Buat mereka yang "patah hati", saya petik catatan dalam Patah Balek: Catatan terpenting reformasi (halaman 25-26 dan juga 216-217):
Di Rusia, pada awal abad ke-19, muncul golongan terpelajar yang berasa kecewa dan menyerah diri kepada persekitaran buruk negara itu. Mereka digelar "intelektual yang tidak berguna" ekoran kegagalan mereka mewujudkan atau meneruskan reformasi politik. Penindasan kerajaan juga sangat melampau dan menakutkan.
Kegagalan pemberontakan 1825 mengakibatkan kerajaan Nicholas I bertindak keras. Lima orang dihukum mati dan 500 lagi dibuang ke Siberia, tanah gersang yang perit. Ramai yang bersikap liberal dan berjiwa revolusi, walau tidak terbabit dalam pemberontakan itu, juga dikenakan hukuman.
Antara tahun 1832 hingga 1852, kira-kira 150,000 orang dihantar ke Siberia.
Pada waktu ini, tumbuh rasa putus asa dan kecewa, sense of resignation, di kalangan kaum terpelajar di Rusia. Idea-idea terlarang, yang bersifat reformasi dan diilhami dari Eropah Barat, masih tersebar.
Beberapa dekad sebelum itu, Eropah, Amerika Syarikat dan juga England memang rancak dengan reformasi (malah revolusi) politik. Tetapi idea ini tidak mendapat sambutan orang ramai di Rusia, tidak dipedulikan dan tidak dibaca. Pemerintah mengancam rakyat dengan tali gantung.
Seorang ahli sejarah Rusia dari Poland menggambarkan gejala itu begini: "Akibat keadaan seperti itu, muncullah orang yang tidak berguna yang menyedari bahawa aspirasi, bakat dan pengetahuannya tidak berguna dalam kehidupan bangsanya, jenis orang yang kerana malas terpaksa rosak moralnya."
Jan Kuchazewski menambah: "... individu-individu yang berfikiran dan berperasaan menentang rejim [Rusia] tersebut dan keadaan [sosial] yang menyedihkan [ini] untuk bertahan hidup, [mereka] segera menyedari bahawa mereka tidak dapat membebaskan jiwa mereka dari racun busuk yang disuntikkan [oleh] sistem itu tidak hanya kepada para pendukungnya [kerajaan Rusia], malah kepada lawan-lawannya [aktivis antikerajaan]."
Syed Hussein Alatas, dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun (1977), melakarkan kegagalan ini dengan nada serta analisa yang sangat menyedihkan -- selain di Rusia, di beberapa negara lagi.
Sangat baik jika kita merenung kembali karya besar ini, khasnya bab-bab "Kaum intelektual dan fungsinya" dan "Munculnya kaum intelektual".
"Jiwa-jiwa [intelektual] yang kerdil memanfaatkan waktu mereka untuk omong kosong tentang kekacauan masyarakat. Kebajikan dan kecurangan sama saja. Istilah orang jujur bererti orang yang tertipu, atau hampir dungu," tulis tokoh sosiologi ini, mengutip pandangan Kuchazewski. [Malaysiakini.com, 12 Mei 2003]
Pemikir-pemikir reformasi Perancis, kira-kira sedekad sebelum revolusi 1789, pernah mengalami krisis keyakinan pada nasib negara mereka sendiri.
"Perancis, tempat kelahiranku, telah terjerumus ke kancah korupsi di bawah belenggu pemerintahan kuku besi. Bangsa ini terlalu buta dan sangat hina sehingga sukar sekali mencari jalan keluar," tulis Alexandre Deleyre.
Malah kepada teman di negara jiran Itali, mereka menyuarakan rasa ketewasan dan kesempitan. "Buat masa sekarang di sini [Perancis] akhbar terlalu kuat dikawal kerajaan sehingga hampir mustahil sama sekali untuk meluahkan walau secebis rasa kebenaran," tulis Baron Holbach kepada paderi Frisi tentang kesukaran menterjemah kepada bahasa Perancis dan menerbitkan karya Pietro Verri, Meditazioni.
Tangkapan ke atas pemikir-aktivis menjadi-jadi pada tahun 1771. Suasana negara tegang, kerajaan pula kucar-kacir. Undang-undang dijadikan alat kawalan berkuku besi tanpa batas, kebebasan musnah, hak rakyat diinjak-injak kekuasaan.
Buku-buku dibakar kerana dituduh menghasut atau menghina raja. Kebebasan bersuara berakhir dengan kematian. Waktu inilah penulis tersohor Jean-Jacques Rousseau menghilangkan diri dari Paris.
Claude-Adrien Helvetius hilang keyakinan sama sekali. Baginya, sudah tidak ada harapan bagi Perancis, krisis apa pun tidak dapat lagi mengubat negaranya dan tiada masa depan kecuali melalui peperangan dan penjajahan.
Elok juga jika kita meneliti nadanya dalam bahasa asal (terjemahan Inggeris): "My fatherland is now under the yoke of despotism; thus it will produce no more famous writers. This fallen nation is the scorn of Europe. No salutary crisis will restore its liberty; it will die of consumption. Conquest is the only remedy for its misfortunes, and chance and circumstances will decide the effectiveness of this remedy."
Franco Venturi dalam The End of the Old Regime in Europe (Berakhirnya Rejim Lama di Eropah) merumuskan ketewasan jiwa ini memang benar-benar menguasai Perancis waktu itu sehingga tokoh besar Francois-Marie Arouet (Voltaire), yang menyarankan golongan reformasi bekerjasama dengan raja bagi mempengaruhi menteri-menteri untuk kebaikan negara itu, terkejut dengan sikap buruk serta degil kerajaan waktu itu. [Malaysiakini.com, 21 Julai 2003]
Sunday, April 29, 2007
Saturday, April 28, 2007
Habermas
Dr Lutfi Assyaukanie, yang pertama kali saya kenali di Jakarta, semalam ke Kuala Lumpur untuk membicarakan buku Faslul Maqal wa Taqrir ma bainal Syari'ah wal Hikmah minal Ittasal, karya tokoh besar Ibnu Rusydi.
Saya terlambat hadir kerana baru pulang dari kantor. Tapi setidak-tidaknya cebisan diskusi di hujung pembentangannya menarik perhatian saya -- dan juga teman-teman peserta lain, khususnya yang muda-muda.
Seorang teman mencatat pengalamannya di diskusi tersebut, dan juga sesi sembang warung kemudiannya, sebagai "sebuah istana di kayangan, terawang-awang." Sementara seorang lagi teman mencatat, sebelum ke program diskusi itu, begini pula.
Sewaktu sembang-sembang yang ringkas dan tidak tersusun itu, terpacul kata dari Lutfi tentang sumbangan Jurgen Habermas dan "ruang awamnya", public sphere, dalam menjana konsep asasi tentang dakwaan kebenaran (truth claim), dan sifat dialog yang berterusan dalam masyarakat terbuka.
Lihat buku dasarnya The Structural Transformation of the Public Sphere (yang telah disemak ulang melalui karya yang lebih terkini Between Facts and Norms: Contributions to a Discourse Theory of Law and Democracy).
Yang, di sisi teman sasterawan saya S. M. Zakir, sebagai sejenis ancaman "sosialis baru" yang cuba dikembangkan di negara ini. Sehinggakan konsep authoritarian personality atau mengulang kaji dan menyemak kembali, termasuk membedah siasat, sumber-sumber kuasa dominan -- bagi penulis cerpen dan rencana seni ini -- suatu ancaman paling bahaya yang sedang bergerak senyap-senyap.
Dengan segala kekotoran dan kekejian wacana Habermas dan mazhab Frankfurt-nya, S. M. Zakir mencoret begini (sengaja dikutip di sini dengan panjang lebar):
Di Malaysia selepas pasca-krisis Mahathir-Anwar, muncul beberapa kelompok golongan muda yang mula menaja ideal-ideal tentang kebebasan, liberalisasi, dan rasionalisasi. Mereka menuntut ruang kebebasan yang mengatasi bukan sahaja campurtangan politik tetapi juga campur tangan budaya dan agama. Nilai dan norma yang sedia ada tidak terkecuali tradisi dilihat sebagai kota purba yang mengekang kehidupan pascamoden yang bebas daripada sebarang batas dan sempadan.
Hubungan Negara yang diikat dengan nilai dan keperibadian Melayu dilihat sebagai bentuk ‘authoritarian personality’ yang menjadi regim budaya-politik lama. Sementara kepercayaan dan agama dianggap sebagai milik peribadi yang hanya wujud sebagai ritual dan bukan sebagai pengawas tingkah masyarakat. Perjuangan emansipasi melalui gerakan feminisme, hak asasi, individualiti, etnik minoriti, dan sebagainya dianggap sebagai misi suci masyarakat pascamoden.
Selain daripada itu mereka juga mencari ruang ekspresi di dalam dunia jaring teknologi maklumat, penulisan, muzik, teater dan filem. Mereka menuntut ruang dialog dan tafsiran semula bukan sahaja terhadap nilai, norma dan peraturan di dalam masyarakat tetapi juga di dalam kepercayaan dan agama.
Maka lahir kelompok-kelompok muda di ibukota yang membawa semangat perubahan dan menentang bentuk establishment serta status quo yang dianggap sebagai ‘authoritarian personality’. Kelompok yang menyatukan diri mereka di dalam perjuangan reformasi.
Kelompok emansipasi wanita dan hak asasi manusia yang berpegang kepada prinsip liberal dan individualiti. Kelompok yang menentang sebarang bentuk keperibadian kebangsaan termasuk bahasa dan budaya Melayu.
Kelompok seniman terutamanya dunia teater dan filem yang kononnya berjuang di luar jalur arus perdana. Kelompok rasional dan liberal yang berpegang kepada prinsip meritokrasi. Dan juga kelompok anti-agama yang berpegang kepada aliran positivisme. Sebuah utopia moden sedang dicipta menjadi matlamat agung.
Tanpa disedari sebuah revolusi senyap juga sedang berlaku secara perlahan-lahan, halus dan sangat sistematik di Malaysia. Kelompok-kelompok muda ini baik secara sedar mahupun tidak sedar iaitu secara naïf (naïve) dan jahil (ignorance) sedang membentuk golongan sosialis baru atau foot soldier kepada gerakan mazhab Frankfurt yang sedang melangsungkan revolusi senyap di seluruh dunia.
Saya enggan mengulas panjang coretan S. M. Zakir ini kerana, pada fikir saya, kalau dia sudah memandangnya dengan sedemikian rupa hitamnya Habermas dan Marxisme (dan kita yang membaca dan berdiskusi tentang hal itu sudah dianggap "barua" atau bahasa Indonesia "antek-antek" (atau dalam bahasa asalnya, foot soldier), biarkan sahaja ia bermain-main dalam fikirannya dan peminatnya. Tak sangka, ya, public sphere bertukar public's fear!
Mungkin semua kritik ideolog Rumah PENA itu bermula di sini dan di sini (rujuk artikel Merobek-robek Citra Cak Nun) yang asal-asalnya bermula dari sini dan juga sini. Atau, boleh jadi juga artikel saya ini atau artikel yang ini.
Cuma patah-patah ringkas Lutfi malam tadi mengembalikan ghairah lama saya yang terabaikan. Maka segeralah saya mencapai kembali kitab-kitab Habermas dan membaca ulang sebentar -- setidak-tidaknya untuk pengenalan awal kepada teman-teman baru (nanti).
..../2 (bersambung)

Thursday, April 26, 2007
Saman Najib
PRESS STATEMENT 26 APRIL 2007
LAWSUIT AGAINST NAJIB
This has been the dirtiest by-election in living memory.
At the same time, my credentials have been smeared and vilified by Barisan Nasional (BN) for the purpose of trying to win the by-election.
This shows utter desperation on part of the BN and the deputy Prime Minister Najib Razak.
If our deputy Prime Minister can stoop to such lows and is desperate enough to make false and malicious statements, I am very concerned for our beloved country, if this is the manner he conducts himself in his everyday dealings in government.
The idea of obtaining share options of Kumpulan Guthrie Bhd was first suggested to me by the late Tun Ismail Ali in 1994, and it was agreed by the chairman of Yayasan Pelaburan Bumiputera, then Prime Minister Dr. Mahathir Mohammad.
I acquired them at market price and it was a commercial transaction, not free or discounted shares as allocated by the Ministry of International Trade and Investment.
This matter remains in court and any further discussion should happen during the court proceedings.
At the same time, I refute the accusation that I was the reason for Bank Islam's losses.
As revealed and stated in Parliament reports, the losses stemmed from poor investment decisions and violations of Islamic banking conduct. There was no mention of my name in Parliament.
I have instructed my lawyers to prepare a lawsuit against Najib Razak and all others who have been making false and unfounded statements. It is my intention to be transparent and straightforward in all my dealings.
My record in the financial world speaks for itself and my credentials have been recognized internationally. I am a Member of the Unit Investment Fund of the Islamic Development Bank (IDB) for over ten years and Advisor to International Islamic Fund Management in Bahrain.
These malicious attacks are pathetic attempts by the deputy Prime Minister to divert criticisms of his own corruption scandals.
Voters in Ijok deserve to hear and debate my policies during the by-election, but instead I have been assaulted in terms of my character as well as physically by BN. I am proud that I have not done the same to my opponent.
Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim
Candidate
Ijok by-election April 2007

Tuesday, April 24, 2007
Hansard DR03042007
Berikut sedutan hansard atau rakaman perbincangan di Dewan Rakyat tanggal 3 April 2007:
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor hendak berucap, hendak bertanya jangan ganggu.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Mengenai laporan polis. Mengenai laporan polis, yang pihak polis enggan menerima atau selepas dibuat, tindakan yang diambil satu perkara yang tidak patut berlaku lagi selepas siasatan Suruhanjaya Diraja dengan perakuan-perakuan yang diterima. Dan tengok semalam ada laporan lagi. “Nine police report, no action: IGP wants answers”. Apa IGP wants answers? “Inspector-General of Police, Tan Sri Musa Hassan yesterday vowed to ensure a thorough investigation into the allegation of forgery against a Malaysian Everest climber”…. [Merujuk keratan akhbar]. Dan di sini ialah mSTAR Online. “Kerabat di raja di siasat kes pukul kekasih. Seorang anggota di Raja sedang disiasat berhubung dengan dakwaan menyerang seorang gadis baru-baru ini. Wanita itu yang cuba membuat aduan polis di sebuah negeri, ialah Johor, terpaksa membuat laporan kes tersebut ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan, Bukit Aman selepas tidak ada balai sanggup menerima aduannya”. Sampai boleh berlaku tidak ada satu balai polis di Johor yang berani dan rela menerima aduan ini. Kemudian seorang kawan gadis itu dalam pasukan polis narkotik, satu minggu di transfer ke Sarawak. Apakah yang berlaku? Adakah Yang Berhormat tahu mengenai hal ini yang disiarkan di mSTAR Online dan blog-blog? Adakah satu penjelasan yang boleh di buat di sini? Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?
Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Yang Berhormat, mengenai perkara itu saya akan rujuklah nanti, dan saya pun tidak dapat tahu sama ada benda itu kalau…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat perkara ini bukan baru lagilah.
Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Let me talk lah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sudah lama. Okey, sudah 10 hari, saya akan beri kepada Yang Berhormat untuk tindakan selanjutnya. Harap adalah jawapan selepas itu.
Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Okey, Yang Berhormat bagi pada saya, supaya saya lihat apa tindakan yang akan diambil. Sepatutnya mereka mengambil tindakan, jadi saya haraplah pada pihak ...
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]
Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Yang Berhormat duduklah.... Supaya kita...
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ada di blog-blog. Saya beritahulah blog-blog.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Itu saya punya fahamlah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ‘Fathi Aris’ semua ada.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan.
Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Duduklah. Sudah cukup,cukup. Tuan Yang di-Pertua, yang Berhormat bagi Kinabatangan juga meminta memantau aktiviti tahanan-tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam yang dibawa masuk...
>>> Teks lengkap hansard boleh dilihat di sini [format PDF]. Isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang kali ini menyentuh kegagalan polis menerima laporan seorang gadis yang didakwa mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Johor.

Tuesday, April 17, 2007
Sewaktu agama kehilangan akal
NOTA: Untuk memudahkan bacaan pengunjung blog ini, esei berikut dikemaskini sebagai edisi bahasa Malaysia, edisi asal boleh dilihat di Ummah Online.
Dilema umat Islam sering merupakan persoalan di antara dua sisi ekstrem: akal dan emosi, ruang awam dan ruang peribadi, rasionaliti dan wahyu, kebebasan dan kekangan, ke depan (sezaman) dan ke belakang (tradisi), ulama dan bukan ulama, dunia dan akhirat, ummah (sesama umat Islam) dan manusia (dengan manusia bukan Islam).
Pertentangan, binary opposition, ini menyulitkan kita menerima nuansa, spektrum atau kekelabuan sebagai realiti pengalaman beragama itu sendiri. Sering kita cenderung mengambil satu ekstrem saja. Dilema inilah yang tidak terpecahkan. Malah sebarang langkah ke arah memecahkan persoalan ini sering dihambat pertentangan dan penolakan dari dalam tubuh umat Islam sendiri.
Entah di mana celakanya, persoalan ini pula yang enggan dimengertikan oleh kaum terpelajar Muslim, khususnya yang sudah dipengaruhi dogma-dogma fundamentalisme agama. Pemerintah kita masing-masing hanya membesarkan kepentingan elit mereka saja. Sementara pemikir reformis atau progresif sering bergelut dalam kekaburan sisi-sisi ekstrem ini yang menjadikan mereka sulit dimengertikan dan, akibatnya, cenderung diabaikan (oleh massa). Hidup ini, mungkin, lebih mudah jika kita memilih ekstrem!
Agama kemudian hanya sekadar carut-marut niat, declaration of intent, slogan-slogan atau janji-janji manis untuk berbuat baik kepada sesama manusia tapi dangkal sekali agenda atau program kemaslahatan manusiawinya. Seolah-olah wujud tenaga yang besar tetapi terkepung dan tidak terluahkan. ‘Islam progresif’, di sisi saya, harus melihat gambaran besar ini dan cuba mengguna pakai wacana-wacana pemecahan yang kreatif, emancipatory dan kritis.
Islam itu untuk maslahat manusia, bukan untuk Tuhan. Islam itu ada janjinya kepada manusia, rahmatan lil ‘alamin, tetapi janji ini belum ditunaikan (kalau tidak mahu menyebut ‘dimungkiri’). Umat Islam sering berbicara tentang isu-isu agama seolah-olah mereka tidak hidup dan berinteraksi dengan orang lain. Seolah-olah dampaknya tidak membabitkan orang lain atau mereka ini tidak akan memberikan dampaknya kepada umat Islam.
Jika di Malaysia, Islam itu (walau membabitkan dasar awam) mahu dibicarakan sesama umat Islam saja, atau lebih buruk lagi sesama ulama. Islam sering menjadi medan eksklusif ulama – konon autoriti agama itu dicampakkan kepada segolongan kecil manusia dari dewa langit!
Kita belum belajar menghargai manusia lain atau golongan bukan ulama. Kita belum tahu berwacana secara awam tentang hal-ehwal agama kerana kononnya wahyu itu sentiasa kekal, tidak berubah-ubah lagi, sepatah demi sepatah di dalam al-Quran. Campur tangan manusia atas tafsir, kecuali monopoli ulama, tidak diizinkan.
Seolah-olah enakmen hudud (yang pernah disarankan oleh PAS) diambil 100 persen dari kitab suci itu, tanpa tafsir atau rumus manusiawi sedikit pun! Mempertikaikan enakmen ini sama berdosa dengan menolak al-Quran. Tafsir tiba-tiba menjadi taboo, akal sewenang-wenang dikhabarkan tunduk di bawah tapak kaki gergasi wahyu.
Sesiapa yang cuba berwacana rasional, khususnya meminjam teori atau paradigma ilmu sosial kontemporari (misalnya ‘Islam progresif’, ‘Islam liberal’, ‘Islam kiri’ atau ‘Islam sivil’), dicurigai ‘separuh benar’, ‘separuh Islam’ atau, lebih buruk lagi, ‘barua Barat’!
Di negara kami, inilah dilema paling besar – dilema merumuskan kedudukan akal dengan wahyu dan tradisi agama. Isu ini paling pusat dalam keseluruhan wacana agama. Isu ini menjadi cukup bermasalah apabila politik turut campur tangan. Apatah lagi politik itu, baik agama atau sekular, tidak pernah demokratik. Perseteruannya tajam, dan ada waktu-waktunya keji dan tanpa etika. Sementara perlawanan mencabar keadaan tidak demokratik itu pula lemah atau tidak tekal.
Ya, sebetulnya, dilema Malaysia itu bukan kes terpencil. Malah, di negara-negara Muslim yang lain, termasuk di Indonesia, hal yang seumpama ini masih berjalan.
Bagi mengelak kebingungan arus moderniti dan urbanisme, tidak sedikit kaum terpelajar kita (kelas menengah Muslim) melarikan diri ke dalam ruang peribadi – agama sekadar upacara menjinakkan jiwa. Sebahagian gejala ini asalnya pengalaman tradisi beragama. Persoalan dunia dilihat dari perspektif bukan agama atau disederhanakan saja.
Upaya untuk mengolah akal bagi mendepani dunia kontemporari (dunia moderniti dengan pasca-modernitinya, dunia tempatan dengan pensejagatannya), terhambat.
Sementara kaum fundamentalisme agama pula memang ingin menegakkan Islam di ruang awam (dasar bernegara) tetapi sering pula menyederhanakan persoalan-persoalan agama. Negara bagi mereka hanyalah lembar-lembar fotokopi al-Quran, hadis, ijmak dan qias ulama! Begitulah proses menyederhanakan agama sehingga sesiapa yang berfikiran luas akan cenderung ketawa, atau kecewa, dengan lawak agama ini.
Tetapi mereka benar-benar serius dan pengaruh mereka besar sekali. Jangan cuba mentertawakan hal ini, nanti anda terkena label ‘murtad’.
(ii)
Saya sengaja menjadikan Malaysia sebagai satu kes untuk direnung kita bersama kerana, konon khabarnya di Indonesia, negara ini (Malaysia) dipandang ‘tinggi’, dari beberapa sisi, dalam kemajuan Islam, pembangunan ekonomi, hubungan antara kaum dan kejamakan budaya, pendidikan universiti, kestabilan politik dan teknologi.
Pengalaman kami di Malaysia menjelaskan bahawa situasi negara yang tidak demokratik telah merosakkan faham agama. Islam menjadi korban dunia tidak demokratik. Dunia politik seperti negara kami mematikan akal kritis warganya, menyuburkan konservatisme dan feudalisme, menolak perbahasan terbuka dan kejamakan tafsir, dan melemahkan keghairahan mengkaji teori-teori baru (dari luar). Pendek kata, apa saja hegemoni bakal menemui lembah subur di sini.
Tidak pernah ada Nurcholish Madjid (Cak Nur) atau Abdur Rahman Wahid (Gus Dur) di negara kami – pemikir isu-isu kontemporari dari cabang pendidikan tradisi agama (di sini, kami menyebutnya ‘ulama’) – yang mendapat dukungan meluas.
Semua pemikir yang kritis tentang agama (khususnya aliran fundamentalisme) datangnya daripada pendidikan bukan agama seperti Zainah Anwar, Farish A Noor (kecuali Astora Jabat -- ed.) dan sejumlah tokoh lagi. Mereka bergerak sebagai individu atau dalam NGO kecil yang berpangkalan kehidupan kota dan kelas menengah.
Jadi, wacana-wacana alternatif dan progresif tidak pernah mengakar di umbi masyarakat Islam. Pluralisme tafsir agama baru saja berkembang, berbanding di Indonesia yang sudah beberapa dekad dibicarakan orang.
Pembirokrasian Islam di tangan negara juga ada dampak buruknya. Tangan-tangan tidak demokratik negara mengawal agama dengan penuh rasa cemburu. Dalam persaingan politik dengan parti Islam, pemerintah mengawal dengan ketat jabatan-jabatan agama dan tafsir Islam. Sering muncul dua versi agama, satu milik pemerintah, satu lagi milik parti pembangkang. Media, kampus dan panggung seni turut dikawal – jauh lebih halus dan berdampak buruk daripada zaman Orde Baru. Bukan saja pemerintah, pembangkang juga mengawal media, kampus dan panggung seni bersesuaian dengan tingkat kuasa masing-masing.
PAS, sebagai sebuah parti tradisi yang berpengalaman luas, berjaya menerobos hegemoni pemerintah. Parti ini pada 1982 (hingga kini) diresapi kaum fundamentalis, sesuai dengan arus kebangkitan Islam di serata dunia. Mereka menguasai kampus dan anak muda. Jabatan agama juga berjaya disusupi anasir-anasir PAS.
Dalam persaingan yang semakin sengit dengan parti Islam, pemerintah Malaysia juga akhirnya mahu dikenali ‘pejuang Islam’. Dulu, sewaktu Anwar Ibrahim berada dalam parti pemerintah, dasar ‘penerapan nilai-nilai Islam’ diperkenalkan sejak awal 1980-an. Kini, selepas Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Anwar tidak ada lagi, perdana menteri baru memperkenalkan ‘Islam Hadhari’, mulai 2004, sebagai sebuah versi agama tanpa kebebasan dan demokrasi – atau, ‘kebebasan’ dan ‘demokrasi’ menurut faham negara.
Di sini, ‘negara Islam’ bukan saja seruan parti oposisi tetapi juga parti pemerintah. Agama tidak boleh dipisahkan daripada politik (walau partai pemerintah itu sekular-pragmatis orientasinya) seperti agama tidak boleh dipisahkan daripada kaum (Melayu). Sementara politik negara pula bermakna hegemoni politik Melayu (dari Semenanjung) ke atas kaum-kaum lain – Cina, India dan suku kaum di Sabah dan Sarawak – dalam wacana politik perkauman.
Jadi, wajah-wajah popular Islam di Malaysia sentiasa bermakna ‘Islam negara’ dan ‘Islam pembangkang’ (baca: fundamentalisme), dan kadang-kadang ‘Islam perkauman’ atau ‘Islam fasis’, tetapi tidak pernah ‘Islam progresif’.
Walau kedengarannya dua nama berbeza, ‘Islam negara’ dan ‘Islam pembangkang’ pada akhirnya memiliki satu tubuh saja: anti-akal, anti-debat, anti-kebebasan, anti-pluralisme, atau ringkasnya anti-demokrasi.
Perlawanan daripada pemikir-pemikir independen terhadap hegemoni negara, dan lain-lain kelompok dominan, hampir-hampir tidak ada atau tidak tekal. Kerana masyarakat sivil dan institusi demokrasi telah berjaya dilumpuhkan secara sistematik di bawah pentadbiran Dr Mahathir, sewaktu ‘penerapan nilai-nilai Islam’ berkembang.
Berbeza dari Indonesia, di negara kami kata ‘independen’ atau ‘mandiri’ itu masih lagi asing sebab semua orang cenderung memihak, kalau tidak kepada pemerintah, pastilah kepada pembangkang. Atau, berdiam diri.
Di Indonesia, sentiasa muncul tokoh dan gerakan (walau kecil atau tersembunyi) yang cuba mandiri (menjaga jarak) daripada negara. Di Malaysia, seseorang dipaksakan (oleh arus popular) memihak kepada kumpulan dominan untuk mendapat tempat (kedudukan), suara dan pengaruh. Akhirnya individu yang progresif atau kritis tunduk kepada hegemoni-hegemoni tertentu yang sudah tidak demokratik.
Maka, sesiapa yang cuba melihat persoalan politik atau Islam dari perspektif yang luas, mengkritik pembangkang dan pemerintah dalam sebuah artikel yang sama, pasti tidak akan disenangi dari segenap penjuru! ‘Konspirasi’ seperti ini buat masa sekarang menjadi kepastian hidup di Malaysia – ruang ‘mandiri’ hanya satu, itu pun di alam siber, misalnya Malaysiakini.com.
Di akhbar web inilah, sejak tahun 2000, kita bisa melihat keghairahan orang Malaysia berwacana dengan lebih bebas, jujur dan jamak dalam semua bidang kehidupan. Akhbar web ini seolah-olah ‘penyelamat’ dari alam ghaib, makhluk dari planet asing, manna wa salwa bagi mereka yang kelaparan kejamakan, kecerdasan dan pemikiran progresif.
Pelbagai kaum, kelas sosial, pendidikan, aliran berfikir dan pendukung politik (termasuk pemerintah) muncul di sini. Tetapi kualiti diskusi belum terjamin tinggi. Malah, cenderung pula dangkal dan sempit.
Kedangkalan dan kesempitan wacana ini kerana mereka dipengaruhi struktur kuasa dan budaya masyarakat yang konservatif itu. Ertinya, walau kita berjaya mendirikan media yang bebas tetapi jika budaya masyarakatnya masih konservatif, maka tidak ada ertinya ‘kebebasan media’ itu!
