
(ii)
Sementara itu, bagi mereka yang berminat mengikuti perkembangan terkini tentang bekas gerila PKM, nasib Chin Peng dan karya-karya tentang PKM, termasuk karangan pemimpin-pemimpin PKM, sila ke blog teman kami James Wong Wing On.
Nota: Foto di atas disalin semula daripada buku karya Abu Samah Mohamad Kassim, anggota markas besar Rejimen ke-10 dan juga anggota jawatankuasa pusat PKM, Sejarah dan Perjuangan Kemerdekaan (1996).
Keterangan foto: Abu Samah, berpakaian gerila, bersama Chin Peng.
Dalam buku ini, dan beberapa lagi buku yang dihasilkan oleh pemimpin-pemimpin PKM, disebutkan bahawa dalam proses rundingan dengan Kerajaan Malaysia, PKM meminta sumbangan mereka dalam menentang penjajahan Inggeris dan merebut kemerdekaan diiktiraf dan dimasukkan sebagai satu butiran di bawah perjanjian damai.
Bagaimanapun (Tan Sri) Rahim Noor (waktu itu belum Ketua Polis Negara) yang mewakili kerajaan berkata, kurang lebih, "terpulang kepada generasi berikutnya menafsirkannya." Sumbangan PKM tidak dimasukkan sebagai satu fasal dalam perjanjian damai tersebut, yang rasmi ditandatangani pada Disember 1989.
Tetapi rupa-rupanya menafsirkan kembali peristiwa Darurat ini tidak disenangi oleh Umno -- yang kini ingin menonton sendiri filem dokumentari separa bermuzik arahan Amir Muhammad Lelaki Komunis Terakhir. Himpunan kontroversi itu boleh dibaca di sini 'Komunis Terakhir' dan 'Komunis Terakhir 2'
No comments:
Post a Comment