nak bagi justifikasi pada percintaan dia. Tak payah nak jual sirah Nabi atau manipulasi sejarah Khadijah.

Tak kan pasal umur saja -- dia nak contohi sirah Nabi. Sedangkan metod, gaya, dan penampilan -- ikut kesukaan diri sendiri. Wah, banyak cantik!

Anonymous said...

Corrupt Minister? See ...

http://www.freewebs.com/southeast-wind/

MDM FARAH FAIZURA said...

yang paling menyakitkan hati,

ialah pengacara rancangan ini yang seolahnya bangang (tidak punyai kredibiliti dan hanya sesuai untuk menjadi pengacara fun fair)

sehingga mendorong Rosnah yang udah di ban untuk berkata demikian.

aku kira,

sebahagiam kontrovesi ini harus diletakkan kesalahannya pada pengacara.

kerana Rosnah itu umpama pistol, pelurunya pada lidahnya, picu nya pula pada soalan2 sensasi (kononnya) dan picu itu ditarik oleh pengacara tadi.

terlalu bodoh

Anonymous said...

Suka betul kita pada 'salah' akhirnya 'menyalah'. Salah-salah ini apa? Anak rimau apa?

Pada saya salah ini suatu 'hukum'. Hukum ialah penilaian terakhir. Jika terakhir, jika kita percaya Tuhan, tidakkah ini milikNYA?

Bagaimana jika pilihan diambil minumumkan guna kalimah 'salah'. Mungkin hidup menjadi lebih jauh perspektifnya.

Balikin kebebasan.

Anonymous said...

Kepada Rem:

Ilmu sejarah itu ilmu dunia ke ilmu agama?

Tolong ceritakan sedikit apa definisi ilmu agama?

Apa seseorang itu tidak bolehkah menggunakan hujjah( kalaulah hujjah rosnah itu hujah agama)untuk menyokong pendapatnya, samaada terdesak atau tidak?

Mengapa harus ada perbezaan 'tempat' dan 'masa' untuk apa yang kita ingin( terutama isu yang identik dengan inti perkataan Rosnah) ucapkan? Mengapa boleh bersama-sama dengan kekawan dan tidak boleh di kaca televisyen?

Anonymous said...

"Ilmu sejarah itu ilmu dunia ke ilmu agama?"

Sejarah tu ilmu agama. Tapi kalau bercakap tentang 'sirah Nabi' (yang kita semua tahu mempunyai elemen agama yang sangat -- dirujuk sebagai 'sunnah') -- ini bukan lagi satu aspek sejarah semata-mata. Ia sudah melibatkan persoalan agama. Ya, isu kelahiran, perjalanan hidup dan kewafatan Nabi -- itu aspek sejarah. Saya setuju. Tapi mengaitkan 'moral hidup' kita masakini dengan timbangtara bandingan 'sirah Nabi masa lalu' -- itu bukan hujah duniawi. Haii, ini pun tak reti nak faham???

"Tolong ceritakan sedikit apa definisi ilmu agama?"

Kenapa nak minta tolong saya ceritakan definisi agama pula? Supaya ko boleh alihkan isu sebenar yang saya bangkitkan. Supaya saya terdesak nak bercakap hal-hal remeh temeh dan jadi defensif tak menentu? Tak kuasa nak layan!

"Apa seseorang itu tidak bolehkah menggunakan hujjah( kalaulah hujjah rosnah itu hujah agama)untuk menyokong pendapatnya, samaada terdesak atau tidak?"

Boleh. Tapi bukan dalam situasi yang sangat selektif. Dan bukan pula dengan cara yang tidak menepati 'lunas-lunas agama'. mana boleh kalau kita secara terang-terangan melanggar dan meremehkan tuntutan agama yang paling asas sekalipun -- kemudian dalam masa yang sama beriya-iya mahu menggunakan agama untuk mempertahankan diri dalam persoalan-persoalan yang sangat remeh. Tambah lagi dengan gaya 'kurang ajar' -- sesuatu yang sangat kontras dengan nilai agama. Jangan fahami hujah saya sekerat-kerat. Sekadar mengambil sejemput sini, sejemput sana. Kenapa faham tautan holistik seluruh argumen saya. Ok.

"Mengapa harus ada perbezaan 'tempat' dan 'masa' untuk apa yang kita ingin( terutama isu yang identik dengan inti perkataan Rosnah) ucapkan? Mengapa boleh bersama-sama dengan kekawan dan tidak boleh di kaca televisyen?"

Dua-dua tu salah. Saya tak kata betul. Tapi saya persoalkan implikasinya. Di kaca tv -- ada jutaan penonton. Ada kanak-kanak, ada orang bukan Islam dan orang Islam yang barangkali ilmu agamanya tak berapa mendalam (macam saya ini contohnya). Justeru, jika kenyataan secara terbuka begitu bukan saja bawa implikasi kepada diri sendiri -- tetapi juga boleh mengelirukan khalayak yang lebih ramai. Itu justifikasi yang tersirat dengan jelas dalam hujah saya tu.

Manakala, kalau sesama kengkawan - circlenya lebih kecil. saya tak kata itu betul. Saya kata -- dalam konteks itu -- Rosnah boleh gunakan pertimbangkan peribadi untuk ekspresikan apa yang dia rasa. Kenapa? Sebab itu tiada implikasi awam yang signifikan. Tapi kalau secara publik, dia sebagai ikon yang dipuja oleh peminat seluruh negara -- kenalah lebih hati-hati.

Hah, dah puas hati?

kacheek said...

I have watched the video clip over and over again and I find nowhere in the clip that she insulted the Prophet or Prophet’s wife, but merely using it to prove her point. However, her choice of words were very inappropriate and too vulgar. Still, that doesn’t define insulting.

Nevertheless, the most important thing is, she came forward and apologised. She realised she was wrong. She regretted it. She is NOT a saint, mind you.

Are we God now to simply point out..”Oh, you’re going to hell and I am not”? Here comes the “houlier-than-thou” attitude. Suddenly the act of accepting forgiveness and praying for someone as shown by the Prophet is gone. Suddenly, it is considered okay to just badmouth and throw harsh words (swear words to be exact) towards her. Then these guys tell themselves “I am a better Muslim that she will ever be..” and sleep well at night. What can I say.. they are the “better” Muslims eh?