Tuesday, April 24, 2007

Hansard DR03042007

Berikut sedutan hansard atau rakaman perbincangan di Dewan Rakyat tanggal 3 April 2007:

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor hendak berucap, hendak bertanya jangan ganggu.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Mengenai laporan polis. Mengenai laporan polis, yang pihak polis enggan menerima atau selepas dibuat, tindakan yang diambil satu perkara yang tidak patut berlaku lagi selepas siasatan Suruhanjaya Diraja dengan perakuan-perakuan yang diterima. Dan tengok semalam ada laporan lagi. “Nine police report, no action: IGP wants answers”. Apa IGP wants answers? “Inspector-General of Police, Tan Sri Musa Hassan yesterday vowed to ensure a thorough investigation into the allegation of forgery against a Malaysian Everest climber”…. [Merujuk keratan akhbar]. Dan di sini ialah mSTAR Online. “Kerabat di raja di siasat kes pukul kekasih. Seorang anggota di Raja sedang disiasat berhubung dengan dakwaan menyerang seorang gadis baru-baru ini. Wanita itu yang cuba membuat aduan polis di sebuah negeri, ialah Johor, terpaksa membuat laporan kes tersebut ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan, Bukit Aman selepas tidak ada balai sanggup menerima aduannya”. Sampai boleh berlaku tidak ada satu balai polis di Johor yang berani dan rela menerima aduan ini. Kemudian seorang kawan gadis itu dalam pasukan polis narkotik, satu minggu di transfer ke Sarawak. Apakah yang berlaku? Adakah Yang Berhormat tahu mengenai hal ini yang disiarkan di mSTAR Online dan blog-blog? Adakah satu penjelasan yang boleh di buat di sini? Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Yang Berhormat, mengenai perkara itu saya akan rujuklah nanti, dan saya pun tidak dapat tahu sama ada benda itu kalau…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat perkara ini bukan baru lagilah.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Let me talk lah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sudah lama. Okey, sudah 10 hari, saya akan beri kepada Yang Berhormat untuk tindakan selanjutnya. Harap adalah jawapan selepas itu.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Okey, Yang Berhormat bagi pada saya, supaya saya lihat apa tindakan yang akan diambil. Sepatutnya mereka mengambil tindakan, jadi saya haraplah pada pihak ...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Yang Berhormat duduklah.... Supaya kita...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ada di blog-blog. Saya beritahulah blog-blog.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Itu saya punya fahamlah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ‘Fathi Aris’ semua ada.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan.

Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Duduklah. Sudah cukup,cukup. Tuan Yang di-Pertua, yang Berhormat bagi Kinabatangan juga meminta memantau aktiviti tahanan-tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam yang dibawa masuk...

>>> Teks lengkap hansard boleh dilihat di sini [format PDF]. Isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang kali ini menyentuh kegagalan polis menerima laporan seorang gadis yang didakwa mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Johor.

No comments: