Saturday, April 07, 2007

Kerabat II

UPDATES: Rocky's Bru, melalui satu maklumat yang ditinggalkan di kaki coretan blognya, menulis bahawa laporan polis terhadap Putera Raja Johor itu telah ditarik balik.

Tetapi status berita itu belum jelas kerana pemberi maklumat itu tidak jelas. Boleh jadi betul ditarik balik, boleh jadi tidak. Sesiapa sahaja boleh menulis seumpama itu di kaki coretan mana-mana blog.

Susan Loone juga mengulas perkembangan tersebut.

[ii]

Isu kerabat yang memukul seorang gadis, dilaporkan kekasihnya sendiri, akhirnya sampai kepada pengetahuan Timbalan Menteri Dalam Negeri -- demikian dicatatkan di blog Ketua Pembangkang Lim Kit Siang kelmarin (5 April).

Beberapa catatan blog, termasuk laporan asal di mStar Online, turut dikepilkan bersama laporan tersebut yang disampaikan kepada Datuk Johari Baharom pada 4 April.

Selain catatan blog ini, pendedahan Rocky's Bru dan Susan Loone disertakan bersama dalam isu "kenapa polis Johor tidak sanggup menerima laporan polis gadis itu, atau bapanya, dan menolaknya ke Bukit Aman?" Lihat catatan pemimpin utama DAP itu di sini: Blogs on no police station in Johore willing to accept report involving royalty.

Sedangkan, menurut Kit Siang, suruhanjaya penambahbaikan polis telah membuat cadangan agar semua laporan polis wajib diterima, dan tidak boleh ditolak.

Jadi, sekarang bagaimana, apakah polis akan bertindak terhadap laporan polis itu dan "campur tangan" tertentu sehingga laporan polis gagal dibuat di Johor?

Nota: Laporan mStar Online asalnya berita untuk terbitan Sunday Star seperti berikut:

Prince probed for assaulting woman friend

KUALA LUMPUR: A member of a royal family is being investigated for allegedly assaulting a woman recently.

Initial investigations showed that the woman, in her 20s, was beaten up after she supposedly two-timed the prince.

The woman, who claimed that she had earlier tried to lodge a police report in the state, was forced to report the matter to the Federal police headquarters in Bukit Aman as no one in the state wanted to accept her report.

It has also been learnt that a married narcotics police officer, supposedly involved with the woman, was transferred within 24 hours to Sarawak to carry out desk duties.

The prince has also lodged a police report.

Police have begun investigations into the case and are said to be in the process of recording statements from witnesses.

Kenapa sampai sekarang belum ada laporan susulan daripada akhbar-akhbar kita?

1 comment:

The.Libyaman said...

minggu lalu suratkhabar sibuk nak cerita pasal sekolah kluster hapa ke jadahnya dan si pompuan nak pergi mencuci kemaluannya di North Pole apatah lagi melayan karenah bloggers yang sudah semakin menggoncang tirani.