Sunday, May 21, 2006

Rais

STOP PRESS: Pengumuman terakhir lima minit lepas daripada JPM kepada media petang tadi.

Lelaki Komunis Terakhir akhirnya diluluskan tayangan dan pengharaman ditarik balik serta-merta 3:45 petang tadi (21 Mei) dengan klasifikasi filem yang baru, 18MP**, bukan lagi U (untuk umum).

Klasifikasi filem ini satu-satunya diperkenalkan di dunia dan bakal dimasukkan dalam Malaysian Book of Records!

Mac lepas, Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan filem ini, tanpa potongan, dan diklasifikasikan untuk tayangan umum (U).

Lebih banyak updates selepas ini ....

** satu klasifikasi filem yang baru diperkenalkan minggu lepas, khas untuk Members of Parliament (MP) dan Members of the Press (MP) sahaja! Hehehe ... Jangan marah!

(ii)
Film not offensive: Rais (22 May, The Sun) <--- lihat di ruangan komentar di kaki posting ini
'Lelaki Komunis Terakhir' tidak sepatutnya cetus kontroversi (21 Mei, Bernama)
Much ado over a movie mostly unseen (Chow Kum Hor, 21 May)

(iii)
Mujur ada inisiatif Dr Rais Yatim, dapatlah rakan-rakan wartawan menonton Lelaki Komunis Terakhir, filem arahan dan terbitan Amir Muhammad yang diharamkan pada saat-saat akhir sebelum tayangan.

Tetapi anggota-anggota Dewan Rakyat yang berminat hadir tidak ramai, tidak sampai jumlah yang disasarkan di peringkat awal, kurang lebih 20 orang.

(Saya nampak kurang lebih 10 orang)

Selain Rais, ketua pembangkang Lim Kit Siang dan seangkatan wakil rayat DAP hadir petang tadi -- ada Teresa Kok, Kula Segaran dan Tan Kok Wai dan Tan Seng Giaw. Wakil PAS, juga setiausaha agung Kamaruddin Jaafar, hadir dengan kemeja putih berlengan pendek. Wakil Arau juga hadir.

Filem ini, bagi Rais, "not professionally done" dan "amaturish". Dia berkata dia mengharapkan satu dokumentari yang kuat narasinya (naration), bukan dibebankan dengan subtitle.

(Mungkin dia membayangkan seperti doku National Geographic)

Tetapi, dalam sidang media selepas tayangan itu yang bermula menjelang jam 4 petang, Rais menegaskan isu pengharaman ini "tidak perlu dipanjang-panjangkan."

Bila ditanya tentang arahan pengharaman dan isu-isu berkaitannya (misalnya keselamatan, ideologi dan rayuan), Rais menegaskan hal-hal ini di luar tanggungjawab kementeriannya.

Isu-isu itu di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHDEN), tambahnya.

"Kami di sini hanya mahu melihat soal kreativiti," katanya.

Laporan program ini bersama review filem dan wawancara dengan Amir, sila rujuk mStar Online hari ini. kemas kini terakhir 22 Mei, 2:30 am

6 comments:

Andin Salleh said...

Hanya boleh ditayangkan untuk Ahli Parlimen dan wartawan? Apa maknanya

fathi aris omar said...

Film not offensive: Rais
(The Sun, 22 May 2006)

KUALA LUMPUR: MPs who attended a special viewing of the banned film, Lelaki Komunis Terakhir (The Last Communist), came away unimpressed.

"It is not balanced, has poor cinematography and is better off being a documentary," said Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Rais Yatim.

Rais and 20 other MPs had a private viewing of the movie at the National Film Development Corporation (Finas) yesterday.

He said it was not offensive but added it was not for his ministry to decide whether the ban on the film would be lifted.

The viewing, he said was to allow MPs to make an informed analyst of the film.

The Home Ministry banned the film, a semi-musical documentary which traces the towns in which Chin Peng lived, on May 5 although the Censorship Board cleared it for viewing by all ages.

The ministry said the ban is necessary because of protests by people (who have yet to watch the film), and because Umno is celebrating its 60th anniversary.

Umno MP for Gombak Datuk Dr Rahman Ismail felt the film can be shown but certain information should be corrected.

PAS MP Datuk Kamaruddin Jaffar said the film can be used as a history lesson for the younger generation as the portrayal of Chin Peng is not done in a way that will give rise to bad influence.

Opposition Leader Lim Kit Siang said he was prepared to be outraged by the film, "but as hard as I tried, I could not find anything to be outraged because it does not glorify communism or Chin Peng".

"I don't see anything to justify the ban. We should let the public to decide on it."

Anonymous said...

COMMERCIAL BREAK:

Dicuri dari blog Datuk A Kadir Jasin:

Kalau betul pergerakan Pemuda terbuka, mengapakah Khairy sendiri mengherdik dan memberi amaran kepada ahli pergerakan itu yang tidak sependapat dengan kerajaan mengenai pembatalan projek jambatan merentangi Selat Tebrau?

