Wednesday, May 31, 2006

mStar

mStar Online gets encouraging response

PETALING JAYA: Star Publications (M) Bhd yesterday reported flat revenue and a slight drop in pre-tax profit for the first quarter ended March 31.

Revenue was marginally higher at RM168.8mil compared with RM168.7mil previously, while pre-tax profit was at RM38.9mil from RM40.6mil in the previous corresponding quarter due to higher direct costs and depreciation.

Net profit for the quarter stood at RM31.6mil, or 8.83 sen a share, compared with RM33mil, or 10.11 sen a share, in the same quarter last year, the company said in a filing to Bursa Malaysia.

On the prospects for this year, Star Publications said the Malaysian economy was expected to maintain its growth momentum in 2006 despite the increasing challenges of higher inflation due to higher oil prices and possible power tariff increase.

The gross domestic product was expected to grow by 6% while advertising expenditure (adex) was projected to continue to grow albeit at a slower pace.

The company said the slower growth in adex and higher newsprint cost were expected to have a slight impact on the group's results.

“However, with further improvements to operating efficiency and cost controls, the board of directors expects the Star group's results to continue with its satisfactory level of performance for the financial year ending Dec 31, 2006,'' the company said.

Star Publications group managing director and chief executive officer Datuk Steven Tan said after the company AGM and EGM yesterday the company was confident of maintaining the newspaper's circulation figures in the coming year.

According to the Audit Bureau of Circulation, The Star daily newspaper had a circulation of 299,589 from July 1, 2004 to June 30, 2005 while the Sunday Star's circulation hit 316,463 during the period.

Tan said mStar Online, The Star's Bahasa Malaysia news portal which was launched on Oct 31 last year, also received encouraging response from the public.

All resolutions at the AGM and EGM were approved. The Star (19 May 2006)

Tuesday, May 30, 2006

Foto

Sekeping gambar boleh menceritakan 1,000 perkataan.

Jadi, untuk menjelaskan dengan lebih baik, saya sertakan banyak keping foto di sini, dengan itu tidak payah menulis berjela-jela ...

Demonstrasi anti-kenaikan harga minyak dan tarif elektrik di sini (sumber: Merdekareview.com) dan perkembangan gempa bumi di Yogyakarta di sini dan lagi banyak di sini (sumber: mStar Online)

Didukung oleh pembaca yang mahu mengenali cewek manis ini, saya serta dua lagi fotonya di bawah ini ...

Sekeping gambar boleh menceritakan 1,000 perkataan. Di sini ada dua keping foto**, jadi 2,000 perkataan bisa terungkapkan!

** Seperti biasa, klik atas foto untuk lihat lebih jelas. Untuk koleksi foto cewek ini, sila klik di sini.

Friday, May 26, 2006

Pemalu

Weekend Edition
[Lebih sempurna dilihat menggunakan Internet Explorer, bukan Mozilla Firefox. Klik atas foto untuk lebih jelas]

Moral of the photos is ...





















... buaya yang yang tenang jangan disangka tiada air!

Nota: Sekadar tatapan teman-teman di hujung minggu. Selamat membaca! Lupakanlah Lelaki Komunis Terakhir tu ... Kita minum dulu! Untuk blogger Garam Gula, 'tak payahlah hujung-hujung minggu macam 'ni fikir masalah & nasib bangsa! Jangan ditanya apa sumbangan anda pada negara; tanyalah apa sumbangan negara pada anda?

Nota 2: Untuk Garam Gula, kau tahu 'tak kenapa si dia 'ni suka toleh kanan? Sebab ... aku rasa, dia 'ni gadis right-wing! Aku centrist [atau eccentric? hehehe] tetapi bukan radical middle, ya?

Thursday, May 25, 2006

Komunis Terakhir 2

Updated: The first part of this compilation, go to Komunis Terakhir.

Selected news & views for today, 29 May
(Artikel terpilih hari ini)

Malang Lelaki Komunis Terakhir (Noor Azam Shairi, 28 Mei)
Nothing funny also... (Patrick Teoh, 27 May)

VCD peddlars are doing brisk business (Brand New Malaysian, 24 May)
What a fool... (Korndamned, 24 May)
The Last Communist: Malaysian Ping-Pong (M'sian Billboard, 24 May)

Filem Amir tidak konklusif (Salhan K Ahmad, 25 Mei, ulasan)
Niat sebenar 'Lelaki Komunis Terakhir' (24 Mei, mStar, wawancara)


(The first part of this compilation, go to Komunis Terakhir. Sambungan daripada Komunis Terakhir -- himpunan berita, kolum, surat, rencana, kenyataan media dan ulasan blog tentang pengharaman filem Amir Muhammad, Lelaki Komunis Terakhir. Kepada teman-teman yang menyebarkan pautan ini, terima kasih daun keladi. Kemas kini terakhir 28 Mei, 11:38 pm)

Jadual tayangan
Lelaki Komunis Terakhir (Golden Screen Cinemas, 18 May)

(i) Berita dalam dan luar negara

Group concerned over banning of film (20 May, The Star)

Rais finds 'The Last Communist' not offensive (21 May, Bernama)
'Lelaki Komunis Terakhir' tidak sepatutnya cetus kontroversi (21 Mei, Bernama)

Differing views after MPs watch The Last Communist (22 May, The Star)
Quirky film with peeks of Malaysian life (22 May, The Star)

Larangan 'Lelaki Komunis Terakhir' dinilai semula (22 Mei, mStar Online)
'Lelaki Komunis Terakhir' dibawa ke mesyuarat MT Umno (22 Mei, Bernama)
Radzi: Umno to decide fate of 'The Last Communist' movie (22 May, The Sun)
Radzi to get Umno MT's views over banned film (22 May, Bernama)

Movie must get Umno nod (23 May, The Star)
Umno supreme council to view film and advise on ban (23 May, New Straits Times)**

LKT filem ganjil: Rais (24 Mei, Harian Metro)
...wajar haram filem: Dr Rais (24 Mei, Berita Harian)
Govt will decide on ... film, not Umno (24 May, The Star)
Mixed response to Umno’s bid... banned movie (24 May, The Sun)
Rais: Amir's film glorifies Chin Peng (24 May, New Straits Times)

Kerajaan tetap haramkan Lelaki Komunis Terakhir (25 Mei, Utusan Malaysia)
Larangan filem ‘Lelaki Komunis Terakhir’ kekal (25 Mei, Berita Harian)
Courting controversy (25 May, The Sun, interview)

‘Tiada niat cari kontroversi’ (25 Mei, Berita Harian)
... fakta keganasan tidak dipapar (25 Mei, Berita Harian)
‘LKT agungkan Chin Peng!’ (25 Mei, Berita Harian)

(ii) Kolum, rencana, surat, blog & forum web

'Communism sucks, religion fucks ...' (Si Mata Empat, 8 May)

Lelaki Kominis Terakhir diharamkan (Roslan SMS, 9 Mei)
Film censorship: An archaic tool (Malaysian, 9 May)

Why is Lelaki Komunis Terakhir banned...? (Sarawak Film Society, 10 May)
When will it ever be the right time? (Scarfer, 10 May)
The communist bogeyman strikes again... (Setan Gondrong, 10 May)

Last Communist's disappearing act... (APA, 11 May)
The Last Communist - Unban it! (Malaysian Billboard, 11 May)

...Lelaki Menteri Dalam Negeri Terakhir (W Cheong, 13 May)

Amir's Lelaki Komunis Terakhir - The Sequel (Shagadelica, 15 May)
Jangan halang perkembangan bakat muda (KSJT, 15 Mei)
Lelaki Komunis Terakhir iktibar bagi generasi baru (Anasalleh, 15 Mei)

Call to arms (Mere Scribbler, 16 May)

Amir podcast uploaded (Oon Yeoh, 17 May)
Tremble - Last Communist cometh! (KTemoc, 17 May)
Not his last controversy (Sheela Narayanan, 17 May)
‘Last Communist’ quite tame (Adil Johan, 17 May)
How stupid can they get? (Die Linke, 17 May)

In the interest of history (Jeremy Mahadevan, 18 May, review)
Still on issue of the controversial ban... (Eternal Wanderer, 18 May)
Movie fashizzlesss (King Haku, 18 May)

Marah Yasmin ... [dan juga Amir] (Saad Hashim, 19 Mei)
Amir and his communist (Green Bottle, 19 May)
Don't erase our past (Hamdan Ibrahim, 19 May)
The Last Communist on RedFm (Jeffrey Chew, 19 May)
Malaysian cinema—Censorship in Malaysia (Maya, 19 May)
Pak Lah lelaki Umno terakhir (Pemuda PAS Jasin, 19 Mei)

Minority dictating the rules (Wong Chun Wai, 20 May)
More on komunis terakhir (Joo Khai, 20 May)
Public private knowledge: The Last Communist (John Hutnyk, 20 May)
The Last Communist (John Hutnyk, 20 May)

Much ado over a movie mostly unseen (Chow Kum Hor, 21 May)**
In search of more dimensions of true history (James Wong, 21 May)
Jangan blur dadaku.. (Lovely Honey, 21 May)
The Last Communist (Terpegun, 21 May)

Jolly good governance (Jeff Ooi, 22 May)
Persepsi betul tentang filem (Ku Seman Ku Hussain, 22 Mei)
This simply doesn't compute minister (Malaysian, 22 May)
Bodoh (Roti Kacang Merah, 22 May)
Round up b4 Monday morning (Kaki Cucuk Langit, 22 May)
Kod (Boogie, 22 Mei)

Interview with Amir Muhammad (Maya, 23 May)
'The best things are always FREE' (Si Mata Empat, 23 May)
Prepare to be 'mysterised'...! (Iron Board, 23 Mei)

Forget about the film,... ? (Prihatin, 23 May)
Buck passed to Umno Supreme Council (Walski69, 23 May)
Seeing red(s) (Julthefool, 23 May)
Government? Who needs one? (Shagadelica, 23 May)
The Last Communist or Communalist? (KTemoc, May 23)
Pengharaman yang wajar? (Harat, 23 Mei)

Niat sebenar 'Lelaki Komunis Terakhir' (24 Mei, wawancara dengan saya)
Tiada niat ubah sejarah (24 Mei, wawancara)**
LKT lupa tragedi di Bukit Kepung (Akmal Abdullah, 24 Mei)**

180 degree spins (Patrick Teoh, 24 May)
Lelaki Komunis Terakhir (Jih Ying, 24 May)
The Last Communist (Apit, 24 May)
VCD peddlars are doing brisk business (Brand New Malaysian, 24 May)
What a fool... (Korndamned, 24 May)
Lelaki Komunis Terakhir (Randomsz, 24 Mei)
Aku bukan komunis (Eekmal, 24 Mei)
Umno supreme council to view film (Terpegun, 24 May)
... ban approved documentary (Blogger News Network, 24 May)
The Last Communist: Malaysian Ping-Pong (M'sian Billboard, 24 May)

Filem Amir tidak konklusif (Salhan K Ahmad, 25 Mei, ulasan)
Sah, ... propaganda PKM, Chin Peng (Akmal Abdullah, 25 Mei)
LKT: Lalang Kena Tiup (Garam Gula, 25 Mei)
Larangan filem ‘Lelaki Komunis Terakhir’ kekal (25 Mei, Berita Harian)
LKT ... propaganda komunis (Adi, 25 Mei) <--- paling lawak!
Gerudi 12 peratus (Faisal Tehrani, 25 Mei)
Larangan filem ... kekal (Ainul Hafiz, 25 Mei)

Malaysia is a great country... (Pezze, 24 May)
Nothing funny also... (Patrick Teoh, 27 May)

Malang Lelaki Komunis Terakhir (Noor Azam Shairi, 28 Mei)
M'sian culture minister pans documentary (Blogger News Network, 28 May)

...diharamkan oleh para dewa... (8 Mei, forum web)
Did the public demand ban on... (9 May, forum web)
...diharamkan - apa kata anda? (9 Mei, forum web)

>>> Atau, boleh klik di sini (hasil carian Lelaki Komunis Terakhir) dan di sini pula, hasil carian Last Communist.

** boleh baca di ruangan komentar di kaki posting ini ....

Wednesday, May 24, 2006

Komunis Melayu

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 2002, Malaysiakini.com menerbitkan satu artikel saya berjudul 'Komunis Melayu warisan Bahaman' selepas lawatan saya di kem Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) di selatan Thailand.

Artikel tersebut antara lain boleh dilihat di sini Komunis Melayu warisan Bahaman (Malaysiakini.com, 31 Ogos 2002) atau blog saya yang lebih awal di sini Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3.

(ii)

Sementara itu, bagi mereka yang berminat mengikuti perkembangan terkini tentang bekas gerila PKM, nasib Chin Peng dan karya-karya tentang PKM, termasuk karangan pemimpin-pemimpin PKM, sila ke blog teman kami James Wong Wing On.

Nota: Foto di atas disalin semula daripada buku karya Abu Samah Mohamad Kassim, anggota markas besar Rejimen ke-10 dan juga anggota jawatankuasa pusat PKM, Sejarah dan Perjuangan Kemerdekaan (1996).

Keterangan foto: Abu Samah, berpakaian gerila, bersama Chin Peng.

Dalam buku ini, dan beberapa lagi buku yang dihasilkan oleh pemimpin-pemimpin PKM, disebutkan bahawa dalam proses rundingan dengan Kerajaan Malaysia, PKM meminta sumbangan mereka dalam menentang penjajahan Inggeris dan merebut kemerdekaan diiktiraf dan dimasukkan sebagai satu butiran di bawah perjanjian damai.

Bagaimanapun (Tan Sri) Rahim Noor (waktu itu belum Ketua Polis Negara) yang mewakili kerajaan berkata, kurang lebih, "terpulang kepada generasi berikutnya menafsirkannya." Sumbangan PKM tidak dimasukkan sebagai satu fasal dalam perjanjian damai tersebut, yang rasmi ditandatangani pada Disember 1989.

Tetapi rupa-rupanya menafsirkan kembali peristiwa Darurat ini tidak disenangi oleh Umno -- yang kini ingin menonton sendiri filem dokumentari separa bermuzik arahan Amir Muhammad Lelaki Komunis Terakhir. Himpunan kontroversi itu boleh dibaca di sini 'Komunis Terakhir' dan 'Komunis Terakhir 2'

Alaa

(Update: Menurut blog 'Free Alaa', pada 20 Mei, penulis blog Mesir ini ditahan lanjut selama 15 hari lagi; sebelumnya beliau ditahan selama 15 hari mulai 7 Mei. Sebarkan kempen ini ...)

Bebaskan Alaa Abdul Fatah!

Lihat blog ini Free Alaa yang ditahan baru-baru ini bersama beberapa lagi aktivis proreformasi di Mesir.

Alaa, sebagai aktivis prodemokrasi, pemblog (blogger) dan juga pembina perisian (software developer) akan ditahan selama 15 hari mulai 7 Mei lalu.

Blog yang dibangunkan bersama isterinya Manal pernah memenangi anugerah November 2005 daripada Wartawan Tanpa Sempadan (RSF atau Reporters sans frontières), Paris dalam satu pertandingan.

Lihat sumber-sumber berikut: Laporan The Guardian, senarai nama 11 tahanan, Polis pakaian biasa memukul demonstran (7 foto), kenyataan RSF, Paris, maklumat di Wikipedia.

Nota: Saya pernah mendapat geran 'kebebasan akhbar' (press freedom grant) dari organisasi yang sama pada Februari 2000.

Sunday, May 21, 2006

Rais

STOP PRESS: Pengumuman terakhir lima minit lepas daripada JPM kepada media petang tadi.

Lelaki Komunis Terakhir akhirnya diluluskan tayangan dan pengharaman ditarik balik serta-merta 3:45 petang tadi (21 Mei) dengan klasifikasi filem yang baru, 18MP**, bukan lagi U (untuk umum).

Klasifikasi filem ini satu-satunya diperkenalkan di dunia dan bakal dimasukkan dalam Malaysian Book of Records!

Mac lepas, Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan filem ini, tanpa potongan, dan diklasifikasikan untuk tayangan umum (U).

Lebih banyak updates selepas ini ....

** satu klasifikasi filem yang baru diperkenalkan minggu lepas, khas untuk Members of Parliament (MP) dan Members of the Press (MP) sahaja! Hehehe ... Jangan marah!

(ii)
Film not offensive: Rais (22 May, The Sun) <--- lihat di ruangan komentar di kaki posting ini
'Lelaki Komunis Terakhir' tidak sepatutnya cetus kontroversi (21 Mei, Bernama)
Much ado over a movie mostly unseen (Chow Kum Hor, 21 May)

(iii)
Mujur ada inisiatif Dr Rais Yatim, dapatlah rakan-rakan wartawan menonton Lelaki Komunis Terakhir, filem arahan dan terbitan Amir Muhammad yang diharamkan pada saat-saat akhir sebelum tayangan.

Tetapi anggota-anggota Dewan Rakyat yang berminat hadir tidak ramai, tidak sampai jumlah yang disasarkan di peringkat awal, kurang lebih 20 orang.

(Saya nampak kurang lebih 10 orang)

Selain Rais, ketua pembangkang Lim Kit Siang dan seangkatan wakil rayat DAP hadir petang tadi -- ada Teresa Kok, Kula Segaran dan Tan Kok Wai dan Tan Seng Giaw. Wakil PAS, juga setiausaha agung Kamaruddin Jaafar, hadir dengan kemeja putih berlengan pendek. Wakil Arau juga hadir.

Filem ini, bagi Rais, "not professionally done" dan "amaturish". Dia berkata dia mengharapkan satu dokumentari yang kuat narasinya (naration), bukan dibebankan dengan subtitle.

(Mungkin dia membayangkan seperti doku National Geographic)

Tetapi, dalam sidang media selepas tayangan itu yang bermula menjelang jam 4 petang, Rais menegaskan isu pengharaman ini "tidak perlu dipanjang-panjangkan."

Bila ditanya tentang arahan pengharaman dan isu-isu berkaitannya (misalnya keselamatan, ideologi dan rayuan), Rais menegaskan hal-hal ini di luar tanggungjawab kementeriannya.

Isu-isu itu di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHDEN), tambahnya.

"Kami di sini hanya mahu melihat soal kreativiti," katanya.

Laporan program ini bersama review filem dan wawancara dengan Amir, sila rujuk mStar Online hari ini. kemas kini terakhir 22 Mei, 2:30 am

Saturday, May 20, 2006

1001

Dua ulasan berhubung buku ini Can you tick off Tolstoy? (Guardian, 26 Feb 2006) dan 1001 Books You... (The Age, 22 April 2006). Belum sampai 1001 ulasan buku!

Seribu Satu Buku Anda Wajib Baca Sebelum Mati (2006) suntingan Dr Peter Boxall memerlukan 1001 kekuatan semangat untuk menyelak 960 halamannya! Berapa ribu jam lagi harus dihabiskan untuk membaca semua buku itu? Dan, berapa ribu penulis wajib ditugaskan untuk menterjemahkannya kepada bahasa Melayu? Dan lagi, kalaulah ada terjemahannya nanti ... berapa ribu Melayu yang akan membelinya pula? Inilah 1001 Pertanyaan Anda Tidak Wajib Jawab Sebelum Mati ... (jadi, wajib jawab selepas mati ke? Pulak ...)

Wednesday, May 17, 2006

Kod

Barbara Kingsolver [tentang pengarang ini], sewaktu menyampaikan ucapan di sebuah pesta buku [tentang festival buku ini dan ucapan Kingsolver], mengucapkan satu teka-teki kesasteraan (diolah dari perspektif J. Peder Zane):

Apabila saya menulis karya bukan cereka pembaca fikir saya memutar-belitkan fakta, tetapi apabila saya menulis karya cereka mereka yakin saya menyampaikan kebenaran.

Lengkap, sila klik di I've cracked the code of 'Da Vinci Code' hypomania oleh J. Peder Zane (The News & Observer, 14 Mei 2006). Baca juga "I'm a horrible eavesdropper" (Salon.com, 16 Dis 1995)

Dan Brown menjawab kontroversi novel The Da Vinci Code, beberapa fakta ganjil tentang The Da Vinci Code, tayangan pertama filem The Da Vinci Code (18 Mei) dan bantahannya di negara kita, satu yang menarik ... Brown's book of distortions (NST, 15 May)

Sunday, May 14, 2006

Disturbing!

(kemas kini 17 Mei, 9: 25pm)

Kenapa kelompok Islam sekat diskusi? (17 Mei, rencana saya)

Cops to wrap up probe on illegal demo next week (17 May)
Suaram: Penang protest a setback (17 May)
Uncivil society (17 May)**
'Police will take action against protesters' (17 May)**

IFC: Jangan dijolok sarang tebuan (17 Mei, Harakahdaily.net)
PAS beri amaran, NGO jangan sokong IFC (17 Mei, Harakahdaily.net)

Pak Lah: Forum okay ... but be careful (17 May)
Disrupted forum never planned to discuss IFC (17 May)
PM: Forum OK ... tetapi hati-hati (17 Mei)

Penganjur forum dinasihat hati-hati (16 Mei)
Polis akan panggil penganjur demonstrasi bantu siasatan (16 Mei)
Police to haul up leaders of protest (16 May)
Businessman wants forum reconvened (16 May)
'Forum cut short for security reasons' (16 May)**

Adalah bodoh untuk Nazri berkata pembantah IFC bodoh (16 Mei)
Penang groups: It's not stupid to protest (16 May)
Protest against minority rights forum condemned (16 May)**

Minister condemns Muslim protest as 'stupid' (15 May)
Forum on secular law disrupted (15 May)
Protest condemned (15 May)
Police ignored mob, say forum organisers (15 May)
ACCIN alu-alukan forum IFC dihentikan (15 Mei)
Bantah forum isu perlembagaan 'tindakan bodoh': Nazri (15 Mei)

Group forces forum to abrupt end (14 May)
Forum isu perlembagaan batal, 500 demo bantah (14 Mei)
Aliran press statement (14 May)
Bar Council news (14 May)

** minggu depan, pautan (link) ini tidak akan berfungsi kerana bahan berita ini akan dimasukkan ke arkib New Straits Times. Untuk rujukan, sila salin dan tampal (copy & paste) mengikut pilihan anda.

(ii)

Gangguan terhadap diskusi 'The Federal Constitution: Protection for All' (Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan untuk Semua) semalam di sebuah hotel di Pulau Pinang oleh kira-kira 500 orang pembantah satu gejala yang tidak sihat, sekali gus menakutkan.

Utusan Malaysia, memetik Bernama, melaporkan protes liar itu anjuran Badai, sejenis kumpulan Islam. Laporan The Sun di sini.

Laporan awal Harakahdaily menyebutkan Badai diketuai oleh Hafiz Nordin dari Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Hafiz dilaporkan pernah berkata Badai "akan bertindak mengikut saluran undang-undang dan tidak sekali-kali melulu kerana ia merupaka isu serius."

Teringat saya pada Front Pembela Islam (FPI) sewaktu ia dikhabarkan mahu menyerang Komunitas Utan Kayu September tahun lepas. Isu asalnya, tidak berpuas hati pada Jaringan Islam Liberal (JIL). FPI memang sudah sering bertindak ganas dan liar mengikut budi bicaranya sendiri.

Jadi bagaimana, PAS mahu jawab isu ini?

(iii)

Aliran, yang turut terbabit dalam penganjuran acara ini, mengeluarkan kenyataannya di sini. Majlis Peguam, juga satu anggota daripada 11 badan, melaporkan begini. Program penjelasan ini berhubung dengan kempen tandatangan, yang boleh dicapai dalam talian (online) di sini Reaffirming the supremacy of the Federal Constitution.

FOTO >> Yang kecil di atas dicuri dari laman web Aliran. Untuk beberapa keping foto yang menarik dan jelas, sila ke blog Mental Jog

Saturday, May 13, 2006

Power sangat ke blog?

Baru-baru ini (24 Mac 2006) seorang pelajar menghubungi saya melalui e-mel, mewawancara saya tentang kenapa saya memblog dan apakah saya bersetuju dengan tanggapan bahawa memblog boleh mencabar atau mengatasi media tradisional.

Saya ragu-ragu. Sejak 10 tahun lalu, terlalu banyak hype dan buzzword dalam dunia IT. Lalu saya menjawab kepada siswi Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) itu, "blog saya tidak berniat untuk mencabar media tradisi."

Lebih tepat, patah demi patah, saya menjawab begini: I don't want to compete. It can never be possible to compete, anyway. A blog is very limited, unlike a newspaper. The best a blogger can do is to provide 'alternative' news and views. Let the curious and broad-minded readers judge themselves. You can never compete with a newspaper. You just simply cannot."

Memang banyak catatan dan laporan media beberapa tahun mutakhir yang menggemparkan kita tentang kehebatan teknologi baru penerbitan IT, misalnya blog atau jenis-jenis penerbitan audio-visual yang lain.

Tetapi buku ini, yang disunting oleh Steven Gan, James Gomez dan Uwe Johannen, Asian Cyberactivism: Freedom of expression and media censorship sering mengganggu saya sampai saat ini.

Sebagai penulis yang aktif dengan dunia web -- sejak era reformasi 1998 hingga turut menyertai pasukan wartawan Malaysiakini.com (1999-2001) dan kemudian sebagai penulis kolumnya (2002-2005), saat ini menyertai pula mStar Online (projek web The Star) -- saya tidak yakin pada teknologi (dan semata-mata teknologi) boleh mencetus banyak perubahan tanpa penyertaan dan perubahan sikap kita sendiri.

Buku Asian Cyberactivism: Freedom of expression and media censorship akan membuktikan panjang lebar banyak kes di serata dunia. Khususnya janji media IT sebagai ruang pendemokrasian, kebebasan maklumat dan ruang orang kecil bersuara. Buku ini seharusnya menggoncang iman kita yang terlalu yakin pada kehebatan teknologi baru ini.

(ii)

Minggu lepas, pemimpin kanan The Star menulis begini:

We cannot expect complete changes overnight, but the revolution, so to speak, has begun. Maybe gradually, but the pace has been much faster than expected.

The older Malaysian editors may be more cautious, still reluctant to take bolder steps because of their baggage of history, but the young set of journalists would view issues differently.

Brought up in the age of information technology, they have no regard for sacred cows. Laws which are outdated would simply become redundant eventually.

It is like a man who refuses to change his black-and-white television set to a colour one. It would just become useless.

Laws which are regarded as restrictive to the Malaysian media are the same. The tools of information are changing and it is better for the authorities to realise this trend sooner.

After all, a newspaper or other media that is perceived to lack credibility would just lose its readership or viewership eventually. Journalists, too, have to maintain their credibility or they, too, will be ignored. Young Malaysians are spoilt for choice. It is time we wake up.

(Wong Chun Wai, 'Our laws must keep pace with the times', Sunday Star 7 May)

Saya hormat pandangan ini [walau saya tidak tahu berapa ramai teman aktivis saya yang selesa dengan pandangan tersebut] dan seharusnya ia diberikan perhatian oleh pihak berwajib kita, khususnya kementerian dan agensi yang suka melarang itu dan mengharam ini, misalnya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

Tetapi sekali lagi, apakah memang benar teknologi baru -- misalnya blog -- boleh mengatasi media tradisional?

