Pada mulanya saya sangka buku Fiqh Perempuan yang diharamkan. Tetapi tidak pasti buku Fiqh Perempuan yang mana satu kerana judul lengkapnya dan nama pengarangnya tidak diberikan dalam berita tersebut.
Isnin lalu, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mewartakan perintah larangan itu menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kemudian, seorang teman KsJT menyebutkan pengarang tersebut, seorang kiai dari Indonesia, yang pernah saya temui di Petaling Jaya beberapa bulan lepas. "Husein Muhammad," katanya.
Lalu saya pun menyemak semula judul buku tersebut. Rupa-rupanya buku ini Fiqh Perempuan: Refleksi Kiai Atas Wacana Agama dan Gender telah disaran untuk dilarang oleh Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam (dipengerusikan oleh Harussani Zakaria) sejak Jun 2005.
Dan memang pengarangnya KH* Husein Muhammad !!! Buku ini terbitan LKiS Yogyakarta, pada 2001.
Setahu saya buku yang sama diterbitkan kembali dengan judul Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana dan Gender. Dan penerbitnya, tidak lain dan tidak bukan, Sisters in Islam (SIS). Lihat di sini (no 19).
Alamak, macam mana Zai?
* KH ertinya kiai haji
Thursday, November 15, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment