Saturday, March 17, 2007

Altantuya

Dia datang, dengar khabarnya, untuk menuntut sejumlah wang untuk merawat anaknya yang cacat. Tetapi entah bagaimana dia akhirnya diketahui dibunuh, dan mayatnya dihancurkan dengan bahan letupan.

Apakah perasaan anda jika melihat anak kecil itu, 3 tahun, hanya mampu mengengsot-engsot kerana kecacatannya?

Apakah perasaan anda jika menyedari bahawa anak kecil ini sudah tidak ada ibunya lagi kerana dibunuh di bumi Malaysia, bumi bertuah, "bumi tempat tumpahnya darahku"?

Dan semuanya itu boleh dibaca dan dicapai di sini Video papar Altantuya bersama anak cacat (mStar Online, 16 Mac)

Empat keping foto ini diambil daripada laman web mStar Online, yang meminjam daripada imej-imej rakaman video tersebut.

Saksikanlah sendiri betapa sengsaranya menjadi si kecil ini tanpa si ibunya yang manis...

1 comment:

Anonymous said...

Tahap ghairah gue pada kes ini semakin menurun. Graf yang dulunya ke atas sudah beralih arah. Jadi gue mencari-cari apa hubungkaitnya.

Tidak ada dalam kepala ia berlaku sendiri-sendiri (independent). Organisma ini (gue spesies mamalia) bergerak, menempuh hidup dalam alam keliling. Dengan itu apa sedang timbul di lingkungan saling hubung-berhubung (inter-dependant) dengan 'existence' diri.

Waktu ini gue dapati jalan cerita sudah tidak multi pihak. Sudah bias? Gue maklum, malah sangat maklum, siapa saja yang anti penganiayaan, keganasan, apa lagi membunuh, maka rasa 'simpati dalam' akan bertapak dalam diri. Sehingga mungkin istilah pun tidak ada untuk menjelas.

Tentu sekali bukan tugasan mudah mencari siapa yang bersetuju dengan pembunuhan ini melainkan pembunuh itu sendiri dan pihak berkait. Masa sama bila kita menolak jalan ceritanya, dengan tersurat atau tersirat mendakwa demi keadilan, dan tidak akan mungkin tiang seri (keadilan) ini dikompromi, maka 'apakah ada pilihan lain selain jalan 'objektif'?

Kaedah objektif menuntut hanya yang jelas. Ia sama sekali menolak kesamaran: berpihak, andaian-andaian, khabar-khabar, berita berpusing, angin lalu pokok pun bergoyang dsbnya seumpama.

Gue jumpa penurunan graf ada kaitan dengan kaedah kesamaran yang dipraktik. Elemen utamanya berpihak. Sentimen yang bertolak dari simpati menguasai. Manakala gue sendiri pula bukan penyiasat terlatih, cenderung dalam bidang ini pun tidak.

Jadi tidak hairan kenapa grafnya menjurus ke bawah.

*buat peminat2 pbalekologis, salam kebebasan semua!