(iii)

Saya ambil satu kajian kes terkini, berita tentang larangan filem doku Amir Muhammad Lelaki Komunis Terakhir. Kenapa penulis blog tidak berperanan dan memainkan peranan yang aktif dan mendahului media tradisi (dalam kes ini, akhbar harian) yang semacam enggan atau berat untuk melaporkannya?

Hanya ada dua blog yang mendahului media rasmi, pertama Garam Gula (10:40pm) dan kedua blog rasmi Lelaki Komunis Terakhir (lihat catatan kecil Amir, jam 8:59pm di kaki posting ini). Mungkin juga blog ini (2:44pm 6 Mei)

Catatan blog yang lain dikemas kini selepas Malaysiakini.com dan juga The Sun melaporkan perkembangan ini masing-masing pada Sabtu, 6 Mei dan Ahad, 7 Mei.

Daripada himpunan berita dan blog [lihat juga di sini] tentang isu ini yang saya sediakan sepanjang minggu ini (sejak 8 Mei), kita akan perasan bahawa penulis blog sangat bergantung pada media tradisi -- walau ada beberapa pemblog (saya dimaklumkan) telah menerima maklumat pengharaman KHEDN ini lebih awal, lebih dahulu sebelum Malaysiakini.com melaporkannya.

Beberapa wartawan menghubungi saya pada Sabtu dan memaklumkan bahawa mereka mendengar berita ini sejak petang Jumaat dan malam Sabtu lagi!

Apakah yang kita boleh belajar daripada peristiwa ini? Buku Asian Cyberactivism: Freedom of expression and media censorship boleh menjelaskan banyak sisi kehidupan yang relevan tentang teknologi (perkakasan) dengan sisi lembut perkakasan (manusia, kandungan dan perisiannya)

(iv)

Namun begitu, dalam keadaan media arus perdana malu-malu dan lembab melaporkan peristiwa ini dengan lebih lengkap dan 'garang', blog memang boleh dijadikan tempat mengulas isu ini dan melepaskan geram! Lihat himpunan berita dan catatan blog yang disediakan di bawah.

Inikah sahaja tujuan blog -- tempat maki, mengecam dan mengutuk**? Long live traditional media!

** tentunya tidak semua blog boleh dikategorikan dengan nada ini.

Thursday, May 11, 2006

Komunis Terakhir

(Latest updates, go to Komunis Terakhir 2)

(kemas kini terakhir 16 Mei, 11:50 pm; untuk halaman terkini, sila ke Komunis Terakhir 2)

Berikut ini disenaraikan berita, analisis, rencana (pendapat), kolum, catatan blog (terpilih), surat pembaca dan pengesan tapisan filem (censor watch) sekitar isu larangan tayang filem dokumentari Amir Muhammad Lelaki Komunis Terakhir sejak 6 Mei lalu.

Tujuannya ia memberikan gambaran lengkap tentang isu ini dan boleh menolong penilaian yang baik kepada pembaca dan penulis yang berminat mengulas isu ini lebih lanjut di masa depan - fathi aris omar.


(i) Berita dalam & luar negara
'The Last Communist' banned (6 May, Malaysiakini.com)
Curtains for The Last Communist (7 May, The Sun)

Tayangan 'Lelaki Komunis Terakhir' dilarang (8 Mei, mStar Online)
Public wants movie banned: Chai Ho (8 May, The Sun)
Film 'tribute' to communist leader banned in Malaysia (8 May, IMDb)
M'sia bans local film on exiled communist... (8 May, AP)

'The Last Communist' banned just before scheduled (9 May, Cinema Online)
Malaysia says ban on insurgent movie justified... (9 May, New Anatolian)
SB telah tonton 'Lelaki Komunis Terakhir' (9 Mei, mStar Online)
Zam: Right to ban film on Chin Peng (9 May, The Star)
Amir labels 'B Harian' conservative, ethnocentric and semi-fascist (9 May, The Sun Amir's 'The Last Communist' banned ... (9 May, Criticine)

Larangan filem 'tidak wajar' (10 Mei, mStar Online)
Malaysian government bans The Last Communist (10 May, Screendaily.com)**
Not the right time for film (10 May, The Star)
Hak kerajaan tarik balik tayangan, kata karyawan filem (10 Mei, mStar Online)
CIJ: 'Last Communist' ban kills creativity (10 May, Malaysiakini.com)
Decision to ban movie 'shows lack of transparency' (10 May, The Sun)

Gov't says it's too soon for 'The Last Communist' (11 May, Global Info.org)
Film on communist leader banned on shaky grounds (11 May, IPS News)
Closed-Preview of Lelaki Komunis Terakhir for MPs (11 May, Bernama)
Rais to review 'Lelaki Komunis Terakhir' (11 May, The Sun)
Rais: Cops veto 'Last Communist' (11 May, Malaysiakini.com)
Banish fears of old paranoias (11 May, The Sun editorial)

Malaysia bans film on 1950s rebel chief (12 May, Telegraph UK)
Screening for MPs proposed (12 May, The Star)
Ahli Parlimen, media dibenar tonton LKT (12 Mei, Utusan Malaysia)
Amir speaks, Rais gives hope (12 May, Aliran Monthly)

Karyawan lauds Rais’ proposal (13 May, The Star)
Bekas polis bantah penerbitan Lelaki Komunis Terakhir (14 Mei, Bernama)
Terus dapat bantahan (15 Mei, Harian Metro)**

'Last Communist' for MPs' eyes only (16 May)


(ii) Kolum, rencana, surat & blog
Lelaki Komunis T... (Garam Gula, 5 Mei)
The last of the Last Communist (Discordant Dude, 6 May)

Approved film on Chin Peng is now banned (James Wong, 7 May)
The Communist that never was (Victor Serge, 7 May)

LPF perlu ada pendirian (Ku Seman Ku Hussain, 8 Mei)
Keranamu, Amir Muhammad (Shagadelica, 8 May)

Amir needs your help (Jerome Kugan, 9 May)
Yeesh. Buta kena pissed off (Lainie, 9 May)
Banning of 'Lelaki Komunis Terakhir' (Jeff Ooi, 9 May)
Please let me watch Lelaki Komunis Terakhir (Sashi-isms, 9 May)
Lelaki Komunis Terlarang (Garam Gula, 9 Mei)
Why isn't 'Last Communist' a Malay? (KTemoc, 9 May)

Film 'tribute' to communist leader banned in Malaysia
(Danny Chew, 9 May)
Malaysian censors bans communist movie (Mediaslut, 9 May)
The public has protested? (Jeffrey Chew, 9 May)
The ban on 'Lelaki Komunis Terakhir' (CIJ Malaysia, 9 May)
Ban of Lelaki Komunis Terakhir (Ted, 9 May)
Negara ini bukan ada satu budaya sahaja, tau? (Eyeris, 9 Mei)
Racism and politics (Mac, 9 May)

Malaysian bloggers protest banning of documentary (Global Voices, 10 May)
Boikot Berita Harian (Nizam Zakaria, 10 May)
Will somebody please tell the ministry... (Walski69, 10 May)
The Last Communist banned in Malaysia (Gagwatch, 10 May)
Real vs fake censorship (Kaiju Shakedown, 10 May)
Umno Youth + Berita Harian = the public? (Lucia Lai, 10 May)

Good or bad, we should tell all the stories (Brian Yap, 10 May)**
That commie dude (Haris Zalkapli, 10 Mei)
Banning of Lelaki Komunis Terakhir (Shahriman Latif, 10 May)
Lelaki Komunis Terakhir? (Azlynne, 10 May)
Where a newspaper leads the Ministry... (Desiderata, 10 May)
‘Last Communist’: Why ban history? (Darshan S Khaira, 10 May)

Lelaki Komunis - HARAM (Pojok Maya, 10 Mei)
Komunist Manifesto (Endroo G, 10 May)
'Lelaki Komunis Terakhir' dan jiwa kerdil (Petola1, 10 Mei)
The Last Communist (Ducky, 10 May)

Movie banned because of timing?! (Ahmad Hafidz Baharom, 11 May)
Hyper-sensitive (ireneQ, 11 May)
Amir Muhammad propagandis? (Clarissa Lee 11 Mei)
Lelaki Komunis Terakhir to be shown to MPs? (Howsy, 11 May)
There is no truth, only perception... (Paus Biru, 11 Mei)
May 11 (Jeffrey Chew, 11 May)
Did the levy break? (Justin Guber, 11 May)

Amir’s The Last Communist – can only see abroad? (Lim Kit Siang 12 May)
Something powerful (Joo Khai, 12 May)
‘The Last Communist’ bites the dust (Aliran, 12 May)
Film banning a 'half-past six' decision (Hamdan Ibrahim, 12 May)
T untuk tersedar, terfikir, tersentak ... (Garam Gula, 12 Mei)
State censor overrides film censor (World Censors, 9-12 May)
Using communist censorship tactics (Censor Watch, 12 May)
Whose law is it anyway? (Suanie, 12 May)

A drop of indigo can indeed spoil the milk (Yasmin Ahmad, 13 May)**
The Lost Communist (Sharon Bakar, 13 May)
Why is Lelaki Komunis Terakhir... (BlogsMalaysia, 13 May)

Who is afraid of the Last Communist? (Farish A Noor, 14 May)
Kenapa Lelaki Komunis Terakhir? (Saifullizan Tahir, 14 Mei)
Lelaki Komunis Terakhir yang belum berakhir (Muteaudio, 14 Mei)
My recent article, uncut version (The Story Teller, 14 May)
Laki-Laki Komunis Terakhir and my proposal (ShinShin, 14 May)
The Last Communist (Ampulets, 14 May)

The Last Communist - threat or opportunity? (Tan Siok Choo, 15 May)
Five reasons for banning a film (Chan Kheng Hoe, 15 May)
Better reasons needed to ban films (DPBM, 15 May)
Reasons to watch The Last Communist (Annotated budak, 15 May)

MPs invited to watch 'Lelaki Komunis Terakhir' (Chow Kon Yeow, 16 May)
Ex-IGP Rahim Noor's happy hour with Chin Peng ... (James Wong, 16 May)
Rounding up reactions to Chin Peng film ban (James Wong, 16 May)
Mengulas sebelum melihat... boleh ke? (Edd Vedder, 16 Mei)
I have been called unpatriotic (Eternal Wanderer, 16 May)
Shut up Berita Harian,... (Emilie, 16 May)

Juga lihat di sini, Amir (catatan blog saya sebelum ini, 11 Mei)

>> Selain itu, boleh klik di sini (Lelaki Komunis Terakhir) atau di sini (Last Communist)

Nota: Selain pautan berita, rencana, kolum, surat dan ulasan pemblog seperti disediakan di atas, Utusan Malaysia dan Berita Harian masing-masing turut menerbitkan sepucuk surat pembaca penghujung minggu lalu, isi ceritanya sila ke ruangan komentar pembaca di bawah ini ....

** jika bahan ini telah dimasukkan ke ruangan arkib, tidak boleh lagi diakses, sila ke ruangan komentar pembaca di bawah entri saya ini ...

Wednesday, May 10, 2006

Mesra

Jika anda rajin, sila klik di sini -- ia satu pautan (link) di laman web rasmi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang memakai slogan 'mesra rakyat'.

Pautan ini, jika kita lihat di muka depan laman web KHEDN, seharusnya membawa kita kepada beberapa perkhidmatan 'mesra rakyat' yang ditawarkan oleh kementerian ini.

Antaranya 'Kawalan Filem', satu bahagian di kementerian ini. Dan pautan yang gagal berfungsi itu seharusnya 'Senarai filem haram' sedangkan pautan-pautan lain OK saja.

Sejak beberapa hari lalu, saya cuba klik tetapi masih lagi down! Saya fikir webmaster tidur atau menterinya juga ..... (isi sendiri tempat kosong)!

Yang mereka sibuk-sibuk, selain mengharamkan itu dan ini, mencipta logo baru! Itu pun, logo tersebut dimuat masuk (upload) di laman web KHEDN sehingga membentuk "bujur telur", bukan bulat seperti asalnya.

Yang saya letakkan di blog ini [lihat, atas] pasti "lebih bulat" daripada di laman web KHEDN!

Aduh, bagaimana nak jadi hub (hab?) penyumberan luar (out-sourcing) 'ni yang halal, cemerlang, gemilang, terbilang dan hadhari?

(ii)

Semalam, pagi, saya menerima mesej SMS yang mengandungi dakwaan yang cukup serius.

Ia disampaikan oleh seseorang di Kuala Lumpur. Dan ia berkaitan dengan filem Lelaki Komunis Terakhir juga.

Khabarnya (ulang: khabarnya) seorang wartawan di Singapura memberitahunya (si pengirim SMS) bahawa Kementerian Luar negara ini cuba "mempengaruhi" kerajaan republik itu agar tidak membenarkan tayangan filem Lelaki Komunis Terakhir yang dijadualkan (atau telah ditayangkan?) sebagai showcase (bukan tayangan umum) di pawagam Cathay.

Bagaimana ini? Siapa 'nak jawab?

Monday, May 08, 2006

Amir

(kemas kini 2: 11 Mei 2006)

Hari ini The Sun masih lagi memuatkan berita tentang pengharaman Lelaki Komunis Terakhir, mengambil kenyataan Pusat Kewartawanan Independen (CIJ) yang mengkritik langkah kerajaan ini. Malah, menarik diperhatikan, lidah pengarang akhbar ini juga mengulas perkembangan yang sama.

Setakat tulisan ini, akhbar lain belum disemak.

Semalam The Sun memuatkan kenyataan Amir Muhammad di blognya, satu diterbitkan di edisi cetak akhbar percuma ini dan satu lagi di laman web.

The Star semalam pula mengutip kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, selain menghubungi Amir di Amerika Syarikat, sambil mengambil sebahagian kenyataan di blog Last Communist.