Sama situasi di Indonesia saat ini – pembaca dan masyarakat tidak cenderung menggunakan hak jawab dan hak membetulkan (ralat), sebaliknya mereka lebih suka membawa media dan wartawan ke mahkamah. Media belum dimanfaatkan secara jujur dan sungguh-sungguh oleh warga sebagai peserta (participant) ruang awam.
Namun, setidak-tidaknya Malaysiakini.com boleh menjadi cermin bagi merenung wajah ‘jujur’ dan ‘asli’ Malaysia walau tidak dinafikan rata-rata pengunjung (pembaca) tapak web ini dari kelas menengah kota, khususnya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Di luar laman web ini, ada lagi wajah-wajah lain Malaysia.
Gambaran ini sangat penting disampaikan dengan harapan pembaca Indonesia dapat berlaku adil ketika melihat Islam dan hubungannya dengan politik di Malaysia. Ertinya, bukan hanya agama itu buruk, sedangkan hal-hal lain (di Malaysia) itu sudah baik. Agama hanya satu daripada beberapa keburukan atau kelemahan di Malaysia.
Aktivis agama itu tidak lebih buruk, tidak lebih baik, daripada profesional, penduduk kota atau masyarakat kelas menengah kami (Melayu atau bukan, Muslim atau tidak). Malah, mereka saling mempengaruhi (bertukar-tukar) keburukan, mediocrity, akibat situasi demokrasi yang terbatas. Pendek kata, keadaan negara yang tidak demokratik telah merosakkan banyak perkara, tidak terkecuali faham agama.
(iii)
Dalam masyarakat Melayu (semuanya harus Islam seperti telah didefinisikan oleh perlembagaan), arus konservatisme semakin menebal sejak tahun-tahun mutakhir. Dalam buku saya, Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi (2005), hampir semua bidang kehidupan – seni, politik, agama, kampus, aktivisme pro-demokrasi, pemikiran dan media – dan kelompok (khususnya Melayu dan Islam) telah dikenal pasti menyimpan dampak-dampak buruk tidak demokratiknya negara. Di sini membiak authoritarian personality – peribadi autoritarian.
Konservatisme itu tetap berjalan bersama tingkat pendidikan tinggi, termasuk dari universiti-universiti Barat, dan kemajuan ekonomi (khususnya sebelum krisis kewangan 1997).
Konservatisme itu lebih deras terasa apabila wujud kekangan politik negara, khususnya pasca krisis 1998, dan berkembangnya arus fundamentalisme agama.
Pada pertengahan dekad 1990-an, ketika ekonomi memacu laju dan pemerintah memperolehi suara besar dalam pilihan raya umum 1995, ada semacam era ‘keterbukaan’ di Malaysia. Beberapa pemikir kritis dan aktivis NGO (lembaga swadaya masyarakat) diundang bersuara, termasuk di televisyen, media (seperti akhbar dan radio) yang dikuasai sepenuhnya oleh pemerintah atau kroni pemimpin negara.
‘Keterbukaan’ ini yang mendorong Anwar Ibrahim, waktu itu timbalan perdana menteri, menganjurkan wacana ‘masyarakat madani’, sesuai dengan berkembanganya tema civil society di dunia antarabangsa.
Tetapi persoalan hak asasi manusia tidak pula dipandang serius waktu itu, malah Malaysia antara negara yang paling tinggi suaranya menggesa nilai-nilai hak asasi manusia itu dikaji kembali, kerana kononnya idea-idea itu datang dari Barat dan tidak sesuai diterapkan di negara-negara bukan Barat. Malaysia juga, bersama Singapura, yang merumuskan ‘nilai-nilai Asia’ dan menolak tuntutan Barat yang mahu isu-isu ekonomi antarabangsa diperhitungkan bersama soal-soal pemusnahan ekologi atau pelanggaran hak asasi manusia.
‘Keterbukaan’ yang datang bersama kemajuan ekonomi negara ini bagaimanapun berlaku setelah pemerintah berjaya melemahkan masyarakat sivil dan institusi demokrasi (misal, sistem kehakiman) pada dekad sebelumnya. Krisis politik 1987 turut memburukkan demokrasi tetapi memberi keuntungan kepada aliran fundamentalisme agama yang didukung oleh parti pembangkang PAS, khusus sewaktu pilihan raya umum 1990 – menjadikannya ‘percaya diri’ luar biasa kerana berjaya menarik dukungan lebih besar massa Melayu (yang kecewa dengan UMNO yang sedang mengalami perpecahan).
Dari sini, konservatisme Melayu perlahan-lahan muncul walau ekonomi sedang meningkat. Kemajuan ekonomi itu malah melahirkan kesedaran agama di kota, sejenis ‘sufisme kota’ seperti komentar profesor Komaruddin Hidayat. Perkembangan ini tidak jauh bezanya sewaktu pilihan raya umum 1999, apabila sekali lagi parti pembangkang ini mendapat pengaruh yang luar biasa besar – akibat krisis politik 1998 (kes pemecatan Anwar Ibrahim) yang memburukkan demokrasi. Orang Melayu yang kecewa pada UMNO lari lagi kepada PAS.
PAS diam-diam menjadi ‘tulang belakang’ Gerakan Reformasi Anwar – kebetulan, presiden parti ini Fadzil Noor (almarhum) teman dekatnya Anwar. Walau di kota slogan Gerakan Reformasi, yang turut disertai aktivis-aktivis hak asasi dan gerakan pro-demokrasi, kedengaran ‘progresif’ tetapi di desa-desa yang menjadi pangkalan parti pembangkang ini, agama tetap juga dalam faham fundamentalisme dan konservatisme.
Slogan gerakan pendukung Anwar ini memang bunyinya ‘reformasi’, ‘politik baru’, ‘keadilan’, ‘Malaysia yang adil’ dan ‘alternatif’ tetapi, sesuai pula dengan budaya politik Malaysia, sekadar promosi di kulit saja. Kandungannya, tiada yang benar-benar ‘reformasi’, ‘baru’ atau ‘alternatif’. Di bawah retorikanya dan di dalam gerakan ini, semuanya konservatisme. Idea-idea progresif sulit tumbuh dan tidak diberikan perhatian: oleh pemimpin politik, aktivis dan pengikut akar umbi.
Tulisan-tulisan dan idea-idea progresif tidak berkembang, tidak berjaya difahami dan dituturkan, termasuklah di kalangan aktivis muda dan pemimpin mahasiswa (kelompok ini telah lama bergabung sebagai sayap parti pembangkang atau NGO Islam, seperti juga gejala di Indonesia). Cara mereka menganalisa atau merumus konflik politik itu masih lagi permukaan dan lama.
Oleh itu, penulis-penulis seperti Farish A Noor dan saya (sekadar dua contoh) sering mengalami dilema ini. Sewaktu kami berdua menggesa gejala ini (kelemahan wacana dan pemikiran dalam Gerakan Reformasi) diperbaiki segera demi kemajuan demokrasi, halangan itu mendadak datang dari pemikir dan aktivis kanan gerakan ini sendiri – malah, kami dituduh ‘orang asing’ yang tidak pernah beriltizam pada perjuangan perubahan (sesuatu yang, pastilah, tidak benar).
(iv)
‘Islam progresif’, jika kita memakai takrif Omid Safi, memang menarik dan relevan dengan wacana umat Islam sekarang – setidak-tidaknya ia boleh menjadi ‘pengimbang’ kepada wacana-wacana ‘Islam liberal’ yang berorientasikan pasar dan semangat liberalisme.
