Thursday, March 22, 2007

Hadi

Dengan mencantumkan beberapa maklumat, bertulis dan lisan, dalam dan luar PAS, saya merakamkan catatan berikut di mStar Online hari ini PAS mahu pinggirkan Hadi?

Setakat ini pembaca-pembaca Malaysia Today dan Tranungkite Online telah membahaskannya.

Kepada pembaca, termasuk ahli dan penyokong PAS, yang berminat menerbitkan pandangan mereka di mStar Online, mereka boleh menulis kepada saya atau editor di editor@mstar.com.my

Mudah-mudahan, jika relevan dan sesuai, dapat disiarkan di ruangan pendapat kami.

Sesiapa yang ingin meneliti sendiri bahan-bahan bertulis awal yang disebutkan dalam artikel saya, sila ke PKR dan PAS .... kejayaan tahun 1999 (2 Mac), Ustaz Hadi .... presiden PAS? (4 Mac), dan Idea Roslan .... PAS disanggah (5 Mac).

Oh ya, sewaktu berkejar menyiapkan artikel saya tersebut, saya benar-benar terlepas pandang. Rupa-rupanya di ruangan forum Detikdaily.net, terdapat satu topik diskusi yang mengajak pembaca menilai kepemimpinan Abdul Hadi (13 Mac) dengan maksud menggesanya meletakkan jawatan. Topik ini pula diambil daripada catatan blog yang lebih awal (12 Mac).

Siapakah mereka? Apakah PAS akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan pengendali laman web yang menentang pucuk pimpinan tertinggi parti pembangkang -- ala kecaman kerajaan terhadap blog? Atau PAS dengan jiwa besarnya (atau ???) akan membiarkan ia dibawa angin lalu? Siapakah mereka, atau kumpulan, di belakang gesaan agar Abdul Hadi diketepikan daripada jawatan presiden menjelang pemilihan PAS pada muktamar 1 Jun ini? Hmmm....

[ii]

Nota: Sewaktu mencari di sana-sini, saya terserempak dengan kenyataan lama Nik Aziz Nik Mat tentang Abdul Hadi Awang, seperti dilaporkan sebuah akhbar sewaktu muktamar PAS 2004, kira-kira empat bulan selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum tahun tersebut. Menarik sekali!

On criticism directed at party president Abdul Hadi Awang at the party muktamar, Nik Aziz said Hadi could have been a victim of his own supporters. “It is possible that Hadi is a victim of his own ‘gung-ho’ supporters.”

5 comments:

Unknown said...

Salam perdamaian...

Aku selalu mai sini (tak pernah cuba nak komen2) walaupun aku dulu hangat hati sangat kat hang... Aku terlajak kata dlm sms tu dan aku mintak maaf.

Suka hati hang lah dgn JIL hang dan aku pun tak duduk dalam mainstream.. (bukan macam org Melayu mudah sangat bertukar selera kepada tomyam macam yang hang pernah tuduh aku dan aku pun malas nak menjawab sebab angin aku dah tak stabil masa tu. Itu kelemahan aku. Cepat naik angin)

Tentang tulisan dlm posting ni, itu hak hang lah to exercise your right...

Sekali lagi, mohon maaf. Salam~

Anonymous said...

Salam bro.

Dan tak ingat sms mana, bila dan di mana? Terus terang, aku tak cam siapa ni.

Just e-mail me faomar@yahoo.com

Tentang isu Islam, politik PAS dan pandangan2 yang lain, aku sentiasa terbuka dan alu-alukan maklum balas.

No problem. We can always argue, agree not to agree.

Salam sekali lagi. Salam hangat (kata teman2 Indon) dengan kepala dingin (sekali lagi, spt kata teman2 Indon).

FAO

Unknown said...

bakaq haq

self proclaimed anak murid Kang Jalal.

Anonymous said...

OK Bakaq. No problem.

Lama tak jumpa. Aku pun lama tak gerak ke area Gombak. Dah lama tak attend program2 NGO, atau pembangkang.

Lama dah tak lintas ke Markaz Tarbiah.

2004-2005 ke Indon, lepas tu la ni setahun kat Star, selalu balik malam (masuk tgh hari).

Kawan2 biasa pun dah tak duduk minum2.

Anonymous said...

Saya kira Pas menghadapi krisis kepercayaan. Saya tidak nampak apa-apa pakej yang lebih baik dari Islam Hadhari yang ditawarkan melainkan penulisan tetang fakta sejarah yang berulang-ulang tentang kedurjanaan UMNO.

Sepatutnya PAS come out dengan idea untuk jawab kemelut yang melanda umat masa kini.

Saya selalu membayangkan jika PAS memerintah, apakah yang akan dilakukan pada penzina dan peminum arak? Pada barisan artis. Secara peribadi saya lihat mentaliti PAS adalah mentaliti menghukum. Untuk PAS diterima mereka mestilah menukar mind set mereka. Itu satu perkara yang saya berani kata almost impossible dilakukan oleh mereka setelah sekian lama hidup dengan isu-isu AD HOMINEM, menghentam peribadi lawan yang melampau batas. Logika manusia yang normal dan waras,akan berkata "Idea zero mengutuk jah lebih" Mana perginya saranan nabi agar menutup aib saudara seislam ooopppppssss lupa depa sudah kata parti hok sebelah sana kafir noh. Who are they to judge, a messiah? or a fake one.

Kalau benar mereka kafirpun adakah berkembangnya Islam pada zaman nabi dengan 24 jam mengutuk Arab Jahiliyah. Fikir-fikirkan.