Wednesday, April 04, 2007

Pantun Pak Khalid

Pak Khalid menjual pantun jauh ke Gunung Besout:

Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam semalam belumlah sembuh.

Kami jawab begini sahajalah:

Hujan di hulu belumlah teduh,
Arus terus ke Tanjung Pari;
Dendam semalam belumlah sembuh,
Keris terhunus sarungnya lari.

3 comments:

Jiwa Rasa said...

Fathi,

Keris kalau lama tak guna, kena perasap. Takut dah berkarat. ;)

syeikhryz said...

keris terhunus?...hahahha.ni dah kira nak chalengge tok hishammudin ni?.hahahhaha...

Keris terhunus sarung nya lari
Besi kersani buatan malbari
wahai cik fathi bila kah lagi
tak jemput kami makan kenduri?.

hahahahha...ok x pantun ni bro?...hihihiih.

babazahra' said...

arus terus ke Tanjung Pari
jadi gelisah perahu nelayan
keris terhunus sarungnya lari
bila berucap loya meraban