(Nota: kata ‘Islam liberal’ di sini bermaksud umum saja, tidak merujuk kepada atau tanpa sebarang hubungan dengan Jaringan Islam Liberal)
Namun, masalah pokok di negara kami, kedua-dua kata ini ‘Islam progresif’ atau ‘Islam liberal’ tidak diterima oleh aliran konservatif. Wacana popular dan berunsur politik beberapa bulan kebelakangan semuanya menyatakan penolakan (keras?) terhadap sebarang kata yang ditambah selepas kata ‘Islam’.
Asalnya, kelompok Islam – khususnya parti Islam PAS – tidak senang dengan kata ‘Islam hadhari’ yang dimunculkan oleh UMNO menjelang pilihan raya umum Mac 2004. Saya berada di masjid Rusila, sewaktu presiden PAS menyampaikan kritikannya terhadap konsepsi ‘Islam hadhari’ UMNO – kini wacana parti Islam ini sudah dijadikan sebuah buku.
Awal tahun ini (2005), selepas muncul kontroversi besar ‘anti-kawalan moral’ sebagai susulan memorandum daripada organisasi-organisasi dan aktivis-aktivis pro-kebebasan individu, kelompok agama konservatif membakar emosi orang ramai dengan mendakwa ‘Islam liberal’ itu mengancam ‘akidah’ umat Islam.
Dengan maksud, semua kata baru di belakang ‘Islam’ seperti ‘Islam emansipatori’, ‘Islam pasca-tradisionalis’, ‘Islam kiri’, ‘Islam substantif’, ‘Islam kultural’ atau ‘Islam sivil’ dianggap semuanya itu – di negara kami – ‘Islam liberal’. Kata ‘Islam progresif’ tidak terkecuali dirangkumkan sekali dalam daftar wacana yang terlarang di sisi faham agama mereka, kaum konservatif dan tradisionalis, sama ada parti pembangkang, NGO Islam atau pemerintah sendiri!
Saya melihat dilema besar di Malaysia. Dinding nalar sedang didirikan di negara kami seolah-olah sebuah dinding tinggi yang memisahkan orang-orang Palestin dan Yahudi di Israel. Dulu, sewaktu Perang Dingin, ada ‘tembok Berlin’ untuk memisahkan dunia kapitalisme-liberalisme-demokrasi dengan komunisme tetapi kini di Malaysia ada tembok Islam konservatif-fundamentalis dengan Islam liberal (seperti yang mereka fikirkan begitu).
Dinding nalar ini memang mujarad (abstract) tetapi perseteruannya tidak kurang tajamnya seumpama aantara orang Palestin dengan regim Israel (pada sisi dan sikap kaum konservatif).
Rasa kebencian dan kekagetan awam dibesar-besarkan sehingga orang ramai dan umat Islam umumnya kebingungan apakah sebenarnya isu-isu dasar yang harus mereka perhalusi dan fikirkan. Masyarakat disuap dengan propaganda sebelah pihak, dangkal dan rencatan pengetahuan.
Halangan seumpama ini saya ceritakan di sini sebagai satu kes untuk diteliti lanjut – apakah ada harapan kita memajukan ‘Islam progresif’ di negara-negara umat Islam sekarang? Apakah orang Islam nampak bahawa wacana-wacana ‘Islam progresif’ itu ada sisi-sisi penting, relevan dan harus mereka berikan fokus utama (lagi-lagi seperti tafsir Omid Safi)?
Keragu-raguan saya ini bukanlah baru, bukan semata-mata kerana didorong beberapa peristiwa politik dan kontroversi agama di Malaysia akhir-akhir ini. Sebagai aktivis mahasiswa Islam, kira-kira 10 tahun sejak pertengahan 1980-an, dan kemudiannya menulis artikel-artikel kritis terhadap mereka, mulai awal 1990-an, saya rasakan sendiri betapa kecilnya dunia wacana umat Islam umumnya.
Betapa sikap penolakan mereka itu didasarkan pada kejahilan, kedangkalan dan buruk sangka yang salah. Kritik dan kecaman mereka pada kata ‘Islam liberal’ saat ini membuktikan segala-galanya.
Namun begitu, Dr Syafii Anwar, pengarah International Center for Islam and Pluralism (ICIP), melihat di sebaliknya – dia melihat sisi-sisi terangnya. Mungkin kerana ada jalur-jalur harapan di Indonesia, berbanding di Malaysia, jadi penulis seperti saya cenderung melihat dunia (masa depan?) yang lebih murung itu. Keragu-raguan saya itu disebabkan oleh sejumlah faktor di negara kami berbanding di Indonesia.
Di Indonesia, kata Dr Syafii, beberapa organisasi massa (ormas) Islam yang paling besar seperti Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah senang dengan wacana agama yang lebih moderat dan progresif. (Nota: Walau persidangan NU akhir tahun lalu, 2004, memberikan isyarat yang berbeza).
Tetapi di Malaysia, tidak ada ormas seumpama NU atau Muhammadiyah. Malah, tidak ada tokoh seumpama Cak Nur, Gus Dur atau, malah, Ulil Abshar-Abdalla!
Jadi, sebagai rumusannya, saya ingin jelaskan bahawa wacana ‘Islam progresif’ haruslah menyedari latar penerimaan masyarakat setempat. Ia tidak boleh terlalu gairah dengan idealisme dan kata-kata ilmiah yang akhirnya mencipta jurang antara pemikir Islam progresif dengan umat Islam yang rata-ratanya kurang berfikir, kurang mengkaji dan cenderung konservatif.
Sebenarnya umat Islam kehilangan konteks antara dirinya dengan dunia yang berubah. Jadi, apabila mereka mendengar kata ‘Islam progresif’, mereka tidak nampak di mana ‘konteks’ atau kerelevanan wacana agama ini dengan kehidupan dan masa depan mereka. Umat Islam faham apa makna al-Qur’an, hadis, syurga, neraka dan ulama! Umat Islam nampak konteks ini semua – al-Qur’an, hadis, syurga, neraka dan ulama – dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Lingkungan politik yang tidak demokratik ini (bukan hanya di Malaysia, tetapi di banyak negara Islam) memburukkan lagi usaha membuka wacana baru tentang agama dalam konteksnya yang lebih luas dan jamak.
Dari analisa saya, budaya tidak demokratik di Malaysia telah merosakkan semua orang: bukan hanya pemerintah, tetapi juga pembangkang, aktivis NGO, seniman, mahasiswa, cendekiawan, ahli akademik dan agamawan terjerembap di bawah situasi tidak demokratik negara.
Jadi (saranan saya), tidak perlulah kita saling menyalahkan, kita harus sama-sama bertanggungjawab membangunkan budaya demokrasi, membuka ruang awam (public sphere) untuk isu-isu agama dan bukan agama kerana dari sini saja kita saling belajar memprogresifkan nilai hidup dan perspektif.
Pesan saya, rakyat Malaysia harus memberdayakan masyarakat sivil, melazimkan massa berinteraksi idea, berwacana secara tenang tetapi kritis-rasional walau majmuk sekali kepentingan dan perspektif masing-masing, bertolak ansur pada nilai-nilai berbeza dan tidak cuai menyoal siasat golongan berkuasa (atau kelompok dominan).
Bagi saya, ‘projek pencerahan’ Islam bukan lagi ‘belum selesai’ (unfinished project, kata Jurgen Habermas) tetapi baru saja bermula. Untungnya, pendidikan tinggi dan tingkat celik huruf semakin membaik jika dibandingkan sewaktu merdeka pada 1957.
