Tuesday, August 30, 2005

P[orno]triotisme?

Atas permintaan teman (dia bertanya kenapa saya tidak mengulas isu ini, sekadar memuatkan berita edisi Inggeris dan Melayu), saya mengulas sedikit isu ini di bawah.

Saya sebetulnya telah memasukkan pandangan saya (minimalist perspective) dalam soalan, judul itu, p[orno]triotisme?

Yang dianggap isu sensitif -- apa sebetulnya? Aksi si cewek, yang menampakkan dada atas dan celah peha? Atau, bendera Malaysia (si Jalur Gemilang) yang melilit di secebis jasadnya yang mungil? Apakah ia layak "disensitifkan"?

Jika Siti Nurhaliza atau (almarhum) Sudirman melilit Jalur Gemilang -- tidak mengapa pula? Jika si cewek menampakkan dada atas dan celah pehanya tanpa Jalur Gemilang, misalnya bikini, kenapa tidak pula sensitif?

Entahlah, tanya pada diri masing-masing dan pastikan, kita siap dengan justifikasi (rasionalisasi atau pembenaran) masing-masing.

Saya pernah menulis 'Ancaman samakan budaya' (Malaysiakini.com, 5 Januari 2004) dan kemudian diulas pula oleh seorang pembaca 'Disturbing trend of cultural sanitisation' (7 Januari).

Malah, penulis surat itu menyebutkan kes penyanyi Ning Baizura yang diminta "bertaubat" kerana pernah meluahkan imaginasi seksual dalam majalah FHM (Januari 2000).

A model has apologised for posing semi-nude and draped in the national flag in a controversial photo published in a men's magazine, a report said today.

"I apologise to the prime minister and to all Malaysians," the model, identified only as Aida, told the Malay-language Utusan Malaysia.

"I never expected that my posing like that would offend Malaysians. I was truly naive and I beg for forgiveness," she said tearfully.

Aida, 23, denied she was nude under the flag and said she was wearing a tube top and shorts. The petite model, who previously worked as a flight attendant, said she and her family had been under a great deal of stress amid the furore.

Deputy Internal Security Minister Noh Omar has slammed the publishers of Sensasi Lelaki (Men's Sensation) for publishing the photo in its August issue in conjunction with Malaysia's Independence Day on Aug 31. (sumber: Malaysiakini.com, AFP, 30 Ogos 2005)

"Aida mohon maaf kepada Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia.

"Aida tidak pernah menyangka aksi berkemban dengan Jalur Gemilang akan menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia, Aida betul-betul naif dan Aida mohon dimaafkan," luah seorang model yang dikecam banyak pihak setelah gambar seksinya berbalut Jalur Gemilang disiarkan oleh sebuah majalah baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, 23, kini benar-benar kesal dengan perbuatannya itu dan berada dalam keadaan tertekan serta berasa terhina sejak aksinya itu disiarkan dalam media massa.

Anak kedua daripada lima beradik itu yang datang sendiri ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, dia tidak mampu berdepan dengan masyarakat dan menepis pandangan sinis yang dilemparkan kepadanya sejak gambar itu tersiar dalam majalah berkenaan.

Sambil menangis, Aida mendakwa banyak perkara berkaitan aksi itu telah disensasikan secara berlebihan hingga menyebabkan dia tidak mampu berdepan dengan masyarakat.

Paling menyedihkan katanya, kesan daripada aksi itu juga terpaksa ditanggung oleh ibu bapa serta adik-beradiknya menyebabkan dia kadang-kala berasa 'hilang semangat.' (sumber: Utusan Malaysia, 30 Ogos 2005)

4 comments:

Anonymous said...

Bengkel Asas Penulisan Bersama Zunar (editor Suara Keadilan)

Tempat Pejabat KeADILan Senai Johor
Tarikh : 31 Ogos 2005
Masa : 10 pagi - 4 petang

Terbuka kepada semua.Bayaran penyertaan RM 10.00 sahaja(makanan dan minuman disediakan)

Berminat hubungi Nurin 012 7616421

mat arau said...

FAO,
Saudara hanya forward berita sahaja, mana komen anda?

Mengapa perlu banyak "isme" dalam kehidupan seharian kita?

Anonymous said...

Kata Inggeris, mat arau, patriotism (macam mekanisme atau dinamisme) bukanlah IDEO-LOGI faomar@yahoo.com

mat arau said...

Terima kasih Fathi atas penerangan. "Dah lama dah" tinggalkan BM ni, mungkin boleh asahkan balik. Yang selalu dibaca jika ada perkataan "isme" bermaksud ideologi, mechanism dimelayukan jadi mekanisma, idealism -> idealisma, bukan isme di belakangnya, maklumlah sekarang ni perkataan melayu macam-macam ada.