Wednesday, March 22, 2006

Selesema

Ayam, itik dan burung tidak (atau, belum?) mati tetapi di dalamnya terdapat virus berbahaya H5N1, punca wabak selesema burung.

Di dua lokasi di Perak semalam -- Changkat Legong dekat Gopeng dan Titi Gantung, Bota -- ujian swab hasil pemantauan mendapati wujudnya jangkitan wabak ini, yang mengerikan di serata dunia.

Changkat Legong berada dalam jarak lingkungan (radius) 5 kilometer dari wabak awal minggu lepas, Changkat Tualang.

Tetapi Titi Gantung berada lebih jauh, 60 kilometer dari kawasan ini.

Satu lagi daerah wabak di Perak di Bukit Merah Laketown Resort, kira-kira 150 kilometer dari sini.

Justeru, kerajaan mengambil langkah drastik dengan memulakan pengambilan sampel (contoh) di seluruh negara, demikian diarahkan oleh kementerian terbabit semalam.

Kini, seperti dilaporkan, sudah ada berpuluh-puluh ribu sampel (menunggu diuji?). Langkah mendadak kerajaan ini akan menambahkan lagi angka yang sedia ada.

Memetik kenyataan menteri pertanian seperti dilaporkan: "Bermakna jumlah sampel akan menjadi lebih banyak lagi, sekarang pun dan mencecah berpuluh-puluh ribu. Tetapi setakat ini kita boleh uruskan lagi."

Rupa-rupanya, air yang tenang jangan disangka tiada buaya; ayam, itik dan burung yang sihat jangan disangka tiada H5N1 [foto kiri, bawah].

Dan, virus ini telah terbelah kepada dua cabang (sub-jenis) yang lebih rumit untuk ditangani, lapor Reuters (20 Mac).

Sub-jenis pertama menyerang beberapa negara -- Vietnam, Kemboja dan Thailand -- pada 2003 dan 2004.

Sementara sub-jenis kedua mengorbankan manusia di Indonesia pada 2004, kenyataan ahli-ahli sains Amerika Syarikat (konspirasi Yahudi?) dipetik.

Beberapa bahan rujukan penting:

> Soal jawab tentang selesema burung
> Apa yang kita patut tahu tentang selesema burung (boleh dimuat turun)
> Urutan peristiwa dan perkembangan wabak sejak 2001

4 comments:

Anonymous said...

Apakah H5N1 itu merujuk kepada 5 atom Hidrogen dan 1 atom Nitrogen?

Anonymous said...

Fathi,
ada baca artikel Hishamuddin Rais tentang ayam? Menurut Hisham, beliau tak makan ayam bukan kerana H5N1 tapi ayam sekarang dah "tak normal" bukan macam ayam dulu-dulu. Ayam sekarang banyak "makan" antibiotik.

Anonymous said...

org kappung mencelah lagi...

agak2 ayam yg kat bawah rumah di kg2 pun kena ke selsema burung? nampak mcm steady je ...

p/s: cuma merasa kesian kepada org2 kg yg tua2 tidak tahu apa itu selsema burung atau H5N1...

Najwan Halimi said...

ayam katik kat rumah aku hari2 kongkek..cool je memanjang..huhu