Tetapi, dalam situasi tidak demokratik, pendidikan mudah menjadi alat hegemoni negara. Ibarat pesan Louis Althusser, dalam eseinya yang terkenal, Ideology and Ideological State Apparatuses: Notes toward an Investigation, hati-hati pada pendidikan! Sekarang media massa -- dan juga globalisasi budaya pop dan konsumerisme -- berlumba-lumba masuk ke rumah umat Islam – sejenis usaha ‘membius’ fikiran masyarakat dunia, Islam atau bukan Islam.
Ertinya, Islam progresif itu bukan hanya berdepan dengan kuasa-kuasa setempat tetapi seluruh kuasa sejagat yang cuba melemahkan akal manusia – yang mahu menjadi individu sebagai subjek yang ditaklukkan.
Pendidikan agama – usaha baru di kalangan aktivis aliran fundamentalis – sejak awal 1980-an belum menampakkan hasil ‘positif’ untuk mereformasikan agama, sebaliknya sekadar mengawal generasi muda mereka daripada dipengaruhi cara berfikir negara. Gejala ini sama sahaja kritik W. S. Rendra dalam bukunya Penyair dan Kritik Sosial – tentang kelemahan generasi muda di bawah kawalan dan kekangan generasi tua yang berkuasa.
Memang banyak isu agama dan bukan agama dalam senarai panjang agenda perubahan di Malaysia. Tetapi ia akan bermula dari sini: pembebasan akal dan alam fikiran daripada hegemoni-hegemoni negara, agama, modal dan tradisi feudalisme Melayu. Pembebasan ini pembebasan akal daripada mitos-mitos kata, bahasa, wacana dan komunikasi, kata Roland Barthes dalam Mythologies. Pembebasan ini pula hanya boleh dilaksanakan dengan baik jika ada media massa yang berkesan dan NGO yang aktif.
Penyertaan generasi muda, profesional dan intelektual Malaysia dalam proses reformasi pemikiran – saya kira – sangat tergantung pada sejauh mana menarik atau tidaknya wacana yang kita tawarkan, dalam pelbagai bidang, kepada mereka. Buat masa sekarang, wacana ini ‘harus ditawarkan’, bukannya mereka yang ‘harus mencari’!
Jika kita dapat memecahkan persoalan-persoalan semasa yang dekat dengan kepentingan mereka – seperti dinyatakan di awal artikel ini – dan wujud pula kesedaran kolektif akan perlunya langkah-langkah pemecahan itu, maka ‘Islam progresif’ mempunyai masa depan yang cerah.
Sumber:
Barthes, Roland (1972) Mythologies, New York: Hill and Wang
Omid Safi (2003) ‘What is progressive Islam’, ISIM Newsletter 13, Desember
Syafii Anwar (2004) Progressive Thought is not Socialized, situs web Jaringan Islam Liberal (JIL), 30 Augustus
Nota: Catatan ini dijadikan sebagai kata Pengantar Pendamping bagi buku (terjemahan Indonesia) Dr Farish A. Noor, Islam Progresif: Peluang, Tantangan, dan Masa Depannya di Asia Tenggara. Saya sedang menyiapkan catatan lanjut tentang persoalan ini 'Islam progresif' untuk satu lagi projek penulisan buku, jika tidak ada aral melintang.

Wednesday, April 11, 2007
Lina Joy
Justice delayed, justice denied -- kata orang, atau kata Ketua Hakim.
Anda mahu percaya atau tidak kenyataan terbaru Ketua Hakim Negara? Kalau saya, saya memang ragu-ragu...
Dulu, ketua hakim cakap keputusan akan disampaikan tidak lama lagi. Tarikh laporan beritanya pada 5 Julai 2006. Baca di sini Kes Lina Joy: Mahkamah akan beri keputusan secepat mungkin.
Hari ini ketua hakim berkata lagi: "Akan datang dan secepat mungkin daripada tidak lama lagi". Baca di sini pula Ketua Hakim: Kes Lina Joy diumum tak lama lagi.
Dulu juga, dia pernah cakap Hakim tak gesa-gesa putuskan kes Lina Joy (23 Ogos).
Kalau cakap hakim pun macam "janji orang politik", alamat susahlah kita ....
Sebab itu (mungkin!) Bernama hari ini menyebut satu ayat yang agak sinis: Ahmad Fairuz sudah tentu merujuk kepada frasa yang selalu didengar "tidak lama lagi" dan "akan datang" yang digunakan oleh industri sinema.

Saturday, April 07, 2007
Kerabat II
UPDATES: Rocky's Bru, melalui satu maklumat yang ditinggalkan di kaki coretan blognya, menulis bahawa laporan polis terhadap Putera Raja Johor itu telah ditarik balik.
Tetapi status berita itu belum jelas kerana pemberi maklumat itu tidak jelas. Boleh jadi betul ditarik balik, boleh jadi tidak. Sesiapa sahaja boleh menulis seumpama itu di kaki coretan mana-mana blog.
Susan Loone juga mengulas perkembangan tersebut.
[ii]
Isu kerabat yang memukul seorang gadis, dilaporkan kekasihnya sendiri, akhirnya sampai kepada pengetahuan Timbalan Menteri Dalam Negeri -- demikian dicatatkan di blog Ketua Pembangkang Lim Kit Siang kelmarin (5 April).
Beberapa catatan blog, termasuk laporan asal di mStar Online, turut dikepilkan bersama laporan tersebut yang disampaikan kepada Datuk Johari Baharom pada 4 April.
Selain catatan blog ini, pendedahan Rocky's Bru dan Susan Loone disertakan bersama dalam isu "kenapa polis Johor tidak sanggup menerima laporan polis gadis itu, atau bapanya, dan menolaknya ke Bukit Aman?" Lihat catatan pemimpin utama DAP itu di sini: Blogs on no police station in Johore willing to accept report involving royalty.
Sedangkan, menurut Kit Siang, suruhanjaya penambahbaikan polis telah membuat cadangan agar semua laporan polis wajib diterima, dan tidak boleh ditolak.
Jadi, sekarang bagaimana, apakah polis akan bertindak terhadap laporan polis itu dan "campur tangan" tertentu sehingga laporan polis gagal dibuat di Johor?
Nota: Laporan mStar Online asalnya berita untuk terbitan Sunday Star seperti berikut:
Prince probed for assaulting woman friend
KUALA LUMPUR: A member of a royal family is being investigated for allegedly assaulting a woman recently.
Initial investigations showed that the woman, in her 20s, was beaten up after she supposedly two-timed the prince.
The woman, who claimed that she had earlier tried to lodge a police report in the state, was forced to report the matter to the Federal police headquarters in Bukit Aman as no one in the state wanted to accept her report.
It has also been learnt that a married narcotics police officer, supposedly involved with the woman, was transferred within 24 hours to Sarawak to carry out desk duties.
The prince has also lodged a police report.
Police have begun investigations into the case and are said to be in the process of recording statements from witnesses.
Kenapa sampai sekarang belum ada laporan susulan daripada akhbar-akhbar kita?

Blongong v4.0
Kecaman, kritikan dan kawalan terhadap blog dan penulis blog (walaupun mereka telah mendedahkan identiti sebenar mereka), menunjukkan "ketakutan" luar biasa kerajaan terhadap kemunculan teknologi baru yang pantas dan diminati ramai.
Mulai tahun lepas, serangan, kritikan dan langkah memperkecilkan blog berterusan dan semakin meningkat akhir-akhir ini. Saya dimaklumkan Majlis Tertinggi Umno pernah membincangkan isu blog.
Antara perkembangan terkini blog, sila baca:
Blog politik mesti didaftar: Zam (6 April)
Govt not out to censor bloggers, says Shaziman (April 6)
Lim: Penulis blog berhak tubuh persatuan (6 April)
Penulis blog tubuh 'pakatan nasional' (5 April)
Bloggers may have to register (April 5)
Gubal akta kawal penulis blog (29 Mac)
Akhbar digesa tidak petik sumber laman blog (20 Mac)
Tengku Adnan elak jawab kecaman blog wanita (12 Mac)
Rasuah RM5juta: Polis mahu bantuan penulis blog (5 Mac)
Jeff, Rocky lancar tabung bantu penulis blog (24 Jan)
PM: Kerajaan tidak tapis blog (24 Jan)
Perang blog kian 'panas' (25 Ogos 2006)
Kerajaan tewas dalam 'perang siber'? (3 Ogos 2006)
Apa lagi yang sedang menunggu blog dan penulis blog selepas ini... ???
>>> Bagi saya, ini semua budaya, gejala dan sikap blongong!

Wednesday, April 04, 2007
Pantun Pak Khalid
Pak Khalid menjual pantun jauh ke Gunung Besout:
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam semalam belumlah sembuh.
Kami jawab begini sahajalah:
Hujan di hulu belumlah teduh,
Arus terus ke Tanjung Pari;
Dendam semalam belumlah sembuh,
Keris terhunus sarungnya lari.
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam semalam belumlah sembuh.
Kami jawab begini sahajalah:
Hujan di hulu belumlah teduh,
Arus terus ke Tanjung Pari;
Dendam semalam belumlah sembuh,
Keris terhunus sarungnya lari.
Patahbalek v1
Terima kasih Lucia Lai kerana tertarik dengan buku kecil saya (sebenarnya tebal, dengan kertas yang cantik) Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi. Moga-moga Lucia, dan teman-teman pembaca boleh mengambil sedikit manfaat daripada buku tersebut (kalaulah ada!).
Dalam kata pengantarnya, saya ada menyentuh tentang kekalutan politik era Dr Mahathir Mohamad dan "reformasi" yang ingin dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi. Seakan-akan, saya rasa kini, analisa sepintas saya itu ada benarnya -- dan kini menjadi kenyataan.
Saat ini, kita belum lagi memperbaiki keburukan-keburukan yang pernah ditunjukkan oleh Dr Mahathir secara terang-terangan, sistematik dan berterusan. Oleh itu, negara ini masih menyimpan ‘time bomb’ untuk kemusnahan besar di masa depan.
Peralihan kepimpinan kepada Abdullah Ahmad Badawi tidak menggugat apa-apa yang buruk itu. Beliau hanya mampu tidak berlagak diktator walau kemudahan atau prasarana untuk itu terbentang luas.
Beliau juga bukan reformis yang nampak kejahatan silam untuk diperbaiki segera. Abdullah hanya menunggang peluang dan ruang yang ada.
Jika beliau serius mahu menanganinya (‘prasarana kediktatoran’ itu), apakah nilai dan budaya politik kita yang selesa dengan era kepemimpinan Dr Mahathir tidak menentangnya? Apakah gelagat-gelagat atau perspektif-perspektif kehidupan – yang tumbuh subur di bawah kediktatoran itu – mudah dibasmikan?
Kita pernah mendengar, tidak lama dulu, "the honeymoon is over" daripada corong pemerintah -- dan kita juga tahu kekangan semakin ketat, dan berleluasa kembali, sejak tempoh bulan madu itu tamat.
Rustam A Sani, sewaktu membentangkan pandangannya di hadapan barisan pemimpin PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan awal bulan lepas, mencatat begini:
Yang menariknya, kesan kekangan pemerintahan Mahathir itu tidak sekadar berlaku dalam Umno sahaja. Kesanya terhadap pemerintahan pada keseluruhannya – dan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan pemerintahan itu – amatlah jelas.
Tidak banyak dasar pemerintahan negara yang telah difikirkan semula, apa lagi dibatalkan, semata-mata kerana dasar-dasar tersebut dikritik oleh para cerdik pandai atau profesional – kalaupun masih ada cerdik pandai yang berani mengkritik kerajaan pada zaman itu. [....]
Oleh kerana itu, bila Mahathir mengakhiri zaman pemerintahannya beberapa tahun lalu, segala kebobrokan itu – malah pelbagai kebobrokan yang sudah terlembaga (institutionalised) dalam pemerintahannya itu – dengan tiba-tiba kelihatan seolah-olah sedang mengalami suasana politik dan kekuasaan yang baru.
PM baru, Abdullah Badawi, tampaknya memperlihatkan keinginan dan hasrat untuk melakukan sesuatu. Namun keinginannya itu tidak mencapai tahap yang cukup tinggi untuk dapat dianggap sebagai iltizam politik yang mantap.
Selama ini memang obsesi saya pada kekangan halus yang telah terinstitusi dalam birokrasi, masyarakat, termasuk di kalangan pembangkangnya akibat kediktatoran Dr Mahathir itu. Patah Balek sebagai renungan atas gejala Reformasi 1998, dalam semangat kata pengantarnya dan beberapa siri artikel tersebut, menyentuh kebimbangan ini -- walaupun mungkin tidak mendalam, panjang lebar dan berbobot.
Reformasi di kulit buku saya itu membawa maksud mendalam, jauh lebih mendalam daripada laungan di pinggir-pinggir jalan, kalaulah kaum reformis (sebagai mana mereka menggelar diri mereka sendiri) mengetahuinya!

Tuesday, April 03, 2007
Subashini
Saya pernah bertanya di sini, Adilkah?, apabila R. Subashini (seorang isteri Hindu) diminta mendapat hak perceraiannya daripada suami T. Saravanan yang telah masuk Islam di mahkamah syariah?
Dulu, sewaktu mereka mendirikan rumah tangga secara adat Hindu, mereka mengikat tali perkahwinan melalui peraturan sivil.
Tidak cukup dengan itu, suaminya juga telah menukarkan agama dua anak kecil mereka, seorang 3 dan seorang lagi 1 tahun, daripada Hindu kepada Islam.
Minggu lepas mahkamah memberikan izin sementara melarang suaminya mengislamkan seorang daripada anak mereka.
Mereka juga bergelut dalam isu hak penjagaan anak.
Hari ini Subashini membangkitkan 9 persoalan perundangan dalam kes ini -- akibat dualisme sistem sivil dan syariah, gara-gara pindaan 1988.
Pindaan ini secara nisbi menguatkan lagi posisi mahkamah syariah vis a vis sivil dan kemudiannya mencetuskan konflik ini yang disokong (atas bermacam-macam hujah -- termasuk yang berat sebelah dan tidak benar) oleh kumpulan-kumpulan Islam, sama ada partinya, NGO-nya, peguamnya dan juga orang-orang Islam yang jahil.
Hari ini juga Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menganjurkan upacara berdoa sepanjang minggu pertama bulan ini kerana kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan 13 Mac lepas.
>>> Lawati mStar Online untuk koleksi lengkap berita-berita ini ...

Subscribe to:
Posts (Atom)