Alasan larangan filem, menariknya, kerana masanya tidak sesuai (dan penayangannya dianggap "tidak peka") dengan perkembangan semasa, antara kerana Umno bakal menyambut ulang tahun ke-60!

Kenyataan menteri ini senada dengan kepala artikel Akmal Abdullah di Berita Harian (4 Mei), satu daripada sebab kecaman Amir kepada akhbar konservatif ini. Siapa tiru daripada siapa?

[Akmal menulis: Seminggu selepas parti bangsa Melayu terbesar dunia, Umno menyambut ulang tahunnya ke-60 pada 11 Mei ini, masyarakat di negara ini pula akan meraikan satu filem dokumentari mengenang perjuangan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang diharamkan serta mengenali lebih dekat pemimpin utama kumpulan pengganas itu, Chin Peng.

Ada satu ironi dan sinikal apabila dua parti itu ‘dirai dalam bulan sama’ mengikut cara berbeza. Dua parti yang bertentangan ideologi. Umno sebagai tonggak parti sah yang menerajui kerajaan sebagai ketuanan politik di Malaysia diraikan atas kesedaran meneruskan survival bangsa era ini dan masa depan, manakala PKM sebagai parti yang diharamkan kerana gerakan subversif untuk merosakkan ketenteraman negara serta kefahamannya menolak kewujudan Tuhan. Perjuangan PKM sejak 1930 hingga 1989 nyata sia-sia]

[Sementara menteri pula dilaporkan berkata: Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata beliau mengambil keputusan melarang filem Lelaki Komunis Terakhir mengikut seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 kerana dianggap "tidak sensitif" untuk menayangkan filem tentang Chin Peng itu sewaktu Umno sedang menyambut ulang tahun ke-60.]

mStar Online, lewat petang semalam, mengutip pandangan empat anak muda; dua penggiat seni dan dua wartawan. Baca 'Larangan filem tidak wajar' yang disediakan oleh saya sendiri.

Sebenarnya artikel ini agak panjang (asalnya saya merancang menulis lebih panjang kerana empat sumber ini menyampaikan pandangan-pandangan menarik tetapi catatan di media web tidak sesuai terlalu panjang) dan beberapa perenggan dipotong. Beberapa sumber tidak dapat dimasukkan kerana hal yang sama.

Malaysiakini.com juga memproses kenyataan CIJ semalam, dan pada masa yang sama menerbitkan sepucuk surat pendek daripada peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira.

Sehari sebelumnya (Selasa) akhbar dalam talian ini turut memproses kenyataan Amir di blognya, sama seperti mStar Online. Untuk mengetahui perkembangan tindakan undang-undang Chin Peng, sila ke laman web James Wing, Freedom in Solidarity.

Baca juga dua catatan James tentang dokumen perjanjian dalam antara parti komunis dengan kerajaan Malaysia, [bahagian 1] dan [bahagian 2]

(kemas kini 1: 9 Mei 2006)

Akhbar The Star hari ini memetik kenyataan Menteri Penerangan yang menyokong pengharaman filem 'Lelaki Komunis Terakhir'. Filem besar pengaruhnya berbanding buku, rumus Zainuddin Maidin.

Ya, Amir Muhammad hari ini akhirnya bersuara -- satu penjelasan panjang di blog rasmi 'Lelaki Komunis Terakhir'. Baca di sini 'Why is Lelaki Komunis Terakhir banned in Malaysia?'

Selain menjelaskan kekeliruan dan kesilapan (sengaja?) fakta di Berita Harian, Amir turut mempertikaikan politik budaya yang dibawa oleh akhbar konservatif ini. Tentunya, Akmal tidak terelakkan lagi menjadi objek serangan dan pertikaian Amir. Kenapa? Baca di sini ...

Dan seperti boleh diduga, semakin ramai pemblog mengulas isu pengharaman ini: Jeff Ooi, What's the Matter?, Lainie: Artword Addict, Riding the Mellow, Eye on Everything, Virtual Insanity, Garam Gula, Indiecom, Liann, What I Says Is, dan juga Nizam Zakaria yang memuatkan catatan Clarissa Lee.

Selain blog, laporan berita di The Sun (edisi web, edisi cetak esok sedikit berbeza) dan Malaysiakini. Oh ya, juga mStar Online! Hehehe (macam mana boleh lupa?) Ketiga-tiga laporan media ini mengutip kenyataan Amir tersebut.

Setakat siang tadi (Selasa, 9 Mei), Berita Harian, New Straits Times dan Utusan Malaysia belum memuatkan berita ini. Akhbar di Sabah dan Sarawak?

Saya sendiri bercadang menulis news feature (alias commentary) esok. Beberapa tokoh muda seni dan wartawan akan dikutip pandangan mereka (sudah ada dalam simpanan saya). Sila ke kolum saya Pojok.

Ulasan Lelaki Komunis Terakhir saya ini nanti harap-harap tidak dianggap "pejam sebelah mata" oleh teman-teman dan pembaca. Manalah tahu kalau ada pihak yang mahu "buka tiga belah mata"!

Oleh kerana sukar menggambarkan filem ini, maka poster rasmi ini saya perhatikan semakin popular bergerak daripada satu media kepada media yang lain, daripada satu blog kepada blog yang lain. Promosi percuma? Untuk apa kalau tidak boleh ditonton!

[Commercial break: Di celah-celah isu hangat ini, satu catatan di Tranung Kite.net, laman web PAS Dungun, mengingat pembaca betapa perlunya meningkatkan kualiti tulisan dan perbahasan web -- dengan menyebut kutukan saya selama ini. Terima kasih kawan!]

(setakat 8 Mei 2006)

Tayangan 'Lelaki Komunis Terakhir' dilarang

PETALING JAYA: Filem dokumentari kontroversi Lelaki Komunis Terakhir arahan Amir Muhammad tidak akan ditayangkan minggu depan di pawagam seperti dijadualkan berikutan larangan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada Jumaat lalu.

Berita di mStar Online hari ini boleh dibaca di sini.

Agak panjang juga backgrounding disediakan dengan andaian pembaca yang tidak mengikuti isu ini dengan dekat akan dapat memahami konteks larangan KHEDN.

Sila klik juga beberapa pautan menarik yang disediakan di hujung berita ini.

[UPDATE: Amir Muhammad menulis di ruangan komentar blog filem ini, semalam (tapi kami tidak perasan), di kaki posting 'First blog review', 6 Mei 2006: We will be writing an appeal letter to the Home Ministry which had decided to ban Lelaki Komunis Terakhir from Malaysian cinemas based purely on hearsay published in Berita Harian. More updates soon!]

Selain berita ringkas di Malaysiakini.com pada Sabtu lepas, The Sun (edisi web) hari ini turut melaporkan perkembangan ini. Utusan Malaysia hari ini, melalui kolum Ku Seman Ku Hussain, turut menyentuh "kontroversi" ini seimbas lalu dengan nada memperli, 'LPFM perlu ada pendirian'.

