Sejak tahun ini, dari berita-berita yang saya baca dari tanah seberang, sekatan-sekatan ceramah politik pembangkang, khususnya PAS, semakin menjadi-jadi.
Tindakan keras yang terbaru (26 Ogos) termasuklah terhadap beberapa pemimpin tinggi parti Islam ini, juga bekas pemimpin kerajaan negeri, di sebuah masjid di Batu Enam, Kuala Terengganu.
Foto ini (Abdul Hadi Awang sedang keperitan menahan gas pemedih mata) sudah bukti yang tidak menarik untuk dipandang, apatah lagi disebarkan.
Beliau ini mantan menteri besar, dan kini (sejak dulu) ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri, apakah rasa hormat seumpama ini sudah hilang?
Insiden ini mengingatkan saya pada kekerasan politik era 1980-an, di Lubuk Merbau dan Memali.
Namun nampaknya polis (pasti atas arahan orang politik) bertindak JAUH di luar batasannya. Saya mencadangkan kes-kes pencabulan ini dibawa ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga ke mahkamah.
PAS juga wajar mengirim nota bantahan yang keras kepada ketua polis negeri, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan juga Perdana Menteri.
Sikap-sikap kerajaan, atau jenteranya, tidak akan membina budaya politik yang sihat, akan melambatkan proses demokrasi berwacana (discursive democracy atau disebut juga deliberative democracy) dan malah akan membiakkan benih-benih radikalisme dan ekstremisme.
Saya juga mencadangkan isu larangan berceramah ini (sejak Julai 2001 ke?) harus ditangani dengan bijaksana dan serius.
Memang menjadi hak semua parti politik -- apatah lagi sebuah parti Melayu berpengaruh besar seperti PAS yang pernah mentadbir Terengganu -- untuk menyampaikan idea-idea politiknya kepada orang ramai, termasuk melalui Harakah (organ parti yang ditarik permitnya kepada dua kali sebulan daripada izin asal dua kali seminggu).
Apa pun alasan dan justifikasinya, tindakan ini sangat melampau!
Merdeka! Merdeka? Merdeka??
Foto Abdul Hadi di atas, asalnya di laman web Harakahdaily.net (30 Ogos), diambil dari ruangan forum Tranungkite.net (30 Ogos 2005). Foto kedua dari Harakahdaily.net (30 Ogos).
Wednesday, August 31, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Pundek polis! Tak reti basa ke?
Apa pengisisan sebenar untuk Hari Kemerdekaan?
Kemerdekaan berfikir?
Kemerdekaan bersuara?
atau apa?
Wah Mat Arau!
Pertanyaannya ringkas dan pendek tetapi jawapannya sukar dan panjang lebar.
Kebebasan apa? Kebebasan berfikir dan kemudian harus suarakan buah fikiran... bukankah inilah kerja Nabi-nabi?
Negara kitakan demokrasi ..
asal diorg sanggup buat camtu sehinggakan ********..
skrng nie susah nak dengar ceramah.
Apa erti kemerdekaan kalau ada golongan yg sanggup dengki (sesama Bangsa)??
pasai demokrasilah negara-NEGARA DEMOKRASI TAK AMAN!!!!U NAK AMANKAH KACAU BILAU,BILA KACAU ORANG MERANA DAN EKONOMI NIKUP, RAKYAT SUSUAH,anak-anak meracau.lagi bagui macam sekarang.
Hak asasi manusia?
Tidak ada parti, baik pemerintah atau pembangkang yang komited tentang itu sebenarnya. Saya percaya tahap dan pengertian hak asasi manusia bagi Pas pun tak lebih baiknya daripada Umno.
Suhakam pun kalah oleh undang-undang positif negara. Yes you have rights but it was swiftly curtailed by the constitution itself. And it was interepreted by the courts as such.
Looking at what Pas has done, was doing, is doing, and is going to do, I do not believe they have respect for human rights. So going to Suhakam when the gun was shot at them (when the same gun would be used by them when they are in power) is selfish and rudiculous act.
Human rights must be above politics. In Malaysia I again do not believe politicians and political parties, in government or otherwise, will subscibe to that. It will be but under their feet.
Salam kepada teman2 semua
Kepada Mile:
Bagaimana hak asasi mahu "above politics"? Kerana sejak ia muncul, dirumus, dipertahankan, dikempen dan diperjuangkan -- semuanya itu politik! Hak asasi manusia = faham politik ;) PAS tidak serius dan tidak jujur dengan hak asasi? Ya, saya cenderung bersetuju dengan Sdr. Tetapi layakkah kekerasan politik ini diabaikan (dipejamkan mata) begitu sahaja (misalnya oleh individu seperti Sdr atau saya)?
Kepada Anon:
Negara demokrasi tidak aman? Demokrasi yang sakit, demokrasi separuh hati! Lebih bagus zaman sekarang -- jika "lebih bagus". Kalau tidak lebih bagus pula, bagaimana? Mahu cari demokrasi (kemudiannya)?
Kepada Antzina:
Dengki sesama bangsa? Tidaklah, ... bukan dengki sesama bangsa. Saya fikir ungkapan "dengki sesama bangsa" tidak tepat menggambarkan hubungan Umno-PAS atau hubungan parti kerajaan dengan parti pembangkang. Soal ini soal suasana tidak demokratik
Post a Comment