Tuesday, March 06, 2007

Skodeng

Melalui internet juga, pengguna kini boleh menikmati antara 20 hingga 30 klip video yang dirakam oleh seseorang (walaupun tanpa kuasa rasmi pejabat penguatkuasa agama) yang ghairah mencegah maksiat di Bangi, Selangor beberapa tahun lepas seperti dibongkar mStar Online pada akhir November lalu.

Persoalannya, bagaimana klip video ini boleh tersebar ke Internet? Dan untuk apa sebenarnya kegilaan menikmati tubuh orang lain -- asalnya sejenis keseronokan peribadi -- dijadikan "kegiatan bersama" untuk pengguna Internet atau telefon bimbit?

Dalam kes pasangan yang dirakam bercumbuan di dalam lif, bagaimanakah pula tahap kawalan terhadap bahan-bahan rakaman CCTV kita?

Negara sekarang sedang ghairah memasang CCTV, termasuk di sekolah, untuk mengawal keselamatan orang ramai di tempat letak kenderaan atau di lebuh raya.

Sementara idea melantik pengintai, atau "Mat Skodeng", dengan alasan mencegah maksiat di kalangan orang Islam bukan sahaja disokong golongan agama, termasuk mufti, tetapi dipersetujui pula oleh tokoh-tokoh politik kita.

Sehingga Perdana Menteri dan kabinet sering pula terpaksa campur tangan untuk mengawal keghairahan "skodeng" berselindung di sebalik pencegahan maksiat.

>>> Saya fikir kita mesti perangi habis-habisan gelagat "Mat Skodeng" di mana-mana dan bila-bila masa pun. Setuju?

Artikel saya di mStar Online hari ini 'Mat Skodeng' bocor video asmara dalam lif

4 comments:

Anonymous said...

SEETUUJUUU!!!! ia lebih kepada keseronokan meng'skodeng' dari mencegah maksiat itu sendiri. bukan begitu?

dingin said...

aku dimaklumkan bahawa manusia di bangi yang merekamkan adegan2 itu kerana untuk melindubgi diri jika si pelaku adegan tadi ingin menyaman mereka. (kerna mereka hampir2 disaman)

Lalu aku kira Islamiknya di situ udah tiada kerana niatnya udah tidak kerana Allah lagi.

najwan halimi said...

nasib baik fathi..kalau tak jadilah negeri kelahiran kau Terengganu Darul Skodeng..hehe

amal said...

when Islam says 'do not intrude privacy', they never listen..

when mufti asri said something against 'khalwat raid', everyone jumps out of their seats.

see what happens now? more problems arise. porn and more porn. yet no problems are solved. whose fault is it? go figure.