Wednesday, March 15, 2006

Tolongggg!

Tolong siarkan iklan ini, tolonglah!

Jika anda ada rasa hati, masih ada iman, inginkan kebebasan, tolonglah minta kawan-kawan anda siarkan iklan ini di media masing-masing, termasuk blog.

Akbar Ganji, kini ditahan dan dipercayai didera di penjara regim Iran, seorang wartawan yang pernah menyertai sebuah persidangan di Berlin, Jerman pada 2000.

Sejurus selepas itu regim Tehran menangkap beliau dan kemudian dikenakan tuduhan "menghina kepercayaan dan tokoh agama, mengancam keselamatan negara dan menyebarkan propaganda yang boleh memudaratkan sistem Islam."

Beliau sebelum ini pernah mendedahkan, dalam satu artikelnya, komplot beberapa pegawai kerajaan yang terbabit dalam siri-siri pembunuhan beberapa orang penulis dan intelektual Iran.

Akbar Ganji memenangi anugerah 'Pena Emas Kebebasan', Golden Pen of Freedom, 2006 yang disediakan oleh International PEN, United Kingdom.

Dalam tahanan, beliau kini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Awal Ogos tahun lepas, pihak keselamatan mengancam isteri dan anak perempuan Akbar Ganji dengan tuduhan "mengintip". Polis juga menceroboh kediaman beliau lebih sejam, menggari dan memukul isterinya Massoumeh Shafiie. Polis turut merampas disket komputer, catatan harian, album foto dan beberapa dokumen.

Beberapa hari sebelumnya, pihak berkuasa regim ini secara sulit menahan Abdol Fattah Soltani, salah seorang peguam bela Akbar Ganji, dan kemudiannya beliau dipenjara tanpa pengetahuan sesiapa (di luar proses hukum).

Soltani pernah mengadakan bantahan sambil duduk (sit-in protest) di pejabat persatuan peguam-peguam Iran apabila beliau dikenakan waran tangkap. Beliau diduga ditahan di satu penjara untuk tujuan penyiasatan polis.

Soltani juga peguam bagi keluarga seorang lagi jurugambar wanita yang dibunuh dalam tahanan Iran, Zahra Kazemi. Beberapa hari sebelum ditangkap oleh beberapa agen keselamatan berpakaian biasa dan tidak dikenali, rumah Soltani telah diceroboh.

Dua insiden ini terjadi sewaktu Akbar Ganji sedang menjalani mogok lapar kira-kira dua bulan.

Kempen rayuan iklan ini digerakkan oleh sebuah pertubuhan terbesar pejuang hak wartawan sedunia, World Association of Newspapers (WAN) yang berpangkalan di Paris.

Organisasi ini juga menyeru wartawan sedunia menerbitkan dan menaja penyiaran iklan ini di akhbar masing-masing.

> Untuk mendapatkan imej iklan ini, sila ke halaman ini.

> Untuk tindakan kempen selanjutnya, sila ke laman web IFEX (International Freedom of Expression Exchange), sebuah rangkaian terbesar organisasi aktivis media bebas.

5 comments:

Unknown said...

Teringin juga ingin tahu, apakah sebenarnya yang telah beliau ucapkan, sehingga mengundang kemarahan. Mungkin kritiknya atas Velayat-i Faqih ?

Amin Ahmad said...

Syukur kepada Allah s.w.t. atas doa mereka yang terpilih dikurnia-Nya kebebasan kepada Akbar Ganji. Tepat jam 1215 berita TV3 aku dapat berita ni.

Clarissa Lee said...

Ada cerita kat BBC
http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4819440.stm

Anonymous said...

Iranian dissident freed from jail

BBC News Saturday, 18 March 2006, 11:45 GMT

Iran's most prominent dissident journalist Akbar Ganji has been freed from jail after five years.

Ganji was jailed in 2001 for writing articles in which he linked senior officials to the murder of dissidents.

Correspondents say he is a hero to Iran's reformists for standing up to hardliners, and many world leaders have called for his release.

He has spent much of his jail term in solitary confinement and went on hunger strike for several months last year.

When brought to court to stand trial, Ganji complained he had been beaten but he says he was then threatened for revealing it.

The BBC's Frances Harrison in Tehran says many Iranians thought Ganji, 46, would never be freed from jail, even though his sentence was due to end.

The release comes days before the United Nations Security Council is due to discuss Iran's stand-off with Western nations over the country's nuclear programme.

Health poor

He is so outspoken in challenging the regime that they assumed fresh allegations would be levelled against him, she says.

But Ganji's wife and lawyer confirmed he was sent home on Friday night, with no other pending charges against him.

The family says he is not in good health. He has low blood pressure and they say he now weighs only 49 kg, after having first been on a hunger strike and then later, they allege, denied regular food by the jail authorities.

But one family member told AFP news agency he was "doing well and in good spirits" after his release.

Arrest during crackdown

Ganji is not expected to give any interviews now because his wife says that might give the authorities an excuse to arrest him again.

He came to prominence after his investigation of the 1998 murders of five dissidents by intelligence agents.

The intelligence ministry said "rogue agents" had carried out the killings, but Ganji maintained senior officials were behind them.

His imprisonment came amid a media crackdown by hardliners as the then reformist President Mohammad Khatami appeared to be threatening their power.

Anonymous said...

Ini sumber dari agensi berita Iran IRNA yang saya terima sebaik sahaja perkembangan terbaru ini dilaporkan pada hujung minggu lalu (18 Mac 2006):

http://www.irna.ir/en/news/view/line-22/0603189514192436.htm

Imprisoned journalist Akbar Ganji is on compassionate leave, said deputy prosecutor for prisons' affairs here Saturday.

Mahmoud Salarkia further told IRNA the inmate's leave started Friday night.

He said Ganji was granted the leave to be with his family on the eve of Iranian New Year (starting March 21).

Salarkia said that Ganji's prison term is going to end on March 30.

Tetapi maaf, saya berada di luar daerah dan tidak dapat kemas kini perkembangan terbabit - fathi aris