Jika seseorang pemikir dipenjara, ideanya masih boleh mengalir. Tetapi jika bukunya dilarang dan ‘dipenjara’, bagaimana pula nasib idea di sesebuah masyarakat itu?

Lihat dua bulatan merah, di atas kunci mangga dan di bawah satu lagi kunci.
Foto ini, diambil pada 2001, menunjukkan sejumlah bahan bacaan yang ‘dipenjara’ di sebuah perpustakaan Jogjakarta, Indonesia.
Buku-buku ini dilarang sejak naiknya regim Orde Baru pada 1965-66, sejak larangan ke atas Partai Komunis Indonesia (PKI), sejak sejumlah cendekiawan dan ahli politik kiri (atau dianggap begitu) dibuang ke Pulau Buru, sejak pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat biasa yang tidak bersalah.
Buku-buku ini, dianggap ‘buku-buku kiri’, tidak boleh dibaca sampai saat ini, lapan tahun selepas Soeharto ditumbangkan pada Mei 1998.
Apa boleh buat, sejarah manusia naik dan berkembang bersama larangan – malah, pembakaran – buku-buku sejak kerajaan China (beratus-ratus tahun sebelum Masihi).
Kerajaan Eropah (Kristian) di zaman gelap Eropah dan konflik kefahaman agama wehdatul wujud antara Hamzah Fansuri dan Nuruddin ar-Raniri (di Sumatera) juga menyaksikan peristiwa pembakaran buku.
Mujurlah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak membakar buku-buku.
Jakim, melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), hanya mengharamkan buku baru-baru ini (20 April), misalnya karya Karen Armstrong dan Fatima Mernissi.
Fuh, ... bertamadun juga langkah Jakim dan KKDN di Malaysia ini, rupa-rupanya! Malaysia boleh!
4 comments:
Ilmuan sekarang banyak bergantung pada buku. Tanpa buku tiada sebarang ulasan yang boleh dibuatnya.
Bengkel Asas Penulisan
bersama Kartunis Zunar
di Pej keADILan Senai pada 31 Ogos.
Berminat hubungi Nurin 012 76 16 42 1.
Bayaran rm 10 shj.
fathi, tahukah anda, kebanyakan library di IPTA2 akan menandakan catatan ini di satu ruang khas: "pelajar tidak digalakkan membaca buku ini".
kata-kata ini dilabelkan pada semua buku yg diharamkan JAKIM, KDN.
Bodoh! apa guna library, kalau nak merujuk pun tak digalakkan! Tukar saja, Library jadi pusat pameran buku-buku!
hahaha ... bagus tuh! I nak buat story ni kat Malaysiakini.com. Tolong kasi input (details sket) kat faomar@yahoo.com
Post a Comment