Bukankah Khairy yang menyindir Mukhriz Mahathir di atas kenyataannya mengenai isu itu dan bukankah dia juga yang mengarahkan kepimpinan pergerakan itu supaya tidak menentang keputusan kerajaan?

Kenyataan beliau mempertikai dan menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan dan imej beliau sebagai seorang yang dikatakan liberal, terbuka dan bertolak ansur selaras dengan latar belakang pendidikan Oxfordnya.

Tetapi kontradiksi ini tidak berakhir di sini. Ada beberapa lagi tanda tanya mengenai beliau tidak terjawab kerana beliau dan rakan-rakan kongsi beliau (dalam perniagaan) meletakkan benteng yang jelas dan nyata.

Misalnya isu pembelian 3% saham ECM Libra Bhd pada 27 Disember lalu pada harga 71 sen sesaham dengan membayar RM9.22 juta.

Isu itu menjadi “out of bound” apabila ECM Libra mengemukakan saman malu ke atas Naib Presiden Pas Husam Musa kerana mempertikaikan urus niaga itu.

[Sayugia disebutkan, sejak pengumuman pembelian oleh Khairy itu, ECM Libra telah mengumumkan pembelian Avenue Capital Resources, sebuah syarikat kewangan milik kerajaan.

Sejak itu, harga ECM Libra di Bursa Malaysia telah meningkat. Khamis lalu (11 Mei) ia ditutup pada kadar 95 sen. Ini bermakna Khairy telah membuat keuntungan atas kertas (paper gain) sebanyak RM3.11 juta (95 sen tolak 71 sen kali 12.99 juta saham) – not bad for an investment of less than five months!]

Di sinilah terletak kontradiksi dan kontroversi antara yang tersurat dan tersirat. Ia cukup rumit dan kompleks kerana Khairy Jamaluddin bukan Anwar Ibrahim.

Apabila Dr Mahathir mengambil Anwar Ibrahim menjadi anak angkat politiknya pada tahun 1982, Anwar sudah mempunyai profilnya sendiri – memimpin Abim, mendalangi tunjuk-tunjuk perasaan pelajar dan petani dan meringkuk selama 22 bulan dalam tahanan di bawah ISA.

Khairy tiada profil selain mengacara sebuah program TV. Tetapi beliau melakukan “fast-tracking” apabila dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Seri Abdullah Badawi (ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri) dan memutlakkan kedudukan istimewanya dengan jatuh cinta dan berkahwin dengan anak Abdullah.

Maka, jika Anwar sebagai anak angkat politik Dr Mahathir tinggal berhampiran rumah bapa angkatnya (di Bukit Persekutuan), Khairy, sebagai menantu Perdana Menteri, tinggal di Sri Perdana di Putrajaya bersama bapa mertuanya sejak kematian ibu mertuanya.

Suasana yang sebegini, tidak dapat tidak akan menimbul dan mencetuskan pelbagai rupa perbualan dan perbincangan, analisis dan interpretasi, andaian dan kesimpulan.

Dalam suasana yang sama, media massa arus perdana akan sentiasa dalam dilema – seperti yang dilaluinya pada zaman cinta lara Mahathir-Anwar dan sebelum itu Mahathir-Musa –di dalam membuat liputan mengenai Khairy.

Apakah media massa arus perdana dan komponen-komponen masyarakat sivil yang lain sebebas yang diperakukan oleh Khairy untuk membuat teguran dan kritikan?

Bukan rahsia lagi bahawa pada satu peringkat media massa arus perdana cuba sedaya upaya melenyapkan suara Dr Mahathir dalam isu pembatalan jambatan Tambak Johor.

Malah timbul tanda tanya mengapa siaran langsung upacara memperingati ulang tahun ke-60 Umno di Johor Baru 11 Mei lalu diberhentikan sebelum keberangkatan tiba Sultan Johor. Apakah wujud kekhuatiran yang Baginda akan menitahkan sesuatu?

Jadi, selagi kontradiksi dan kontroversi yang menyelubungi orang muda yang dikatakan berselera besar ini tidak diatasi, selagi itulah persoalan antara fakta dan fiksyen, mitos dan realiti, antara yang tersurat dan tersirat akan terus menjadi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut debat politik semasa.

Sila lawat: http://www.akadirjasin.com/

Anonymous said...

Wakil dari Arau hadir. Tapi sayang Mat Arau tak hadir. Sebab Mat Arau bukan wartawan mahupun wakil rakyat!!!

Andin Salleh said...

Saya rasa di samping orang-orang yang tidak mahu filem Lelaki Komunis Terakhir ditayangkan kepada umum, sekarang ternyata orang-orang yang mahu filem itu ditayangkan mungkin jauh lebih banyak.Jadi pandangan siapakah yang hendak didengar oleh kerajaan ?

Clarissa Lee said...

boleh i datang sebagai wartawan??