Monday, March 20, 2006

Osama

Setiap Khamis sepanjang 2001, pelajar dalam bidang bahasa Muhammad Khairi Mohd Nor, 27, mengambil video-video dari pejabat pensyarah di Universiti al-Iman untuk ditayangkan di kelasnya.

Tayangan filem ini dianggap satu mata pelajaran "wajib" untuk latihan bahasa Arab kepada pelajar, khususnya yang datang dari luar Yaman.

Kira-kira 5,000 pelajar dari 50 negara, termasuk Eropah, melanjutkan pengajian Islam di kampus ini yang dibangunkan pada 1994.

Pada waktu itu, menurut Muhammad Khairi, terdapat 50 hingga 60 pelajar dari Malaysia. Di kelasnya sahaja terdapat empat lagi pelajar rakyat Malaysia, semuanya lelaki.

Universiti al-Iman, dengan rektornya Abdul Majeed al-Zindani, didakwa oleh beberapa negara Barat sebagai sebahagian jaringan al-Qaeda. Zindani sendiri dianggap sebagai pemimpin rohani (spiritual leader) kepada Osama.

Seorang tokoh politik pembangkang dan tokoh agama, Zindani juga dituduh membiayai kegiatan Osama.

Pemimpin kanan Parti Islah Yaman, parti kedua terbesar selepas parti kerajaan, pernah terbabit dengan kumpulan Osama di Afghanistan pada 1980-an sewaktu negara itu diduduki tentera Soviet. Banyak negara Islam dan Barat, termasuk Amerika Syarikat, menyokong gerakan-gerakan gerila Islam ini dalam usaha mengepung pengaruh komunisme.

Teks lengkap (kolum di bahagian bawah) di mStar Online (20 Mac) Menonton Osama Laden di 'sarang pengganas' Isu ini catatan kedua saya di akhbar web ini. Artikel pertama saya sejak bertugas dengan mStar Online, 'Jualan jatuh, Harakah cari arah baru' (27 Feb 2006)

5 comments:

Anonymous said...

Syeikh Al-Zindani seorang tokoh yang baik. Pejuang Islam, pemimpin Ikhwanul Muslimin. Kenapa anda melihatnya sebagai pengganas? Sikap ini salah sebagai wartawan yang "profesional". Atau, kerana anda bekerja dengan The Star, anda fikir boleh menulis apa sahaja yang menghentam gerakan Islam?

Anonymous said...

Sdr Fathi,

Saya musykil.

Apa signifikannya catatan pertama ditulis di mstar tentang kejatuhan jumlah jualan Harakah. Bukankah Harakah tempat sdr mula bertatih menulis?

Atau mungkin sdr ingin memberitahu semua..lihatlah di mana aku sekarang? :)

Anonymous said...

JR, tidak. Saya tidak ada niat tersebut.

Dan tidak perlu saya berbangga (tidak ada sebab untuk itu!) dengan teman-teman saya Ahmad Lutfi Othman dan Zulkifli Sulong tentang tugas di mStar Online.

Pencapaian dan sumbangan mereka jauh lebih maju dan kedepan berbanding saya. Merekalah "abang-abang" saya dalam dunia kewartawanan Melayu bukan arus perdana.

Sebagai wartawan, saya sering bekerjasama dan bertukar-tukar info dengan wartawan-wartawan tabloid pembangkang dan juga wartawan-wartawan arus perdana, sama ada NST, Utusan, BH atau akhbar-akhbar berbahasa Mandarin.

Kerjasama ini sudah menjadi amalan saya dan beberapa teman, termasuk Lutfi dan Zul.

Ketika di Malaysiakini (sama ada sewaktu bertugas sepenuh masa atau sebagai penulis kolum), sayalah antara penulis Melayu yang "paling" prihatin pada nasib Harakah dan sering menyebutkan naik turun Harakah, sama ada jumlah jualan, masalah pengehadan permit dan juga pergolakan yang menimpan wartawan-wartawan kanannya.

Kami, dengan bantuan beberapa penulis dan aktivis, juga menyusun protes untuk Harakah pada awal 2000.

Harakah juga, melalui Zul, turut mendukung kempen media independen sewaktu Lutfi dan saya menggerakkan kempen KAMI.

Isu kejatuhan Harakah -- perlu dilihat isi kandungan catatan saya di mStar Online dan arah tafsiran saya yang luas (banyak background) dan juga suara dua pemimpin kanannya, Lutfi dan Zul, yang jelas sekali menuduh KKDN.

Dalam edisi cetak The Star, suara dua tokoh wartawan muda ini juga berkumandang.

Jadi, saya anggap laporan kami wajar, adil dan berimbang dalam isu ini.

Namun, pembaca masih ada ruang untuk membuat tafsiran masing-masing. faomar@yahoo.com

Editor said...

wah.. baik diorg adekn subjek buat bom aje... lg jihad... ish.. ish.. ish

Anonymous said...

Wednesday March 22, 2006

‘Osama tapes part of course’
By FATHI ARIS OMAR [The Star, pg 15]

KUALA LUMPUR: An imam who studied for seven months at an Islamic university in Yemen claimed that students there – including those from Malaysia – were shown films on warfare that depicted the “greatness” of Osama bin Laden.

Muhamad Khairi Mohd Nor, 27, who studied at the Al-Iman university before the authorities closed it down following the Sept 11 attacks in the United States, said watching the videos was compulsory for Arabic studies undergraduates.

Recalling his days at the university, Muhamad Khairi told mStar, The Star's Bahasa Ma-laysia news portal, that the videos were screened every Thursday and depicted Osama as a pious and soft-spoken leader as well as a courageous guerilla.

More than 5,000 students from over 50 countries, including Western nations, studied at the campus, which was set up in 1994.

There were 50 to 60 students from Malaysia during the time he was there, said Muhamad Khairi, now an imam and religious teacher at Kota Kemuning in Shah Alam.

The university has been accused by some Western powers as being part of the al-Qaeda network with its rector Abdul Majeed al-Zindani said to be Osama’s spiritual adviser.

Last month, the United States again urged Yemen to stop Abdul Majeed from fleeing the country, and expressed disappointment that Sana’a had allowed him to attend the meeting of the Organisation of the Islamic Conference (OIC) in Mecca in December.

The right-wing leader of Parti Islah Yemen, the biggest political group after the ruling party, was also allegedly involved in fighting the Soviet forces occupying Afghanistan in the 1980s.

Muhamad Khairi, originally from Kedah, said the videos showed the war in Afghanistan and in other countries where Osama’s followers were involved as well as speeches from key mujahideen leaders, such as Abdullah Azam, a former university professor and leader of the Ikhwan Muslimin group. He is also believed to be Osama’s mentor.

He said the films were kept under tight security at the campus.

They were guarded and monitored closely by about 50 armed volunteers said Muhamad Khairi, who claimed to have moved from one place to another for about a month after the university closed before returning home to Malaysia in October 2001.

For more on the story, go to www.mstar.com.my

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/3/22/nation/13725290&sec=nation