Tuesday, March 27, 2007

M-16

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya senjata api seperti M-16 digunakan ketika membaca khutbah di atas mimbar bagi menggantikan tongkat.

‘‘Saya pernah saran sebelum ini kerana Rasulullah sendiri pegang pedang ketika baca khutbah. Ini bertepatan dengan simbol kuasa baginda selaku ketua termasuk dalam soal pertahanan, dan polis juga boleh ambil contoh itu kerana polis juga adalah simbol kuasa dalam sistem masyarakat sekarang,” katanya (seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini).

Tetapi mujurlah Mursyidul 'Am PAS itu mencadangkan M-16 itu digunakan sewaktu berkhutbah kepada orang pekak!

Kalau orang pekak yang mengantuk dan menguap kerana tidak berapa jelas mendengar kata-kata khatib, boleh pula dia menembak dari atas mimbar!!

Note: At least, those working for wire news agencies may write a story today, quoting the MB. What a great story!!!

5 comments:

Aqil Fithri said...

salaam,

Fathi, seorang teman saya pernah berkunjung ke Iran pasca revolusi dulu. waktu itu mula hangat perang Iraq-Iran. dan, Ruhollah Khomeini semasa menyampaikan khutbah Juma'at turut menggunakan senapang bagi mengantikan tongkat.

barangkali, saya kira Nik Aziz belajar dari sana.

Najwan Halimi said...

M-16?

Khutbah jumaat perlu pembaharuan la.

Isi dan penyampaian sangat membosankan. Teks yang sama berlegar-legar dalam satu-satu negeri utk tempoh sebulan.

Sebagai contoh, beberapa bulan sudah saya bersolat Jumaat di Subang Jaya,minggu depannya saya bersolat di Hulu Yam dan minggu seterusnya di Shah Alam. Yang menariknya, dalam ketiga-tiga minggu tersebut tajuk khutbah adalah sama. Sebijik dan bulat-bulat.

Hasilnya, tidur tersengguk-sengguk.

Najwan Halimi said...

Tambahan. Mungkin masjid-masjid di Malaysia ni patut mencontohi Masjid di Taman Tun Dr Ismail..khutbahnya menarik. Khatib bersyarah dibantu dengan persembahan multimedia.

Bila beliau memetik ayat Al-Quran, maka akan terpapar ayat tersebut berserta terjemahannya sekali di skrin.

Barulah menarik dan ada nilai-nilai intelektual.

Anonymous said...

Kalau ikut lojik Nik Ajiz, penulis seperti kau Fathi kena bawa pen sebagai "simbol kuasa" kau. Agak2 panjang benor kau punya pen ke, Fathi?

Anonymous said...

Aqil, Nik Aziz dah gian nak menembak tu.

Look at the bright side of itla...yang kacang-kacang hantu tu semua, semua kasi tembak jah. Lega Pusat Serenti dan Penjara yang dah sendat tu, tak payahlah susah-susah buat penjara baru. Tak ke jimat tu. Kos menembak lebih murah dari kos merawat.

Akbar perdana patut bagi banyak ruang untuk mereka bercakap, jadi barulah kita boleh tau pelan-pelan tindakan mereka dalam menagani kemelut umat yang melanda pada hari ini. Barulah dapat bayangan tepat wat kind of imej Islam yang mereka ingin bawa.