Saturday, November 24, 2007

Pramoedya: Sejarah, Novel dan Politik Pembebasan

Forum Pramoedya: Sejarah, Novel dan Politik Pembebasan
Tarikh: 24 November 2007 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Pramoedya Ananta Toer (1925-2006), merupakan sasterawan Indonesia yang terkenal di mata dunia. Beliau telah menghasilkan lebih 50 karya dan diterjemahkan dalam 41 bahasa asing.

Beliau merupakan tokoh penulisan yang berhaluan kiri, karyanya menyampaikan pemikiran progresif yang menentang penjajahan dan pemerintahan zalim. Karyanya yang mendapat sambutan hebat termasuklah Bumi Manusia dan Anak Semua Bangsa, yang ditulisnya semasa dalam penahanan di Pulau Buru.

Pramoedya pernah ditahan selama tiga tahun pada zaman penjajah, setahun semasa pemerintahan “Orde Lama” Soekarno dan 14 tahun semasa pemerintahan “Orde Baru” Soeharto. Beliau ditahan selama 18 tahun secara total.

Beliau ditahan pada masa Orde Baru bersama ribuan orang atas tuduhan memihak kepada Partai Komunis Indonesia (PKI). “Had Pramoedya Ananta Toer been a Soviet dissident he would have received the Nobel Prize, but his status as a literary master is secure and, unlike some Latin American contemporaries, he remained unapologetic throughout his life.” - Tariq Ali


Ahli Panel:

Topik: Sejarah dalam Tangan Pramoedya: Revolusi belum selesai

Max Lane, seorang penulis, penyelidik dan penterjemah yang berasal dari Australia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 36 tahun bekerja di Indonesia, Singapura dan Filipina. Hasil kerja beliau terbaru adalah penterjemahan karya Pramoedya, Arok Dedes, ke dalam bahasa Inggeris, Arok of Java. Beliau juga banyak menulis tentang pergerakan masyarakat di Indonesia, termasuklah buku terbaru beliau, Bangsa Yang Belum Selesai: Indonesia Sebelum dan Sesudah Suharto.


Topik: Politik anti-perkauman Pramoedya

Sumit Mandal, penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

Anjuran: Parti Sosialis Malaysia (PSM) & Community Development Centre (CDC)
Masuk: Percuma

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat PSM (03) 22 74 77 91 atau Chon Kai 019 566 95 18

6 comments:

Anonymous said...

Tkasih dengan makluman Fathi. Gue akan ke sana.
Tak ikut gelombang kuning ka Sabtu lepas?

Anonymous said...

Salam sdra FAO,

Kebetulan, memiliki 4-5 buah buku beliau. Gemar dengan tulisan, bahasa dan idea beliau. Mungkin akan datang, kalau tiada aral di tengah jalan...

~jowopinter~

Anonymous said...

Che Nik, tidak ikut serta. Sedang bertugas.

JP, sila datang. Boleh berdiskusi. Saya mungkin jadi moderatornya, jika tiada aral melintang.

Anonymous said...

terima kasih sebab post maklumat ni...pertama kali saya terpikat dengan karya pak pram ketika membaca "gadis pantai"

Anonymous said...

Kawan2, marilah ramai2. Dengar dan berdiskusi. Tanya soalan yang menarik. Benarkan karya Pram ini sosialisme? Bukankah Bung Pram pernah menafikannya?

Anonymous said...

Paris,
Diskusi ni kat mana dan bila? Kapankah gue pergi? Ada minum dan makan free tak? Kenapa tak ikut Gelombang Kuning tmpohari? Banyak orang kampung turun....