Di dua lokasi di Perak semalam -- Changkat Legong dekat Gopeng dan Titi Gantung, Bota -- ujian swab hasil pemantauan mendapati wujudnya jangkitan wabak ini, yang mengerikan di serata dunia.
Changkat Legong berada dalam jarak lingkungan (radius) 5 kilometer dari wabak awal minggu lepas, Changkat Tualang.Tetapi Titi Gantung berada lebih jauh, 60 kilometer dari kawasan ini.
Satu lagi daerah wabak di Perak di Bukit Merah Laketown Resort, kira-kira 150 kilometer dari sini.
Justeru, kerajaan mengambil langkah drastik dengan memulakan pengambilan sampel (contoh) di seluruh negara, demikian diarahkan oleh kementerian terbabit semalam.
Kini, seperti dilaporkan, sudah ada berpuluh-puluh ribu sampel (menunggu diuji?). Langkah mendadak kerajaan ini akan menambahkan lagi angka yang sedia ada.
Memetik kenyataan menteri pertanian seperti dilaporkan: "Bermakna jumlah sampel akan menjadi lebih banyak lagi, sekarang pun dan mencecah berpuluh-puluh ribu. Tetapi setakat ini kita boleh uruskan lagi."
Rupa-rupanya, air yang tenang jangan disangka tiada buaya; ayam, itik dan burung yang sihat jangan disangka tiada H5N1 [foto kiri, bawah].
Dan, virus ini telah terbelah kepada dua cabang (sub-jenis) yang lebih rumit untuk ditangani, lapor Reuters (20 Mac).Sub-jenis pertama menyerang beberapa negara -- Vietnam, Kemboja dan Thailand -- pada 2003 dan 2004.
Sementara sub-jenis kedua mengorbankan manusia di Indonesia pada 2004, kenyataan ahli-ahli sains Amerika Syarikat (konspirasi Yahudi?) dipetik.
Beberapa bahan rujukan penting:
> Soal jawab tentang selesema burung
> Apa yang kita patut tahu tentang selesema burung (boleh dimuat turun)
> Urutan peristiwa dan perkembangan wabak sejak 2001



4 comments:
Apakah H5N1 itu merujuk kepada 5 atom Hidrogen dan 1 atom Nitrogen?
Fathi,
ada baca artikel Hishamuddin Rais tentang ayam? Menurut Hisham, beliau tak makan ayam bukan kerana H5N1 tapi ayam sekarang dah "tak normal" bukan macam ayam dulu-dulu. Ayam sekarang banyak "makan" antibiotik.
org kappung mencelah lagi...
agak2 ayam yg kat bawah rumah di kg2 pun kena ke selsema burung? nampak mcm steady je ...
p/s: cuma merasa kesian kepada org2 kg yg tua2 tidak tahu apa itu selsema burung atau H5N1...
ayam katik kat rumah aku hari2 kongkek..cool je memanjang..huhu
Post a Comment