Hari ini, tidak dilaporkan oleh akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu dan Inggeris (kecuali The Sun); akhbar berbahasa Mandarin saya tidak pasti tetapi beberapa rakan wartawan menghubungi saya (sepanjang dua hari hujung minggu lepas) untuk mendapatkan sedikit sebanyak analisa/info tentang kes ini.

Jadi, apa pandangan anda tentang pengharaman filem ini?

Nota: Beberapa ulasan lain di blog tentang larangan ini, sila ke Garam Gula, Freedom in Solidarity, Gagak di Rimba, Petola (sebelum diharamkan), Khyron's Musings dan The World on the Other Side.

Setakat blog-blog ini dulu, kalau ada perkembangan baru, saya kemas kini lagi posting ini. Saya pasti beberapa hari mendatang akan lebih banyak pemblog akan mengulas isu ini.

Maklum, ramai orang suka bergantung kepada media arus perdana untuk mengetahui apa yang terjadi di sekeliling kita walau kini sudah ada teknologi/ruang untuk menyampaikan berita dan pandangan sendiri.

Apakah benar blog boleh "mengancam" kehadiran media tradisional? Saya ragu-ragu ...

Konservatif

Saya bertemu artikel ini 'The Great Conservative Crackup: What National Review wrought?' (The Washington Monthly, Mei 2006) nukilan Jacob Heilbrunn.

Penulis ini membuka perenggan pertamanya dengan menarik: "To prove your conservative bona fides these days, you have to begin by denouncing conservatism."

Dan dua ayat yang menutup rencana ini juga memikat: "This is all the more ironic since liberals have for several years been bemoaning their own lack of ideas and looking to the conservative movement's rise for inspiration"

... dan yang ini "Who would have thought that, at the peak of the conservative movement's political success, its founding fathers would recoil from the Frankenstein's monster they created and end up as troubled heretics?"

Saturday, May 06, 2006

Cyber-dissident

Wartawan Tanpa Batas (RSF atau Reporters sans frontières), berpangkalan di Paris, menerbitkan sebuah buku panduan untuk pemblog (blogger) dan juga aktivis penentangan di alam siber.

Untuk mendapatkan salinan dalam talian, sila ke sini. Untuk mengetahui apakah etika yang seharusnya ada pada seseorang pemblog, sila klik ini. Bagaimana pula menjadikan blog kita berjaya dikesan enjin pencari (search engine), ke sini pula.

Kandungan lain: Bagaimana menerbitkan blog tanpa dikenali/dikesan identiti kita [di sini]? Teknik-teknik untuk melepaskan jerat penapisan dan sekatan pihak berkuasa [di sini]?

Buku ini diterbitkan pada September 2005 dan edisi PDF (setebal 1.68MB atau 46 halaman bercetak) boleh dicapai di sini.

Beberapa lagi sumber berita tentang buku ini, sila ke CBS News.com atau Radio Free Asia (RFA).

Kita boleh juga membaca kertas kerja 'News blogs as political agenda-setters' (dibentang di Persidangan Pendidikan Kewartawanan di Griffith University pada 29 November hingga 2 December 2005) yang dihasilkan oleh Dr Richard Phillipps dari Bond University.

Thursday, May 04, 2006

Akhbar

Teman saya, penulis politik terkenal Ahmad Lutfi Othman merungut tentang ruang kebebasan akhbar di negara ini, dan di hujung artikelnya sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day) semalam mencatatkan "malang sekali, KAMI pun seakan-akan sudah terkubur."

KAMI, atau Kumpulan Aktivis Media Independen, dimunculkan daripada semangat yang panjang dan lama tetapi sekitar 2000, khususnya selepas beberapa majalah dan akhbar ditutup, namanya mula bergerak dalam kenyataan akhbar, kempen, forum dan artikel.

Saya, antara pendukung awal idea ini, tidak sanggup mengupas panjang dan biarlah perjalanan masa kemudiannya menentukan rentak jatuh bangun idealisme perjuangan KAMI atau kumpulan-kumpulan pro-kebebasan akhbar di negara ini, khususnya sepanjang dan selepas 'era Reformasi' 1998.

Sebahagian besar catatan saya, ulasan dan berita, terakam di arkib Malaysiakini.com, ruang saya bergelut, belajar dan beridealisme sewaktu memunculkan KAMI.

Sekarang Ahmad Lutfi memimpin Harakah, termasuk edisi web Harakahdaily.net, sebuah rangkaian media yang dipunyai langsung oleh parti pembangkang; sementara saya sendiri di mStar Online, sebuah projek web berbahasa Melayu terbitan Star Publications (M) Bhd.

Saya masih beridealisme tentang kebebasan akhbar, kebebasan bersuara, tentang profesionalisme dan kualiti penerbitan berbahasa Melayu, tentang latihan membangunkan tenaga terlatih dan bakat muda, tentang memanfaatkan teknologi-teknologi terkini penerbitan dan tentang memiliki media sendiri.

Juga tentang pengkaryaan, dunia buku dan intelektualisme umumnya.

Idealisme ini nampaknya tidak dapat dirangkumkan oleh KAMI -- sebagai "anak zamannya" kumpulan wartawan Melayu ini nampaknya masih mewarisi saki-baki semangat era Reformasi itu, era jerit melalak-lalak dan melepak tepi jalan!

Saya tidak merujuk pada KAMI, pada teman saya Ahmad Lutfi atau teman-teman kami yang lain. Yang saya maksudkan, apakah mungkin wartawan-wartawan ini (rata-ratanya Melayu) dapat menggerakkan kempen yang lebih luas dalam agenda yang merangkumi isu-isu yang saya sebutkan tadi.

Saya mudah tertarik dengan Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) yang rata-ratanya anak muda 20-an dengan segala kepemudaan, kementahan, kesilauan dan api semangatnya.

KsJT, saya harap, akan turut memikul idealisme KAMI dan memancarkan juga idealisme kebebasan akhbar, profesionalisme dan mutu dan ghairah intelektualisme.

Atas jalan inilah, sebagai anak era pasca-Reformasi (kalaulah kata ini boleh diterima), saya kira KsJT meneruskan jejak langkah yang telah diterokai oleh KAMI dan semua aktivis yang telah berjalan di atas jejak-jejaknya.

Saya bangga dapat menumpang membawa obor dua kumpulan ini, KAMI dan KsJT walau tidak ada siapa tahu bagaimana nasib masing-masing di kemudian hari.

Tidak ada batu nisan yang dipacakkan sendiri oleh tangan si mati.

Jadi urusan mengkafankan sejarah dan menisankan gerak kita hari ini kita serahkan kepada orang lain.

Kita hanya menulis, membetulkan koma dan noktah, menyediakan manuskrip; kerja mencetak, menjilid dan menjual kita serahkan kepada generasi berikutnya -- ya-lah kalaulah manuskrip catatan kita saat ini layak dibukukan.

(bersambung ... entah bila!)