Tuesday, January 24, 2006

Kota buku

'Kota Buku' asalnya oleh Karl R Popper, dalam The Lesson of this Century (2000; foto bawah), London: Routledge, bab ‘Reflections on the theory and practice of the Democratic State’, hal 65-67. Bab ini, pertama kali diterbitkan kepada umum, asalnya ucapan beliau di Munich, Jerman pada 9 Jun 1988. Diterjemahkan oleh saya** untuk Malaysiakini.com (18 Ogos 2003)

Di Athens, pasaran bebas bagi buku mula muncul sekitar tahun 530 SM; pasaran ini menjual buku bertulisan tangan dalam bentuk gulungan kertas papirus. Antara buku awal yang dijual ialah dua karya epik Homer, Iliad dan Odyssey.

Menurut tokoh falsafah Cicero [zaman Caesar–pent], kira-kira 500 tahun kemudian, Pisistratus, pemerintah diktator Athens, merupakan tokoh yang terbabit menyalin sajak-sajak Homer. Pisistratus adalah seorang pemimpin besar reformasi. Antara sumbangan besarnya ialah menubuhkan persembahan drama: yakni ia menginstitusikan kegiatan yang kita kenali sebagai ‘teater’.

Mungkin juga, dialah penerbit karya Homer yang pertama: dia mengimport dengan kapal kertas tulisan (papirus dari Mesir) dan membeli beberapa hamba terpelajar bagi menulis karya Homer. Pisistratus seorang yang kaya. Ketika menyambut perayaan tertentu, dia akan mengadakan persembahan drama dan banyak lagi kegiatan kebudayaan.

Kemudian beberapa lagi usahawan Athens turut memainkan peranan sebagai penerbit buku. Mereka tergerak untuk berbuat demikian selepas wujud sambutan hangat daripada rakyat Athens terhadap karya Homer. Setiap orang ingin belajar, setiap orang membaca karya Homer.

Dalam tempoh yang begitu singkat, karya ini dianggap semacam ‘Bible’ [kalau dibandingkan hari ini – penterjemah] dan menjadi bahan bacaan utama rakyat Athens. Kemudian, buku-buku lain juga diterbitkan.

Kita harus sentiasa ingat kegiatan menerbit tidak akan wujud tanpa pasaran buku. Adanya sesuatu manuskrip (atau hari ini, sebuah buku) di perpustakaan bukanlah bermakna adanya tuntutan pasaran; dan untuk tempoh yang panjang (kira-kira 200 tahun) Athens merupakan satu-satunya tempat di Eropah yang mempunyai pasaran buku. Corinth dan Thebes mungkin dua bandar awal yang mengikut jejak perkembangan ini.

Sebelum itu, memang ramai penyair – dan banyak juga manuskrip. Tetapi kesusasteraan (yang memerlukan institusi penerbitan) hanya berjaya muncul di Athens. Hanya di sini kita lihat bercambahnya penulis, sejarawan, pemikir politik, ahli falsafah, saintis dan pakar matematik. Tidak ramai tokoh ini, misalnya Thucydides, lahir di Athens. Tetapi bandar ini berjaya memikat mereka.

Antara tokoh luar yang berhijrah dan menerbitkan buku-buku mereka di sini adalah saintis dan juga ahli falsafah Anaxagoras dan tokoh yang lebih muda sezamannya, Herodotus. Kedua-duanya datang ke sini sebagai pelarian politik dari Asia Kecil.

Saya tidak fikir Herodatus, ketika menulis ideanya, berniat menerbitkannya tetapi Anaxagoras memang berhasrat menerbitkan karyanya dalam bidang sejarah tabii. Pada waktu itu, kedua-duanya belum pasti mengenai dunia penerbitan kerana ia baru sahaja diperkenalkan, dan tiada seorang pun boleh membayangkan perkembangan hebat [buku dan penerbitan] seperti hari ini.

Keajaiban budaya di Athens pada abad ke-5 Sebelum Masihi (SM), pada hemat saya, ialah penciptaan pasaran buku. Pasaran ini juga menjelaskan kemajuan demokrasi di Athens.

Tentunya tidak dapat ditunjukkan kejatuhan kerajaan zalim Hippias dari Athens dan pembinaan demokrasi kemudiannya, berkait dengan penciptaan pasaran buku, tetapi terdapat banyak perkara yang condong kepada hipotesis ini.

Seni menulis dan membaca (yang cepat merebak ke pelosok bandar ini); peningkatan populariti karya Homer dan (tidak diragui sebagai hasil) kehebatan penulis drama, pelukis dan pengukir Athens; banyak idea baru dibincangkan, dan perkembangan intelektual umumnya - semua ini fakta-fakta asas sejarah yang tidak boleh dipertikaikan lagi akibat pengaruh pembentukan pasaran buku.

Sekali pun kita boleh mengandaikan demokrasi itu boleh berkembang sendiri tanpa sokongan kemajuan buku dan pemikiran, kejayaan besar demokrasi Athens dalam perang pembebasan ke atas empayar besar Parsi, bukanlah tidak berkait langsung dengan kemajuan [idea] ini semua.

Kejayaan ini hanya boleh difahami jika kita meninjau pembinaan kesedaran diri [bangsa] yang baru di kalangan rakyat Athens, hasil kerja keras melalui warisan budaya dan pendidikan, bersama minat mendalam terhadap keindahan serta kejelasan dalam hasil seni dan susastera yang mereka usahakan sendiri.

Memang mengkagumkan apabila Gutenberg berjaya mencipta mesin cetak pada kurun ke-15, dan kemudian bermula penyebaran meluas pasaran buku, memberi dampak budaya yang sama [seperti pasaran buku Athens] - apa yang kita kenali sebagai gerakan humanisme (era Renaissance).

Semua bidang seni bercambah apabila nafas baru meresap dalam kesusasteraan Zaman Lampau. Sains tabii yang baru pun muncul, dan di England gerakan Reformasi mengakibatkan dua revolusi besar – satu yang berdarah pada 1648-49 dan satu lagi damai 1688 [dikenali ‘Revolusi Gemilang’] – yang akhirnya membentuk sistem pemerintah berparlimen ke arah demokrasi [seperti yang kita kenali hari ini].

Dalam kes Eropah ini, kita boleh nampak jelas hubungan antara kemajuan buku serta pemikiran dengan perkembangan demokrasi.

** Disediakan sebagai sambungan siri artikel saya tentang buku dan perubahan budaya serta politik; ia dimulakan dengan artikel Negara Islam, negara sekular atau 'negara buku'? (11 Ogos 2003) dan Aktivis Malaysia tidak cintakan buku (22 September 2003).

Hasil kerja Karl R Popper, antaranya, boleh dilihat di sini.

17 comments:

Unknown said...

Perlukah buku dimusnahkan untuk sesuatu bangsa itu maju?

Teringat akan nasib buku-buku di Alexandria Library dan perpustakaan yang dimusnahkan semasa Spanish Inquisition.

Anonymous said...

Pada sesetengah pihak, buku berbahaya kepada fikiran manusia. Maka, "wajar" ia dibakar, dilarang dan dibiarkan terabai.

Bagi kita yang baca buku, kita sendiri tahu dan sedar sejauh mana berkesannya buku untuk menjana dan mencanai keyakinan kita faomar@yahoo.com

Editor said...

fathi.. camne ari sabtu ari tu.. ada baik! alangkah eloknya kalau aku boleh turut serta... :)

Anonymous said...

Salam Brader,

Banyak baik, brader! Diskusi pertama kurang lebih 15 orang. Diskusi kedua kurang lebih 25 orang! Penuh meja, kena duduk rapat2 kalau nak dengar!

Ramai anak muda datang. Tajuk2 juga luar biasa menarik "imagologue" dan "transseksualiti". Jadi, diskusi jauh lebih hangat daripada siri pertama! Hehehe ...

Siri berikutnya awal Februari, tajuk2 dijadualkan (harap2) akan lebih menarik.

Kalau ada kawan2 nak datang atau nak present paper, tolong hubungi aku faomar@yahoo.com

Jangan segan2 nak cakap dan berdebat. Kalau segan, mari dulu, dengar2 ... Kurang2 dapat minum sama2 ...

Aku cadang nak buka Kelab Buku (siapa yang kaki baca atau "bookish") dan sebuah perpustakaan kecil supaya orang ramai lebih minat membaca, berdiskusi dan menikmati idea2.

Nak jadi negara maju macam mana kalau idea "miskin", bukan?

Anonymous said...

Popper?
Menelaah kritik Popper terhadap holism dan historicism dalam `The Poverty of Historicism' membuat saya terpikir tentang sebab `social engineering'(melalui DEB)kita gagal. Jika evolusi sejarah manusia dipengaruhi oleh growth of human knowledge, maka adalah mustahil untuk kita mengetahui masa depan kita sebab kita sendiri tak tahu apa yang akan kita ketahui pada masa depan. No scientific predictor, human or otherwise, can possibly predict even by scientific methods its own future results kata Popper. Adakah kita, seperti juga Marx dan Mao, dalam skala kecil-kecilan silap dalam menanggap makna antara historical `law' dengan historical trends? Akibatnya perancangan masa depan kita bukan saja theoretically tetapi juga practically misguided? Saya mula memikirkan mungkin `open society' anjuran Popper adalah jalan terbaik yang perlu kita lalui berasaskan kepercayaan bahawa a society is equivalent to the sum total of its members, that the actions of the members serve to fashion and to shape it, bukan sebaliknya. Sebab itulah Popper menganjurkan `piecemeal social engineering'sebagai mekanisme utama dalam social planning.

Anonymous said...

Mile, dari sudut perancangan (planning), saya setuju (secara umum) dengan K. R. Popper atau temannya F. A. Hayek.

[Nota: Saya belum cukup mendalami pokok persoalan tentang "masyarakat terbuka" Popper tetapi pernah meneliti kepentingannya dalam sebuah buku karangan George Soros dan beberapa makalah kecil di Internet; kalau begitulah apa yang saya baca dan faham, maka saya pada dasarnya bersetuju. Tetapi saya belum mendalami kritik (critique) pada pemikiran Popper pada sisi ini]

Dan sebetulnya ideologi-ideologi kiri (komunisme khususnya) "terlebih percaya" pada rasionaliti (dengan maksud: kita boleh merancang @ memaksa mendisiplinkan manusia) sewenang-wenangnya.

"Penyakit" (ekstrem) Pencerahan ini kita boleh lihat pada ahli-ahli falsafah Perancis pada abad ke-18 dan bagaimana gerakan pendidikan (dan politik) pasca-1789 gagal "mencerahkan" manusia.

Akhirnya kita lihat kemunculan positivisme Auguste Comte.

Bagi Hayek, kecenderungan ini sejenis "penyalahgunaan akal" (abuse of reason). Lihat bukunya The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason (seperti sering juga saya ungkap dalam forum Astorajabat.com).

Malah, idealisme aliran Pencerahan tertentu yang yakin pada akal untuk mengungkap persoalan moraliti, estetika dan agama -- saya kira -- sejenis kemelampauan akal!

Atau, bagaimana pandangan Sdr, Mile? faomar@yahoo.com

Aqil Fithri said...

salaam mile & teman2,

bila bercakap ttg Popper, saya teringat bagaimana saya boleh ketawa bila membaca buku "the end of science (terjemahan indonesia)" yg turut menyentuh ttg metod pemalsuannya.

lucunya di sini, di kala seorang wartawan (John Horgan, pengarang buku) menemubual Popper di rumahnya sekitar tahun 1990 (kalau tak silap), Horgan mengajukan pertanyaan besarnya, "apakah metod pemalsuan anda tidak ada ruang utk dikritik?".

selepas diam seketika, jawab Popper dgn nada serderhana sambil memegang lembut tangan Horgan, "sebenarnya anda sedang mengajukan pertanyaan yg bodoh".

iya, sekadar utk berkongsi bagaimana buku boleh menyebabkan saya ketawa... sbb pertanyaan ini sgt unik...

Anonymous said...

salam AF.
rupanya Popper pun pandai juga berdiplomasi..
Sebab bagi saya bukan soalan itu yg bodoh tetapi tukang tanya itulah... hihih

fathi aris omar said...

Aqil & Mile, saya cadang hendak menfotokopi satu buku Karl R Popper dengan John C Eccles The Self and Its Brain (1977).

Jadi dibahagikan buku ini kepada tiga bahagian, (1) tanggapan Popper dalam isu ini, kurang lebih seperti ideanya dalam Knowledge and Body-Mind Problem: In defence of interaction, (2) tanggapan Eccles and (3) dialog antara dua tokoh pemikir ini tentang tema "diri dan otaknya".

Kalau senang2, saya akan ulas dan masukkan di blog ini.

Jika ramai teman berminat, kita diskusikan sahaja buku ini, mahu Mile & Aqil? faomar@yahoo.com

Anonymous said...

oh ya AF, nak tanya sikit.
istilah tentuisme dan ketaktentuisme dalam tulisan anda `Falsafah Quantum' tu memang ada ke atau suatu istilah baru? Maaflah sebab saya tak pernah jumpa... mungkin sebab saya bukan orang sains. Saya sedang memikir-mikir sama ada teori `falsibility' Popper boleh diguna dalam wacana agama. 'Anjakan Paradigma' Thomas Kuhn nampak macam dah hilang serinya, oran macam dah jelak mendengarnya.
Juga sedang cuba nak memahami agama dan Quran melalui kacamata 'dialektika' Hegel walaupun saya sudah temui model dan konsep yg baik dalam `Islam Kiri' Hassan Hanafi. Mungkinkah pemahaman yang berbeza terhadap Quran yang saling bertentangan, nasakh mansukh, muhkamat mutashabihat itu adalah suatu dialektika in motion yang Tuhan sengajakan?

fathi aris omar said...

Sdr Mile,

Tentu-isme itu terjemahan bagi determinism dan ketidaktentu-isme itu pula lawannya indeterminism (atau mungkin, uncertainty). Agak saya begitulah, 'kan Aqil?

Satu kutipan tentang buku Popper dan Eccles, lihat di sini ... http://www.reasons.org/resources/apologetics/other_papers/the_distinctive_human_self.shtml

Anonymous said...

Insyaallah Fathi. Boleh juga diskusi kalau ada kesempatan.

Saya sedang menelaah Popper dan Open Societynya. Dalam keadaan di mana semua negara sedang menuju ke arah authoritarianism rasaya elok jengok balik Popper. Soros masih terus teruja dengan Popper nampaknya.

Juga sedang telaah Hayek. Diberitakan Margar Thatcher dalam suatu persidangan partinya pernah mengangkat buku Hayek `The Constitution of Liberty' sambil berkata `This, is what we believe'.

Anonymous said...

yes yes determinism... dan indeterminism...
kalau mengikut historicity Popper, dia berpegang pada historical indeterminism, iaitu history does not evolve in accordance with intrinsic laws or principles, yang menyebabkan unconditional prediction in social sciences suatu impossibility.

Anonymous said...

Ya, saya pun tidak faham bagaimana begitu pasti adanya "aturan" dalam sejarah! Ya, elok2, kita diskusikan isu ini. Kita jemput kawan2 forum web dari AstoraJabat.com, Tranungkite.net, KMU.net.my faomar@yahoo.com

Aqil Fithri said...

ya, mile

fathi udah jelaskan maknanya. terima kasih, fathi :-) maklumlah, kini tengah ghairah tatap buku shaharir mohd zain. kadang2 tempias penggunaan bahasa terkena gak. lagi satu, tulisan tersebut masih tak berapa kemas lagi. umamanya, perkataan zarah, ditempat2 tertentu, harus diubah kepada subzarah, bagi mengambarkan elektron dan nukleus.

fathi,

dalam simpanan saya ada satu buku Popper saya harus baca, "Quantum Theory and the Schism in Physics". buku ini pernah dipuja oleh Pak Khalid ketika aku sembang2 dgnya. tapi, sbb ia dalam English, terpaksalah baca pelan2, hehehe :-)

Anonymous said...

Fathi,
ahli politik biasanya perasan mereka mempunyai kuasa lebih drp apa yg kita berikan pada mereka... dan malangnya tindakan2 kita selalunya memberi gambaran demikian, pada mereka dan pada kita.
akibatnya asserting our true power menjadi semakin sukar. Perasan ahli politik dan silap paham kita menyuburkan feudalisme.

Anonymous said...

Ya, ya Mile, saya bersetuju. Itulah pertanyaan pokok dalam buku saya -- kenapa semua orang suka mengongkong dan apakah kita benar-benar jujur mahukan kebebasan? faomar@yahoo.com