Wednesday, August 31, 2005

Aduh, kenapa begini?

Sejak tahun ini, dari berita-berita yang saya baca dari tanah seberang, sekatan-sekatan ceramah politik pembangkang, khususnya PAS, semakin menjadi-jadi.

Tindakan keras yang terbaru (26 Ogos) termasuklah terhadap beberapa pemimpin tinggi parti Islam ini, juga bekas pemimpin kerajaan negeri, di sebuah masjid di Batu Enam, Kuala Terengganu.

Foto ini (Abdul Hadi Awang sedang keperitan menahan gas pemedih mata) sudah bukti yang tidak menarik untuk dipandang, apatah lagi disebarkan.

Beliau ini mantan menteri besar, dan kini (sejak dulu) ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri, apakah rasa hormat seumpama ini sudah hilang?

Insiden ini mengingatkan saya pada kekerasan politik era 1980-an, di Lubuk Merbau dan Memali.

Namun nampaknya polis (pasti atas arahan orang politik) bertindak JAUH di luar batasannya. Saya mencadangkan kes-kes pencabulan ini dibawa ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga ke mahkamah.

PAS juga wajar mengirim nota bantahan yang keras kepada ketua polis negeri, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan juga Perdana Menteri.

Sikap-sikap kerajaan, atau jenteranya, tidak akan membina budaya politik yang sihat, akan melambatkan proses demokrasi berwacana (discursive democracy atau disebut juga deliberative democracy) dan malah akan membiakkan benih-benih radikalisme dan ekstremisme.

Saya juga mencadangkan isu larangan berceramah ini (sejak Julai 2001 ke?) harus ditangani dengan bijaksana dan serius.

Memang menjadi hak semua parti politik -- apatah lagi sebuah parti Melayu berpengaruh besar seperti PAS yang pernah mentadbir Terengganu -- untuk menyampaikan idea-idea politiknya kepada orang ramai, termasuk melalui Harakah (organ parti yang ditarik permitnya kepada dua kali sebulan daripada izin asal dua kali seminggu).

Apa pun alasan dan justifikasinya, tindakan ini sangat melampau!

Merdeka! Merdeka? Merdeka??

Foto Abdul Hadi di atas, asalnya di laman web Harakahdaily.net (30 Ogos), diambil dari ruangan forum Tranungkite.net (30 Ogos 2005). Foto kedua dari Harakahdaily.net (30 Ogos).

Tuesday, August 30, 2005

P[orno]triotisme?

Atas permintaan teman (dia bertanya kenapa saya tidak mengulas isu ini, sekadar memuatkan berita edisi Inggeris dan Melayu), saya mengulas sedikit isu ini di bawah.

Saya sebetulnya telah memasukkan pandangan saya (minimalist perspective) dalam soalan, judul itu, p[orno]triotisme?

Yang dianggap isu sensitif -- apa sebetulnya? Aksi si cewek, yang menampakkan dada atas dan celah peha? Atau, bendera Malaysia (si Jalur Gemilang) yang melilit di secebis jasadnya yang mungil? Apakah ia layak "disensitifkan"?

Jika Siti Nurhaliza atau (almarhum) Sudirman melilit Jalur Gemilang -- tidak mengapa pula? Jika si cewek menampakkan dada atas dan celah pehanya tanpa Jalur Gemilang, misalnya bikini, kenapa tidak pula sensitif?

Entahlah, tanya pada diri masing-masing dan pastikan, kita siap dengan justifikasi (rasionalisasi atau pembenaran) masing-masing.

Saya pernah menulis 'Ancaman samakan budaya' (Malaysiakini.com, 5 Januari 2004) dan kemudian diulas pula oleh seorang pembaca 'Disturbing trend of cultural sanitisation' (7 Januari).

Malah, penulis surat itu menyebutkan kes penyanyi Ning Baizura yang diminta "bertaubat" kerana pernah meluahkan imaginasi seksual dalam majalah FHM (Januari 2000).

A model has apologised for posing semi-nude and draped in the national flag in a controversial photo published in a men's magazine, a report said today.

"I apologise to the prime minister and to all Malaysians," the model, identified only as Aida, told the Malay-language Utusan Malaysia.

"I never expected that my posing like that would offend Malaysians. I was truly naive and I beg for forgiveness," she said tearfully.

Aida, 23, denied she was nude under the flag and said she was wearing a tube top and shorts. The petite model, who previously worked as a flight attendant, said she and her family had been under a great deal of stress amid the furore.

Deputy Internal Security Minister Noh Omar has slammed the publishers of Sensasi Lelaki (Men's Sensation) for publishing the photo in its August issue in conjunction with Malaysia's Independence Day on Aug 31. (sumber: Malaysiakini.com, AFP, 30 Ogos 2005)

"Aida mohon maaf kepada Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia.

"Aida tidak pernah menyangka aksi berkemban dengan Jalur Gemilang akan menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia, Aida betul-betul naif dan Aida mohon dimaafkan," luah seorang model yang dikecam banyak pihak setelah gambar seksinya berbalut Jalur Gemilang disiarkan oleh sebuah majalah baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, 23, kini benar-benar kesal dengan perbuatannya itu dan berada dalam keadaan tertekan serta berasa terhina sejak aksinya itu disiarkan dalam media massa.

Anak kedua daripada lima beradik itu yang datang sendiri ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, dia tidak mampu berdepan dengan masyarakat dan menepis pandangan sinis yang dilemparkan kepadanya sejak gambar itu tersiar dalam majalah berkenaan.

Sambil menangis, Aida mendakwa banyak perkara berkaitan aksi itu telah disensasikan secara berlebihan hingga menyebabkan dia tidak mampu berdepan dengan masyarakat.

Paling menyedihkan katanya, kesan daripada aksi itu juga terpaksa ditanggung oleh ibu bapa serta adik-beradiknya menyebabkan dia kadang-kala berasa 'hilang semangat.' (sumber: Utusan Malaysia, 30 Ogos 2005)

Monday, August 29, 2005

Penjara buku

Kata orang, "walau jasad terpenjara tetapi jiwa tetap bebas merdeka". Tetapi jika di sesebuah negara itu buku pula ‘terpenjara’ atau ‘dipenjara’, bolehkah idea berkembang dalam masyarakat itu?

Jika seseorang pemikir dipenjara, ideanya masih boleh mengalir. Tetapi jika bukunya dilarang dan ‘dipenjara’, bagaimana pula nasib idea di sesebuah masyarakat itu?

Foto di depan buku ini Social Science and Power in Indonesia (2005) tidak jelas kelihatan. Jadi saya masukkan dua foto yang lebih jelas (dekat), yang dirakam dari buku asal.

Lihat dua bulatan merah, di atas kunci mangga dan di bawah satu lagi kunci.

Foto ini, diambil pada 2001, menunjukkan sejumlah bahan bacaan yang ‘dipenjara’ di sebuah perpustakaan Jogjakarta, Indonesia.

Buku-buku ini dilarang sejak naiknya regim Orde Baru pada 1965-66, sejak larangan ke atas Partai Komunis Indonesia (PKI), sejak sejumlah cendekiawan dan ahli politik kiri (atau dianggap begitu) dibuang ke Pulau Buru, sejak pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat biasa yang tidak bersalah.

Buku-buku ini, dianggap ‘buku-buku kiri’, tidak boleh dibaca sampai saat ini, lapan tahun selepas Soeharto ditumbangkan pada Mei 1998.

Seseorang yang ingin merujuk buku yang dipenjarakan ini harus meminta izin khusus daripada pihak berwajib!

Apa boleh buat, sejarah manusia naik dan berkembang bersama larangan – malah, pembakaran – buku-buku sejak kerajaan China (beratus-ratus tahun sebelum Masihi).

Kerajaan Eropah (Kristian) di zaman gelap Eropah dan konflik kefahaman agama wehdatul wujud antara Hamzah Fansuri dan Nuruddin ar-Raniri (di Sumatera) juga menyaksikan peristiwa pembakaran buku.

Mujurlah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak membakar buku-buku.

Jakim, melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), hanya mengharamkan buku baru-baru ini (20 April), misalnya karya Karen Armstrong dan Fatima Mernissi.

Fuh, ... bertamadun juga langkah Jakim dan KKDN di Malaysia ini, rupa-rupanya! Malaysia boleh!

Saturday, August 27, 2005

Pesantren 'kedua' Ulil

Malam ini ada acara istimewa, untuk Ulil Abshar-Abdalla, dan dari teman-temannya. Tokoh muda ini mencintai kebebasan, iman baginya suatu pencarian manusiawi yang rencam, dan dia juga kontroversi.

Macam-macam kontroversinya, dulu kerana artikelnya 'Menyegarkan kembali pemahaman Islam' di Kompas (18 November 2002) dan baru-baru ini kecamannya pada fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI). Majlis ini, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Fatwa Kebangsaan di negara kita, mengeluarkan 11 fatwa, antaranya melarang sekularisme, pluralisme dan liberalisme (pada 28 Julai).

Gara-gara itu sekumpulan umat Islam yang radikal, dengan nama 'Forum Umat Islam' (FUI), ingin menyerang JIL dan Komunitas ini, antaranya menempatkan kantor berita Radio 68H, galeri lukisan Lontar, toko buku Kalam dan Teater Utan Kayu (TUK). Tetapi mujurlah, kekerasan itu tidak jadi kerana sokongan meluas kumpulan NGO (di sini disebut LSM, lembaga swadaya masyarakat) "berkubu" di sini lebih awal pada Jumaat 5 Ogos lalu.

Acaranya di kedai, sebetulnya sebuah kafe yang menyenangkan dan cukup santai, di Komunitas Utan Kayu, Jakarta. Komunitas ini dibangunkan oleh, antaranya, pemimpin Tempo, Goenawan Mohamad, selepas majalah itu dibredel (diharamkan) oleh regim Soeharto pada 1994.

Pemimpin Jaringan Islam Liberal (JIL) ini akan menyambung pelajaran di Boston, Amerika Syarikat selama kira-kira lima tahun -- menyiapkan ijazah sarjana dan kedoktoran filsafat.

Baginya, katanya malam tadi, kumpulan ini -- sebut sahaja 'Utan Kayu' -- menjadi "pesantren kedua" baginya. Sejak bergabung dengan kelompok ini pada 1997, melalui organisasi aktivisme media bebas Institut Studi Arus Informasi (ISAI), yang telah berdiri dua tahun sebelumnya, beliau belajar banyak tentang hal-hal lain di luar agama.

Agama kini, baginya, boleh dicapai dengan pelbagai sumber, misalnya filsafat atau seni. "Dari segi keharuan spiritual, melawat muzim itu sama sahaja dengan berada di masjid," katanya, menceritakan pengalamannya melawat sebuah muzium di Paris. "Malah, sama dengan kesyahduan berada di depan Ka'abah!"

Ruang teater juga boleh meningkatkan pengalaman rohani, begitulah kira-kira pencarian iman bagi Ulil.

Beberapa bulan lalu, sewaktu kami asyik menghabiskan waktu-waktu malam dengan ngobrol (bersembang), beliau sudah membuat analisa yang sama. Kami ketawa, berhujah dan bersetuju juga dengan analisa-analisanya ini.

Malam tadi, Ulil menjelaskan, sesebuah organisasi Islam, seperti JIL yang dipimpinnya sejak awal 2001, harus dilahirkan di Utan Kayu atau di sebuah perkumpulan manusia yang mencari kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara. Kini JIL diketua oleh Hamid Basyaib, dulunya seorang wartawan dan kini aktif juga bersama Freedom Institute.

Sebuah kajian menarik oleh Saiful Mujani, aktivis kanan JIL dan juga penyelidik di institut ini boleh dibaca di sini, Religious Democrats: Democratic Culture and Muslim Political Participation in Post-Suharto Indonesia (boleh dimuat-turun failnya).

Selamat jalan Ulil, seorang teman yang cukup menyenangkan dan mencerahkan. Tahniah dan semoga berjaya.

Thursday, August 25, 2005

Serius tapi lucu

Pada 22 Ogos lalu, saya menulis artikel 'Kebodohan umum di Indonesia' dengan mengutip beberapa sumber, khususnya kenyataan Wahyu Sulaiman Rendra, tokoh budayawan dan penyair republik itu.

Dalam artikel yang sama, sebuah buku baru juga dirujuk, Social Science and Power in Indonesia. Berikut ini disertakan satu ulasan ringkas buku tersebut (Oh ya! Sebelum membaca book review ini, tolong lihat foto di kulit depan buku ini. Apakah ada sesuatu yang ganjil?):

Social Science and Power in Indonesia is a provocative and engaging collection of essays expertly edited by two seasoned scholars of Indonesian politics, Vedi Hadiz and Daniel Dhakidae.

According to the editors, the book's premise is that "the role and development of social sciences in Indonesia over the past 50 years are inextricably related to the shifting requirements of power". By power, the authors largely mean state power and they refer mostly to the power of Suharto's New Order regime.

Opening with a comprehensive introduction, the ensuing chapters address a range of issues -- dominant ideological paradigms, acceptable research topics, the design of higher education, the role of think tanks -- all with an eye toward understanding how these interacted with political objectives of the state.

In this context, a central contribution of this book is to show the novel ways by which the New Order achieved and maintained political dominance for so long.

Much has been written about how the military attained order through coercion while the technocrats secured the state's legitimacy through economic growth.

Social Science and Power
adds a new dimension whereby knowledge-makers and their institutions were subsumed under the state and used to consolidate its basis of control.

To be sure, the authors are careful to point out the existence of major conflicts in ideology and discourse that influenced state policy in the New Order. For example, some chapters refer to neo-liberal economic thought and state-led developmentalist policies that coexisted uneasily under the New Order. This suggests that even strong authoritarian states can contain internal rifts and ideological contradictions.

But the authors do not turn a blind eye to the wider contribution of intellectuals and activists outside the mainstream that tried to challenge the dominant paradigms of social science at the time.

Even in their marginality, non-governmental organizations and alternative media outlets emphasized social and community empowerment programs and participatory research methodologies, much of which can be seen to form the basis for Indonesian civil society organizations today.

[Untuk lengkap, ke sini: Power-Ideology Balance over 50 Years oleh Ehito Kimura, The Jakarta Post, February 20, 2005]

Untuk ulasan dalam bahasa Indonesia, Hantu Orde Baru oleh Herry-Priyono (Kompas, 22 January 2005)

Wednesday, August 24, 2005

Bangkai kerbau

Kebebasan akademik, ya? Kenapa sekarang ia memprihatinkan kita? Selepas kejadian di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (satu lagi kes di sini), Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Utara Malaysia?

Dua tahun lalu, di bahagian hujung artikel tersebut, saya menulis seperti berikut dalam kolum saya Kebebasan Akademik: Apa Sudah Jadi? (Tiada Noktah, Malaysiakini.com, 15 September):

Cuba kita bariskan nama pemimpin pembangkang kini atau aktivis NGO yang pernah (dan masih) berkhidmat sebagai pensyarah: Sahri Bahri, Dr Mohd Nor Manuty, Rustam A Sani, Dr Sanusi Osman, Shahnon Ahmad, Dr Syed Azman Nawawi, Dr Zulkifli Ahmad, Dr Mohd Nasir Hashim dan .... ramai lagi yang bersembunyi di sebalik Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) atau bersimpati dengan pembangkang.

Tetapi kenapa idea, isu dan kempen tentang kebebasan akademik sukar sekali digerakkan di tengah-tengah keghairahan kita bercakap tentang demokrasi, keadilan, kebebasan, ‘politik baru’, ‘parti alternatif’, dan hak asasi? Kenapa?

Malah (selain Shahnon), Rustam, Sanusi dan Mohd Nasir adalah antara pembentang kertas kerja yang muluk-muluk di persidangan akademik di USM pada 1989 itu sendiri. Bagaimana kita dapat meraikan sikap politik mereka hari ini dengan perincian agenda reformasi yang kita sama-sama sedang bicarakan?

Gerakan reformasi mempunyai beberapa senarai kempen – seperti ‘hapuskan Akta ISA’, ‘kebebasan media’, ‘hak berhimpun’, atau ‘kebebasan sistem kehakiman’ – tetapi kenapa tidak muncul ‘kebebasan akademik’?

Rupa-rupanya dalam keghairahan itu, banyak lagi isu asas kebebasan dan hak asasi manusia belum dibawa ke muka umum. Banyak sekali isu tertinggal dan semua orang kelihatan sudah melupakannya.

Siapa yang harus menanam bangkai kerbau, akibat dilanggar lori sampah majlis perbandaran, di atas jalan raya? Kita akan dilihat bangsa yang ‘sangat kelakar’ jika gagal membersihkan bangkai kerbau itu. Tetapi hakikatnya inilah yang sedang berlaku.

Kegagalan seumpama inilah yang saya sebutkan dulu sebagai ‘dosa orang tua’ yang menyesatkan anak muda.

Jangan cepat-cepat menuduh penindasan kerajaan atau menyalahkan kelesuan masyarakat, sedar dirilah pembangkang, baik pemimpin, pemikir atau aktivis mereka. Ada kelemahan ketara di kalangan pembangkang, tidak payahlah retorika berjela-jela!

[Rujukan saya: Wan Manan Wan Muda dan Haris Md Jadi, ed. (1991) Akademia: Menjelang Tahun 2000, Pulau Pinang: Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran USM; Zaini Ujang (1993) Universiti: Mendukung Tradisi Intelektual, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar]
+ * + * +

Sekarang baru kita rasa gelisah dengan kekangan keterlaluan di kampus-kampus kita? Kekangan yang sudah 'tidak masuk akal' dan memualkan?

Selamat memperjuangkan kebebasan akademia, walau lambat sekali, moga-moga kita boleh membuka mata mereka yang masih terpejam ...

+ * + * +

+ Deklarasi Lima tentang Kebebasan Akademik dan Autonomi IPT (edisi Inggeris)
+ Report on Academic Freedom in Asia-Pacific [PDF format] oleh Carolyn Allport
+ Laporan-laporan hak asasi Malaysia (edisi Inggeris) oleh Amnesty International (AI)
+ Malaysia: Laporan Hak-hak Sivil dan Politik [PDF format] oleh Suaram

Monday, August 22, 2005

Malam memanjang

Dulu, selepas berbual agak panjang dengan (mantan) wartawan selebriti TV3 (teman lama), saya pernah menulis artikel 'Di mana-mana, malam tetap kelam' (21 Julai 2003) sebagai dedikasi optimisme kepadanya (dan rakan-rakan wartawannya).

Tetapi hari ini, alam masih kelam atau bertambah kelam.... Malam kian panjang? :(

Seorang penulis kolum Malaysiakini.com (setiap Isnin, seperti kolum saya juga) Dr Azly Rahman hari ini menerbitkan surat bersama isterinya Dr Mutiara Mohamad. Kedua-duanya ahli akademik di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang disingkirkan, dan rayuannya diabaikan selepas sembilan bulan (mulai Disember 2004), kerana enggan, antaranya, menurunkan tandatangan di 'surat aku janji'!

Sejak ada kolum 'Tiada Noktah', khususnya 2003, saya tidak henti-henti mencabar, menyindir dan mengkritik cerdik pandai Melayu (termasuk ahli akademik, seniman, wartawan, budayawan) agar turut memberikan analisa atau perspektif mereka tentang gejala-gejala buruk yang dibiakkan (membiak?) angkara krisis politik 1998.

Di suatu masa, saya menganggap mereka ini "cendekiawan Melayu yang tidak berguna" yang gagal memberikan "kepemimpinan intelektual" dalam krisis politik mutakhir yang -- seharusnya -- menggugat dasar hati masing-masing!

Sewaktu saya menerima anugerah zamalah Cendekiawan Awam Asia (API), pada majlis rasminya di sebuah hotel di Putrajaya (Mac, 2004), saya masih lagi menyindir, dengan menyebut (antara lain): "di negara kita orang ramai tidak faham apa maksud public intellectual (intelektual awam); orang lebih mudah mengenali tandas awam (public toilet)!" Sementara sebilangannya, yang dekat dengan barisan pembangkang, dianggap "miskin imaginasinya"! Lihat teks Inggeris di sini: Public intellectuals and the poverty of imagination.

Namun, kelihatan belum mendapat kesedaran meluas di kalangan mereka -- mungkin juga mereka tidak membaca artikel-artikel saya kerana seseorang harus melanggan Malaysiakini.com untuk membaca kolum-kolum kami.

Dr Azly dan isterinya Dr Mutiara -- kini menyahut cabaran ini. Saya dengan perasaan terharu tidak mampu berkata apa-apa lagi kecuali menghulurkan tangan persahabatan dan doa dari kejauhan. Semoga malam ini tidak bertambah panjang. Cukuplah tujuh tahun malam memanjang** ...

Lihat beritanya di sini UUM lectures axed for rejecting akujanji (Malaysiakini.com, 22 Ogos):

After eight months of silence from Universiti Utara Malaysia (UUM) on the outcome of their respective appeals against termination of their services, lecturers Dr Azly Abdul Rahman and Dr Mutiara Mohamad wonder if they will ever be reinstated.

** Tujuh Tahun Malam Memanjang sebuah naskhah autobiografi Ahmad Boestamam, seorang daripada nasionalis Melayu yang harum namanya, bersama dua lagi Lambaian dari Puncak dan Merintis Jalan ke Puncak (tiga memoir ini diterbitkan kembali oleh Penerbit UKM)

Saturday, August 20, 2005

More [than just] sex

Ada kabar gembira dari Ayu Utami. Senang hati sekali kelihatan dan kedengarannya.

Novelnya Saman (ulasan Katrin Bandel) yang paling popular kini sudah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Penerjemah Pamela Allen, seorang pensyarah kanan sastera di Universiti Tasmania, Australia.

Majlis peluncuran Saman [foto kanan] versi Inggeris (ulasan Marshall Clark) telah diadakan pada 30 Ogos (jam 7.30 malam) di Klub Rasuna, Kuningan, tidak jauh dari bangunan kedutaan Australia yang dibom pada September tahun lepas. Saya turut diundang, menarik juga juga ini!

Berikut saya petik coretan-coretan tentang Ayu Utami dari beberapa sumber:

(1) Ayu Utami, who created a literary sensation in Indonesia with her novel Saman, will launch the English translation of this highly-acclaimed and controversial story touching on female sexuality and the struggle between personal faith and political action. (Conscious Living)

(2) Lebih menarik jika anda membaca ulasan tentang Ayu dan dua lagi novelis yang membawa sastera bernafaskan isu-isu seksual, misalnya Djenar Maesa Ayu Jangan Main-Main (dengan Kelaminmu). Lihat More than just sex dalam Inside Indonesia (Okt-Dis 2004)

(3) Apa kata Pamela selanjutnya tentang projek penterjemahan Saman?

At a recent forum on literary translation, I was asked whether translation ultimately has the potential to be an act of betrayal. It was a powerful question, and one which in the end I had to answer in the affirmative.

In this paper I reflect on the process of translating the best-selling Indonesian novel
Saman by Ayu Utami.

When I began reading Saman soon after its publication in 1998, I couldn’t put it down. The novel took hold of me in many ways and for many reasons. It wasn’t only the narratorial style that takes the reader on a marvellous meandering journey through time and space.

It wasn’t only the wonderfully crafted characters that come alive on every page. It wasn’t only the bold engagement with Indonesian socio-political realities.

It was all of the above plus perhaps most of all the language - language that is at once lyrical and descriptive, language that achieves just the right mix of metaphor, metonymy and realism, language that draws you in yet keeps you alert.

When I took on the task of translating the novel into English, the most difficult challenge was to keep that enticing linguistic mélange. I had to find the right tone, the right style and of course the right words.

More than that, I had to achieve what Ayu Utami does so well in Indonesian - a cinematographic effect, whereby the narrator describes what is, without attempting to explain or interpret, whereby the reader is presented with a visual panorama rather than a plot-driven narrative, whereby the subject is effectively removed from the text.

Thus began a long, arduous, but ultimately thoroughly rewarding process, which entailed much pondering, revising and tinkering with the text as well as collaboration with Ayu.

I can only hope that in the end I managed to avoid committing that act of betrayal. (Translating/Transgression?: Reflections on the translating of Ayu Utami's novel Saman, oleh Pam Allen)


(5) Tentang biodata Ayu, saya ambil dari laman web program antarabangsa penulisan di Universiti Iowa.

Justina Ayu Utami (writer, editor; b. 1968, Indonesia). A co-founder of the union of freelance journalists, she was banned from writing in 1994, succeeding nonetheless in completing a black book on corruption in the Suharto regime. Her debut novel
Saman (1998) treats freely love and sexuality, and addresses the difficult relationship between Muslims, Christians and the Chinese minority. It received the prize for the best Indonesian novel in 1998, with a companion novel Larung coming out in 2001. Both have been published in Dutch. Since 1998 Utami has been a radio host and co-publisher of the cultural magazine Kalam. (The University of Iowa International Writing Program)

Selain bakal menyertai program di Universiti Iowa, Ayu kini sedang menyunting terjemahan novel pemenang Nobel sastera tahun lalu, Elfriede Jelinek, Piano Teacher daripada edisi Inggeris dan Jerman. Novel ini telah difilemkan dengan judul yang sama.

+ * + * +

Akhir sekali, jika berminat melihat peranan karya kreatif dalam proses demokrasi, atau menentang pemerintahan autoritarian, di Indonesia, lihat di sini Seno Gumira Ajidarma and fictional resistance to an authoritarian state in 1990s Indonesia oleh Michael H Bodden (Awas! Format PDF)

(halaman ini dikemas kini pada 3 Sept, terbitan asal 20 Ogos)

Friday, August 12, 2005

Mengatasi kuasa cinta

(didedikasikan buat Sam Ahmad, ditulis sebagai kata pengantar samizatnya awal tahun ini. Sam pernah diserang strok tahun lalu, sewaktu kami sedang merancang projek penerbitan, dan kini masih belum pulih. Sam sekarang tinggal di desanya di Kuala Kangsar.)

Menulis, di banyak tempat, memang kerja ‘gila’. Atau, maksud saya, hanya orang yang ‘gila’ sahaja akan jatuh cinta dengan pekerjaan tulis-menulis, misalnya menjadi wartawan bebas dan penulis kreatif. Kerja yang belum menjamin pulangan hasil, walaupun wang untuk membeli sekotak rokok, secangkir kopi (atau segelas teh tarik) dan sesekali mengajak kekasih menonton di pawagam.

Saya rasakan sangat hal ini sewaktu diamuk asmara dengan seorang siswi UPM pada 1996-97, walau punca kami berpisah itu tiada kena mengena dengan kepenulisan. Tetapi diam-diam, saya fikir, dia jatuh hati kerana saya seorang penulis! Kerana waktu itu saya sedang menyiapkan manuskrip novelet cinta remaja Sekuntum Duri (yang 80 peratus siap tetapi sekarang sudah hilang), selain mengirim komentar kepada Utusan Sarawak dan beberapa majalah kecil.

Kerja ‘gila’ ini memang sulit dimengertikan oleh orang tua, adik beradik, kekasih, teman-teman atau isteri (kalau lelaki). Ada orang yang berbakat dan boleh lebih ‘maju’ dalam hidup tiba-tiba menukar haluan dan menumpukan masa untuk melayan kegilaan ini.

Saya, selepas kira-kira 15 tahun terapung-apung dalam hidup, tidak pernah faham di mana indahnya melayan kegilaan itu tetapi yang saya perhatikan, seperti ada pada beberapa penulis muda dan besar (peringkat dunia), ia sudah tumbuh sejak kecil. Sedikit sebanyak kita boleh baca buku Living to Tell the Tale – biografi karangan sendiri Gabriel Garcia Marquez (masih hidup), si pemenang anugerah Nobel sastera (1982).

Sebab itu, saya senang sekali apabila pengarang samizat ini Ahmad Zulfikar Samsuri memperkenalkan kerjayanya sebagai “penulis sambilan dan penganggur sepanjang masa”. Sekurang-kurangnya, saya harap, dia – kami di Jalan Telawi memanggilnya Sam sahaja, atau Sam Ahmad – tidak bermimpi. Walau sering orang fikirkan kerja tulis-menulis, khususnya yang kreatif, itu kegiatan berangan-angan. Dan memang berangan-angan, bagi penulis kreatif itu, nampaknya membuahkan hasil juga!

Namun, jika ditanya pada Ayu Utami novelis popular Indonesia, novelnya bukanlah angan-angan tetapi penyelidikan yang intensif tetapi diolah melalui fiksyen (begitulah yang saya faham tentang proses penulisan kreatifnya sewaktu beliau mengajak saya, selama seminggu, belajar tentang gua daripada seorang pakar gua di sini).

Ayu sudah beberapa kali bertanya saya tentang alam serangga, tentang bagaimana serangga-serangga bersenggama dan haiwan-haiwan berasmara. Tanya Ayu, apakah si jantan di atas? Tanyanya lagi, bukankah hanya gorilla (yang lagaknya manusia itu) berasmara berdepan-depan, seperti kita, sementara binatang lain tidak? Katanya, ia menyelidik untuk bahan dalam novelnya.

Maksud saya, berangan-angannya penulis itu hanya tanggapan bukan penulis sahaja. Entah juga, mungkin di Malaysia (atau di negara-negara lain) pengarang kreatif memang berangan-angan, bukan mengangkat pengalaman konkret dirinya (dan orang lain).

Kepenulisan, agak mual untuk ditegaskan sekali lagi di sini, bukanlah angan-angan – walau masih tetap perlu sedikit ‘kegilaan’ tersendiri. Misalnya, kegilaan berfikir, kegilaan membaca, kegilaan bertanya dan berdiskusi (sebenarnya, bersembang!). Termasuk, lagi, kegilaan untuk mencoret bermacam-macam hal, siap dan tidak siap, terbit atau tidak diterbitkan, berbayar atau tidak, murah atau mahal. Pendek kata, jangan fikir sangat soal wang – seolah-olahnya wang sudah menjadi anti-thetical dengan penulis. Atau, penulis tidak perlu makan dan harus jalan kaki ke mana-mana, dengan poket kosong!

Dalam Living to Tell the Tale, ada diingatkan kepada Marquez oleh seorang doktor tua (yang pernah berangan-angan menjadi penulis tetapi gagal), sewaktu Marquez ghairah ingin menjadi penulis dan meninggalkan kuliah undang-undang (dan dibantah ibu bapanya): “menulis itu satu-satunya kuasa yang boleh mengatasi kuasa cinta.”

Mungkin doktor perubatan itu ingin mengingatkan ibu Marquez bahawa anak sulungnya itu sudah sanggup tidak mempedulikan pengorbanan besar orang tuanya semata-mata sudah dijangkiti ‘kegilaan menulis’ – kegilaan bertemu beberapa wartawan dan seniman muda yang kemudiannya dikenali dengan nama ‘kelompok Barranquilla’ di Colombia.

Tulis Marquez lagi, doktor kenalan keluarganya itu turut menyebut, kira-kira: “pekerjaan seni ini, yang paling misteri daripada sekian banyak misteri, menjadikan seseorang memperhambakan keseluruhan hidupnya tanpa mengharapkan apa-apa pulangan pun!”

Selain Marquez, tentunya kita boleh membaca dan menganalisa sendiri riwayat hidup mereka yang lebih awal: John Stuart Mill (pengarang On Liberty, awal abad 19), Maxim Gorky (Mother dan Foma Gordeyev, hujung abad 19-awal abad 20), George Orwell (Animal Farm, pertengahan abad 20) atau generasi pemikir-seniman Jerman abad ke-18, abad yang kononnya disebut era moden, Zaman Pencerahan di seluruh benua Eropah.

Dalam koleksi tulisan Sam ini, kita dengan cerdas akan dapat merasakan pekerjaan tulis-menulis tidaklah angan-angan atau ‘gila’. Dia berdepan, mencari dan mengulas, dengan fakta-fakta yang serius, besar dan mendunia sifatnya. Dia mengupas tentang Edward Said dan Orientalism-nya, tentang sekularisasi agama, tentang filem, budaya, politik dan hal-hal serius lain tapi cerewet dengan tanggapannya yang kreatif.

Sebagai penulis muda, Sam bolehlah dibilang sebagai seorang penulis, dan wartawan, berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah – cuma, mungkin, Sam tidak boleh hidup dan bekerjaya di Malaysia sebab negara ini tidak memungkinkan dia besar. Ya, kita bercerita lebih panjang lebar di kesempatan lain tentang hal ini.

Sam berdepan dengan dunia yang nyata, yang sangat penting dan maha besar – apatah lagi pada ukuran anak muda seusianya di negara kita. Yang, sekali imbas, kita lihat mereka tidak menghargai kehidupan berbudaya (tinggi?) dan intelektual. Mereka hidup dengan indra konsumerisme budaya global – limpahan super-kapitalisme naluri.

Tetapi Sam tidak begitu. Malah dia cuba lari daripada keghairahan hidup generasinya (saat ini) dan mengasosiasikan diri dengan manusia se-idealismenya seperti kelompok Jalan Telawi, selain teman-temannya di Shah Alam, Bangsar Utama, Pasar Seni dan lain-lain (yang saya tidak ikuti).

Boleh jadi, sekadar ikut-ikutan atau tidak sepenuhnya sedar risiko sewaktu memilih asosiasi itu tetapi – ya, kita lihat sendiri nanti – lama kelamaan akan terbentuk juga kesedaran diri tentang lingkungan,dengan segala kemanisan dan kebejatannya.

Tetapi ‘kegilaan’ penulis di sini bukanlah natijah peribadi – yang diarelakan sepenuhnya – tetapi juga akibat tekanan sosial. Dengan kata lain, masyarakatlah yang melahirkan penulis-penulis yang melayan kegilaannya. Sama ada masyarakat untung atau rugi, adil atau tidak, sikap, reaksi dan layanan masyarakat menceruk penulis kreatif, pengulas sosial, pengamat politik dan juga wartawan bebas (semua orang ini tidak ada syarikat yang membayar gaji bulanan) sehingga status sosialnya dipandang rendah tetapi (ada waktu-waktunya) dikagumi.

Saya tidaklah mahu berpanjang-panjangan menyalahkan masyarakat atau nampak hanya masyarakatlah yang bersalah. Penulis, sarjana, pemikir atau wartawan kita juga ada kelemahan, pastinya. Tetapi jika semua jenis dan kelompok penulis tidak diberikan penghargaan dan perhatian; sementara penulis muda tanpa bimbingan dan naungan sewajarnya, dan karya-karya olah fikir kita [sama ada kreatif atau bukan, sama ada sastera, ilmiah, seni atau bahan-bahan media] tidak membangkitkan kepuasan batin bangsa ini, maka tentulah ada hubungan buruk/hodoh antara masyarakat kita dan kaum penulisnya. Nampaknya masyarakat berlepas tangan dalam isu dan hal ini. Malah, kelompok penulis juga sudah sangat capek!

Maka, dalam konteks inilah, saya jelaskan di awal tadi: penulis muda seperti Sam seorang ‘ikon bangsa’ ini yang berani – berani melangkah dalam dunia yang mulia, berani membelit diri dengan kerja akal, berani menganalisa (dan dengan itu, menelanjangi kelemahan atau kesilapan diri) – untuk menghidangkan cebisan akalnya kepada masyarakat yang tidak menghargainya dan tidak memandang padanya. Ini memang kerja gila. Tetapi bukan kegilaan penulis, atau kegilaan Sam, tetapi kegilaan kita semua! Kegilaan masyarakat dan penulisnya.

Selamat datang ke dunia ‘kami’, Sam! Selamat berkarya, semoga berjaya!

Fathi Aris Omar,
Komunitas Utan Kayu, Jakarta
20 Februari 2005

Thursday, August 11, 2005

Malin Kundang, says Ayu

Title: Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi
(literally, Revisiting Malaysia's Reformasi: Some important notes)
Author: Fathi Aris Omar
Pages: 263 + xxii (with an index)
Publisher: SIRD Petaling Jaya, Malaysia
Printed: 2005 (February)

Main themes: political reform, creative and cultural freedom, the role of public intellectuals, academic freedom, language and literature, democratic culture and rights, public sphere and civil society, freedom of the press and violation, student politics and youth movements, political Islam, Malay politics, human rights

AYU Utami, a well-known Indonesian novelist, describes the author as 'Si Malin Kundang' – an ungrateful son who was cursed and turned into a 'stone' (or, a piece of reef) in the popular Minangkabau and Malay folklore. The son, in the Malay version, is 'Si Tenggang'. It is said that a piece of stone on a beach near the town of Padang now (West Sumatra) resembles a man and his wrecked jong ('junk', or ship, as originated in Malay)

The author of the novels Saman and Larung however, is sympathetic with the author Fathi Aris Omar's quandary. "We know that a piece of reef (or stone) is also an icon of strength," she says in her 'foreword' to Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi.

Fathi Aris is, in Ayu's eyes, a critic of the groups he belongs to, although he has been actively and deeply involved in Gerakan Reformasi (reform movement) and is close to Opposition parties and Islamic groups.

Yet, he acts like a curious bystander – a delicate position indeed, "standing between his own village and the sea (like the stone of Malin Kundang in West Sumatra)," concludes Ayu, who is also a member of the editorial team of Kalam, a cultural journal.

The articles in Patah Balek were written as 'answers' to some issues since Malaysia's political crisis in 1998 – after the sacking and imprisonment of Anwar Ibrahim – because of his personal curiosity in and attachment to the nation's democratic reform.

Fathi Aris tries hard to convince the readers that the undemocratic political culture has seeped through most spheres of Malaysian (or rather, the Malays') political life. He also quotes the Iranian president Khatami's analysis: "We are all individually dictator-like in our own ways, and this unfortunate condition is evident in all strata and spheres of our society."

Fathi Aris passionately promotes the 'independent' stance of public intellectuals in national politics. He has no sympathy with intellectuals who are drowned in 'political quietism' or who side with political parties, whether that of the Government or the Opposition.

To the author, intellectuals have to participate actively in the public sphere because it is his opinion that current Malay political discourses are biased and propagandist.

It is unfortunate for him that he voices out his concern during one of the most critical political crises. The author's position is seen as undesirable. How could a self-confessed advocate for the freedom of expression criticise a group of people, who were already deprived of their democratic rights and were his comrades in those chaotic years?

However, he is our 'Malin Kundang' – perhaps the only Malay writer prepared to accept the curse that turns him to stone. The 'stone' will blow the whistle on current shortfalls and future shortcomings.

Distributor:
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd
11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +6 03 79 57 83 43 or 42
Fax: +6 03 79 54 92 02
E-mail: sird@streamyx.com

Bookstores: Kinokuniya, MPH, Times and Popular.

Wednesday, August 10, 2005

Kritik semua pihak

Sedutan wawancara (bertulis) penulis dengan UmmahOnline.com (27 April 2005), antaranya tentang penerbitan buku Patah Balek.

SOALAN: Anda menerbitkan buku Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi baru-baru ini. Apakah tujuan atau matlamat anda dengan penerbitan buku itu? Di dalamnya, anda juga mengkritik banyak pihak – kenapa?

FATHI: Sebenarnya kerja mengkritik ini kerja yang penuh serba-salah, apatah lagi mengkritik teman-teman sendiri. Tetapi saya ingin membuka satu analisa lain dalam hubungan tokoh (public figure) dengan tanggungjawab awam (public role).

Maksudnya, semua orang yang mempunyai tanggungjawab awam wajar disemak kembali peranan, prestasi, arah tuju dan wacana mereka dalam konteks demokratisasi negara ini.

Maksudnya, bukan hanya pemerintah atau kerajaan yang dilihat ‘bersalah’ atau ‘tidak demokratik’, banyak pihak juga seharusnya memikul peranan yang sama. Tetapi jangan salah faham. Saya tidak membela pemerintah.

Ada dua landasan berhujah di sini.

Pertama, jika lebih banyak pihak menyertai proses demokrasi – misalnya seniman, ahli akademik, cendekiawan – maka akan lebih baik proses reformasi bangsa.

Sebab itu, saya marah kepada kelompok-kelompok ini yang berdiam diri atau berselindung di sebalik orang politik. Saya mahu mereka independen untuk menyampaikan suara yang lebih ‘jujur’, luas, rasional dan tenang (bukan sarat kepentingan politik semata-mata).

Maksudnya, kita sudah cukup berpolitik secara berpihak sehingga banyak isu dan wacana menjadi keruh dan kelam-kabut.

Kedua, saya mengkritik pembangkang sebagai satu proses reformasi bangsa atau kritik diri. Kritik diri terhadap pembangkang ini penting agar mereka dapat melihat kelemahan atau kesilapan mereka.

Dengan itu mereka boleh menjadi pembangkang, aktivis NGO dan aktivis siswa yang lebih berkesan. Tentunya, banyak perkembangan positif akan berlaku jika pengkritik kerajaan lebih berkesan, dihormati dan berwibawa.

Nada kritik saya dalam soal ini selalunya difokuskan (mengingatkan) bahawa corak fikir mereka itu sendiri tidak demokratik, terikut-ikut dengan lagak, wacana dan permainan BN atau Umno yang pernah merugikan mereka (pengkritik kerajaan) sendiri.

Tujuan buku itu sama sahaja dengan kolum ‘Tiada Noktah’ – mengajak perbahasan isu-isu yang tidak akan ada titik akhirnya. Isu-isu kebebasan akhbar, misalnya. Akan sentiasa diperdebatkan orang walau kita berjaya menegakkan demokrasi di negara kita.

Di Indonesia sekarang, isu-isu media sering menarik perhatian ramai. Banyak isu politik sebenarnya jatuh di ruang ambiguity (kabur), bukan hitam-putih, bukan halal-haram, bukan baik-jahat sahaja. Banyak dinamika dan nuansa manusia di sini.

Jadi, cara fikir binary opposition tidak wajar untuk memahami politik atau ‘ruang awam’. Tapi puak Islam selalu melihat dunia ini begitu! (ketawa)

Kolum saya itu memasuki ruang itu – ruang yang cenderung kontroversi dan mudah menyinggung perasaan orang.

Tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dapat mengulas isu-isu dengan agak mendalam, luas, dan beragam. Saya banyak belajar dari kawan-kawan aktivis Reformasi dan KSJT. Kalau harap gerakan Islam, tidak mungkin! (ketawa, lagi)

Tuesday, August 09, 2005

Independen 'tu apa, sih?

Berikut beberapa petikan soal-jawab tentang sikap penulis berhubung 'pendirian independen' dalam budaya politik Malaysia, khususnya di kalangan orang Melayu.

Perjuangan demokrasi dan gerakan pembangkang dalam suasana sekarang harus ke arah mencelikkan masyarakat, menghayati budaya politik demokratik sehingga ke peringkat akar umbi. Petikan ini diterbitkan, asalnya di blog teman-teman saya, sikap-sikap luas-sedar, terbuka-mencari generasi baru yang menyenangkan saya, Sam Ahmad, (11 Mei 2005) dan Zulhabri (9 Mei):

Soalan: Kenapa dan di mana ‘bahaya’ politik kita?

Jawapan: Politik kita (Melayu, umumnya) menyimpan ‘bahaya’ kepada pemikiran kita kerana sifatnya yang sangat berpihak (partisan). Kecenderungan berpihak ini membiakkan lagi beberapa gejala negatif, tetapi sayangnya tidak diperhatikan, tidak dikenali dan dibahaskan dengan baik. Kecenderungan ini muncul kerana sifat dan budaya kita yang sangat tajam perseteruannya.

Apakah penyebab atau punca-punca yang memunculkan kecenderungan negatif ini?

Ada beberapa faktor yang mendorong kecenderungan ini. Ia saling berkaitan antara satu sama lain, bukan satu faktor sahaja. Ia bertindih dan bertaut dalam satu jaringan yang kompleks, beberapa lapis. Secara mudah, kita boleh nampak faktor-faktor berikut (antaranya):

(a) suasana yang tidak bebas dan tidak berimbang (tidak demokratik),

(b) pengaruh wacana agama yang menyuburkan keyakinan hak/benar/suci/iman dengan lawan politiknya yang dianggap kurang (atau tidak) hak/benar/suci/iman,

(c) masing-masing kumpulan bergegas untuk menang, maka mereka memajukan kepada orang ramai sisi-sisi benar diri (kumpulan) sendiri, dan mendiamkan sama sekali sisi-sisi lemah, palsu atau menyeleweng mereka; sebaliknya menunjukkan sisi-sisi buruk lawan politik mereka, mengabaikan sama sekali kebaikan pihak-pihak lawan,

(d) wacana baik-buruk dalam wacana politik ini pula dangkal sahaja, sarat propaganda (tapisan maklumat dan penyerongan perspektif), dan kurang perspektif teori atau sudut pandang yang meluas,

(e) pihak-pihak cerdik pandai Melayu yang lain ‘tenggelam’ bersama dua pihak ini (PAS dan Umno) atau ‘berdiam diri’ - mereka tidak turut serta menyuarakan hal yang luas, jujur, tenang dan kritis kerana faktor (a) di atas.

Di bahagian kedua siri soal jawab ini, penulis ini (saya) menjawab seperti di bawah (petikan):

Ber-independen itu maknanya apa? Apakah maksudnya kita tidak mempunyai pendirian politik atau tidak menceburi politik?

Independen bukan ertinya tidak peduli politik. Mereka prihatin pada isu-isu politik tetapi tidak mudah berpihak kepada sesuatu isu sehingga diperhatikan isu-isu dengan jelas, dengan jernih. Sehingga dapat dibentangkan kepada orang ramai duduk perkara sebenar. Jadi, terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.

Jika budaya independen seumpama ini berkembang, pastilah tingkat ‘celik politik’ masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan. Masyarakat seumpama ini berupaya pula merangsang parti-parti dan orang-orang politik agar menghargai wacana jamak perspektif, rasional dan pro-akal.

Sekarang, bagaimana sikap orang politik terhadap rakyat?

Sekarang, orang politik tidak menghargai wacana jamak perspektif, rasional dan pro-akal. Mereka senang menyebarkan propaganda, suka membakar emosi, mengelabui hujah-hujah, tidak jelaskan duduk perkara sebenar, dan tidak suka hujah berteori kerana (tersembunyi) dalam fikiran (andaian) mereka bahawa pendekatan seumpama ini sesuai untuk masyarakat.

Masyarakat mudah faham dan terima hujah politik kalau disuapkan pendekatan propaganda dan membakar emosi ini. Dengan kata lain, orang politik percaya masyarakat kita itu bodoh. Jadi, marilah kita sama-sama perbodohkan lagi masyarakat!

Permainan politik seumpama inilah yang berbahaya kepada orang Melayu dan Malaysia. Bersikap independen itu tujuannya untuk menentang projek pembodohan orang-orang politik kita, sama ada kerajaan atau pembangkangnya. Kita, anak-anak muda dan mahasiswa, harus bertegas melawannya!