Saturday, May 20, 2006

1001

Dua ulasan berhubung buku ini Can you tick off Tolstoy? (Guardian, 26 Feb 2006) dan 1001 Books You... (The Age, 22 April 2006). Belum sampai 1001 ulasan buku!

Seribu Satu Buku Anda Wajib Baca Sebelum Mati (2006) suntingan Dr Peter Boxall memerlukan 1001 kekuatan semangat untuk menyelak 960 halamannya! Berapa ribu jam lagi harus dihabiskan untuk membaca semua buku itu? Dan, berapa ribu penulis wajib ditugaskan untuk menterjemahkannya kepada bahasa Melayu? Dan lagi, kalaulah ada terjemahannya nanti ... berapa ribu Melayu yang akan membelinya pula? Inilah 1001 Pertanyaan Anda Tidak Wajib Jawab Sebelum Mati ... (jadi, wajib jawab selepas mati ke? Pulak ...)

6 comments:

The Interviewer said...

"Berapa ribu jam lagi harus dihabiskan untuk membaca semua buku itu?
"Dan, berapa ribu penulis wajib ditugaskan untuk menterjemahkannya kepada bahasa Melayu?
"Dan lagi, kalaulah ada terjemahannya nanti ... berapa ribu Melayu yang akan membelinya pula?"

Eh, ada tiga saja soalannya....

Anonymous said...

Hehehe!

ammar said...

ok la tu...sebelum mati, kalau dia tulis 1001 Buku Anda Wajib Baca Sebelum Jadi Penulis. lagi susah.umur berapa baru nak menulis kan?

fathi aris omar said...

Ammar, sebab itu buku ini baru diterbitkan sekarang; dulu tidak ada.

Jadi, pengarang-pengarang dulu tidak payah baca buku sebanyak ini tetapi ... pengarang hari ini kena baca Seribu Satu Buku Anda Wajib Baca Sebelum Mati

Kalau ada buku Seribu Dua Buku Anda Wajib Baca Sebelum Mati, gerenti Patah Balek masuk senarai lah brader! Miss satu mata je! Hehehe

mat arau said...

Hikayat seribu satu malam tak wajib ke untuk para penulis?

fathi aris omar said...

Ada, buku 1001 Malam ini -- kata editornya -- yang mempopularkan perkataan "1001".

Buku 1001 Malam memang dijadikan satu pilihan utama...