(Update: Menurut blog 'Free Alaa', pada 20 Mei, penulis blog Mesir ini ditahan lanjut selama 15 hari lagi; sebelumnya beliau ditahan selama 15 hari mulai 7 Mei. Sebarkan kempen ini ...)
Bebaskan Alaa Abdul Fatah!
Lihat blog ini Free Alaa yang ditahan baru-baru ini bersama beberapa lagi aktivis proreformasi di Mesir.
Alaa, sebagai aktivis prodemokrasi, pemblog (blogger) dan juga pembina perisian (software developer) akan ditahan selama 15 hari mulai 7 Mei lalu.
Blog yang dibangunkan bersama isterinya Manal pernah memenangi anugerah November 2005 daripada Wartawan Tanpa Sempadan (RSF atau Reporters sans frontières), Paris dalam satu pertandingan.
Lihat sumber-sumber berikut: Laporan The Guardian, senarai nama 11 tahanan, Polis pakaian biasa memukul demonstran (7 foto), kenyataan RSF, Paris, maklumat di Wikipedia.
Nota: Saya pernah mendapat geran 'kebebasan akhbar' (press freedom grant) dari organisasi yang sama pada Februari 2000.
Wednesday, May 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment