Tuesday, January 31, 2006

Muda

Muda** dan "anak".

Tidak ada muda yang tidak anak; benih yang dicampak ke rahim alam, tumbuhnya mengakar atau mati dibaham gergasi laut.

(Bayangkan anak penyu cute yang terkorban).

Semua kita datang dari celah dua peha (oppss, ... silap, empat peha) dan tidak pula kita menduga tempat yang kotor dan busuk ini, bukan sahaja kitab suci atau doa malam, rupa-rupanya memancarkan keagungan Tuhan Yang Luar Biasa.

Jadi, mungkin (ulang: mungkin) sahaja, seseorang yang mengkhayalkan awek di depannya (baca: suka melihat porno, misalnya) sedang sebetulnya membaca teks kitab suci yang paling agung, yang sarat estetika dan sains, kitab al-manzurah.

Teks yang dibaca, kitab al-maqruah, ternyata tidak cukup untuk menjadikan kita 'alim. Sebab itu, seseorang yang hanya baca teks tetapi terlupa (atau, malu?) meliarkan imaginasi tidak akan kreatif; sebaliknya mudah dogmatik dan sebal.

Si fanatik akan ternampak pada foto sekecil ini [di sebelah] sekujur jasad wanita tanpa balutan kain (kecuali secebis di tangan kanannya) dan membukakan rahsia alam ini sesuatu yang pornografik, dan oleh itu tanpa moral.

Mereka tidak nampak estetika ciptaan Tuhan dan kenikmatan rohani yang dicapai di sebalik pemuasan seni itu ibarat mengangkat tangan tinggi ke langit. Teks ditafsir secara harfiah, foto ditafsir secara literal dan jasad (wanita atau lelaki) ditafsir sekadar kulit dan pakaian.

Mata mudanya tidak boleh keluar daripada halangan nafsu, belum boleh menerobos atom rohani dan teori budaya sebab otak mudanya (sama ada suka atau 'benci' pada jasad tanpa pakaian) sudah dimendungi awan-awan hitam sistem nilai dan sisi pandang orang ramai.

Dan, ... kita lebih mudah berpura-pura sopan dan suci ... kerana kepura-puraan dipandang tinggi dalam sistem nilai kita berbanding berterus-terang tentang keinginan naluri.

+ * + * +

Dan kita (semua kita) muda. Dengan segala kemudaannya: dangkal, mentah, malas, berhingus, miskin, bergantung pada orang, kekok, mudah dibuli, malu-malu, korban herdikan-herdikan orang (selalunya yang tua dan berkuasa) dan dengan segala kedaifan si muda.

Kata Jurgen Habermas: If we compare the biological features of new-born mammals, we soon see that no other species enters the world as immature and as helpless as do we, nor is any other dependent for so long a period of socialization on the protection of the family and a public culture shared intersubjectively with all fellow members. (huruf condong oleh Fathi)

Jadi, untuk apa dimalukan dengan muda?

Sehari-hari, sepanjang 20 tahun ini, saya bergelut dengan anak muda. Sejak di bangku usrah pada 1983-1991 sehinggalah sekarang, tidak pernah saya mengabaikan dunia anak muda. Jika tidak sebagai aktivis dan penulis rencana, saya mengajar tuisyen dan menjual buku ke sekolah-sekolah.

Jadi, saya memang tidak faham melihat gelagat anak muda yang mahu cepat tua, berlagak tua atau berfikir macam orang tua!

"Tua" kerana mudah tunduk pada kelaziman sosial, pada konvensi dan tata hukum, pada tradisi dan nilai awam. Tidak lagi mahu menyemak dan mempertikai, enggan menjerit sekuat-kuatnya jika ditemui kepincangan pada konvensi dan tata nilai lazim tersebut.

Bagi saya, mereka ini anak penyu cute yang terkorban sewaktu merangkak-rangkak ke gigi pantai atau disambar ikan di pinggir ombak. Kasihan, ...

+ * + * +

Namun, masih ada anak muda yang tidak menjadi korban dengan mudah -- masih tetap berhati-hati melangkah, mahu melangkah dan cuba mengusung kaki untuk melangkah. Beberapa suara di laman web ini membuktikannya: Sultankata, Analog, EnakSembang, Habri ... dan ramai lagi yang belajar merangkak-rangkak atau cuba bertatih, termasuk Kalamperdana.

Sebahagiannya akan tercicir, al-mutasaqitun, ... tetapi melangkah kita pastilah sudah.

** didedikasikan kepada semua teman muda, sama ada siswa atau graduan (atau tidak pernah ke kampus), yang sering pula mendengar dan melayan leteran dan cemuhan saya pada anak muda; anak muda yang mahu belajar memberontak, yang mahu meng-torpedo-kan "Bahtera si Nuh" ciptaan Henrik Ibsen.

11 comments:

Anonymous said...

Fathi, memang kau pengacau jiwa muda ku. aku lagi sesal, sudah mau menginjak 30an, tapi terlalu banyak yang tertinggal. aduh... tua tanpa menikmati (asyik) berontak jiwa muda!!!

Anonymous said...

Memberontak macam2 cara; pemberontakan juga nikmat!

Untuk apa disesalkan pada kepincangan zaman muda, usia 20-an? Jadikan usia 30-an langkah baru mengecapi kematangan, kestabilan dan ketenangan.

Ya, inilah celakanya kebebasan -- kita harus lakukan sendiri, jaya atau gagal. Ibarat sekawan burung terbang bebas di langit tinggi; patah sayap terbang jua (atau, jatuh ke bumi, hangus!)

Kalau takut pada tanggungan & kebebasan, hentikan sahaja pemberontakan.

faomar@yahoo.com

Anonymous said...

ahhh...

Usia kian meningkat namun hati tetap mahu MUDA. Seronok ker hati selalu muda?

Anonymous said...

Hati tak akan muda kalau tidak bersama anak muda, ... atau tidak ada awek muda sebagai kekasih! ;) - fathi

Sapere Avde said...

Terima kasih dan terima kasih!.Ini saja yang mampu saya ucapkan dengan keikhlasan sdr memantau tulisan yang sangat saya harap ada orang boleh memantau dan menunjuk ajar saya dimana lemahnya saya dalam tulisan saya.

Pandangan dan komen sdr ini menambah lagi kefahaman saya akan maksud sebenar apa yang saudara katakan 'muntahan idea'.Selama ini mungkin satu jurus saya faham iaitu apa yang saudara maksudkan klise dan ciplak serta tidak asli.'Muntahan idea' satu kalimah baru yang saya teraba-raba maksudnya dan dengan komen ini sedikit sebanyak membuka makna sebenar 'muntahan idea' yang saudara gusarkan kepada penulis dan aktivis serta 'public figure' yang lain.

Saya memahami dan terpengaruh dengan idea yang segar didalam buku sdr untuk dijadikan pemula kepada idea-idea besar lain yang boleh dicetus sebagai persediaan kearah 'zaman pencerahan melayu moden'.

Tidak perlu saudara menulis perkataan MAAF pada kritikan saudara walau sekeras dan sepedas mana sekali pun.Saya menerima dengan hati sebagai anak didik yang memerlukan tunjuk ajar dari seorang sifu.

Blog ini juga adalah laman peribadi dan saya menulis secara peribadi dan sedia menerima komen juga secara peribadi disini.Saya sangat mengharapkan semua pembaca saya boleh memberi saya input dan bertukar pengalaman,idea dan pendapat bagi menjadikan saya lebih baik dari yang semasa.

Teguran dan pendangan serta pendapat diruangan ini tidak akan saya 'tapis' atau menerima komen yang hanya lunak untuk dibaca sahaja,semua komen akan saya terima dan tidak akan dipadam walau ia agak tidak lunak saya baca.Saya bukan KDN ataupun editor akhbar propaganda yang akan menapis idea yang tidak serasi dgn penguasa(diri) dan ideologi kolot masing2.

Terima kasih sdr Fathi.

Naj AB said...

wah? saya rasa sy dpt melihat nilai estetika di sebalik gmbr wanita itu, tp bg sy en fathi, pemaparannya secara begini, kalaupun benar2 ingin mengujakan pembaca dan mencabar senses mereka bkn hanya melalui tulisan, bukankah ia termasuk dlm 'matlamat menghalalkan cara'?

ps: saya bukan machiavellian.

Anonymous said...

en fathi, bg saya yg daif dr sudut kekritisan berfikir ini, soalnya agak simplistik kot. sbbnya cuma melihat aurat wanita itu bersalahan dgn agama kita, apatah lagi memaparkannya di satu tempat yg menjadi tanggungjwb en fathi, saya rasa seolah2 bersalahan dgn en fathi sendiri sbg penulis yg sy nampak berwibawa dan pernah mengikuti tarbiyah yg mantap. dan kalau lihat dr sudut akhlaq Islami pun begitu jg.apa salahnya bersederhana dgn tidak mencabar deria 'mata' pembaca sejauh itu? lgpun nilai estetika dan kepuasan rohani itu bukankah sepatutnya hanya didapatkan pd jalan yg halal menurut agama?

sbg wanita Islam, saya rasa malu melihat gmbr seorang wanita lain begitu. sbg lelaki2 Islam, tidak tahulah pula perasaan malu itu ada/tidak? mungkin menurut en fathi org2 spt saya "sudah dimendungi awan-awan hitam sistem nilai dan sisi pandang orang ramai." tp bg sy, syu'ur seorang Islam pun seharusnya dibentengi syariat - bukan masalah sistem nilai/menurut pdgan org ramai.

PJR

Anonymous said...

Tua tetapi berlagak muda mengundang risiko2 tertentu. Celakanya kudrat yg juga ikut tua itu cepat lemas menghadapi risiko2 itu. Jadi kekadang lebih baik balik rumah tidur... hehe

Tapi elok jika istilah tua dan muda itu kita buka luas2 pengertiannya. Biar yg muda itu cepat tua dan yg tua pula kekal muda. Baru syiok!

Anonymous said...

Hmm cantik gambar perempuan.. bagaimana nak appresiasi??

Saya rasa gambar itu masih menunjukkan FAO normal!! phewww..

Beranilah sikit, bila nak letak gambar artistik seperti foto-foto karya Andy Warhol??

Ventti

Anonymous said...

PJR, ya, itulah yang saya sebut -- fikiran yang terbelenggu dalam kepompong sosial.

Ceritanya panjang dan ruang terbatas ini tidak memungkinkan debat yang panjang lebar.

Sila ke http://www.ummahonline.com/ untuk diskusi ini, jika mahu. Terima kasih

Mile, ya benar -- "muda" dan "tua" harus kita buka isunya dan perdebatkan. Ada orang kata, "tua" dan "muda" hanyalah jasad -- ruh kita tidak pernah tua!

Jadi, kenapa pula tafsir kemudaan dan ketuaan harus memakai tafsir biologi? Tafsir jasmaniah sahaja? Tidak tafsir politik ("warga emas"?)? Atau, tafsir sosio-budaya?

Ventti, ya nanti saya akan masukkan foto-foto yang "berani" tetapi semua foto di blog saya ini banyak yang bersifat "hiasan" tidak secara langsung mengupas sesuatu isu tentang foto, hukum visual atau sinematografi -- umpamanya.

Mungkin teman saya http://sultankata.blogspot.com boleh mengupasnya

faomar@yahoo.com

Anonymous said...

gambar file penyu.jpg tu gambar kura-kura lah wan, bukan gambar penyu